Tuesday, March 24, 2009

Selamat Datang...


-->Assalamualaikum & salam sejahtera....


Selamat datang diucapkan kepada semua. Minat aku yang mendalam terhadap jam-jam tangan telah memaksa aku buat blog ni. Saja nak kongsi dengan orang di luar sana yang ada minat yang sama cam aku ni.... manalah tau bolehlah kita sama-sama berkongsi minat.

Sebelum aku pergi lebih mendalam, biar aku cerita skit camna aku mula minat ni. Minat ni bermula sejak sekolah rendah. Sekitar tahun 1990. Masa tu mak bapak aku selalu dapat katalog. Dalam katalog tu macam-macam jenis jam ada. Selalulah gak belek jam-jam dalam tu. Banyak jenama-jenama hebat sekarang ni aku kenal melalui katalog-katalog yang aku belek dulu. Bila ke kedai, supermarket aku mesti ke kedai jam. Belek semua jam yang ada. Minat makin bertambah… Masa budak-budak dulu, pi kedai jam pun orang tak peduli sangat. Budak-budak mana la ada duit. Buang karan depa ja layan aku. Kuang kuang kuang...

Gambar-gambar jam dalam katalog aku mula gunting & lekat dalam buku. Maka terciptalah buku skrap pertama aku. Buku tebal, 400 muka surat. Penuh dari helaian pertama sampai last. Boleh bayang la tebal mana buku tu lepas aku lekat semua gambar-gambar jam tu. Berat lak tu. Hehehe... Boleh kata tiap-tiap hari aku belek. Pantang nampak gambar jam kat mana-mana, mesti aku potong & lekat dalam buku tu. Tapi.... setiap yang bermula ada akhirnya.... buku tu aku buang pasal merajuk kat mak aku. Dia marah pasal aku lebih suka study 'jam' dari study pelajaran. Memang pun... aku memang malas study. Aku pun bukanlah pelajar ‘favorite’ cikgu. Depa pun ada yang tak suka aku dulu. Selalulah jadi target cikgu dulu... Kawan-kawan pun takmau kawan sangat ngan aku. Takot depa jadi cam aku. Huhuhu.... Mak aku tak la marah sangat pasal 'ketidak-rajinan' aku tu. Tapi marah pasal banyak buang masa layan hobi aku, pastu potong, susun katalog, gambar-gambar jam, cebisan kertas yang dipotong tu penuh sampai satu ruang tamu. Wakakakaka.... Merajuk punya pasal, aku buang buku tu..... Adoi la.... Punya la sedih. Tapi nak tunjuk protes punya pasal, aku gagahkan buang buku tu. Tapi sejak detik tu.... aku menyesal sampai sekarang. Huuuummmmmmaaaaaaannnngggggg...... Isk, isk, isk..... Awat la aku buang buku tu. Gambar-gambar jam zaman dulu, macam-macam jenis, yang murah, yang mahai mereput, teknologi itu ini yang takdak dah sekarang ni ada dalam tu. Kalau ada lagi sekarang, boleh buat rujukan. Huhuhu... Serius! Masa aku tulis blog ni pun gambaran buku tu masih ada dalam kepala. Hampeh sungguh. Isk....

Masa sekolah rendah aku ada banyak jam digital ‘budak-budak'. Bila bateri habis, aku suka buka tengok enjin. Nak repair la konon... last-last langsung takleh repair. Muahahaha.... Enjin-enjin jam digital 'budak-budak' tu ada yang masih aku ada. Jam-jam ni memang aku suka buka. Buka & simpan. Pasal nak pasang balik dah tak boleh. Kakakaka.... Seingat aku la…. zaman ni, aku pakai jam bapak aku. Dia bagi aku jam ni. Latelier namanya. Yang bestnya, body jam ni boleh bertukar-tukar. Boleh tukar ikut mood & situasi. Gambar jam tu di bawah ni.





Jam Latelier yang dimaksudkan tu. Jam masih berkeadaan elok. Tak pasti masih berfungsi ke tak pasal tak pernah check condition dia.


Citizen Chronograph. Ni akibat terlebih pandai buka jam. Dah buka takleh pasang balik. Aku sengaja biarkan camni. Buat kenangan.

Masa darjah 6. Kawan baik aku pakai jam Casio Databank. Aku minat betui jam dia. Jeles gila time tu. Jam tu ada tarikh yang tepat sampai tahun 2000 berapa ntah, ada alarm, stopwatch dan yang paling best boleh simpan nombo telefon. Pergh! Dulu mana ada henfon lagi. Semua public fon ja. Nombo tipon tulis dalam buku kecik. Kena la bawa buku tu ke mana-mana. Dia cuma bawa jam dia ja. Nombo fon boleh simpan sampai 30 orang. Best! Adik dia plak, pakai Casio untuk fitness kot. Pasal ada fungsi bersenam & lagu. Jam dia plak bole 'nyanyi'. Selalu la dia on lagu jam dia masa kami main badminton. Gembira rasanya hati....







Antara jam-jam 'pasar malam' yang masih berada dalam simpanan aku.




Masuk sekolah menengah, bapak aku beli jam ‘pasar malam’ kat aku. Standart pasar malam je la. Hehehe... Antara jenama yang aku masih ingat yang bapak aku beli tapi dah takdak dalam simpanan.... Puma (perghh...). Puma ngan Tag Heuer bentuk lebih kurang. Mana p ntah body jam tu. Tapi tali dia ada la plak. Haru sungguh. Baru ja aku buang tali tu. Warna merah. Buang pun pasal berkulat.... lama sangat simpan. Jam-jam yang tak boleh pakai, aku suka buka itu ini. Influence cerita McGyver. Sebab dia idola aku & kawan-kawan pada masa tu. Semua benda nak buat sendiri. Kuikuikui... Jam-jam aku simpan dalam kotak tin coklat. Dalam kotak tu, aku lapik dengan surat khabar. Selalu aku tukar surat khabar tu bila dah season. Lepas tu, aku lupa nak tukar sampai sekarang. Surat khabar tu masih aku simpan buat kenangan. Kaler pun dah kuning. Tengok tahun rupanya sejak 1993! Huh!







Tarikh yang tertera 16 November 1993
Ada sorang kawan aku merangkap sedara aku ni pakai jam hebat-hebat. Dia anak orang senang. Jam pun bertukar-tukar dengan senang lenang. Selalu la aku pinjam jam dia. Rasa hebat sekejap dengan jam orang. Jam yang selalu aku pinjam jam Casio yang boleh rakam denyutan nadi. Jam berwarna kuning/hitam. Atas permukaan jam ada sensor untuk letak dua jari. Sensor ni akan detect denyutan nadi kita. Memang best! Mungkin ada yang pernah tengok @ ada jam ni. Memang best jam tu. Harga dia time tu RM300++. Mahai gila bagi aku yang tak berduit nih. Aku jumpa dia hari tu, dia bagitau banyak jam-jam dia dah takda. Sayang. Kalau tak, boleh aku ambil gambar.
Masa zaman sekolah menengah ni, aku dok tukar jam ngan bapak aku. Jam yang dia tak mau pakai, aku lenjan lah. Hehehe…. Ada gak jam yang aku beli sendiri kat pasar malam. RM10 ja kot. Jam digital. Ada fungsi alarm lagi. Mana ada jam RM10 siap alarm time tu. Susah nak jumpa jam murah yang ada fungsi tu. Jam Casio plak mahal aku nak beli. Jenama apa tau tak? Aiba…. Bukan Alba. Hahaha… Ada satu jam Casio aku beli sendiri. Inilah Casio yang paling murah aku jumpa time tu. Kira gempak la ni. Iklan dalam surat khabar. Ada kawan yang dah beli. Aku 'keracunan'.... Aarrrrggghhhh!!!!! Kumpul duit belanja sekolah, pastu pi beli sendiri. Semangat betul… bangun awal, naik bas pi Sungai Petani semata-mata nak beli jam tu. Kedai pun baru sangat buka. Aku antara pelanggan yang paling awal. Ekekekeke…. Ada beberapa orang member aku pakai jam yang sama. Boleh buat group. Tapi jam tu aku jual pasal dah tak minat. Fungsi basic, saiz dia amatlah besar untuk saiz tangan aku yang kecik. Sampai cikgu kata nak lari tak bole, jam berat. Hahaha….

Casio Databank 50. Jam ni lah yang aku idamkan zaman tu.
Naik form 2 kalau tak salah aku, bapak aku beli jam yang aku idam-idamkan selama ini. Casio Databank (gambar atas). Jam ni lebih gempak dari jam kawan aku tu. Fungsi yang lain sama. Yang lebihnya, alarm dia ada 5 setting (seingat aku), memori fon ada 50, ada lampu, world time, bole simpan nota ringkas sebagai peringatan. Aku boh fakta ringkas. Bila tak ingat aku tengok masa exam. Hahaha…. Pecah tembelang…. Bukan bole isi banyak pun. 1 ayat ringkas ja. Pastu yang best bole tukar tulisan ke Jepun. Bukan faham pun. Hehehe… Jam ni aku pakai sampai form 5. Pastu bila bateri habis…. Seperti biasa aku jadi McGyver balik. Cuba tukar bateri sendiri. Tak boleh. Jam tak berfungsi. Mungkin aku tertekan mana-mana ‘IC’ dia kat circuit tu. Check kat kedai, jam dah rosak. Adoi la…
Casio Databank bapak aku. Lebih gempak dari aku punya.
Bapak aku pun asyik tukar jam gak. Dia ada Casio Databank gak (gambar atas). Tapi jam dia lagi gempak. Fungsi lebih banyak. Siap ada button navigator lagi. Pergh! Aku masih ingat lagi, dulu aku ada jam jenama Adec. Bagi adik aku pakai. Dia bagi hilang plak. Adoi. Tak mahal pun. Kalau tak salah RM60 ja. Body resin, bezel boleh putar. Yang aku paling suka pasal jam ni, luminous pada jarum akan bercahaya terang setelah beberapa lama berada dalam gelap. Kebanyakan jam, lume dia akan semakin malap. Terang sekejap saja, itu pun lepas kena cahaya beberapa lama. Jam ni, aku rasa pakai kuasa bateri. Pasal lepas lume sekeliling nombor malap, lume pada jarum akan semakin terang. Memang terang. Aku cari jam ni sampai sekarang, tak jumpa langsung kat kedai. Jam ni aku tukar-tukar pakai dengan Casio Databank tu. Lepas adik aku bagi hilang, Casio tu la pakai terus.
Aku dapat hadiah jam Timex Ironman Indiglo Shock dari bapak aku lepas tu. Casio G-Shock mahal sangat masa tu. Casio keluar dengan model G-Shock, Timex plak tak mau kalah, depa keluarkan model Ironman Shock plak. Jam ni hadiah sempena aku masuk asrama. Fuh! Bukan main seronok lagi. Jam ni merupakan antara impian aku sejak tengok senior aku kat sekolah lama aku pakai. Masa tu, jam ni baru keluar kat pasaran. Dia pakai jam tu. Gempak gila. Aku suka jam ni, sebab lampu ‘indiglo’ dia tu. Terang gila. Bukan cam lampu konvensional Casio aku tu. Jam ni lama gak aku pakai sampai masuk Universiti. Pastu jam ni kena kebas. Sedih lagi….. Isk. Pakai lah kembali jam bapak aku lagi skali. Kali ni jam Q&Q plak. Hahaha….
Casio Databank 30
Aku tukar jam ni ke Casio Databank 30 (gambar atas) semula setelah masa Q&Q tu asyik lari walau pun dah tukar bateri baru. Maka bersemadilah ia dalam koleksi simpananku. Casio ni design dia up-to-date skit dari jam lama. Tak pasti sejak tahun bila, Casio pun dah mula buat jam yang berlampu cam Timex Indiglo. Tapi teknologi lampu ni mungkin masih mahal, sebab harga jam Casio yang berlampu ni memang tinggi. Sekarang RM50 pun dah dapat Casio fungsi basic dengan lampu Illuminator. Jam ni bertahan agak lama. Beli kat Maidin KL. Murah beb. Kat pasaran biasa RM160 lebih. Kat Maidin tak sampai RM100 pun. Bapak, adik aku pun beli gak jam Casio kat situ.
Casio Databank bapak aku. Hanya bertahan beberapa bulan saja.
Tapi hayat jam Casio bapak aku tak lama (gambar atas). Hanya beberapa bulan saja. Pastu rosak terus. Check kat kedai, katanya display rosak. Hmm… Tapi jam aku ok la plak. Kalau tengok gambar tu, jam aku tu dah bercalar-balar. Jatuh moto punya pasal. Fungsi jam masih elok. Cuma body rosak. Takda spare part lak tu. Hmm… Last-last aku beli Casio lagi kat Maidin. Itu ja yang mampu masa student. Nak beli tempat lain mahal, tapi Maidin murah banyak. Tapi aku tak tau la macam mana depa boleh jual dengan harga murah. Masa tengah belek nak beli jam, satu Casio aku try semua fungsinya. Tapi fungsi lampu takda. Ambil jam yang ada dalam gambar bawah ni, fungsi semua ok. Aku beli sejak 2005 tahan sampai sekarang. 2009 bateri dia out. Aku tak bercadang nak tukar bateri baru. Biarlah ia disimpan bersama-sama koleksi jam digital aku….
Casio Alarmchrono aku. Jam ni bertahan agak lama. Tak pakai dah sejak bateri habis.

Buku skrap baru aku. Nak cari yang lebih tebal sebab dah tak cukup untuk isi semua gambar-gambar jam yang aku ada.
Aku lupa nak bercerita pasal buku skrap. Aku mula balik kumpul gambar-gambar jam semula. Buka majalah itu ini, surat khabar cari gambo jam. Segala iklan aku simpan. Tapi disebabkan sibuk study, aku tak peduli sangat untuk ‘membangunkan’ semula buku skrap aku tu. Sekadar cari gambo & simpan. Bila start kerja, barulah perasan…. gambar dah banyak rupanya. Hahaha…. Selain gambar-gambar dari majalah. Aku suka ambil pamphlet @ katalog jam dari kedai. Pantang jumpa, mesti aku minta.
Bila kahwin, bini aku hadiah Timex Chronograph sebagai hantaran. Pergh. Inilah jam pertama aku yang fully stainless steel bracelet berfungsi chronograph. Aku memang idamkan sebuah jam chronograph. Sejak kerjalah, aku boleh layan minat aku yang dah lama terpendam ni. Mana-mana jam yang berkenan, aku sambar. Beli pun yang aku rasa special la. Aku lebih suka jam mechanical (automatic). Bagi aku, jam jenis ni bagi aku rasa ‘connected’ dengan jam tu berbanding bateri & ‘value’ dia lebih tahan berbanding jam quartz. Boleh tengok ‘value’ jam-jam vintage mechanical. Masih ada harga awalupun dah umur berpuluh tahun.
Masih banyak perkara aku masih belum tahu pasal jam ni. Banyak gak aku belajar dari otai-otai jam ni. Dua kedai jam yang aku selalu pi. Satu di Sungai Petani, satu lagi di Penang. Aku cukup raspek ngan sorang sales rep (SR) kat kedai di Sungai Petani. Aku pangil dia ‘Mamu’. Tak macam SR lain yang aku jumpa, sekadar penjual ja. He’s really knowledgable about watches. Macam-macam tips ilmu pasal jam dia perturunkan kat aku. Technician kedai tu pun bagus. Cukup peramah & he really know his job very well. Dapat la gak ilmu pasal jam vintage dari dia. Dia ni ada jam poket tahun 1902. Huh! Kedai ni ada banyak jam vintage. Susah nak jumpa kedai jam jual vintage watches.
Ok lah. Setakat ini dulu coretan ringkas pengalaman aku pasal jam ni. Ada banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah setakat ini. Cerita anda mungkin lebih menarik dari aku. Sama-samalah kita berkongsi pengalaman… Sekian…

12 KOMEN ANDA:

Zulekhzan F.S. said...

tahniah atas kelahiran blog engko ni...artikel pengenalan ditulis dgn menarik & menceriakan...teruskan...

duniajam said...

Thanks bro.... saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... Hehehe...

Jamkoleksi said...

Enkau ni kelakar orangnya... boleh bagi address vintage watches shop kat Sungai Petani tu... aku nak serbu pulak. TQ.

duniajam said...

Hahaha... biasa ja abg saya ni. Hahaha...

Kedai jam tu tajuknya 'Time Prosper' dalam supermarket Central Square. Ada 3 kedai jam dalam tu. Tapi Time Prosper ja yang juai jam vintage. Tak banyak sangat. Boleh la nak tengok. Saya ada ambil gambar jam vintage yang ada. Dia boh kesemuanya dalam satu almari display. Nak trade in jam pun depa terima gak.

Kalau abg nak pi, bolehlah kita jumpa kat situ bila-bila. Saya pun memang bercadang nak masukkan cerita kedai tu dalam blog. Tapi nak tanya depa dulu

Narong said...

Salam...hang ni nampak familiar laa...hang ni Marl kee..???..nice blog..gud job bro...moto dah tak layan lagik kee..???

duniajam said...

Salam Narong.... Long time no see....

Aiseh bro, teng kiu. Aku tak tau nak letak mana status aku ngan moto. Aku dah kureng skit sekarang dgn moto ni. Keciwa, frust & fobia pun ada. Huhu.... ko keje mana sekarang? Moto apa skrg?

Narong said...

aku sambung bejajo lagik kat ukm...buat master of puppets....skang dok pakai zx2 jekk.tu pun dah demam2 nak menten..lum sampai lg tahap 400 cam ko dulu2....aku pun baru2 jek layan jam nihh...syok gak.....ada la 2-3 bijik model seiko, citizen....swiss tak berani wooo....

duniajam said...

Pergh! Sambong belajar? Gempak tu. Rajin tul ko. Aku dah tak rajin dah. Nak buka buku sangat2 lah malas. Tapi buka jam, tak pa berjam2 pun. Wakakaka....

Nnt jgn upgrade 400, terus je 1000cc. Biar terbakar aku ni. Hahaha... Halim & Naza pakai CBR600RR. Aku layan Beetle skrg. Duit pun tak separah superbike. Dia tak manja sgt. Hehehehe...

Ko minat jam gak ke? Boleh le geng dgn aku. Aku pun jam tak banyak. Beli skit2 je. Start keje ni yg rancak skit. Hehehe...

Mohd Nazri said...

Casio Databank nie...tergelak gelak bila baca kau punya pengalaman nie..aku dulu minat sangat jam casio databank nie...ada kawan kawan aku yang kaya pakai..pergh, boleh simpan no telefon tue memang sangat hebat masa tue...lepas tue jam check nadi tue...tak salah ada satu kawan aku pakai...memang hebat masa tue....lepas tu ada pulak casio databank siap kalkulator...ini dah tahap dewa dewa punya hebat la kalau kau ada satu kecik kecik dulu

lepas tue ada zaman G-Shock...aku masa tahun 1997, kumpul duit beli G-Shock paling murah...RM 299.00 masa tue banyak nie rasa macam dah sejuta ringgit jer...mahal gila...tapi memang cool...dengan lampu biru...seminggu aku asyik main jam ni...masa form 5 kena curi...hantu betul...tapi aku memamg sayang betul la G-Shock nie masa tue...

Anyway, kalau terasa nak mengimbau kenangan silam, hujung tahun 2009 ada berita pasal casio nak keluar balik jam databank nie..limited edition...ye ker? tak pernah cari pun...tapi tadi jumpa website nie...hehehhe

http://www.gadgetvenue.com/casio-databank-watch-rerelease-10025137/

duniajam said...

Masa kwn aku pakai masa tu darjah 6. Boleh isi 30 nombor. Punyalah admire & jeles dengan dia. Masa tu tahun 1992. Tahun 1994 bapak aku belikan yg lebih advanced dari dia. Punyalah happy sangat2. Walaupun jam ni dah rosak, sampai sekarang masih aku simpan dengan elok. Hehehe...

Tahun 1996 disebabkan tak mampu beli G-Shock, abah hadiahkan Timex Ironman (impian aku gak ni).... Masa tu dapat diskaun sampai 50% untuk jam tu. Tu yang beli TImex tu.

Dua2 jam nostalgia ni aku beli balik. Jenuh cari gak baru jumpa. Hahaha...

Pencinta Masa said...

Bro ... bila aku baca komen hang kat ataih tu - "saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan", kira kena kat aku pulak la ni .. ha ha!!

duniajam said...

Pulak... ekekeke....