Saturday, January 1, 2011

Jam replika - Seiko SNAA95P1 Sportura

Dunia horologi kita menjadi kacau bilau dengan wujudnya jam replika. Jam-jam ini meniru hampir 100% jam asli, diperbuat menggunakan material yang murah & movement yang murah serta kualiti buatannya juga tidak begitu baik. Tujuannya... untuk memperdaya sesiapa yang melihatnya serta mempercayai ianya adalah jam original & memberi peluang untuk membeli jam dengan rupa yang sama dengan original dengan harga yang murah. Sambutan awal tahun baru 2011 aku mulakan dengan suatu artikel mengenainya.. Ada beberapa largi artikel telah aku buat mengenai jam replika. Anda boleh layari artikel yang lepas.

Aku tidak ada masalah kepada sesiapa yang membeli jam replika kerana itu adalah kehendaknya & dia pun tahu itu adalah jam replika. Aku juga pernah memiliki jam replika suatu ketika dulu. Ramai juga kawan-kawan aku mempunyai jam replika & mereka ada sebab sendiri untuk membeli & aku sangat menghormati mereka.

Namun yang menjadi masalah ialah mereka beli jam itu tetapi tidak mengetahuinya ia adalah jam replika & bermati-matian cakap ia adalah jam original. Seller pula tak bagitau status sebenar jam tu malah dia juga mengatakan jam tu adalah original. Aku berasa kasihan kerana mereka perhabis duit yang banyak untuk memiliki jam yang mereka sangkakan original. Bukan semua orang mampu, mempunyai ekonomi yang kukuh & senang untuk membeli jam seperti orang lain. Ada yang terpaksa simpan duit bertahun-tahun, bekerja keras siang malam semata-mata untuk memenuhi impan memiliki jam idaman.... Bayangkan perasaannya jika dia tahu jam miliknya itu adalah replika setelah bersusah payah untuk mendapatkannya.... Ini suatu yang aku tak dapat terima. Sesuatu perlu dilakukan...


 
Ini bukanlah jam replika... tapi adalah model original Seiko SNAA95P1 Sportura.


Ini pula adalah model SNAA95P2 (model bertali kulit) milik saudara Koleksi Jam Maximus. Terima kasih kepada beliau kerana membenarkan aku untuk menggunakan gambar jam miliknya khas untuk artikel ini. Menurut beliau.. semoga ia bermanfaat.


Ini pula model replikanya.... Siapa sangka Seiko juga ada replika kerana ramai yang beranggapan replika hanya wujud pada jam Swiss. Jangan tertipu kerana Casio RM50 juga ada tiruan juga... Aku agak terkejut juga masa mula-mula melihatnya... Model ni pun ditiru! Ada beberapa lagi model ditiru termasuklah diver SKX007 mahupun Monster. Layari TheTick-TheTick & Detik Dua Belas untuk melihatnya.



Lihatlah perbezaan & persamaan jam replika dengan yang original (kanan). Jika tidak perhatikan betul-betul pasti ada yang membelinya. Mujur juga seller ini jujur dalam perniagaannya & meletakkan jam ini bersama-sama dengan jam replika yang lain. Bila jam ni di tangan, barulah nampak ada benda yang tak kena. Aku tak adjust masa pukul 10:10 sebab tuan kedai dah adjust masa ikut waktu yang sebenar. Aku menghormatinya & tidak mahu ganggu. Syukur juga kerana beliau tak kisah untuk aku mengambil gambar.


Perkara pertama yang kantoi ialah jarumnya... itu benda pertama aku kenal pasti semasa mula-mula melihat dialnya. Buatan keseluruhan jam ini tidak kemas & ia bukanlah hasil kerja Seiko & tidak sepatutnya bukan begitu.


Replika (kiri) vs original (kanan).
Kita bandingkan pula dengan jam original milik saudara Maximus. Segala tanda itu adalah perbezaan yang nyata. Memang sekali imbas sama, tapi jika kita tahu ciri yang original, kita tidak akan mudah tertipu.
  1. Jarum saat chrono replika merah berbanding yang original yang sepatutnya oren.
  2. Register untuk alarm (anak panah hijau) itu berlainan dari yang original.
  3. Subdial (anak panah biru muda) sepatutnya tidak flat seperti replika (kiri).
  4. Jarum jam/minit (anak panah ungu) sepatutnya berwarna putih.
  5. Hour marker yang sedikit berlainan (bulatan coklat)
  6. Marker kecil saat pada chapter ring tiada pada jam replika (bulatan merah).
  7. Terdapat lebihan gam pada jam replika (bulatan kuning) & tekstur dial berkotak agak besar & tidak kemas buatannya.



Kita tengok pula dari pandangan lain untuk lebih jelas... Tengok tanda-tanda tersebut. Jelaskan perbezaannya? Jelas sekali tarikhnya setaputnya tidak berlatar belakangkan putih (bulatan kuning).


Finishingnya jelas tidak kemas. Alur brushed finishing tidak kemas, tidak halus & tidak selari.


Extension lug tidak kemas buatannya & begitu juga yang lainnya.


Hah! Inilah ciri-ciri paling besar, mudah lihat & senang dikenali. Model Sportura & Velatura sepatutnya mempunyai caseback seperti gambar kanan (original) & bukannya 'flat' seperti di kirinya (replika).


Ini juga ciri yang jelas sekiranya ciri-ciri pada dial sukar dikenal pasti. Ye la kan, bukan senang nak kenal pasti apa yang ada pada dial... nampak lebih kurang sama ja. Tetapi kekemasan lain yang sepatutnya ada pada Seiko kita mudah kenal pasti. Lihat tulisan SEIKO itu. Jelas sekali ia berbeza dari yang original seperti dalam gambar kecil itu. Jenis font berbeza & kurus berbanding asalnya.


Ini adalah jam original. Lihat tulisan SEIKO pada clasp & lihat kualiti braceletnya... 


Perkara asas yang perlu diambil tindakan:
  1. Tahu ciri-ciri original. Bagaimana nak tahu? Study dulu jam tu betul-betul & tengok/survey banyak kedai untuk melihat, kenal & mengetahui jam original.
  2. Tahu harga yang sepatutnya untuk jam itu. Sebab jika dijual rendah dari harga yang sepatutnya & ia pula jam baru.... pastinya ada suatu yang tidak kena.
  3. Jangan terlalu ghairah dengan harga murah yang ditawarkan. Study dulu bro.
  4. Pegang & hayati betul-betul jam itu sebelum seluk poket ambil duit... Jangan terburu-buru dalam pembelian anda.
  5. Tahu ciri-ciri besar Seiko.... umpamanya untuk jam ni finishing, tulisan SEIKO & rupa caseback.
  6. Tahu apa yang anda buat.....

Di harap sedikit sebanyak informasi ini berguna untuk anda. Mungkin ada beberapa fakta aku tertinggal, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana untuk mengenalpastikannya. 
Berhati-hatilah dalam setiap pembelian anda.

Leia Mais…

Friday, December 31, 2010

Demi Masa.... Selamat Tahun Baru 2011

Dunia Jam ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua blogger, rakan-rakan & pengunjung blog DJ selama ni. Semoga keceriaan, semangat & azam baru sentiasa mengiringi anda sekalian.


Dunia Jam juga ingin memperkenalkan satu lagi blog terbaru hasil nukilan seorang pecinta jam. Semoga dunia horologi Malaysia sentiasa berkembang & maju pada 2011 ini. Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut, layari blog miliknya DEMI MASA.

Leia Mais…

Thursday, December 30, 2010

Epos Grande Date Verticale - Jenama pertama dunia dengan tarikh secara vertikal!

Epos Grande Date Verticale merupakan salah satu model dalam koleksi Sophistiquee mereka. Jam yang sangat dressy ini telah ditinjau beberapabulan yang lalu semasa membuat 'bancian' di Penang dahulu. Ciptaan tarikh secara vertikal ini merupakan ciptaan pertama dunia! Ia mula diperkenalkan di Basel World 2009.


Seperti mana gelaran 'Artistry In Watchmaking', kualiti buatan jam ini mengagumkan sesuai dengan gelaran yang diperolehi mereka. Aku jatuh hati sebenarnya dengan ni semasa mula melihatnya. 


Hour marker Roman digabungkan secara harmoni dengan penomboran Arabic.... Sub-second terletak pada kedudukan nombor 3 & saiznya agak besar. Dialnya besar, nampak penuh & gah. Crown terletak pada kedudukan pukul 12 di antara lug.


Dial dengan tekstur sunray memberikan rupa yang cantik & dibuat seolah-olah 'cahaya' datangnya dari penunjuk tarikh vertikal itu.


Kualiti yang ditampilkan oleh jam ini sangat bagus & bagi aku setanding jam-jam yang lebih mahal darinya malah lebih baik dari beberapa jenama yang lebih mahal. 


Disebabkan crown terletak pada pukul 12, bahagian lug atas dipanjangkan dengan extension supaya tidak mengganggu 'kerja' crown... Crown ditanda dengan logo 'e'....


Movement kunci (winding) ini dikenali sebagai EPOS GDV yang mana ia diasaskan dari Unitas 6498. Lihat saja kualiti finishing yang ditampilkan. Sungguh cantik & yang paling menarik... ianya buatan tangan! Finishing jam Epos dibuat dengan tangan & mereka mempunyai watchmaker yang pakar dalam kerja-kerja halus ini. Dengan harga yang ditampilkannya.... boleh dikatakan berbaloi jika dibandingkan jenama lain yang jauh lebih mahal.

Mereka pandai dalam menunjukkan hasil seni buatan jam mereka. Caseback see-through dengan cermin sapphire ini memberikan rupa yang penuh. Puas betul tengok! Ada jam yang 'kedekut' nak tunjuk movement.... buka 'tingkap' sikit saja... bagi mereka yang suka tengok & appreciate movement, pasti model ini akan disukai mereka. 

Epos adalah jenama yang cukup bagus dalam pembuatan jam tangan mereka. Kualiti yang ditampilkan bagus & setanding harganya... Dalam kategori jam Swiss yang setaraf dengannya, jam-jam mereka boleh dikatakan murah & berbaloi untuk dibeli. Namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan jenama ini & ramai juga yang ragu-ragu. Mungkin disebabkan Epos kurang promosi seperti jenama lain. Tapi bagi mereka yang tahu akan jenama ini pasti akan menyukai jenama ini kerana kualiti hasil kerja tangan yang ditampilkan itu sangat bagus & harganya juga berpatutan.... kerana dijual lebih murah dari jenama yang menggunakan mesin...

Leia Mais…

Friday, December 24, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian Terakhir)

Agak lama projek ni baru dapat dihabiskan... maksud aku cerita mengenai projek ni sebab nak bagi laluan & tumpu hal perjumpaan tempoh hari. Bahagian terakhir ni aku nak tunjuk jam terakhir aku buat untuk projek ini. Mangsanya Timex Ironman Triathlon keluaran tahun 1990an. Model ini sudah tidak dikeluarkan lagi & merupakan model popular sekitar tahun 1990an. Keadaan jam masih baik & tulisan pada bezel masih jelas kelihatan. 


Movement dikeluarkan & dapat dilihat keadaannya masih cantik & nampak macam baru.


Seperti projek lepas, filem di atas LCD itu ditanggalkan & hasilnya jam seperti kehabisan bateri.


Bila diletakkan semula filem itu, boleh nampak penomborannya dengan jelas (kiri) & 
apabila filem itu diterbalikkan, segalanya berubah (kanan). 


Ini aku cuba pula dengan filem polaroid yang aku beli tu pula. Bileh lihat keadaan display agak suram & apabila ianya diterbalikkan, keadaan nombor kurang jelas... Nampaknya filem asal itu lebih baik untuk digunakan.


Kali ni aku buat lain skit dari jam-jam yang sebelum ni. Disebabkan bahagian gam filem itu telah bertukar ke bahagian atas, aku nak cuba lekatkan filem itu pada cerminnya.


Filem dilekatkan perlahan-lahan supaya tidak ada bubble.


Inilah hasilnya apabila movement dipasang semula.


Rupa sebelum & selepas...


Hasil projek ini amat memuaskan hati. Nampaknya perlekatan filem itu pada cermin memberikan hasil yang mengujakan. Anda boleh cuba cara ini sekiranya ingin membuatnya pada jam anda. Cuma perlu diingatkan sekali lagi agar berhati-hati semasa membuka filem LCD tu supaya tidak menjadi seperti projek yang lepas dengan Casio G-Shock. Boleh layari link di bawah untuk maklumat lanjut.... 

Sekarang aku akan cari filem yang elok untuk gantikan filem Casio yang telah renyuk itu. 

Untuk melihat projek pertama, layari link di bawah ini:

Leia Mais…

Thursday, December 23, 2010

Casio G-Shock Riseman

G-Shock Riseman
By Cori Jones
G-Shock Riseman
In 1983 Casio introduced a new line of watches with a television commercial that featured a hockey player smacking a watch through a goal to demonstrate its toughness. That watch was the first G-Shock and the start of a long line of ultra tough watches built to appeal to the sports market. All G-Shock watches come with up to 200m water resistance, low temperature resistance, and shock resistant housing which makes them great for active outdoor use. The first G-Shock with an Altimeter is the Riseman, which originally came out in 1997.
The Riseman has proven its toughness—I've worn it everywhere from hiking in the backcountry to working on my car and it doesn't even have the slightest scratch. The Riseman is however a very large watch it got in the way more than a few times. The large case has a plastic brace that extends part way around both sides of the wrist to keep the watch from moving or spinning around. At first this brace made my wrist sore, however it only took a few days to get used to it and after that I was glad to have that feature. Even though the Watch is huge the screen is quite small, and the only data that can be easily seen at a glance is the time. For all the other information you have to take a closer look.
The Riseman's altimeter is only good up to 19,680 ft and only displays in 20 ft increments. However the altimeter has many recording, tracking, and altitude alarm features and it seemed to stay accurate throughout the test. It records the altitude every five seconds for the first three minutes after the mode is activated and every two minutes after that. It also has a recall mode where you can view readings that you have recorded as well as the life time max elevation that is automatically recorded.
Another cool feature is a barometric trend indicator, which like the altimeter takes measurements every five seconds for the first three minutes after you switch to that mode and every 2 hours the rest of the time. Rounding out the Riseman's features list is a thermometer, alarm, and stop watch.
A major drawback of the Riseman is the cost, a whopping $250 MSR. Another negative was the manual. It was difficult to read so it took me awhile to figure out all the features of the watch, let alone how to use them.
So if you are super rough on your watches and want one that is virtually indestructible and you are willing to deal with a few limitations like the smaller screen and the not super easy to under stand manual, you should get a G-Shock Riseman.
Cori Jones is a new contributor for GearReview.com specializing in snowboarding and mountain biking. He can usually be found at the local resorts throwing big air in the winter and screaming downhill in the summer.

Leia Mais…