Wednesday, December 15, 2010

Semangat Horology For Unity diteruskan lagi- Bahagian 1

Di kala peserta Horology For Unity telah sampai rumah, aku masih lagi berada di Putrajaya melayan semangat aku yang masih berkobaran... Jika diikutkan perancangan asal... hari Ahad (5 Disember 2010) aku nak balik utara.... Tapi atas semangat saudara Nazri & Shidi aku gagahkan untuk tidak balik tapi membuat bancian jam sampai muntah.... 

Perancangannya.... jumpa saudara Hassan di rumahnya. Kemudian rombongan Cik Kiah diteruskan ke Amcorp Mall... kemudian ke Starhill Gallery (A Journey Through Time) & akhirnya ke Sungei Wang Plaza. Dalam blog & semasa perjumpaan aku war-warkan juga & mengajak rakan-rakan yang berkesempatan untuk join kami ke sana. Beberapa rakan berhasrat untuk ke Amcorp Mall. Jadi hala tuju pertama kamu ke situ juga. Aku ajak Hassan join sekali.... 

Pagi tu dalam pukul 9 pagi aku dah bersiap menunggu jemputan Nazri. Perjanjiannya jemput Hassan di rumahnya, kemudian ke Armcop Mall sekejap & terus ke Starhill Gallery jumpa Shidi di situ. Nazri datang dengan semangat juang yang tinggi & semangat api yang aku turut bawa.. selama ini aku selalu dibakar depa ni nak bawa aku pi kedai-kedai jam di KL.... jadi inilah masa yang paling sesuai! 

Sampai saja di rumah Hassan.... kami di jamu sarapan pagi dengan koleksi jam-jamnya yang boleh gigit jari.... Cadangan 'hanya sekejap' menjadi 'hanya beberapa jam saja' sebab banyak sangat jam-jam yang best untuk dilihat & tak puas kalau cuma pegang satu jam 30 saat saja... Kena ambil aura, feel & posing maut sehabis baik... tu pun tak puas sebab waktu tu kami berjanji untuk berjumpa saudara Adr Lee di Amcorp Mall... matahari pun dah makin meninggi, kami meneruskan perjalanan ke Amcorp Mall & akan berjumpa dengan Hassan di sana juga.


 Beberapa tahun lalu, aku selalu juga datang ke sini samada pada hari sabtu ataupun Ahad. Pada waktu tu, minat aku terhadap jam tak tebal macam sekarang... banyak jam-jam lama yang terpapar, tapi waktu tu aku tak tahu menilai jam lama... & pelik buat apa beli jam lama! Masa tu aku tak reti tengok apatah lagi membeli jam lama.... tu waktu zaman jahiliah la.... Selalu aku pi dulu beli untuk beli barang sebab tak ramai orang hari biasa, tengok wayang (dulu ada panggung wayang, sekarang dah takda) ataupun beli majalah-majalah backdated. Sayangnya kedai tu dah takda sekarang... frust betul aku....

Bila datang balik dengan Nazri waktu tu, kenangan lalu kembali bertaut... maklumlah zaman bercinta selalu gak ke situ dulu. Haha... Cumanya kali ni aku dating dengan Nazri... ekekekeke.... Setiap Sabtu & Ahad, Amcorp Mall bagaikan flea market di tempat lain, cumanya ia berbumbung & sejuk pula tu.... Banyak barangan pelik-pelik boleh dilihat & ada yang boleh buat kita terkejut...."ini pun orang jual?".....


Banyak juga seller jam. Macam-macam jam ada.... nak taraf mana pun ada sama dari taraf jam pasar malam, replika, rojak & hig-end. Kena pandai tawar & biasanya harga jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan blogger. Sebenarnya harga jualan/pasaran semasa jam bukanlah terletak dalam blog.... ianya di luar sana! Nak tengok harga semasa sesuatu jam ialah di sana. Jangan terkejut jika Seiko 6309-7040 Turtle dijual RM800! Bellhead dekat RM2k! Itu adalah harga yang sebenarnya..... Jadi beruntunglah anda dapat deal jam dengan harga yang murah dari blog.... sementara harga blog masih murah & tak ikut harga pasaran... kemungkinan besar harga di blog akan naik seperti mana pasaran tak lama lagi... sapa tahu kan... 


 Setiap Sabtu & Ahad memang ramai yang berkunjung... mencari khazanah, ilham, nostalgia....


Lain orang lain minatnya... lain juga yang dicarinya... kalau mencari sesuatu itu, berjalanlah, jenguklah, tengoklah ke semuanya dahulu kerana peniaga yang berlainan menjual barang yang sama dengan harga yang berlainan juga.


Bagaikan pameran.... tengok ja bang... tak perlu bayar... kalau kena bayar baru boleh tengok, kena bawa duit banyaklah....


 Pengumpul syiling mesti suka bila tengok ni...


 Peniaga yang sama juga menjual jam... hmmmm... cair juga aku... mujur juga tokey baik hati bagi ambil gambar.... tq bos!


 Boleh main bowling... berat beb! Ada yang menjualnya RM2k.... Hmmm.... tapi bukanlah jam original Omega... google tengok, pernahkah dalam sejarah Omega keluarkan jam jenis ni? Unik juga... tapi kalau harga RM2k jangan beli la paklong... takat RM200 ok la lagi...


Koleksi jualan Mr Andy, pakar & sifu jam chronograph.... aku berkenan betul dengan Seiko Liner dia... hadoi... hampir saja aku keluarkan duit... tapi aku dah berjanji untuk tahan nafsu..... Tengah lepak-lepak sembang dengan Mr Andy, Adr Lee datang menyapa... terkejut beruk juga aku... maklumlah tak pernah bersua muka.... hanya di alam maya saja... Hehe... Nice meeting you bro! Beberapa rakan jam juga menyapa aku, tak sangka depa kenal aku... Isk....


 Kami lepak di kedai mamak di sebelah meja Mr Andy... makan tengah hari... dah tengahhari dah! Janji dengan Shidi nak pi Starhill pukul 10-11 pagi... sorry bang... magnet sini kuat sangat.... Seperti yang dijanjikan saudara Adr Lee bawa dia punya Google Oakley... rare beb topeng ni. Kulit... Apa lagi, pakat-pakat posing la.... Rasa macam watak filem Predator pun ada... rasa macam kapten Zappelin pun ada... Shidi panggil aku Kapten Lalat... ok juga... Hehe

Pelbagai reaksi aku dapat tengok... Adr Lee gelak sakan dah bila Nazri mula pakai.... perasan tak muka aunty belakang tu? Hehe... Aku pun try la juga.... dengan posing bersama grail....Aik! Awat tak nampak? Sori bang, aku pelik la setiap kali nak tunjuk jam, mesti kelabu jadinya... Hmmm... hanya mereka yang datang perjumpaan semalam saja yang tahu.... nantikan reveal jam ni.... Hassan bersama Seiko 40th Anniversary juga takmau lepaskan peluang beraksi dengan Oakley yang julung-julung kalinya kami tengok. Jakun juga tengok... 


 Terima kasih bro kerana ingat perjanjian mu.... Hadoi... ini nostalgia masa aku sekolah rendah ni..... Huhu... Zaman sekarang dah tak sehebat zaman ni... klasik! Tengok keluarannya bila.. Aku tak berani main lama-lama, nanti habis bateri.... hehehe.... Tq bro!


 Tengah jalan-jalan tadi, kami terjumpa Ustaz Dzul & saudara Azri... tak sangka jumpa depa kat situ. Terkejut juga aku bila dapat tahu Ustaz nak balik Sabah pukul 5 petang tu juga. Terima kasih kerana meluangkan masa & wang datang dari Sabah semata-mata perjumpaan semalam.... 


 Sambil berborak tu, pakat keluar henfon.... aku ingatkan aku ja pakai HP zaman hitam putih... rupa-rupanya.... mak oi.. aku tak keseorangan hendaknya.... haha....Tak kisah la HP apa, janji jam kat atas tisu tu...... Mr Andy pun kagum....


Punya lama kami lepak kedai tu sampai mamak tu sound dia nak berniaga... sebab yang lain tak order... berkira betui.... 


 Tu dia... koleksi mantap.. semalam aku tak puas tengok. Hari ni aku dapat puaskan hati nuraniku...


 Katanya Titoni tu dah jual.... beberapa ternakan berkembang biak dapat dilihat pada hari tu....


 Ternakan terbaru! Camno nak sebut jenama ni? Li Ko.... Li Ko...  serba salah aku nak sebut... tak baik sebut benda tu.... hehe.... indicator merah tu adalah power reserve... gempak!


 Salah satu model rare yang baru dapat...


 Gambar-gambar jam diambil atas permintaan Ustaz.... Bracelet Mido ni sangatlah selesa.


Rasanya tak puas bersembang dengan kawan-kawan terutamanya Ustaz Dzul, Azri & Adr Lee.... masih banyak yang ingin dikongsi, bertanya.... namun masa terhad & perjalanan masih jauh hari ni... kami bersurai & teruskan perjalanan...... moga-moga kita dapat berjumpa lagi....


...ikuti sambungannya....


----------------------------------------------------------------------

Terlebih dulu aku nak mohon maaf kerana ambil masa yang lama untuk update blog pasal aku agak sibuk sekarang... makan masa sikit bila nak update blog. Makan masa sebab aku perlu edit & pilih gambar yang bersesuaian & masa pula tak mengizinkan....

Leia Mais…

Sunday, December 12, 2010

Berita HOROLOGY FOR UNITY sudah keluar!!!!!


Kepada kawan-kawan yang berada di Lembah Klang, boleh dapatkan berita The Star hari ni. Pihak kami dimaklumkan ia akan diterbitkan 19 Disember... tak sangka pulak keluar hari ni.

Di dalamnya diselitkan ruangan mStar yang memaparkan perjumpaan kita dahulu. Malangnya, mStar HANYA dipasarkan di Lembah Klang saja..... kawan-kawan yang berada di luar kawasan tidak akan dapat selitan itu.

Namun jangan bimbang, kerana saudara Hassan DetikDuaBelas bolah dapatkan soft copy dalam bentuk PDF untuk mereka yang berminat memilikinya. Kepada yang berminat, sila hubungi saudara Hassan.

Sekian. Harap maklum.

Leia Mais…

Thursday, December 9, 2010

Pengembaraan Horology For Unity - Bahagian 2

4 Disember 2010 (Sabtu) adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang.... Yang paling berkobar, terketar-ketar bercampur cuak adalah aku... Maklumlah aku tak pernah anjurkan apa-apa acara sebelum ni apatah lagi melibatkan penganjuran yang pada aku cukup besar.... aku tak mengharapkan apa-apa melainkan semuanya berjalan lancar saja. 

Cadangan aku untuk sampai ke kedai 12.30 tengahhari, pasang banner & solat ataupun buat apa yg patut sebagai persediaan... cuaca waktu tu mendung & hujan sikit-sikit mulai turun.... Namun kita yang merancang DIA yang menentukan, aku diperlukan untuk menjemput beberapa rakan yang sesat jalan cari tak jumpa... Aku jumpa depa kat Alamanda... kami berkonvoi dari situ pukul 1.30+ dah.... Bila sampai... memang patut ada yang sesat sebab tiada jalan masuk yang elok ke kedai tu. Kedai di bina di kawasan yang agak tinggi & agak sayup kedengaran kalau bersembang dari jalan utama.... Kena naik atas divider jalan melintasi laluan moto & naik atas divider semula untuk masuk ke laluan berbatu-batu menghala ke kedai... memang betul-betul rahsia tempatnya.... Elok sangatlah untuk mengelakkan orang luar yang tak diingini datang. Kedai ini akan lebih mudah kelihatan pada waktu malam sebab ada banyak lampu-lampu disekitarnya....


Sorang demi sorang peserta mulai sampai.... aku sempat juga pasang banner ni di sebelah laluan masuk restoran tu. Terima kasih bro kerana sponsor banner. Inilah semangat yang kita mahu dalam komuniti kita. Walaupun sahabat kita ni tak dapat hadir, tapi banner yang dibuatnya sampai & terpapar dengan girang & jelasnya di tepi jalan tu.


  1. Bro Hassan sedang berbual dengan saudara Fitri Dabudabi.
  2. Abg Razi, Dr Shaffid (Narong), Fizi & Uncle Luv rancak berbual.
  3. Kelihatan Cikgu Amar, Cikgu Afiq, Hakim mengadakan perbincangan. Di sebelah kanan tu pulak adalah wartawan Utusan & The Star.
  4. Ini pula bergambar dengan bro Shidi setelah berposing untuk wartawan tadi. Hehe... Boleh pengsan staff aku kalau aku pakai jam camni pi kerja....


Deretan jam-jam yang dipaparkan . Aku suka tengok jam view ni.. suatu pemandangan yang indah....


Koleksi yang boleh bagi kita nangis... 3 koleksi dibawah kiri itu sangatlah susah untuk dijumpai.... 2 daripadanya itu hanya dimiliki insan-insan yang bertuah saja di dunia. Ke semua koleksi ini membolehkan kita memiliki sebuah rumah!!!


Antara koleksi tadi dengan gambar close-upSeiko chrono 1 push button tu adalah Seiko chrono pertama dunia. Cukup cantik & sangat sukar dijumpai... Seiko GMT itu bagaikan Rolex Explorer I.


Antara yang menarik di sini.... Grand Seiko!


Model-model yang payah & sukar dijumpai... ada di antaranya telah didiklankan di jampilihan.blogspot.com


Omega ini boleh dikategorikan sebagai halus.... bandingkan saja saiznya dengan jari kelingking aku...


Antara lain koleksi yang dibawa....


... tertarik, menarik.... kau memang da bomb! Besar betul jam loceng ni...


Koleksi yang tak pernah aku lihat. Aku suka betul dengan Avalon tu.


Rolex GMT-Master keluaran 1980 masih utuh & berkeadaan sangat baik.


Aiseh man... ada Casio SPF-100 la kat sini... payah dapat tu beb... Kat internet sold out! Harga sendiri mau ingat la. Hehe...


Koleksi diver yang mengancam jiwa & diancam kepupusan...


Dua-dua jam kunci ni sangat payah nak dapat sekarang. Seiko tu sangat cantik & Omega trench tu sangat baik kondisinya. Tahniah kepada pemiliknya!


Mak oi! Banyaknya! Anda boleh teka siapa pemiliknya....


Banyak jam-jam rare ada di sini... pilih & sua saja.....


Ini bukanlah Seiko Bellmatic yang biasa anda lihat.... katanya namanya turtle malah UFO pun ada... walau apa pun namanya memang jam ni pelik pun. Bukan calang-calang Bellmatic ni....


Kalau Panda dikaitkan dengan hitam putih, yang kiri tu Panda kena celup kicap... kesemuanya hitam. Penegasan diberikan kepada warna marker  keemasan. Sebelah kiri adalah Seiko 6138 Jumbo... salah satu model 6138 yang sangatlah susah nak dapat sekarang... malah lebih susah dari Seiko Panda.


Koleksi lain yang dibawa salah sorang peserta... bayangan yang jarang kita lihat...


Camno nak sebut nama jam ni? Yang atas tu "Roo... Leks".... 
Yang bawah tu aku mengalami  masalah tergeliat lidah nak sebut... 
"Ustaz Dzul, camno nak sebut ni?".... Haha.... Aku suka sebutannya... Hehe... JLC tu ada alarm beb!


Koleksi-koleksi mantap & berkeadaan sangat cantik. Kesemuanya dijaga rapi pemiliknya & telah diberi belaian yang cukup lembut & make-up. Jam-jam ini didatangkan dari Sabah bersama batu-batu & spek RayBan!


Ustaz cakap, yang kanan atas tu... namanya.... eeerrr..... tu boleh trade-in.. tp dengan Rolex. Hehe...


Aku berkenan sungguh la jam ni..... 


Jam yang tengah tu sedang mancari seluar.... rupa-rupanya ada peserta yang jual tali... ala.. aku tak tau pun.... 


Koleksi pemiliknya semakin bertambah! Tahniah bro! Dengan umur bro sekarang ini suatu yang cukup membanggakan.... dengan umur yang sama waktu aku dulu, aku cuma ada beberapa jam Casio ja.... tu pun ada yang lingkup. Haha...

Koleksi abang Mohamad.... perserta pertama yang aku jumpa di Putrajaya.... Ada beberapa koleksinya yang menarik minat aku....


... ini dia.... gelora nafsu & keinginan pada waktu tu sangatlah tinggi... tp aku dah berjanji dengan diri untuk menguatkan 'anti-racun' untuk tidak membeli jam.... semangat aku berada di hujung tanduk saja waktu tu untuk berkata "YA"..... namun aku gagahkan jua untuk menaikkan level anti-racun ke tahap yang membanggakan....


Koleksi yang bedabak! Aku kena pakai jam ni samada di lengan ataupun kaki! Besar sungguh.... 
Tak berani aku nak pegang... takut jatuh pasal berat....


Bro Simon sedang bersiap sedia untuk posing di depan wartawan....


Koleksi yang cantik-cantik dibawa pemiliknya...


Susun atur begini menampakkan keserasian.... nampak serupa tapi tak sama... ada diantara jam ni telah menjalani make-over untuk kelihatan cantik...


Perdagangan jam turut berlaku di sini menyaksikan tiada permerdagangan orang dilakukan...


Nampak serupa tapi tak sama....


... masing-masing ada kekuatan & auranya....


Macam-macam gaya orang tengok jam. Masing-masing kagum tengok koleksi kawan-kawan... kita terasa jam kita tak best, tapi kawan kita pulak terkesima tengok jam kita....


Fortis Marinemaster yang mendebarkan hati nuraniku....


Jam apa ni? takda nama pun? Fortis bang... Ya... Fortis memang tak lari dari konsep pilotnya... apa istimewanya jam ni? Lihat betul-betul.... jika kebiasaan jam Fortis chrono ada 3 register, jam ini ada 4 register... Movement Valjoux 7750 telah dimodified Fortis dengan penambahan 1 register... Jam tampak hebat & casing Fortis antara salah satu yang terbaik. Solid!


Ball Engineer Hydrocarbon Spacemaster X-Lume.... aku dah lama teringin nak pegang jam ni... Apa yang ditampilkan jam ni sangat menarik & spec yang ditawarkan Ball pada jamnya juga amat berbaloi untuk dimiliki... Bayangkan harganya jika jam ini berjenama Panerai.....


Buatannya cukup teguh, casing dirasangan sangat solid & crown guardnya dibuat lain dari kebiasaan. Nampak pelik tapi itulah keunikannya....


Citizen eco-drive Aqualand yang sempat aku minta posing untuk aku pula....


Jam milik pakai chrono... Mr Andy... jam-jam ni jangan di cari dalam kotak jualannya di Armcop Mall. Sebab semua ni adalah koleksi peribadinya... Jika anda ada masalah untuk servis jam lebih-lebih lagi jam chrono, anda boleh jumpa MR Andy di Armcop Mall di ground floor di bahagian belakang eskalator berdekatan dengan restoran mamak. Beliau mempunyai kepakaran untuk servis & membaik pulih apa saja jam chrono samada Rusia, Jepun ataupun Swiss. Harganya juga berpatutan.


Jarang aku tengok King Seiko keemasan macam ni...


Masa makin mencemburi kita tapi masing-masing rancang dengan aktiviti sampai makanan yang siap pun tak dijamah... jenuh suruh baru semua nak makan... hahaha... biasa la tu, bila kaki jam jumpa jam, pelik-pelik jadinya.... nasib baik takda yang pesan Rolex goreng tepung... muekekeke....


Acara kemuncak pada hari itu adalah cabutan bertuah..... tiada sponsor utama dari mana-mana kedai ataupun badan yang kuat... sponsor hanyalah datang dari pihak penganjur sendiri... Namun pihak kami dapat mewujudkan hadiah yang pada aku agak baik pada hari itu... cuma ada 4 orang saja yang bertuah pada hari tu... orang lain tak berapa bertuah untuk dapat hadiah termasuklah aku.... namun, jasa baik bro Fitri Dabudabi untuk menyediakan cenderamata berupa diari sangat-sangat kami hargai... Mungkin perjumpaan akan datang pihak kami akan berjaya mendapatkan sponsor dari pihak yang berkenanaan... insyaallah...


Perjumpaan dijangka habis dalam pukul 5 petang.... Namun semangat peserta pada waktu itu telah melanjutkan masa lebih dari yang sepatutnya... terima kasih kepada encik Abu (pemilik restoran) kerana memahami kami... Ramai rakan sudah mula berkemas untuk balik.... ustaz Dzul sanggup datang dari Sabah semata-mata untuk perjumpaan ini... terima kasih atas semangat & sokongan ustaz.... jasamu dikenang... 


Kami mengabadikan perhimpunan ini dengan gambar beramai-ramai ni. Ada beberapa rakan yang tida dalam gambar kerana ada yang ambil gambar & ada yang telah balik awal.... Aku yang sebelum ini cadang nak balik petang tu juga akhirnya menjadi peserta terakhir yang balik sebab masih lepak bersembang dengan beberapa rakan lagi... masa tu ada abg Hassan, abg Razi & abg Sufian... akhirnya tinggal aku & abg Razi yang rancak bersembang... dalam pukul 9 malam lebih kami pun meninggalkan restoran... meninggalkan dengan kenangan yang tak dapat dilupakan.... insyaallah kita akan berjumpa lagi tahun depan....


.... ikuti pula sambungan aktiviti yang aku lakukan keesokan harinya.... 

Leia Mais…