4 Disember 2010..... Masihkah kau ingat?
Betepatan pada hari ini juga.... setahun yang lalu, suatu perjumpaan bersejarah telah dilakukan demi menyatukan peminat jam dari seluruh Malaysia & blogger jam di Malaysia yang selama ini hanya bersahabat di alam maya. Pertemuan serampang dua mata ini akan mengukuhkan persahabatan yang sekian lama terjalin....
Tak sangka rupanya dah setahun perjumpaan tersebut diadakan... setahun jugalah umur H4U dalam kalendar horologi di Malaysia. Sudah hampir hujung tahun, berita positif untuk perjumpaan ini diadakan pada tahun ini sepi membisu. Ramai rakan-rakan hampa apabila mendapat tahu aku menarik diri sebagai penganjur pada tahun ini akibat komitmen kerja yang tinggi, malah begitu juga penganjur yang lain. Tiada pula penganjur baru yang sanggup memikul tugas ini..... Tetapi mungkin lain ceritanya pada tahun hadapan....
Kisah perjumpaan ini juga turut dikongsi bersama oleh sahabat-sahabat blogger yang lain:
Perbincangan bersama penganjur terdahulu, kami bersepakat untuk mengadakan cenderamata sebagai tanda & bukti perjumpaan tersebut..... yang mana mungkin ia merupakan tanda peringatan yang pertama & terakhir memandangkan kita tidak tahu apakah perjumpaan seumpama ini akan diadakan lagi di masa akan datang... nampaknya baju ini boleh dilelong dengan harga tinggi kerana sudah masuk kategori rare... Haha...
Masihkah kau ingat perjumpaan bersama sabahat jam sekalian?
Masihkan kau ingat kawan-kawan yang datang pada hari itu?
Masih ingatkah lagi kehangatannya?
Masih ingatkah lagi kehangatannya?
Masihkah kau ingat berita mengenai perjumpaan itu di akhbar?
Sejarah yang terukir pada hari itu terpahat pada sanubari setiap insan yang hadir pada hari itu... Walau tiada perjumpaan besar-besaran begini pada tahun ini, perjumpaan kecil-kecilan tetap diadakan di serata tanah air termasuklah Sabah & Sarawak. Semangat H4U tetap diteruskan di mana-mana segenap penjuru waima oleh mereka yang tidak hadir semasa perjumpaan H4U tahun lepas pun. Syabas & tahniah kepada semua!!! Nampaknya visi penganjur, lebih-lebih lagi saudara Radzi TheTick-TheTick tercapai jua akhirnya..... Tagline HOROLOGY FOR UNITY diguna pakai di serata negara...
Ribuan terima kasih kepada semua penganjur lepas yang terdiri daripada saudara Radzi TheTick-TheTick, saudara Hassan DetikDuaBelas & saudara Nazri TimeAsItIs yang sama-sama bekerja dengan aku merialisasikan perjumpaan tersebut. Terima kasih kalian!
Cerita mengenai perjumpaan tersebut boleh dilihat pada link di bawah:
--------------------------------------------------------------------------------
Pada 23 November 2011 bertempat di Restoran Nashmir di Sungai Petani, mini perjumpaan Horology For Unity berlangsung tepat pada pukul 1 tengah hari. Perjumpaan ini boleh dikatakan tergesa-gesa memandangkan ianya bukanlah perjumpaan yang dirancang awal. Hanya 1 hari saja ianya dirancang apabila mendapat tahu bahawa saudara Hassan DetikDuaBelas pulang ke kampung mertuanya di Kedah. Kesempatan ini diambil untuk berjumpa dengan beliau...
Pada mulanya hanya aku & Cikgu Razmizan KoleksiQistina saja yang nak berjumpa Hassan. Namun kami menghebahkan dalam FB mengenai pertemuan ini pada malam sebelum perjumpaan ini... Alhamdulillah beberapa kolektor tegar & blogger sebelah utara hadir meriahkan majlis...
Mereka yang hadir terdiri daripada saudara Zahir, Ustaz Wafee, Cikgu Razmizan KoleksiQistina, saudara Azahari JamKampung, saudara Azlan LanJamKoleksi (merupakan salah sorang pioneer blogger jam di Malaysia), saudara Hassan DetikDuaBelas & juga aku... semuanya 7 orang... Bertambah memeriahkan majlis ialah pekerja restoran ini.. kuikuikui....
Setelah makan tengah hari, acara pun berlangsung... Sedikit demi sedikit koleksi dihidangkan oleh mereka yang hadir... Paling banyak koleksi saudara Hassan yang hadir bersama beg Doreamonnya... berpinau mata tengok.. Apa yang dibawanya berkali ganda lebih banyak berbanding semasa H4U tahun lepas.. Haha.... Sekurang-kurangnya koleksi beliau dapat ditatapi memandangkan koleksinya sangat luas & tidak terhad terhadap sesuatu jenis konsep jam....
Gambar pinjam dari FB saudara Jam Kampung. |
Turut memeriahkan majlis, paklong berbaju biru tu.... sat dia mai, sat dia pi, pastu mai balik bawa kawan-kawan. Wah! Bimbang juga aku pasal depa ni mai pegang jam orang ikut dan ja... Dah la tak minta kebenaran... Tak lama lepas tu mai sorang tunjuk jam Rado dia yang tak cukup sifat suruh kami tengok pula... Wah lagi!
Gambar pinjam dari FB saudara Jam Kampung. |
.....jam pun turut menjadi santapan....
... itu cuma sebahagian... bakinya masih banyak tersimpan dalam kotak khazanah.... Ni baru kotak... Begnya belum tengok lagi!
Saudara Azahari & saudara Azlan (berbaju merah) saling bertukar pandangan...
Tersusun rapi koleksi mewah ini....
Cukup hebat koleksi yang dibawa ini....
.....mari kita lihat pula satu persatu jam yang ada... berikut merupakan antara yang dibawa....
Casio Skywalker nama yang diberi ini adalah model rare yang sukar dijumpai kini. Berkeadaan sangat baik & macam baru. Citizen turut memperkenalkan model yang lebih kurang sama dengan ini dengan nama Windsurfing.... Ini merupakan antara koleksi digital yang dibawa...
Seiko Scuba kepunyaan saudara Hassan ini merupakan koleksi Seiko Scuba digital terbaik miliknya.... Hanya disimpan oleh kolektor tegar Seiko & keadaannya seperti jam baru..... Joi kat aku la wei! Quartz ni.... kolektor mana simpan quartz. Digital plak tu... Haha....
Dua-duanya model scuba... yang kanan itu namanya Scubamaster... Merupakan jam selam komputer pertama dunia. Mula diperkenalkan pada tahun 1990. Walaupun jam selam, ianya takut air sebab tuannya tak beri kebenaran padanya untuk mandi sekali pun.... takot lemas katanya... pengsan tuannya nanti... kuikuikui....
Citizen... Diver? Model yang agak rare dipasaran....
Padanan design bersama bezel ini memberikan suatu kombinasi yang mantap. Ditambah pula carmin yang cembung & tebal itu berserta penggunaan casing dari titanum memberikan markah bonus padanya... Aku dah teracun dengan jam ni & terpaksa membelinya semalam... haha...
Adik beradik Citizen diver yang ada... adik beradik mereka lebih ramai sebenarnya dengan design yang berbeza... ini antara versi yang ada.
Clebar chronograph yang masih berfungsi dengan baik.
Ini kali kedua aku melihat jam ini. Tak sangka rupanya sangatlah memikat jiwa dengan tali Zulu ini. Saudara Zahir amat berminat dengan jam ini.... Namun apakan daya, tuannya tidak mahu melepaskannya.... Bukan beliau saja yang jatuh hati... aku pun sama... haha
Keadaan jam ini bagaikan jam baru. Langsung tiada calar & tek terjejas langsung. Dalil terkenal dengan kompas arah kiblat di tengahnya... Suatu yang menarik, ianya adalah Swiss Made & seperkara yang menarik mengenainya juga, luminous marker yang digunakannya merupakan bahan radioaktif lemah... Tritum. Ia boleh diketahui dengan tanda 'T' sebelah perkataan SWISS MADE itu. Namun ia hanya didapati pada jam-jam vintage & sudah tidak digunakan lagi kini.
Bukan Seiko sorang ja yang ada Marinemaster.... Fortis pun ada wo... Ia merupakan model B-42 Marinemaster.
Mantap! Besar! Solid! Buatannya cukup baik. Ciri-ciri pilot kuat pada jam ini. Segalanya besar pada jam ini.... casing, bezel, jarum, nombor & crown. Mempunyai rating WR 200m... namun crown bukanlah jenis skru down... mesti seal crown cukup bagus punya.
Satu lagi juruterbang turut berada di sini. Jauh datangnya.. dari Germany. Laco namanya... Merupakan spisis yang agak rare di sini namun masih boleh didapati model barunya & masih dikeluarkan. Pertama kali aku melihatnya, hati aku sudah jatuh... ermmm... aku sudah jatuh hati... Ada dua versi dial. Menurut tuannya versi ini paling popular & aku bersetuju dengannya kerana ia paling mengancam dengan jam ini.
Walau ia bangsa Germany, namun jantungnya dari Jepun. Ia menggunakan movement Miyota yang amat popular digunakan oleh banyak jenama. Movement ini turut diberi sentuhan dekorasi Cotes de Geneve yang cantik untuk ditatap.
PAM ditangan... yang belakang tu homage?
Seperti Rolex, Panerai juga turut mempunyai ikutan & homage.... Jam di sebelah kanan itu merupakan Moscow Classic yang mempunyai rupa seakan-akan PAM... Homage? Boleh juga kalau nak dikatakan begitu... Geng Red Army mesti marah aku kalau aku cakap homage PAM.. hehe...
Tidak seperti PAM yang mempunyai cermin pada caseback yang menampakkan movement cantik Unitas 6497, caseback Moscow Classic tertutup sepenuhnya dengan dekorasi yang cantik. Ia menggunakan movement kunci juga yang merupakan Molnija 3603.
Saudara Hassan membawa koleksi yang cukup meriah untuk ditatap.... kenyang tengok jam beliau... Aku rasa bersalah pula tak pakai t-shirt H4U.. hmmm...
Movado milik saudara Azahari JamKampung... cantik sungguh jam ni...
Ia dijana oleh movement quartz chronograph. Warna dial biru gelap menaikkan seri jam ni.. Ia tampak anggun & nipis... dengan penggayaan tali kulit coklat, sekali gus menghensomkan jam ini...
Saudara Azlan membawa satu jam randik Omega yang pernah digunakan semasa sukan olimpik. Tak sangka Cikgu Razmizan juga membawa abangnya itu.... Masih berfungsi baik. Hebat!
Omega Speedmaster ini paling ditunggu-tunggu aku... terdapat perbezaan diantara jam ini dengan milik aku...
Ia merupakan jam edisi terhar sempena 50th Anniversary Speedmaster.... logo istimewa itu terpapar cantik pada dial.
Model terhad itu merupakan versi baru walau mempunyai deisgn yang sama.... ia menggunakan cermin sapphire... namun buatannya adalah seperti cermin hesalite yang timbul itu.. Bijak!
Dalam pada tu... aku tertarik dengan tali Zulu yang saudara Hassan pasang pada jam-jamnya... Aku teringin nak cuba... Cabut dari jamnya & pasang kat jam aku... Nampak cun juga... Rasa jahat plak cabut tali jam org.. Haha... Aku terbeli 2.... Hehe...
Cikgu Razmizan juga turut beli & pasang pada Moonwatchnya... Gandingan yang mantap!
Sejak beli tali Nato dari Wrist Solution, aku dah macam gila dgn tali jenis ni... Scubamaster pun aku cuba pakaikan... nampaknya aku terpaksa beli tali ni... kuikuikui....
Orient 40th Anniversary ini merupakan edisi terhad sebanyak 1000 unit... Bertuah kepada mereka yang memiliki. Saiznya besar & mempunyai 2 crown & 1 push button jenis skru... di mana ini menandakannya adalah jam diver. Ya! Ia mempunyai rating WR 200m.
Jam diver ini lain dari yang lain. Dengan mengekalkan design moden klasik, ia didatangkan dengan 2 versi.. satu lagi adalah stainless steel dengan unit terhad sebanyak 2000 unit. Cepat tangkap sebelum terlambat!
Satu lagi Orient moden klasik kelihatan dalam perjumpaan ini. Bukan saja jam jepun mengeluarkan model moden klasik, malah jam-jam Swiss juga mengeluarkannya...
Orient diver mid size yang sukar dijumpai kini....
Ini merupakan model terbaru Mako II... yang berbeza hanya warna dial yang merupakan keseluruhannya luminous... Walau ia cuma perbezaan kecil, namun ia merubah keseluruhan penampilan jam ini.. Hensem sungguh jam ni...
Oris Chronoris... Nama yang unik! Sesuai dengan penampilannya yang juga unik. Ia hanya mempunyai 1 register besar pada pukul 12. Ia menggunakan movement Valjoux 7750.
Casing cushion case ini memberikan nilai klasik pada jam ini. Suatu ketika dulu aku pernah meminati jam ini. Suatu koleksi yang hebat dari Cikgu Rasmizan.. Bukan ini saja koleksi hebat miliknya... Terbeliak mataku melihat koleksinya yang lain.
Oris Date Pointer yang pernah di tayangkan di blog Detik Dua Belas. Model popular Oris yang masih ada hingga kini.. Namun jam ini istimewa dari model Date Pointer yang lain...
Perbezaannya sangat nyata pada saiznya yang sangat besar. Kebiasaan Date Pointer bersaiz kecil & aku tidak pernah melihat model yang sebesar ini di kedai-kedai jam.. Terbaik!
Pagol istimewa dari saudara Azahari.. cantik betul jam ni...
Pokok nyok tu adalah logo Pagol. Masa mula aku main jam, rasa pelik benar tengok jam ada gambaq pokok nyok... Ingatkan model tu ja ada... Lepas tu baru tau itu trademark Pagol...
Idamanku..... Terima kasih bro kerana mambawanya...
Segalanya sempurna pada aku... segalanya ada pada jam ni...
Bilakah aku mampu milikinya aku pun tak pasti... Saban tahun harga Rolex semakin meningkat.... Jika pada tahun 2008 model ini berharga RM14.5k, harganya pada tahun ini telah meningkat hingga RM19.5k! Kalau tak beli sekarang, tahun depan harga naik lagi... Tapi apakan dayaku....
Review Rolex ini suatu ketika dulu:
Satu lagi Rolex menjadi perbualan pada hari tu... Didatangkan khas bersama kotak asli... Perlahan-lahan dibuka dengan urutan yang mendebarkan... sekali buka.. Wah!
Rupa seperti adik beradiknya yang menggunakan movement kunci.. Berbeza dengannya, ia adalah automatik. Markah tambahan diberikan pada dialnya yang berwarna biru... Cun betui!
Tak sangka dalam diam-diam Ustaz Wafee keluar mahkota ni... semua jadi jeng jeng jeng....
Submariner lagi!!! Ya tapi bukan... Ya Submariner.. tapi bukan Rolex. Ianya Sandoz..... Tapi.. hadoi la.. Saudara Hassan keluarkan last, bila semua orang dah simpan jam & ada yang dah balik... Beliau terlupa yang jam ni juga dibawanya... Awat la tak bawak keluaq masa saudara Zahir ada tadi.... bole la gandingkan sebelah menyebelah dengan Rolex tu.. haha...
Ianya antara homage Rolex Sub yang dekat... Ianya merupakan Sandoz keluaran Singapura. Berbeza dengan keluaran Hong Kong yang mempunyai crown yang lebih kecil & logo berbentuk perisai seperti Tudor...
Perbezaan ini boleh dilihat pada review Rolex yang aku dah buat dulu.
Caseback pun hampir sama... cuma ia mempunyai engrave info begini. Rolex bersih dari segala info di atasnya... Jam ini menggunakan movement ETA 2824.
6105 milik saudara Hassan ini telah dikenakan seluar Nato... smart juga.. aku tak bawa yang aku punya...
Seiko 6309 bermandikan darah pada dialnya...
Seiko GMT yang cantik & berfungsi dengan baik.
Seiko 6138 Big Blue.. seiring namanya itu, saiznya memang besar.
Seiko rare... Seiko Bullet... Serupa dengan SKX Bond, Bullet mendapat nama dari bentuk hour markernya yang berbentuk peluru. Kombinasi warnanya itu menaikkan rupanya.... Sukar didapati kini...
Mengancam tul rupa Seiko DX ni...
Seiko Helmet yang kini hanya tinggal kenangan padaku...
Mmmmmm.... Ermmmm.. MM... Marinemaster...
Ada dua plak tu.. berpinau mataku.. Yang ni aku ada rasa sesuatu itu.... Pakat-pakat ada sorang satu ni... Suatu ketika dulu, MM hanyalah mimpi... walaupun aku tak milikinya tapi rezeki aku untuk melihatnya walaupun jam milik kawan... Walau hanya sekadar menatap & meratap.... sudah mencukupi merawat duka lara...
Suatu kombinasi yang sangat serasi pada Black Monster ini...
Smart sungguh bila Monster pasang tali ni... Saudara Hassan ada banyak tali Zulu. Boleh tempah dari beliau.
Dua ekor Panda jinak.... Aku familiar betul dengan yang putih tu... Rupanya sirih pulang ke gagang.. Haha....
Saudara Hassan mempunyai beberapa Samurai dalam koleksinya. Model titanum sebelah kiri & stainless steel di sebelah kanan. Kombinasi yang dibuat pada Samurai kanan membuatkankan jam nampak cantik betui!
Seiko Sea Horse. Cantik jam ni.... Hai.. semua nampak cantik ja ni... Kalau saudara Azlan tak sapu, aku yang sapu jam ni.
Ini pula adalah Seiko Silver Wave. Didatangkan sebegini rupa.
Istimewanya terletak pada hour marker yang menggunakan penomboran Arabic. Pelik gak aku.. awat nombor tu panggil Arabic. hehe... Paling ketara ialah saiz crownnya yang sangat besar & menonjol itu. Mengejutkan ianya adalah skru down. Wah!
Dengan bracelet yang sedia melengkung itu membuatkan ia seperti mendakap tangan. Selesa dipakai. Rupanya pula cantik. Classic yet elegant....
Seiko Sumo. Ia adalah versi dial berwarna biru. Cantik juga rupanya. Mengancam! Dipadankan pula dengan tali Zulu yang sesuai warnanya membangkitkan rupanya yang menawan itu.
Sudah lama rasanya Sumo menghilangkan diri dari tangan aku...
Seiko Turtle yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu. Ramai rakan berlumba-lumba mendapatkannya.
Seiko UFO. Berkondisi original. Lama aku berhajat nak review jam ni. Sampai sekarang tak terbuat. Huhu...
Tissot Seastar. Dijana movement quartz. Terus terang aku cakap, aku memang teracun dengan jam ni. Nak beli satu buat beater. Namun dengan skandal Tissot yang sedang hangat diperkatakan di FB, membuatkan selera aku hilang pada semua Tissot. Sekian terima kasih....
Zappelin kesayangan saudara Hassan. Sudah tiada lagi di pasaran kalau tak silap aku. Cantik sebenarnya jam ni kita tengok secara live.
Zappelin merupakan jam berjenama Germany. Hour marker menggunakan trigalight/gas tube, namun tidak pada jarumnya.
Gambar pinjam dari FB saudara Jam Kampung. Tiada di dalam gambar adalah tuan punya gambar yang berada di kedudukan anda sekarang pada ketika itu.
Perjumpaan yang dihariri oleh 7 saudara ini berkahir dengan gilang gemilang. Walaupun penyertaan tak ramai, namun kemeriahannya tetap terasa. Walau tiada perjumpaan H4U seperti tahun lepas, perjumpaan mini H4U ini cukup untuk mengingati kenangan lalu....
Kalau ada peluang, aku cuba untuk merealisasikan perjumpaan ini bersama penganjur yang lepas. Kalau tidak mampu juga, mungkin ada penganjur baru yang boleh buat. Mungkin kali ini jauh lebih meriah! Kita sama-sama doakan ianga akan terlaksana kelak...
Selamat hari jadi HOROLOGY FOR UNITY!
7 KOMEN ANDA:
BEST!!! YG JAUH BERTANDANG YG JAUH BERTAMU.
Walaupun hanya membaca laporan tapi cukup seronok dan menarik sekali. Aku keracunan. Jom kita ke Bank Rakyat. Bank pilihan anda....haha
Bri Hassan..
Ada rezeki thn depan kita buat lg.. hehe
Cikgu sah_kul...
Jom! Aku kena buka akaun dulu! Haha... Thn depan kalau ada perjumpaan camni, joinlah skali. Hehe
Aku tumpang seronok.. huhu!!
huhuhu....terimakasih...kalu ada peluang ketemu lagi....lagi-lagi best H4U huhuhuhu.....
InsyaAllah bang... nnt kita buat lg.. Hehe
Post a Comment