Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua sahabat & saudara seagamaku....
Leia Mais…
Thursday, October 25, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Boy London - kembar tak seiras
Kembar tiga?!
Sebenarnya aku mempunyai 4 jam Boy London (BL). Namun satu telah dihadiahkan kepada sorang sahabat yang 'kehilangan' hampir semua jam miliknya. Mungkin dengan hadiah aku yang tak seberapa ini dapat mengembalikan senyuman di wajahnya itu..... mungkin terubat sedikit kesedihan itu....
Inilah jam tersebut.... Jam ini merupakan jam baru (NOS) & aku tidak pernah pakai lagi. Designnya agak berbeza dari tiga jam di atas. Ia mempunyai bezel dengan nama BL di atasnya & ianya boleh diputar dua hala.
Walau ketiga-tiga berjenama sama, namun ianya tidak sama..... kerana hanya yang paling depan saja yang original, dua dibelakang itu adalah model tiruan... atau istilah aku pada zaman itu... 'pasar malam'....
Mari kita saksikan perbezaannya....
Keduanya merupakan jam 'pasar malam' (fake). Namun pada zaman itu, inilah jam yang digilai ramai budak awal tahun 1990an. Yang sebelah kanan itulah jam yang aku pakai semasa darjah 5. Ianya masih berfungsi sehingga kini. Sepanjang pergaulan aku semasa zaman itu, dua design inilah yang banyak digunakan. Aku tak pernah tengok design lain selain ini pada waktu itu......
Yang menarik mengenai jam 'pasar malam' ini, warna dial boleh berubah mengikut suhu. Aku telah cuba meletakkan kedua-dua jam dalam peti ais. Hanya sebelah kanan saja yang masih boleh berubah warnya.
Kedua-duanya merupakan jam 'pasar malam'. Memandangkan jam BL aku yang masih berkeadaan sempurna, ianya digandingkan bersama BL NOS. Begitulah keadaan jam itu ketika masih baru (kanan) & keadaannya selepas 21 tahun (kiri).
Perbezaan cukup nyata pada kualiti jam 'pasar malam' (kiri) & original (kanan) ini. Dari segi kualiti binaan casing, kedua-duanya menggunakan base metal namun kuaitinya nampak berbeza. Jarum nampak sama namun crown berbeza. Crown jam 'pasar malam' tiada logo & bersaiz kecil.
Tidak seperti BL pasar malam, dial BL original tidak boleh berubah warna. Aku rasa semua BL original tidak ada model yang boleh berubah warna dialnya. Hebat juga idea peniru BL 'pasar malam' ini juga ye.... pereka BL original pun ta terfikir ke situ....kuikuikui....
Design jam 'pasar malam' sebelah atas kiri ini bak original. Namun berbeza dari segi 'perletakkan' perkataan BL pada casing. Keadaannya juga tidak sempurna & sudah tidak berfungsi. Kesan krom masih jelas pada casingnya.
Aku tidak ingat jam sebelah kanan (tolak jam original) itu berkrom atau tidak kerana sudah hilang kilatannya & bertompok-tompok halus pula. Namun aku yakin, dahulunya ianya berkrom juga berdarkan model original yang mempunyai design casing sama yang aku pernah lihat di internet suatu ketika dulu.
BL NOS (kiri) bersama BL original. |
Walau yang kiri bukan original, ia mempunyai nilai sentimentel kepada mereka yang melalui zaman BL suatu ketika dulu. Patern tali menyerupai yang original. Namun perbezaan kualiti tali amat ketara dari segi buatan & kelembutan tali. Tali original adalah kulit & ianya lembut. Manakala yang satu lagi keras & buatannya kurang baik. Jika dipakai selalu, ianya akan lebih mudah putus & akan menerima nasib yang sama seperti tali BL lama aku. Kualiti casing BL NOS juga tidaklah licin berkilat & bersih sepertimana yang original. Jam original rasa berat, manakala BL 'pasar malam' rasa ringan.
Lihat sahaja perbezaan kualiti jam original (kiri) dengan kualiti jam 'pasar malam' (kanan). Namun pada aku tak teruk sangat 'pengoksidaan' jam kanan itu... mungkin sebab aku tak pakai jam tu sejak ianya habis bateri 21 tahun yang lalu & hanya tersimpan dalam kotak.
Dari pandangan ini nampak jelas perbezaan kualiti binaan jam original & 'pasar malam' serta persamaan di antara kedua-dua jam pasar malam itu (gambar kanan bawah).
Original - atas 'Pasar malam' - bawah |
Tali antara kedua-duanya hampir sama, namun tidak pada kualitinya.... Buckle ketiga-tiganya hampir sama. Buckle tengah adalah jam original.
Jam pasar malam menggunakan caseback yang serupa & kualiti casing juga setara. Perbezaan sangat nyata apabila digandingkan dengan jam original.
Ini adalah caseback BL NOS. Nampak serupa dengan caseback BL pasar malam lain.
Kedua-dua movement ini adalah movement jam 'pasar malam' itu. Kedua-duanya berbeza. Sebelah kanan yang aku gunakan dulu masih berfungsi. Tertera halus Swiss Part pada movement itu, entah betul ke tidak tak pasti la.... mungkin benar sebab ianya masih berfungsi walaupun ianya tiruan. Berbeza dengan movement sebelah kiri dari Hong Kong yang telah rosak.
Movement BL NOS |
Boleh dilihat bahawa movement BL NOS ini juga berlainan dari adik beradik 'pasar malam'nya. Namun movement jam ini masih berfungsi dengan baik. Ia masih berfungsi mungkin disebabkan ia tersimpan dengan baik kerana tidak pernah digunakan.
--------------------------------------------------------
Boy London vs Levi's
Jika tadi BL original digandingkan dengan BL 'pasar malam', kini ia digandingkan bersama jam butik rival dari dua zaman yang berbeza.
Levi's Copper di sebelah kiri itu merupakan jam original yang agak sukar dijumpai di semua butik. Seperti Boy London yang mempunyai design yang sinonim dengannya, Levi's itu juga mempunyai design & konsep yang sangat sinonim dengan jeans mereka...
Casing Levi's tersebut adalah dari stainless steel. Kedua-dua crown jam ini berlogo & dibuat cantik serta kemas buatannya.
Sangat ketara perbezaaan saiznya...
Kualiti tali keduanya-dua sangat baik & berkualiti tinggi. Tali Levi's besar & tebal namun sangat selesa dipakai. Walau tali BL sudah lama, namun keadaannya masih baik & masih boleh digunakan.. inilah salah satu perbezaan jam original jika dibandingkan dengan jam pasar malam (fake).
Caseback diukir dengan sangat kemas & cantik sekali.
Perbandingan ini bukanlah untuk menunjukkan perbezaan di antara BL & Levi's, namun lebih kepada menunjukkan keadaan kualiti jam original BL & Levi's yang nampak setara. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan BL 'pasar malam' sebelum ini. Ternyata memiliki jam original adalah suatu kepuasan & berbaloi walau berapa harganya sekali pun.
Namun dalam kes BOY LONDON ini... aku dapat memaafkan walaupun memiliki hanya jam 'pasar malam', kerana nostalgia yang dibawa oleh jam ini sangat bernostalgia kepada mereka yang melalui zaman itu...
Leia Mais…
Labels:
**Designer,
**Perbandingan,
Boy London
Tuesday, October 2, 2012
Boy London kembali lagi
Lebih 3 tahun yang lalu..... Boy London merupakan jam pertama aku review di Dunia Jam.... Jam tersebut merupakan jam yang sangat bernostalgia buat aku kerana bukan saja aku memakainya di zaman kegemilangan Boy London sekitar tahun 1990-1992 kerana jam tersebut juga masih berdetik hingga ke hari ini.... Lebih kurang sudah 21 tahun ia bersama aku.......
Review jam pertama di Dunia Jam
Boy London - suatu fenomena (25 Mac 2009)
Kebih kurang setahun kemudian, aku cuba untuk menghidupkannya kembali... ikuti kisahnya di bawah...
Kembali bernyawa setelah 20 tahun koma... (8 Februari 2010)
Kini Boy London kembali menceriakan Dunia Jam.... di mana kali ini ia merupakan jam original. Jam yang aku pakai dulu hanyalah seutas jam 'pasar malam' (istilah suatu ketika dulu) ataupun tiruan (fake).... walau jam pasar malam, zaman memakainya pada ketika itu merupakan suatu fenomena.
Aku berjaya dapatkan jam ini setelah di tawarkan oleh sorang abang yang dah lama main jam & beliau pada ketika itu teringatkan aku dulu ketika ingin menjualnya.. Aku tak tahu pun keadaan jam ini semasa aku ditawarkan.... Aku hanya bersetuju saja kerana memang sudah lama mencari model originalnya. Tak sangka apabila sampai di tangan, keadaannya sangat cantik sekali. Terima kasih banyak bang.... jasamu dikenang.... Jam ni sebenarnya telah lama berada di tangan aku... cuma baru ada masa nak review....
Keadaan jam ketika ini sangat mulus & cantik. Tiada calar langsung kelihatan pada casingnya. Inilah pertama kali aku melihat depan mata model originalnya. Pada zaman fenomena Boy London, aku beranggapan pada ketika itu, Boy London hanya wujud sebagai jam pasar malam. Maksudnya hanya standart jam pasar malam atau istilah aku & kawan-kawan.. jam Siam saja la & tiada model original.... Aku tak tahu pun sebenarnya Boy London adalah jenama butik. Manalah tau masa tu, budak-budak lagi... internet pun belum wujud....
Boy London merupakan jenama butik/fesyen yang sebenarnya sudah lama wujud sejak tahun 1977 lagi & ia masih wujud sehingga kini. Cumanya jenama ini sudah hilang trendnya di Malaysia kini. Bacaan lanjut mengenai sejarah mereka boleh didapati pada pautan di bawah:
Ini pula adalah web rasmi mereka:
Berdasarkan dial, kita sudah tahu dari mana datangnya jenama ini. Aku bukanlah pendokong atau penyokong negara itu yang berlogo besar & megah itu. Jika ada pilihan lain ketika itu, pasti aku tak pilih corak bendera ini... tapi mengenangkan jenama ini sangat bernostalgia, aku beli juga sebagai kenangan kerana belum pasti akan ketemu lagi Boy London original ini sedangkan jam 'pasar malam' pun amat sukar untuk dijumpai.
Dari aspek kekemasan, dial dicetak kemas tanpa hour marker. Logo Boy London yang besar bersama corak bendera itu pada pandangan aku... jika dipandang dari aspek design, ianya nampak cantik & menyerlahkan jenamanya itu sesuai dengan kosep kesederhanaan Boy London. Nampak gah walau dipandang dari jauh.
Dari aspek membaca waktu, agak sukar untuk membaca waktu dengan sekali pandang. Perlu dipandang dengan teliti kerana sukar membaca waktunya disebabkan corak bendera itu sendiri & warna jarumnya yang hitam serta kecil itu. Walau warna hitam kontra dengan warna putih, jarum berwarna hitam itu tenggelam dalam corak bendera itu.
Kesimpulannya jika dilihat dari segi konteks ia sebagai jam butik, fesyen ataupun designer, ianya tak jadi masalah kerana ianya suatu hasil seni & seni itu sendiri sangat luas serta tidak terhad. Bagaimana ianya diekspresi, ia dianggap seni walau ianya tidak begitu relevant pada pandangan orang lain. Dari segi fungsinya sebagai pemberitahu waktu, design tersebut menyusahkan bacaan waktu dengan sekali pandang.... kurang sesuai untuk mereka yang sangat pentingkan bacaan waktu & tidak suka membuang masa. Namun dari sudut pandangan seorang WIS, ianya tak menjadi masalah kerana seorang WIS pandang jam sampai 5,6 kali pun masih tak tau bacaan waktunya..... kikikiki.....
Dengan zaman sekarang, design jam ini sudah masuk kategori klasik (butik). Ianya tampak sederhana, ringkas & tiada corak warna warni seperti trend jam butik zaman sekarang. Walau casing tiada unsur seni radikal, ukiran nama Boy London sudah memadai & Boy London sendiri tidak perlu design serta warna yang fancy kerana mereka sangat sederhana & berbangga dangan nama mereka serta logo mereka sendiri. Nama & logo menjadi sebahagian dari design pakaian itu sendiri (contoh gambar bawah). Itulah kelainan Boy London berbanding jenama butik lain.... minimalist....
Gambar dari Fashion Beans |
Crown jam ini bersaiz sederhara & bercorak. Ianya juga mempunyai logo mereka padanya. Design crown sebegini nampak cantik & berfungsi dengan baik kerana memudahkan pegangan & tidak menyusahkan untuk memusingkannya. Ada jenama yang merekacipta crown yang cantik sesuai dengan konsep jam tersebut, namun tidak berfungsi dengan baik dimana sukar untuk memusingkan crown & ada kalanya menyakitkan jari pula.
Caseback jenis snap-on mempunyai ukiran Boy London yang kemas & cantik. Berdasarkan caseback itu juga, kita sudah tahu bahawa casingnya diperbuat dari base metal & bukannya stainless steel. Namun kualiti casing jam ini bagaikan stainless steel. Jauh berbeza dari jam-jam aku yang menggunakan base metal sebelum ini.
Pada dial tadi, tertera Japan Movt pada pukul 6. Movement dipegang dengan kemas oleh 'holder' plastik berwarna biru dengan baik.
Movement yang digunakan merupakan movement quartz Miyota yang banyak digunakan oleh banyak jenama. Kalau rosak, mudah nak cari ganti. Namun usah khuartir kerana movement Miyota sudah terbukti reliable. Tengok saja jam ini, aku rasa umurnya menyamai Boy London lama aku, namun masih mengatur waktu dengan baik & movementnya juga sangat bersih..... Ini hanya pandangan aku saja.....
Jam ini didatangkan dengan tali original. Ianya masih baik & masih boleh dipakai tanpa perlu risau terputus. Kualiti buatannya sangat baik, utuh & tiada benang yang tertanggal. Trademark jam mereka selain design casing & dial, terletak juga pada talinya.
Satu kelainan dirasakan apabila menyarungkan jam yang bernostalgia & kini ianya original. Kadang kala aku memakainya ke tempat kerja. Walau aku rasa tak sesuai digayakan dengan baju batik.... hantam sajalah labu...... Seni? Memakai jam bernostalgia begini, aku sudah tidak pentingkan ianya sesuai atau tidak pada situasi & penampilan tu..... kepuasan memakainya lebih penting dari perkara lain.... sekurang-kurangnya pada aku sendiri.....
Labels:
**Designer,
**Nostalgia,
Boy London
Subscribe to:
Posts (Atom)