Aku tak lah pandai sangat nak review jam. Nak cerita dengan ayat bombastik pun tak berapa pandai. Ini merupakan review aku secara ringkas mengenai jam ni.
Untuk julung kalinya, aku pilih jam Boy London sebagai review pertama aku. Jam ni merupakan jam nostalgia aku. Aku pun tak sangka masih simpan jam ni sampai sekarang. Hehehe... Mesti ada yang pernah tengok @ pernah ada jam ni. Kepada sesiapa yang belum tahu, Boy London merupakan jenama fesyen baju seperti gambar bawah ni. Nak cerita sejarah dia pun aku tak reti nak cerita sangat. Tau sikit-sikit aja.
Seperti jenama lain, contohnya Guess, Esprit, Elle, Chrocodile, Gucci... mereka juga mengeluarkan aksesori lain sebagai pelengkap untuk jenama mereka. Jam merupakan suatu aksesori yang dikeluarkan. Jenama ni terkenal semasa aku berumur 13 tahun (kalau tak salah), tahun 1993.
Salah satu model Boy London (original tau). Pernah tengok tak?
Untuk julung kalinya, aku pilih jam Boy London sebagai review pertama aku. Jam ni merupakan jam nostalgia aku. Aku pun tak sangka masih simpan jam ni sampai sekarang. Hehehe... Mesti ada yang pernah tengok @ pernah ada jam ni. Kepada sesiapa yang belum tahu, Boy London merupakan jenama fesyen baju seperti gambar bawah ni. Nak cerita sejarah dia pun aku tak reti nak cerita sangat. Tau sikit-sikit aja.
Seperti jenama lain, contohnya Guess, Esprit, Elle, Chrocodile, Gucci... mereka juga mengeluarkan aksesori lain sebagai pelengkap untuk jenama mereka. Jam merupakan suatu aksesori yang dikeluarkan. Jenama ni terkenal semasa aku berumur 13 tahun (kalau tak salah), tahun 1993.
Salah satu model Boy London (original tau). Pernah tengok tak?
Satu fenomena pada ketika tu bila jenama ni masuk dalam pasaran Malaysia. Masa tu baju & jam yang paling terkenal. Sampai sapa yang tak pakai baju @ jam dia, kira macam 'lekeh' la. Hahaha... Aku pun tak mau lepas peluang pada masa tu, beli la satu jam. Adik aku pun ada jam yang sama tapi sudah lingkup. Tapi bukanlah beli yang original. Beli 'pasar malam' punya. Ekekeke... Aku pun tak pernah tengok & tahu camna bentuk jam yang original dia. Pada masa tu, jam kat bawah ni paling terkenal.
Ini jam aku. Lebih kurang sama dengan original.
Tak sangka lak memang wujud jam Boy London berbentuk camni.
Tak sangka lak memang wujud jam Boy London berbentuk camni.
Tak pasti samada jam ni masih berfungsi atau tak. Tak pernah tukar beteri sejak 'kong'. Jam masih berkeadaan baik, diameter casing 35mm. Bahagian belakang jam ada sedikit 'kudis' (tak tau nak pakai istilah apa). Biasalah jam 'pasar malam' bukannya fully stainless steel. Tali masih 'original', ada registered lambang Boy London & buckle ada terpapar BOY. Casing hampir tak terjejas, masih elok. Cermin ada calar sedikit (satu garis) & jarum saat, minit & jam masik elok.
Antara sebab masa tu aku (aku rasa orang lain pun sama kot) minat sangat jam ni pasal dial dia sebenarnya boleh bertukar warna mengikut suhu. Dulu aku memang suka masukkan jam dalam peti ais. Suka tengok perubahan warna. Tahan gak jam ni sebenarnya. Aku biarkan terus dalam peti ais pun, jam ni tak pernah tak bergerak, masuk air @ cermin berkabus. Setelah berbelas tahun tak pakai jam ni, aku tak pasti 'fungsi' tu masih boleh 'digunakan' lagi ke tak. Eksperimen dimulakan oleh kawan aku. Tak ku sangka, jam ni masih 'berfungsi'. Terkejut gak aku. Kami berdua gelak sakan. Sebab kawan aku ni pun pernah ada jam ni dulu. Hahaha... Jom kita tengok...
Bila terlalu sejuk, ia akan berwarna gelap. Bila keluarkan dari peti ais, warna bertukar secara perlahan seperti dalam gambar. Dalam beberapa minit, warna bertukar ke asal (biru gelap). Wah! Hahaha... Menarik bukan?
23 KOMEN ANDA:
dude!!
boleh tolng tak bagitahu mane nak cri jam boy london ar skang..
ssah gle ar..
hehhe..
lau boleh sile la email
dugoong_ensem@yahoo.com k??
Aku suka la post kau ni sbb aku pun penah guna jam Boy London ni, kalau x salah aku....dulu aku ada 3 jam Boy London tp tah mana aku dah letak. blk kg nanti aku try cari. apa yang kau ceritakan tu aku pun lalui juga... teringat aku kenangan Jam Boy London
Aiseh.... tak tau la plak mana nak cari jam ni sekarang. Kalau jumpa, nak gak beli satu lagi. Hehehe...
Memang kenangan betul jam ni. Setiap kali tengok, teringat zaman dulu. Nanti nak try letak beteri. Tak pasti masih hidup atau tak.
hi nak tny, is there any chance u nak jual ur london boy watch?
Aja, rasanya jam tu akan jadi koleksi & takkan jual kot. Nostalgia betul jam tu. Sayang nak jual. Sori ye...
Satu lagi jenama yang naik selepas Boy London.... Storm Of London. Kalau Boy London datang masa aku sekolah rendah... Storm of London hadir masa aku sekolah menengah. Sampai sekarang aku tak jumpa jam tu di mana2 sekali pun. Rasa rugi pula tak beli masa dok 'gila' dengan jam tu dulu.
aku tak mampu nak beli jam boy london nie dulu...tapi minat gak ...feature tukar color nie memang masa tue rasa dasyat tull...masa nie aku sekolah rendah lagi...hehehehe
Tu la. Jam ni beli pasar kat pasar malam je. Tak sangka masih berfungsi sampai sekarang
Tu la. Jam ni beli pasar kat pasar malam je. Tak sangka masih berfungsi sampai sekarang
Aku pernah memilikinya sekitar tahun 1993 or darjah 4 masa 2... heheh, betol.. color memang bleh berubah, nak tau sbb kenaper beli, sbb semua member pakai brand ni.. gilorrr!!! dah 2 atuk aku pon belikan jugak.. mati2 ingat original tp pelik sbb bleh beli kat pasar jer.. apa2 pun merasa pakai jenama ni, org lain ader kerr.. x kannn '_'
zaman tu sapa tak pakai BL ni kira ketinggalan la... Haha... Semua kawan2 pakai masa tu. Hehe
oh i miss dis watch so much..deduluk ade jam BL yg tkr kaler ikt time..ade wnra gold,hijau,biru n mcm2...seyes rindu glerr jam ni..thanx a lot sbb post sal dis watch..:)
terima kasih.... mmg nostalgia jam ni. Hehe
Saya ada jual jam ni..boleh la lawat page saya..
JB-JualBeli Komuniti...jika sudi sila la like page yg xseberapa 2..tqvm..
Saya ada jual jam boy london..sebahagian koleksi saya..sila lawat page saya JB-JualBeli Komuniti..jika sudi..sila like page sy yg xseberape 2..tqvm
Bro nk jual x jam tu
T
Warna tukar ikot time ke suhu?
25thn punya cerita boylondon ni..mcm nak ja blk kurek lubang jamban lama kat kg...jam aku jatuh dlm tank...😣😣😣..agak² ok lg dak?haha
aku kau
Tak jual bro jam ni. Jam kenangan... haha
adolf hitler
Warna bertukar mengikut suhu. Tak sure apa matertial yg dibuat pada dialnya.
25thn punya cerita boylondon ni..mcm nak ja blk kurek lubang jamban lama kat kg...jam aku jatuh dlm tank...😣😣😣..agak² ok lg dak?haha
Jawapan: Boleh cuba tengok. Mana tau kot ada rezeki jalan balik... tapi... kalau jam tu dah takleh jalan tapi masih nak pakai jam tu... pi kedai jam, suruh technician tukar movement/enjin baru. Boleh pakai semula jam tu. Hehe
kenangan betul.. aku pakai jam ni masa tahun 93/94... masa tu br darjah 3.. darjah 4... kecik2 dh pandai ikut trend semasa..😂🤭 masa tu aku rasa aku lah yg paling hebat sbb pakai jam yg boleh tukar2 kaler..🤩
wanieizi, nostalgia yang tak dapat dilupakan tu. What a good old days.
Post a Comment