Sudah lama agaknya aku tak update pasal tips berkaitan jam ni. Aku memang dah lama nak terang cara penjagaan jam. Sahabat lama aku pun bertanya pasal benda ni, tapi nak dapatkan maklumat yang lebih sikit pasal tidak ada kaedah yang khusus/tertentu untuk menjaga jam. Mungkin anda sudah tahu & praktikkan apa yang bakal diterangkan ni & mungkin anda secara tidak sedar sedang buat kesemuanya. Jadi sekiranya jam anda itu dipakai sudah cukup lama & masih bertahan, maksudnya di sini... anda berada di landasan yang betullah tu.
Mula-mula anda perlu tahu ciri-ciri yang ada pada jam anda, contohnya jenis casing (stainless steel, resin), jenis movement (meknikal @ quartz), analog @ digital @ ana-digi, jenis cermin (plastik, kaca), kalis air @ tidak, complication yang ada dan lain-lain lagi.

1. Untuk jam casing stainless steel, untuk memastikannya sentiasa kilat (bahagian polished finishing) disyorkan anda beli kain khas yang digunakan untuk lap cermin mata (seperti gambar bawah).
Kain ni jenis microfiber. Harganya RM15. Agak mahal untuk kain sekecil ni. Tapi hasilnya cukup memuaskan. Jam akan berkilat betul selepas dikilatkan. Tapi untuk jam yang sudah bercalar, sukar sikit nak hilangkan calar tu. Nanti aku akan cerita pula caranya pasal aku pun masih dalam kajian nak hilangkan calar pada jam. Selain dengan kain ini, jam juga boleh dibersihkan dengan menggunakan bedak. Guna kain biasa bersama bedak semasa polish jam anda. Ini tips dari mamu & otai jam lama. Gosokkan dengan perlahan-lahan & cara ini memerlukan kesabaran kerana memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Aku pernah cuba, kesannya nampak sedikit walaupun memakan masa yang lama.
Untuk jam bercasing resin (Casio banyak guna bahan ni sebagai casing), janganlah sekali-kali mencucinya dengan 'thinner' atau bahan yang menghakis. Casing jam akan rosak & cermin plastiknya akan jadi kelabu. Sekiranya cerminnya bercalar, anda boleh polish dengan 'autosol' ataupun ubat gigi. Gosok banyak kali sehingga calarnya hilang. Cara ini boleh diguna pakai untuk jam lama kerana kebanyakannya menggunakan cermin plastik. Janganlah pula guna kertas pasir (walaupun saiz yang paling halus) untuk menghilangkan calarannya. Tips ini diberi pada aku & aku cuba kat jam aku. Katanya jam akan licin balik, lepas aku buat kesan adalah sebaliknya. Calar memang hilang, tapi jam sudah tidak licin & berkilat. Ternyata tips tu langsung tak betul & salah. Nasib baik aku cuba sikit saja.Berus bracelet dengan berus gigi & gunalah berus gigi yang bristle paling lembut (soft @ super soft) + sabun . Kalau bristle berus gigi tu jenis medium @ hard, dikhuatiri bracelet anda akan bercalar lebih-lebih lagi untuk bahagian polished finishing.
Dua kelemahan yang aku dapati bracelet ni:
- Pin bracelet boleh menjadi longgar selepas pin sambungan dikeluarkan dari bracelet. Bila nak pasang semula, pin tu masuk dengan senang selang sekali tanpa sebarang sekatan & tidak ketat. Bila nak tolak pin, guna jarum pun sudah boleh keluarkan pin tu. Kena hati-hati skit kalau pin dah longgar ni. Takut pin terkeluar secara tidak sedar & jam terlucut dari tangan. Adoi!
- Pin menjadi karat. Lama-kelamaan sambungan bracelet akan terputus. Ini sudah berlaku pada jam sahabat aku. Jam Casio. Kebetulan pula masa dia hantar jam tu untuk repair bracelet, datang seorang lagi pelanggan mengadu perkara yang sama. Jam Casio juga, tapi Casio Gold Label. Mungkin mereka menggunakan pin yang berkualiti rendah. Sebab tu mudah berkarat & menyebabkan bracelet terputus. Memang nampak kesan karat pada bahagian yang putus tu. Kena hati-hati untuk pengguna Casio yang menggunakan bracelet.
Jam yang menggunakan tali getah juga boleh guna cara cuci bracelet tu, tapi untuk tali kulit dinasihatkan tidak buat kerana tali kulit tu akan kembang & lama-kelamaan tali akan rosak jika selalu dicuci & benang jahitan & gam akan tertanggal. Cucilah dengan polisher khas yang dibuat untuk barangan kulit.
3. Untuk menarik crown perlu berhati-hati. Jangan tarik dengan terlalu kuat. Dikhuatiri 'tiang' crown akan rosak & tercabut.
Jangan tarik crown macam ni tanpa support bahagian yang satu lagi. Tiang crown boleh bengkok semasa ditarik kerana tekanan yang tidak stabil semasa menariknya
Tariklah crown dengan dua jari seperti gambar atas. Crown akan tertarik dengan lebih mudah & mengelakkan crown dari mengalami kerosakan.
Untuk jam diver, kebanyakannya menggunakan crown jenis screw-in. Perlu unlock crown dahulu sebelum menariknya. Untuk unlock crown, pusing crown ikut arah lawan pusingan jam. Untuk lock semula crown, putar crown ikut arah pusingan jam sambil menolaknya ke dalam. Pastikan alignment betul semasa menolaknya masuk & putar dengan perlahan-lahan supaya crown dapat masuk mengikut 'trip'nya yang betul. Putar sehingga crown betul-betul rapat seperti keadaan asal....akan bersambung...

















































