Persoalan yang dah lama bermain dimindaku..... adakah......????? Firasat aku mengatakan ya... ada wap air di bawah cerminnya... Namun hati aku mengatakan, bukan kot... nak sedapkan hati sendiri & seperti tak percaya...
... namun aku perlu mengaku & percaya bahawa memang wujud wap air di bawahnya berdasarkan fizikal cermin itu yang nampak kelabu....
Kejadian wap air begini bukanlah suatu yang luar biasa. Ianya jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku walau pada jam yang kalis air. Ia boleh berlaku pada cermin belakang ataupun atas, mahupun kedua-duanya sekali. Ia boleh berlaku pada mana-mana jam. Malah jam-jam Swiss juga dari sumber rakan yang pernah mengalaminya & juga bacaan di internet....
Sesuatu perlu dilakukan dengan secepat mungkin agar kerosakan pada movement dapat dielakkan..... karat boleh berlaku dalam jangkamasa panjang & memendekkan hayat movement sekiranya wap air tersebut tak dibuang.... Banyak faktor penyumbang kepada kejadian ini yang berlaku apabila terdapat perubahan suhu secara mendadak... suhu panas kepada suhu sejuk... Kejadian ini suatu yang tidak baik sekiranya berlaku pada mana-mana jam samada mekanikal mahupun quartz.
Wap air atau istilah lain fogging/condensation biasanya akan hilang dalam 24 jam selepas ianya berlaku. Sekiranya tak hilang juga walaupun dijemur, jam perlu dibuka & dicuci wap air tersebut.. Bukan pada jam saja, cermin kereta (yang dibuka penghawa dingin) & juga cermin helmet motosikal turut berlaku walau sekejap....
Nampaknya nasib tak menyebelahi aku & berlaku pula pada jam ini... Ada beberapa jam aku telah mengalami perkara yang sama. Yang biasa terjadi pada cermin atas, namun tidak pada jam ini yang hanya berlaku pada cermin caseback.
Jauh dalam benak aku telah lama mengatakan memang ada wap air pada cermin... Namun lepas jumpa kawan-kawan malam tu, nasihat diberikan agar aku buka & cuci wap air tersebut. Sebenarnya aku sayang nak buka caseback jam ni memandangkan jam baru & takut tak sengaja tercalarkan casebacknya.. Namun aku gagahkan juga buat sebab, hati aku akan lebih sakit kalau orang lain yang calarkannya... Lebih baik aku buat sendiri.... Perlahan-lahan aku buka & mujur caseback tak begitu ketat....
Beberapa alat aku gunakan untuk kerja ini. Perkara pertama kena pastikan ialah keadaan sekeliling tempat kerja yang perlu kering & tak berhabuk.
Inilah pertama kali aku buka caseback & melihat terus movement Poljot 3133 yang asalnya dari Valjoux 7734. Kebanyakan movement Swiss menggunakan lateral clutch dalam komplikasi chronograph mereka. Berbeza dengan Seiko yang menggunakan vertical clutch....
Yang mana satu lateral clutch tu?
Anak panah merah tu menunjukkannya... Aku akan cuba kupas mengenai cara kerja movement jenis ini dengan vertical clutch sekiranya ada masa kelak... harap-harap aku tak lupalah... pasal banyak artikel yang aku cadang nak buat tapi tak terbuat-buat & ada yang aku lupa pulak... adoi la....
Memang nampak kelabu cerminnya selepas dibuka. Apabila aku lap, memang nampak jelas wap air padanya. Pastikan ianya dilap sehingga bersih & dihembuskan angin dengan air blower (jangan tiup dengan mulut!) sehingga tiada lagi kesan wap air mahupun habuk.
Beberapa bahagian jam perlu dipastikan mempunyai seal yang baik, contohnya pada push button, crown, seal cermin mahupun o-ring caseback. O-ring pada caseback boleh diletakkan gasket sealant ataupun vaseline. Seal yang tidak baik membolehkan air menyerap masuk ke dalam jam. Aku tak begitu percaya untuk membawa jam tanpa crown skru down berenang walaupun rating jam tersebut 100 meter... mohon maaf, aku tak percaya dengan rating tersebut sebab dok jumpa banyak jam yang crown stemnya telah pun berkarat... jam tersebut pula takda sejarah dibawa berenang pun. Takat terkena air hujan & basuh tangan saja... Kalau nak ikutkan jam dengan rating 100m boleh dibawa berenang.... tapi dengan apa yang aku dah lihat... minta mahap banyak-banyak la paklong.....
Caseback dipasang semula dengan ketat berbanding sebelumnya yang aku rasa tak begitu ketat. Beberapa bahagian jam yang telah aku sebut sebelum ni perlu dipastikan baik keadaannya..... Jam ini tiada sejarah terkena air basuhan mahupun hujan.... Seboleh-boleh aku elakkan dari terkena air lebih-lebih lagi pada bahagian push buttonnya.
Movement dapat dilihat dengan jelas dari sebelumnya...
Perbezaan ketara dapat dilihat pada gambar ini...
Kini Junkers JU52 dapat beraksi semula tanpa sebarang ragu-ragu lagi... Sekiranya jam anda juga berlaku perkara yang sama & tak yakin nak buat sendiri, eloklah kiranya dibawa jam tersebut berjumpa dengan tukang jam yang mahir untuk menyelesaikan masalah ini.
6 KOMEN ANDA:
Syukur Doc...pembedahan telah berjalan dengan jayanya ... :)
Alhamdulillah... tak berlaku apa2 komplikasi semasa rawatan dijalankan & selepas rawatan... Hehe...
Selamet Alhamdulillah...hmm, jam baru aku ngeri nak bukak. Tp betul kata DJ, daripada sakit hati org lain calarkan, baik buka sendiri. Apapun, skrg aku dah ada bola kuning utk buka caseback, dah tak takut calar :)
tu yg aku buat gak walau risau sebenarnya.... hehe
So beautiful! Love your watch review!
Click here G shock frogman
thanks!
Post a Comment