Tuesday, October 9, 2012

Boy London - kembar tak seiras


Kembar tiga?!


Sebenarnya aku mempunyai 4 jam Boy London (BL). Namun satu telah dihadiahkan kepada sorang sahabat yang 'kehilangan' hampir semua jam miliknya. Mungkin dengan hadiah aku yang tak seberapa ini dapat mengembalikan senyuman di wajahnya itu..... mungkin terubat sedikit kesedihan itu....


Inilah jam tersebut.... Jam ini merupakan jam baru (NOS) & aku tidak pernah pakai lagi. Designnya agak berbeza dari tiga jam di atas. Ia mempunyai bezel dengan nama BL di atasnya & ianya boleh diputar dua hala.


Walau ketiga-tiga berjenama sama, namun ianya tidak sama..... kerana hanya yang paling depan saja yang original, dua dibelakang itu adalah model tiruan... atau istilah aku pada zaman itu... 'pasar malam'.... 

Mari kita saksikan perbezaannya....


Keduanya merupakan jam 'pasar malam' (fake). Namun pada zaman itu, inilah jam yang digilai ramai budak awal tahun 1990an. Yang sebelah kanan itulah jam yang aku pakai semasa darjah 5. Ianya masih berfungsi sehingga kini. Sepanjang pergaulan aku semasa zaman itu, dua design inilah yang banyak digunakan. Aku tak pernah tengok design lain selain ini pada waktu itu...... 

Yang menarik mengenai jam 'pasar malam' ini, warna dial boleh berubah mengikut suhu. Aku telah cuba meletakkan kedua-dua jam dalam peti ais. Hanya sebelah kanan saja yang masih boleh berubah warnya. 


Kedua-duanya merupakan jam 'pasar malam'. Memandangkan jam BL aku yang masih berkeadaan sempurna, ianya digandingkan bersama BL NOS. Begitulah keadaan jam itu ketika masih baru (kanan) & keadaannya selepas 21 tahun (kiri). 


Perbezaan cukup nyata pada kualiti jam 'pasar malam' (kiri) & original (kanan) ini. Dari segi kualiti binaan casing, kedua-duanya menggunakan base metal namun kuaitinya nampak berbeza. Jarum nampak sama namun crown berbeza. Crown jam 'pasar malam' tiada logo & bersaiz kecil. 

Tidak seperti BL pasar malam, dial BL original tidak boleh berubah warna. Aku rasa semua BL original tidak ada model yang boleh berubah warna dialnya. Hebat juga idea peniru BL 'pasar malam' ini juga ye.... pereka BL original pun ta terfikir ke situ....kuikuikui....


Design jam 'pasar malam' sebelah atas kiri ini bak original. Namun berbeza dari segi 'perletakkan' perkataan BL pada casing. Keadaannya juga tidak sempurna & sudah tidak berfungsi. Kesan krom masih jelas pada casingnya. 

Aku tidak ingat jam sebelah kanan (tolak jam original) itu berkrom atau tidak kerana sudah hilang kilatannya & bertompok-tompok halus pula. Namun aku yakin, dahulunya ianya berkrom juga berdarkan model original yang mempunyai design casing sama yang aku pernah lihat di internet suatu ketika dulu.


BL NOS (kiri) bersama BL original.
Walau yang kiri bukan original, ia mempunyai nilai sentimentel kepada mereka yang melalui zaman BL suatu ketika dulu. Patern tali menyerupai yang original. Namun perbezaan kualiti tali amat ketara dari segi buatan & kelembutan tali. Tali original adalah kulit & ianya lembut. Manakala yang satu lagi keras & buatannya kurang baik. Jika dipakai selalu, ianya akan lebih mudah putus & akan menerima nasib yang sama seperti tali BL lama aku. Kualiti casing BL NOS juga tidaklah licin berkilat & bersih sepertimana yang original. Jam original rasa berat, manakala BL 'pasar malam' rasa ringan.


Lihat sahaja perbezaan kualiti jam original (kiri) dengan kualiti jam 'pasar malam' (kanan). Namun pada aku tak teruk sangat 'pengoksidaan' jam kanan itu... mungkin sebab aku tak pakai jam tu sejak ianya habis bateri 21 tahun yang lalu & hanya tersimpan dalam kotak.


Dari pandangan ini nampak jelas perbezaan kualiti binaan jam original & 'pasar malam' serta persamaan di antara kedua-dua jam pasar malam itu (gambar kanan bawah).


Original - atas
'Pasar malam' - bawah
Tali antara kedua-duanya hampir sama, namun tidak pada kualitinya.... Buckle ketiga-tiganya hampir sama. Buckle tengah adalah jam original.


Jam pasar malam menggunakan caseback yang serupa & kualiti casing juga setara. Perbezaan sangat nyata apabila digandingkan dengan jam original. 


Ini adalah caseback BL NOS. Nampak serupa dengan caseback BL pasar malam lain.


Kedua-dua movement ini adalah movement jam 'pasar malam' itu. Kedua-duanya berbeza. Sebelah kanan yang aku gunakan dulu masih berfungsi. Tertera halus Swiss Part pada movement itu, entah betul ke tidak tak pasti la.... mungkin benar sebab ianya masih berfungsi walaupun ianya tiruan. Berbeza dengan movement sebelah kiri dari Hong Kong yang telah rosak.


Movement BL NOS
Boleh dilihat bahawa movement BL NOS ini juga berlainan dari adik beradik 'pasar malam'nya. Namun movement jam ini masih berfungsi dengan baik. Ia masih berfungsi mungkin disebabkan ia tersimpan dengan baik kerana tidak pernah digunakan.



--------------------------------------------------------



Boy London vs Levi's


Jika tadi BL original digandingkan dengan BL 'pasar malam', kini ia digandingkan bersama jam butik rival dari dua zaman yang berbeza.


Levi's Copper di sebelah kiri itu merupakan jam original yang agak sukar dijumpai di semua butik. Seperti Boy London yang mempunyai design yang sinonim dengannya, Levi's itu juga mempunyai design & konsep yang sangat sinonim dengan jeans mereka... 


Casing Levi's tersebut adalah dari stainless steel. Kedua-dua crown jam ini berlogo & dibuat cantik serta kemas buatannya.


Sangat ketara perbezaaan saiznya...


Kualiti tali keduanya-dua sangat baik & berkualiti tinggi. Tali Levi's besar & tebal namun sangat selesa dipakai. Walau tali BL sudah lama, namun keadaannya masih baik & masih boleh digunakan.. inilah salah satu perbezaan jam original jika dibandingkan dengan jam pasar malam (fake). 


Caseback diukir dengan sangat kemas & cantik sekali. 

Perbandingan ini bukanlah untuk menunjukkan perbezaan di antara BL & Levi's, namun lebih kepada menunjukkan keadaan kualiti jam original BL & Levi's yang nampak setara. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan BL 'pasar malam' sebelum ini. Ternyata memiliki jam original adalah suatu kepuasan & berbaloi walau berapa harganya sekali pun.

Namun dalam kes BOY LONDON ini... aku dapat memaafkan walaupun memiliki hanya jam 'pasar malam', kerana nostalgia yang dibawa oleh jam ini sangat bernostalgia kepada mereka yang melalui zaman itu... 

4 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

Aku ada gak jumpa jam ni kat ebay seller dari US.. tak sempat nak klik buy, dah ada orang buy.. huhu!!

duniajam said...

Aku perasan ada seller jual yg ori & yg tak... yg ori tu aku pernah lawan bid.. tak menang.. hahaha

hh aka Hafeez Hai said...

bro.. leh x jual salah satu jam pasar malam tu kt aku? byk memori aku dgn jam tu.. plg aku ingt, aku bg jam BL ak kt kwn aku.. huaaaa skrg tggl kenangan bila jam2 tu ak dh xjmpe dh sbb bapak aku dh buang.. memori kecik2.. hmmm tp klu xnk jual pn xpe, aku phm sentimental value tu bro..

duniajam said...

aiseh bro....
Rasanya perit nak jual salah satunya skrg. Dulu satu tu dah hadiahkan kat kawan. Yg tinggal cuma satu yg ori tu, satu yg pakai masa kecik2 dulu... satu lg yg rosak...