Saturday, January 15, 2011

Perjumpaan H4U kecil-kecillan bersama Nazri Time As It is...

 Perjumpaan ini diadakan secara mengejut & pemilihan tempat juga adalah last minutes disebabkan hujan lebat... Kedatangan aku ke bahagian selatan atas sebab kerja sangat dialu-alukan oleh ramai rakan-rakan. Jemputan demi jemputan aku terima samada rakan-rakan zaman belajar, sahabat sekampung mahupun sahabat jam, aku terima sejak kedatangan aku di sini dihidu ramai... Terima kasih semua & aku sangatlah terharu. 

Nazri TimeAsItIs sanggup datang bertemu aku di hotel... Terima kasih bro. Sebelum sampai, perut aku dah lapar gila, aku 'tibai' dulu nasik goreng kampung ditemani Seiko UFO... jarang benar aku pakai jam ni jalan jauh... nampaknya ia tidak mendukacitakan aku. Aku sangat teruja memakainya. Aku jemput juga saudara Shidi, namun apakan daya beliau kerja malam ni... takpa bro...insyaallah Ahad ni kita jumpa kalau takda aral melintang... 

Perjumpaan ini adalah perjumpaan pertama aku dengan rakan-rakan jam H4U untuk tahun ini. Ini suatu permulaan untuk perjumpaan H4U kali kedua yang mungkin akan berlangsung Disember nanti jika tiada aral melintang & berkemungkinan H4U akan menjadi perjumpaan tahunan kita!


 Sebelum datang, Nazri tanya nak pakai jam apa... apa lagi bro.... jam besday lah... inilah dia! Tahniah bro...Aku harap akan dapat gak hadiah camni tahun ni... Harap-harap bini aku baca la nanti... Wakaka... 


 Casio G-Shock G-1200 suatu hadiah kejutan yang bermakna buat sahabat kita Nazri dari isteri tercinta... Best betul! 


 Jam ini mempunyai fungsi yang perlbagai & complicated.... terbayang gak aku kalau jam ni berjenama Swiss... Sudah tentu harganya akan melonjak di antara RM3-4k.. ataupun mungkin lebih jika dibandingkan dengan harga Edox berkaliber quartz... Jam yang bersaiz besar pada aku ini mempunyai design yang tough serta mempunyai combinasi warna & design dial bak instrument kapal terbang.


 Ia ditemani dengan 2 Seiko 6138....


 ... nampaknya Seiko Samurai turut serta.... namun....


 ... ia adalah saat-saat terakhir aku bersamanya.... isk...


Terima kasih Nazri kerana sanggup meluangkan masa bersama tadi... Terima kasih kerana bawa anakmu... terubat juga rindu aku... Haha... Terima kasih kerana belanja aku makan tadi... Jangan terkejut dengan rupa aku sekarang wahai kawan-kawan semua... Selamat Tahun Baru 2011...

Leia Mais…

Wednesday, January 12, 2011

Casio Trisports - analog-digital yang yang sudah tiada....

Casio yang dipaparkan ini mempunyai kod TRI-10W yang mana ia kini sudah tiada lagi di pasaran. Model ini kalau tak salah aku dikeluarkan pada tahun 1995. Suatu ketika dulu ia pernah menjadi idaman aku, yang pada ketika itu di tangan aku tersemat Casio Databank 50. Berdasarkan namanya TRISPORTS, aku andaikan bahawa jam ini dibuat untuk sukan Ironman... sukan 3 dalam satu yang mana menggabungkan berenang, berbasikal & berlari. 


Tiada maklumat lanjut aku perolehi mengenai jam ini di internet. Apa yang cuma diceritakan adalah dari pendapat & penilaian aku terhadap jam ini. Aku memperolehinya dari seorang seller dari US. Jam ini adalah NOS. Tiada bateri mahupun tali dibekalkan & aku mengambil risiko kerana seller sendiri tidak pasti ianya masih berfungsi atau tidak. Gambaran yang aku peroleh suatu ketika dulu masih melekat dalam ingatan & telah menjadi igauan untuk suatu jangkamasa... yang seterusnya menyebabkan aku memburunya..... syukur pemburuan aku telah memberikan hasil & impian aku terlaksana juga walau terpaksa tunggu 15 tahun lamanya... namun risiko perlu aku ambil....


Setelah sampai di tangan aku, bateri & tali baru di pasang & aku bersyukur jam berfungsi dengan baik. Keadaan jam adalah seperti yang dinyatakan memandangkan ianya NOS. Tiada calar ataupun apa-apa kecacatan padanya. Ia mempunyai 3 push button & satu crown.. di mana 2 button berwarna kuning. Adalah suatu kebiasaan bagi Casio lama mempunyai button fungsi utama yang berwarna begini. Perbezaan ini sengaja dibuat untuk memudahkan penggunaannya. 


Apa yang menarik perhatian adalah bentuk & designnya yang pelik. 4 'bonjolan' yang timbul itu dibuat seolah-olah jam ini mempunyai bezel pada bahagian atasnya. Ia hanyalah sebagai dekorasi & memberikan alasan begitu. 


Jarang sekali untuk kita jumpa model analog-digital yang diasingkan begini. Kebanyakannya dibuat bahagian digital berada sekali bersama-sama bahagian analog samada di bahagian bawah dial ataupun sebagai latar belakang. Perbezaan ini menampakkannya tersendiri.


 Dialnya kemas & ringkas. Jarum keemasan & besaiz besar & nampak sporty. Ia mampunyai luminous berwarna putih.


Inilah rupanya di dalam gelap. Ia tidaklah terang & jauh berbeza jika dibandingkan dengan lumibrite Seiko. Ia juga tidak bertahan lama.


Paparan LCD digital dengan latar belakang berwarna coklat serasi dengan warna dial. Walaupun saiznya kecil, namun ianya jelas. Dalam mode TIME, paparan LCDnya boleh ditukar sebagai penunjuk hari & tarikh sepertimana gambar kecil di bawah itu.


Ia mempunyai 4 fungsi iaitu, STOPWATCH, TRISPORTS (swim, bike & run), ALARM & TIMER. 
Tiada buku manual dibekalkan semasa pembelian ini.


Seperti biasa, caseback Casio akan menampilkan info kebiasaan pada kebiasaan modelnya. Ianya masih MADE IN JAPAN.


Pemakaiannya tampak sporty & menarik. Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memang sangat sesuai untuk aktiviti sukan. Bukan saja ianya memang ringan, malah fungsinya itu berguna untuk aktiviti sukan yang berkaitan.

Model Trisports ini tidak lagi aku jumpai di mana-mana kedai. Mungkin anda pernah terserempak atau pernah mempunyainya. Sekali sekala memakai jam Casio yang agak 'berumur' ini boleh mengembalikan memori pada saat-saat zaman kehadirannya.... MANIS!

Leia Mais…

Tuesday, January 11, 2011

Video game Nintendo... suatu nostalgia berharga...


 Suatu benda yang generasi sekarang terlepas adalah permainan konsul lama... mungkin sudah boleh dikategorikan sebagai vintage kerana sudah melebihi 20 tahun ini.... Permainan konsul masih ada lagi namun sudah moden dengan animasi grafik yang mengagumkan & ciri-ciri yang sangat comlicated & advanced. 

Konsul Nintendo ini hadir dalam hidup aku sekitar tahun 1987 yang mana aku baru saja darjah satu pada ketika itu. Kalau tak silap aku, ia mula dikeluarkan pada tahun 1986... sehingga kini, ia masih kelihatan hebat! Pada ketika itu, kalau tak salah, satu lagi yang popular juga adalah Atari. Keadaannya masih baik tanpa sebarang kerosakan & beberapa tahun lalu aku pernah gatal tangan pasangkannya kembali kerana 'rindu' kepadanya..... yang mengejutkan aku, ia masih beroperasi dengan baik!

Semasa awal pembeliannya, aku satu-satunya di taman perumahan itu yang mempunyai permainan ini. Maka pada ketika itu, rumah aku merupakan pot lepak paling meriah. Sampai orang yang tak kenal pun boleh tau datang rumah aku tengok. Depa mai bukan nak main, tapi nak tengok. Selepas itu kawan-kawan teracun, maka perlahan-lahan menyaksikan sorang demi sorang beli. Tapi bukanlah Nintendo, tapi jenis yang masukkan katrij kat atas.. lupa pulak namanya. Ia dikeluarkan beberapa tahun selepas Nintendo dikeluarkan.


 Zaman dulu, katrij besar-besar. Katrij Nintendo ini besar tapak tangan. Masa itu juga permainan-permainan ini sangatlah popular... yang paling popular pada ketika itu... Super Mario Bros. 


 Ini pula adalah keluaran seterusnya. Katrijnya kecik, separuh dari Nintendo. Kawan-kawan aku pakai jenis ni. Aku tak boleh pinjam kalau takda adaptor macam yang kat bawah tu. Masa tu bertukar katrij adalah perkara biasa. Aku & sahabatku Amar selalulah pi kedai di pekan beli game baru. Yang bestnya, kami beli & balik main... kalau tak best, kami pi tukar balik ambik game lain. Haha... Masa tu mahal betul satu-satu katrij ni. Ada yang sampai RM100.. memang masa tu sistem bertukar game la jawabnya. Ada pula satu katrij yang ada bermacam-macam game.... 4 in 1, 6 in1, 10 in 1, 40 in 1... pendek kata lagi banyak game dalam tu lagi best & sempurnalah game tu.


 Sistem Nintendo ni istimewa & unik. Sepertimana masukkan kaset video VHS dulu, ianya juga sama. 


 Katrij dimasukkan ke dalam sampai rapat & kemudian ianya ditekan ke dalam (gambar kanan). Lepas tu, tekan button power.  Konsul ni dah merasai banyak kesengsaraan aku semasa bermainnya... pernah kena ketuk & hempuk sebab aku 'kalah'. Salahkan konsul sebab aku main tak lepas-lepas. Haha.. Tapi ia masih setia berfungsi dengan cukup baik & masih senyum kepadaku.... 

Ingat lagi masa mula-mula bermain.... game Exerion. Game jet tembak-tembak di angkasa lepas. Bila aku tekan kiri, aku pun turut senget ke kiri.... kalau kanan, kepala aku pun turut senget ke kanan... kalau tekan button & 'watak' game tu tak megikut kehendak aku, aku akan bangun & berjalan sekali.... kononya nanti 'dia' akan pergi ikut kehendak aku... wakakaka...


Ini adalah screenshot Super Mario Bros... game lagenda... Aku rindu betul saat-saat tu.... Pernah suatu ketika dulu aku main sampai habis level dengan satu nyawa... masa tu cekap la.. sekarang ni level 1 pun boleh game over. Haha..


Dulu aku & kawan-kawan suka main ramai-ramai. Aku & Amar suka buat tag team. Kami dua selalu main sama-sama.. Antara game yang kami suka main sama-sama... GI Joe, Contra, Double Dragon, Rockman... Kami main sampai habis game tu... kenangannya waktu tu...


Screenshot Contra
Apa yang budak zaman sekarang ada sangat berbeza. Mereka tidak merasai perubahan ini sepertimana evolusi telefon bombit yang pada ketika itu sebesar briefcase... Sapa ada waktu tu boleh kata orang kaya... Semua orang akan jakun tengok sebab tak ramai orang ada & sangat-sangat mahal harganya! Kebanyakan budak sekarang tidak appreciate dengan apa yang ada malah kondem lagi mak bapak kalau beli henfon yang tidak menempati citarasa mereka. Dalam kes game konsul ini, mungkin ada yang tak berpuas hati kalau di hadiahkan Playstation 2... sebab nak PS3... 

Kepada mereka yang sebaya ataupun seangkatan dengan aku, mungkin posting ini dapat mengimbau kembali gadget & perkembangan zaman 80-90an yang pada ketika itu kita sangat admire & sangat-sangat ingin memilikinya... namun tidak berdaya.... mungkin ada di antara kita hanya mampu memilikinya sekarang ini... bersyukurlah dengan apa yang apa....

Leia Mais…

Saturday, January 8, 2011

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Logo pengenalan yang semua orang tau.... aku tak faham apa nombor itu maksudkan....
 berdasarkan tulisan stiker tu seolah-olah menunjukkan design jam ini sudah dipatenkan....

Sedikit masa lagi persoalan ini akan terjawab.... rakan-rakan yang datang masa perjumpaan hari tu sudah tau..


Leia Mais…

Wednesday, January 5, 2011

Helbros.... suatu sejarah silam....

Suatu nama yang kurang diperkatakan kini adalah Helbros. Pencarian aku mengenai jenama ini tidak menemui banyak informasi. Helbros diasaskan oleh Helbein Brothers pada tahun 1913. Mereka merupakan watchmaker Swiss German berkelas sederhana yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan jam berkualiti yang mampu dimiliki.

Mereka menghasilkan movement mereka sendiri & ini boleh kita lihat pada catatan pada movement mereka dengan kod PUW XXXX. Beberepa jenis movement dihasilkan contohnya seperti automatik, jam dengan kemampuan menentukan lunar time & termasuklah movement 'electric'. Aku mohon maaf kerana kekurangan maklumat mengenai sejarahnya. Mungkin sifu-sifu boleh bantu menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya. 

Dalam rentetan sejarahnya juga, pemilik syarikat Helbros beberapa kali bertukar milik. Mungkin disebabkan itu, ada jam-jam Helbros ada yang tertera Swiss ataupun Germany untuk model vintage.... Jadi adakah masih wujud jenama ini? Ya... namun aku tak pasti samada ia masih dikeluarkan lagi atau tidak.. kerana model baru mereka kini pada aku sudah hilang serinya..... kerana ia kini sudah diambil alih syarikat Jepun kalau tak salah aku berdasarkan beberapa web yang menjual jenama ini. Ia tidak lagi menggunakan movement mekanikal kerana kini ia adalah quartz & jenamanya kini sebaris dengan jenama-jenama butik....




Ini merupakan kompilasi antara beberapa model mereka kini. Nampaknya design mereka kini lebih meniru jenama-jenama lain, harganya murah, quartz & jam-jam ini bolehlah dikategorikan sebagai homage... Pada hemat aku, model vintage lebih mempunyai 'kick'...



Model ini merupakan antara jam vintage terawal aku miliki. Gabungan jam lama dengan kamera lama memberikan aura klasik berkuasa dua. Kamera itu pernah aku gunakan semasa darjah enam tahun 1992. Design jam ini tersendiri... & mempunyai nilai klasik yang tersendiri. 'Nilai' ini jarang dijumpai pada banyak model vintage lain memandangkan kebanyakannya tidak mengunakan movement in-house seperti Helbros. Walaupun namanya kurang dikenali, design begini sangat sukar dijumpai & jika digandingkan dengan jam-jam vintage lain pasti jam ini lebih terserlah.


Casing base metal dengan gold plated ini masih berkeadaan baik tanpa kesan 'penurunan' yang ketara. Casing bersaiz lebih kurang 33mm (tidak termasuk crown) merupakan saiz standart pada zamannya. Crown tidak bertanda berkeadaan baik namun sudah longgar.


Dial berkeadaan sangat baik tanpa sebarang sentuhan penambahbaikan. Jarumnya juga berkeadaan sangat baik. Mempunyai penunjuk hari & tarikh, di mana perletakkan penunjuk hari pada kedudukan yang istimewa di bahagian tengah dial. 


Dial yang melengkung ini memberikan rupa yang berkilauan pada kebanyakan sudut pandangan. Ia dibuat dengan cukup baik & berkualiti... hasilnya inilah... dah berpuluh tahun umurnya, ia masih kelihatan kacak! Sepertimana dial yang melengkung, jarum saat & minit turut melengkung juga. Suatu ciri vintage yang sudah hilang pada jam model sekarang.


Kedudukan penunjuk harinya itu pada kedudukan  yang lari dari norma kebiasaan jam, malah ia juga dibuat melengkung! Tertera dengan jelas sekali tulisan GERMANY pada dial pukul 6 yang menunjukkan dari mana asalnya... 


Caseback skru juga berkeadaan sangat baik. Perkataan 10 MICRON G itu pernah memberi persoalan & keraguan untuk aku memakainya kerana mempunyai perasangka ianya adalah emas tulen. Disebabkan itu, aku tidak memakainya. Kepercayaan itu diperkuatkan lagi dengan warna emasnya itu yang tidak 'turun' seperti kebanyakan jam lain. Aku tidak begitu arif mengenai jam-jam lama begini & persoalan itu dijawab oleh sifu aku & suatu kelegaan kerana boleh memakainya kerana ia hanyalah plated. Caseback itu sendiri mempunyai ring skru luaran yang bertindak sebagai kunci. Ia perlu dibuka dahulu & kemudian penutup dikeluarkan.


Bahagian dalamnya juga mempunyai sijil peranakan yang jelas.


Movement automatik 17 jewels ini berfungsi dengan cemerlang. Ia juga mempunyai keupayaan kunci (winding). Tak banyak jenama yang mempunyai movement in house sendiri. Sayang sekali legasi & sejarah mereka sudah mati & tidak diteruskan lagi kerana kualiti movement boleh dikatakan sangat baik & memuaskan. Walaupun sudah lama, ia berkeadaan bersih & masih berfungsi dengan baik. Berdasarkan gerakan jarum saat, aku andaikan ia mempunyai kelajuan 18000bph. 


Movement PUW 1363 ini sudah dipatentkan & tiada jenama lain boleh menirunya... 
....sayang sekali ia tidak lagi wujud & dikeluarkan lagi...


Pemakaian jam ini selesa ringan. Seperti tidak terasa ia ditangan. Tali dark brown yang dikenakan padanya memberikan rupa yang sangat segak & sangat sesuai ia dipakai ke majlis formal ataupun kerja.

Helbros sudah tinggal sejarah... walaupun ia masih wujud. Kerana sejarah pembuatan jam mereka sudah tidak diteruskan lagi. Sayang sekali kerana sejarah pembuatan jam mereka juga tidak begitu diperkatakan. Mungkin kerana beberapa kali pemindahan milik serta namanya kini sudah diberi nafas baru oleh Jepun membuatkan 'sejarah' yang sepatutnya dibawa bersamanya pada model baru itu hilang walaupun tertulis SINCE 1913 pada dial. Bagi aku, model vintage lebih mempunyai 'nilai'... malah lebih 'bernilai' dari kebanyakan jenama vintage lain yang kini sudah sepi.....

Leia Mais…