Saturday, May 12, 2012

Seiko UFO.... tragedi tragis yang mengembirakan......

Bulan lepas aku baru saja review mengenai Seiko UFO, kali ini UFO kembali beraksi namun berlainan kisahnya.....

UFO telah mengalami kecerderaan setelah berlaku pertengkaran dengan Seiko 6105. UFO kata dia kuat kerana boleh terbang.... 6105 plak kata cengkerang dia keras & penyelam dasar laut yang hebat... 


Pergaduhan tercetus....Hanya dengan satu sentuhan smackdown, UFO cedera & perlu dihantar ke hospital......... Sebenarnya aku tak sengaja pun... 6105 & UFO masing-masing tengah menjalani sesi penggayaan dengan seluar baru (tukar tali).... Dengan tak semena-mena berlaku sedikit hentakan di antara kedua-dua jam tersebut....


Aku tak sangka sebenarnya cermin UFO boleh retak begitu...kerana cerminnya agak tebal. Apa nak buat benda dah jadi. Kecewa betul, mood hilang terus malam tu.... malam tu juga aku online & cari cermin baru untuknya. Mujur jumpa di eBay, itu pun cuma ada satu saja. Walau berapa harganya aku tak kisah, aku beli ja memandangkan aku akan lebih pening & kecewa dengan bakal jawapan yang bakal aku dapat kalau cari di kedai-kedai jam nanti.....


Lebih kurang seminggu lebih, cermin baru sampai (kanan). Cermin ini merupakan cermin aftermarket... namun memang untuk UFO.... atau memang Seiko sendiri yang buat? Serius aku tak pasti.... Tak kisahlah, janji ini memang cermin untuknya....


Seperti cermin original, cermin baru ini rata di bahagian atas & melengkung di bahagian bawahnya....


Aku tidak pernah buka cerminnya sebelum ini. Namun aku merasakan kaedahnya sama seperti buka cermin Bullhead yang pernah aku lakukan suatu ketika dulu. Untuk membuka cermin, bezel perlu di tanggalkan terlebih dahulu.... pisau pembuka caseback sangat sesuai untuk tujuan ini....


Untuk membuka bezel UFO, ianya perlu dituilkan pada bahagian bertakuk (anak panah merah) yang sedia ada pada bezel. Letakkan pisau pada bahagian itu & tuilkannya. Disebabkan ianya agak ketat, perlahan-lahan aku ketuk pisau dengan tukul sehingga bezel sedikit terbuka. Kemudian, perlahan-lahan & sedikit demi sedikit pisau dituil di sekeliling bezel hingga ia tertanggal....


Lakukanlah dengan berhati-hati supaya tidak berlaku insiden yang akan mengecewakan diri sendiri.... 
....hendaklah bersabar dengan apa jua kerja yang melibatkan jam...


Setelah bezel ditanggalkan, beginilah rupanya... bertambah jelas keadaan cermin yang retak itu....


Cermin tersebut mempunyai gasket/seal getah di sekelilingnya... yang bertindak sebagai seal dari air & habuk. Cermin itu sendiri pula 'dikunci' & dipegang dengan kemas oleh bezel itu sendiri.


 Gasket/seal/o-ring tersebut 'melekat' pada cermin lama bagaikan ia diletakkan gam. Mungkin ianya sudah terlalu lama menyebabkan ia terus melekat pada cermin.


Beginilah rupanya tanpa cermin....


Dua alat tangan tambahan diperlukan untuk tujuan seterusnya ini..... dusk blower & silicone grease...


Keadaan gasket/o-ring masih baik.... satu kelegaan juga sebenarnya.. Ia ditanggalkan dari cermin lama dengan berhati-hati supaya tidak terputus atau hilang terus kekenyalannya...


Silicone grease diletakkan di sekeliling gasket/o-ring tersebut dibahagian luar & dalamnya....


Pada mulanya aku letakkan semula gasket/o-ring tersebut pada cermin baru & cuba untuk pasangkan semula pada casing.....


Terlebih dahulu, dial perlu di bersihkan dari sebarang habuk.... penggunaan dusk blower diperlukan untuk tujuan ini...


Chapter ring (anak panah merah) itu boleh ditanggalkan & ia diperbuat dari besi (steel)... Cuci setiap bahagian jam dari sebarang kekotoran... gunakan kain atau tisu & lap setiap bingkai & bucunya.. Alang-alang dah buka, cuci semua bahagian semampu boleh.....

Aku cuba memasukkan semula cermin bersama gasket/o-ring itu pada casing... namun cubaan aku beberapa kali gagal..... Cermin tak dapat dimasukkan dengan baik & tak dapat seal yang baik serta kemas....


Aku buat cara lain pula... kali ini, aku letakkan gasket/o-ring tersebut dahulu pada tempatnya & letakkan cermin pula selepas itu. Perlahan-lahan cermin ditelan masuk ke gasket/o-ring sehingga ia terletak betul-betul & kemas di tempatnya....... Pastikan cermin dapat seal yang baik seperti sedia kala. Jika gasket/o-ring sudah tidak baik keadaannya, haruslah ditukar baru. 




!!!....sekiranya anda tidak mempunyai silicone grease, anda boleh gunakan VASELINE.... lebih murah & mudah didapati....!!!



Cermin ditekan dengan berhati-hati sehingga masuk dengan kemas pada gasket/o-ring.....


Sebelum bezel diletakkan pada tempatnya, pastikan marker tahcymeter berada di kedudukan yg betul & tepat pada tempatnya... 


Disebabkan bezel agak ketat & perlu ditekan dengan kuat untuk memasukkannya. Aku tak berdaya untuk menekannya dengan jari & tiada alat yang khas untuk tujuan ini (aku tak pasti wujud ke tak alat menekan bezel).... aku gunakan tukul yang digunakan untuk resize bracelet untuk mengetuk bezel tersebut....

Gunakan bahagian plastik untuk mengetuk bezel supaya ia tidak mencalarkan bezel & mengemekkannya. Ketuk dengan hati-hati & tidak terlalu kuat di bahagian bucunya, pastikan tidak terkena cermin agar cermin tidak pecah atau sumbing... satu prospek yang sangat tak baik untuk aku jika cerminnya pecah sekali lagi...... ish ish ish....

Jika bimbang ketuk secara langsung begitu, gunakan kain atau apa yang sesuai sebagai pelapik.... Namun kena lebih berhati-hati supaya tak mengetuk cermin.....



Alhamdulillah... bezel dapat dipasang semula dengan kemas tanpa sebarang insiden yang tidak baik..... 


Nak tahu kemas atau tidak pemasangan bezel ini, lihat pada sisinya... Pastikan semua bahagian betul-betul rapat. Jika ada kawasan yang tidak rapat, ketuk perlahan-lahan bahagian itu sehingga rapat... 


Dengan cermin baru ini, rupa UFO lebih mengancam & lebih cantik.....


Dengan cermin baru yang lebih jelas ini, rupanya lebih menawan berbanding cermin lama yang sudah kekuningan fizikalnya....


Keadaan jam kini lebih cantik berbanding sebelum ini... pemasangan bracelet original memberikan rupa yang klasik & nampak seperti jam baru.....

Apa yang dipaparkan ini hanyalah kaedah yang aku buat saja... Mungkin ada cara lain yang lebih baik boleh dilakukan. Diharap ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman, inspirasi & info kepada anda tentang cara-cara penggantian cermin UFO... 

Tragis kerana cermin UFO pecah.... Menggembirakan kerana dapat menimba pengalaman yang bermakna..... Selamat mencuba!!!



13 KOMEN ANDA:

sah_kul said...

Mujur beno dpt cari replacement crystal... malang mmg x berbau... walaupun dijaga dgn kasih n syg ttp jg bole berlaku ssuatu yg x diinginkan... mana lg senang repair gigi atau repair jam hehe :)

24 JAM said...

bro, aku rasa alat penekan bezel tu ada kat mana2 kedai jam...takyah beli pasal mahal...mintak je toke jam press kejap. (takut2 nti bezel tu melompat sendiri kalu tak ketat betul. kalu ada bunyi pop sahlah ketat, kalu poot poot lain pulak jadi haha)

walikard said...

Dalam setiap perkara yg tak baik berlaku tentu ada saja hikmahnya. Kali ni hikmahnya bukan utk DJ seorang malah yg lain2 juga :) thanks for sharing bro

Pencinta Masa said...

Haaa ... macam nilah baru syok, tengok wayang ada suara!

Tahniah atas kejayaan eksperimen tak berlesen ni ... hi hi hi!

duniajam said...

sah_kul....

repair jam lg senang bro.... tak byk karenah...... hahahaha

duniajam said...

24 JAM...

alat penekan tu guna utk tekan caseback... Yg tu aku ada.. cuma saiz penekan yg sama saiz bezel takda... hehe.. tukul tu la jwbnya.... haha....

duniajam said...

walikard,

sharing is caring.... sama2 kita kongsi ilmu.... hehe

duniajam said...

Pencinta Masa...

Alhamdulillah la jadi.... kalau tak jadi pun nak tunjuk sini gak... sama2 ambik iktibar.... kuikuikuikui....

Suka Jam said...

Nampak mcm senang je nak buat, tapi kena banyak sabar nak pasang balik

Saint said...

Case press memang boleh pakai, tapi kena ada acuan yang betul diameternya.

Selalu attachment yang plastik murah sikit. Yang besi macam bergeon tu memang mahal.

Yang penting, kerja selesai, pesakit tak cedera parah. Well done, bro!

duniajam said...

Suka Jam.,....

Senang bro.. tak susah mana. Cuma kena hati2.... hehe

duniajam said...

Saint...

terima kasih bro! Aku ada satu case press tu... tp acuan beso takda... beli yg murah ja... kena guna tukul tu gak le.. hehe

ABC said...
This comment has been removed by the author.