Tuesday, December 7, 2010

Pengembaraan Horology For Unity - Bahagian 1

Permulaan perjumpaan yang bersejarah....

Pencetusan idea pertemuan blogger & peminat jam seMalaya bermula dari tahun lepas.... Aku sering kali bertemu collector yang seangkatan denganku di tempat tinggal aku... Banyak kali pertemuan diadakan sebenarnya & beberapa pertemuan itu aku masukkan ke dalam blog. Penyaksian aktiviti & suasana perjumpaan itu mungkin telah menimbulkan hasrat berkobar-kobar malah ada yang 'terbakar'... rakan-rakan dari kawasan Selatan pula untuk turut serta. Banyak respon aku dapat dari pertemuan itu, maka idea pencetusan untuk mengadakan pertemuan di kawasan Selatan ditimbulkan oleh beberapa rakan dari sana... Untuk tidak mengecewakan permintaan, aku cuba untuk merealisasikan perjumpaan itu.

Aku bayangkan pertemuan itu sepertimana perjumpaan tak formal di kedai-kedai kopi saja pada mulanya... Namun aku memerlukan maklumbalas rakan-rakan lain untuk melihat pendapat majoriti bagaimana pula. Maka pada bulan Mac 2010, aku mulakan survey pertama aku & berakhir pada bulan Oktober. Perjalanan survey anda boleh lihat DI SINI.

Banyak reaksi yang aku dapat, alhamdulillah sokongan padu aku terima dari rakan-rakan untuk merealisasikan perjumpaan itu. Dari beberapa pengalaman pertemuan yang pernah diadakan, pertemuan di kedai makan menimbulkan banyak reaksi dari orang-orang yang berada di sekeliling sekaligus mewujudkan perasaan kurang senang & selesa samada pada rakan-rakan collector mahupun orang yang berada di sekeliling. Orang yang tidak berkenaan juga berminat untuk tengok & dikuatiri akan menjadi sasaran penyangak pula.... jadi sebagai langkah keselamatan, aku ingin membuat pertemuan ini tertutup & hanya boleh dihadiri rakan-rakan blog & rakan-rakan lain yang berdaftar sahaja. 


Alang-alang nak buat perjumpaan tertutup, berdasarkan keputusan survey dulu... rumah adalah tempat pilihan. Aku telah pun booked satu apartment di Putrajaya untuk pertemuan pertama ini. Disebabkan ini perjumpaan pertama yang aku tak tau lagi sejauh mana perjalanan & sambutannya, aku rasakan perjumpaan di rumah itu sangat sesuai.... namun hari demi hari, bilangan peserta makin bertambah..... Bilangan rakan yang aku agak akan hadir dalam 10 orang sudah meningkat 3 kali ganda.... dari rakan-rakan lain pun ada yang cakap nak bawa satu pasukan bola! Maka rumah tu dengan sendirinya sudah tak muat & langsung tak sesuai! Aku semakin resah & mula meminta pertolongan rakan-rakan yang arif.... alhamdulillah saudara Razi TheTickTheTick, saudara Hassan DetikDuaBelas & saudara Nazri TimeAsItIs hadir sebagai superhero aku.... The Three Magnificent! Aku taktau la apa gelaran & kuasa setiap orang sebab masing-masing ada kekuatan yang aku tak dapat bayangkan. Terima kasih atas sokongan, semangat & bantuan yang kalian curahkan... keringat, pencetusan idea, titik peluh, wang yang kalian curahkan tidak dapat aku balas.... ribuan terima kasih kepada mereka.


Pra Perjumpaan...

Dengan adanya mereka, aku rasa lebih kukuh kerana perjumpaan ini yang pada asalnya hanya dirasakan seperti perjumpaan santai menjadi semakin serius kerana bilangan yang hadir semakin bertambah. Aku tak mampu untuk membuatnya berseorangan.

Beberapa cadangan diilhamkan dari beberapa rakan & salah satunya adalah t-shirt.... Sebagai tanda kenangan untuk perjumpaan pertama & sebagai cenderamata bagi rakan-rakan dari jauh datang, saudara Hassan berbesar hati untuk design t-shirt. Logo & design ini tidak ditiru dari mana-mana & merupakan idea asal dari saudara Hassan sendiri. Cukup menarik & kreatif! Saudara Razi pula keluar dengan idea tag HOROLOGY FOR UNITY.... tag ini akan digunapakai sampai bila-bila & akan menjadi identiti & trademark blogger Malaysia & peminat jam yang mengikuti blog-blog jam Malaysia. 


Pada mulanya t-shirt hanya ada dua design. Setelah t-shirt dihantar print, saudara Hassan mendapat idea baru untuk membuat satu lagi design lain. Kiranya idea last minit.... ini adalah surprise darinya. Maklumat lanjut mengenainya, boleh hubungi saudara Hassan sendiri.

Tempat pejumpaan telah dipilih bertempat di Restoran D'Dusun, Taman Desa Pinggiran Putra, Putrajaya setelah mendapat beberapa cadangan rakan-rakan & adalah tempat yang sangat privacy untuk perjumpaan ini. Restoran ini mempunyai kolam ikan di sebelahnya untuk aktiviti memancing, namun ia hanya beroperasi di sebelah malam saja. Jadi sangat sesuailah pertemuan ini diadakan pada waktu siang. Setelah saudara Razi & Nazri deal dengan pemilik restoran, beliau bersetuju untuk restoran dibuka pada waktu siang khas untuk perjumpaan ini. Elok sangatlah sebab tidak ada orang asing yang akan hadir melainkan rakan-rakan jam sahaja. Sedikit bayaran diperlukan untuk meraka yang akan hadir sebagai bayaran sewa tempat & makanan. 

Alamat tempat perjumpaan dibiarkan rahsia & hanya diberitakan melalui email & PM Facebook saja kepada rakan-rakan yang hadir. Ini untuk memastikan perjumpaan ini kekal sebagai perjumpaan tertutup. 26 November adalah tarikh akhir penerimaan penyertaan, namun ada juga permintaan dari rakan di saat-saat akhir untuk menghadiri perjumpaan ini... takpa small matter bro. 

Seminggu sebelum perjumpaan aku ke Johor. Ada masalah talian internet pulak... terima kasih kepada Nazri kerana sentiasa update peserta melalui email. 2 Disember aku terus ke Putrajaya & membuat persiapan terkahir & buat pertama kalinya aku berjumpa Nazri secara bersemuka pada malam itu... ye lah, selama ni ramai rakan-rakan hanya bertemu di alam maya saja.... Ramai rakan-rakan alam maya belum pernah aku bersua muka termasuklah saudara Razi. Bukan saja sejarah pertemuan kali pertama yang menghimpunkan seluruh peminat & blogger Malaysia... malah pertemuan secara bersemuka rakan-rakan di alam maya.... inilah titik pertemuan yang cukup bermakna!!!


.....akan bersambung....

Leia Mais…

Monday, December 6, 2010

Horology For Unity pertama berjaya!

Alhamdulillah syukur kerana perjumpaan pertama kita berjaya juga akhirnya... terima kasih kepada rakan-rakan yang tak jemu memberi sokongan, yang datang dengan penuh semangat walaupun ada yang sesat jalan..... terima kasih kerana luangan masa & tenaga anda.... nanti aku akan upload gambar2 masa perjumpaan & aktiviti-aktiviti yang aku buat selepas perjumpaan nanti... badan letih gila hari ni... tak larat lagi nak update blog pasal perjumpaan... dari pagi tadi dalam pukul 9 pagi sampai pukul 10 malam aku keluar dengan aktiviti bancian jam.... insyaallah akan aku update sedikit masa lagi... tunggu......

Leia Mais…

Friday, December 3, 2010

Aturcara Program Horology For Unity

Assalamualaikum & salam sejahtera... 

Terasa cukup lama rasanya aku tak update blog. Mohon maaf kepada semua kerana ada gangguan talian internet di kampung & terima kasih kepada saudara Nazri kerana telah memaklumkan kepada para peserta  sebelum ini.

Esok adalah hari bersejarah untuk semua & paling bersejarah untuk Dunia Jam kerana buat pertama kalinya dalam sejarah kita semua bergabung dalam satu nama.... HOROLOGY FOR UNITY... Terima kasih kepada anda semua yang menyokong perjumpaan ini.

Perjumpaan buat pertama kalinya ini adalah anjuran bersama Dunia Jam, Detik Dua Belas, Time As It Is & The Tick The Tick. Tanpa bantuan mereka perjumpaan ini sukar untuk direalisasikan. Terima kasih.

Perjumpaan ini nanti juga mempunyai acara yang tersendiri. Ini lebih baik supaya perjumpaan pertama kali ini lebih bermakna & berbaloi untuk kawan-kawan yang datang dari jauh. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir, terima kasih atas semangat & dorongan yang telah anda berikan kerana ia sangat bermakna kepada aku. Insyaallah kita akan berjumpa di lain hari...

Berikut adalah aturcara yang bakal diadakan:

2:00 ptg – 2:30 ptg: Pendaftaran
2:30 ptg – 2:40 ptg: Ucapan Penganjur Perhimpunan
2:40 ptg – 3:15 ptg: Pemilik & Penulis Memperkenalkan Diri (Suai Kenal)
3:15 ptg – 4:45 ptg: Pameran jam koleksi peribadi, diskusi, dan jual-beli
4:45 ptg – 5:00 ptg: Cabutan Bertuah


Memandangkan ini adalah pertemuan pertama, tiada sponsor dari badan-badan besar... namun pihak penganjur & peserta sendiri bermurah hati sponsor beberapa barang untuk cabutan bertuah. Terima kasih sekali lagi.

Para peserta perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 semasa pendaftaran & RM7 kepada yang membawa ahli keluarga ataupun kawan. Hanya para peserta yang mempunyai kelayakan untuk mendapatkan cabutan bertuah & apa-apa yang berkaitan semasa majlis diadakan. 

Silalah bawa koleksi anda.... tak kisahlah jam apa, jenama apa sekali pun... kita semua nak berkongsi saja bukannya nak menunjuk. Janganlah ada yang datang lenggang.... nama pun perjumpaan horologi..... hehe


Para peserta diingatkan untuk memakai t-shirt HOROLOGY FOR UNITY semasa perjumpaan.
Sama-samalah kita memeriahkannya!!!!


Leia Mais…

Saturday, November 27, 2010

Peryertaan perjumpaan Horology For Unity kini ditutup...

 Tiada lagi penyertaan yang diterima selepas ini memandangkan pihak kami memerlukan masa untuk menguruskan program, pengurusan makanan & tempat. Perancangan adalah mengikut bilangan ahli yang bakal hadir nanti sahaja. 

Kepada semua peserta Horology For Unity, bayaran sebanyak RM10/kepala diperlukan untuk program kita nanti. Sedikit masa lagi pihak kami akan mewar-warkan update mengenai perjumpaan ini melalui blog & email.
Terima kasih....

Leia Mais…

Thursday, November 25, 2010

Bakal menanti peserta perjumpaan Horology For Unity

Beberapa perkara menarik bakal menanti para peserta perjumpaan kelak. Antaranya:
  1. Berkenalan sesama rakan-rakan blogger & rakan-rakan lain (agenda utama).
  2. Melihat koleksi rakan-rakan lain yang mungkin belum pernah dilihat sebelum ini.
  3. Jual beli secara terus dengan rakan-rakan blogger.
  4. Bertukar pendapat sesama rakan serta percambahan ilmu.
  5. Offer kotak dengan harga istimewa kepada mereka yang telah deposit duit
  6. Cabutan bertuah... terima kasih kepada beberapa individu yang sanggup sponsor hadiah tersebut.
  7. Reveal grail watch aku...
  8. Surprise dari saudara Hassan DetikDuaBelas
  9. Perjumpaan ini juga berkemungkinan besar akan mendapat liputan dari beberapa media tempatan.
Para peserta dikenhendaki memakai t-shirt Holorogi For Unity sebagai tanda sokongan anda & sebagai tanda semangat komuniti kita. 



Pada tarikh yang sama kebetulan diadakan juga pameran jam yang bertempat di Starhill Gallery. A Journey Through Time yang telah diadakan kali ke4 bermula 2 hingga 11 Disember 2010. Kepada rakan-rakan yang hadir, mungkin boleh pergi melawat jika berkesempatan kelak. 



Jumpa di sana...

Leia Mais…