Sekali pandang kedua-nya adalah sama.... Namun salah satunya adalah imitasi.... yang mana satukah yang tidak?
Pejumpaan dengan saudara Hassan DetikDuaBelas berdekatan dengan rumahnya beberapa bulan dahulu menemukan aku dengan dua jam yang sama namanya namun jiwanya berlainan. Terima kasih kepada beliau kerana bersusah payah mendapatkan aku jam replika tersebut & beliau juga berbesar hati untuk membawa model Bond Japan original milik beliau untuk tatapan aku. Kesempatan tersebut aku tak siakan & aku cuba kupas satu persatu....
Untuk memudahkan persoalan, aku sudah tandakan replika & original. Memandangkan aku telah review jam replika tersebut, tak perlu lagi aku memeningkan kepala memilih yang mana satu model replikanya.. Persoalan yang bemain di benak ramai yang mungkin tak percaya jam Seiko ini juga ada replikanya... kerana kepercayaan yang kuat bahawa hanya jam Swiss sahaja mempunyai replika....
Kenapa model ini ada replika? Mudah saja.. kerana ianya popular & permintaan tinggi... Disebabkan itu jugalah ia tidak dihentikan pengeluarannya sehingga kini sejak tahun 1996! Disebabkan popular jugalah bukan saja Seiko ini, malah Casio yang berharga RM50 (original) juga ada replikanya.
Jangan terkejut juga bahawa model Casio F-31W juga mempunyai homage. Kalau kita ke pasar malam, dengan senang kita akan berjumpa dengan Casio G-Shock & F-31W replika. Penjual juga tak malu untuk sebut perkataan G-Shock. Ia menguatkan lagi kepercayaan orang kebanyakan bahawa jam G-Shock hanya standart jam pasar malam... Dengan lambakan jam tiruan begini, mana mungkin orang kebanyakan akan tahu harga original yang lebih mahal & mereka akan terfikir ianya hanya jam pasar malam. Mereka juga akan terfikir, untuk beli jam di pasar malam berbanding di butik kerana 10 kali ganda lebih murah... Nampak sama ja... Buat apa beli sampai beratus.... kan? kan?
Rolex? Mungkin ada yang tak percaya kalau diberitahu harganya mencecah RM10k.... Pasar malam jual RM100 ja.. takkan sampai RM10k.. Tipulah! Itu pandangan kebanyakan yang tak minat jam. Orang yang minat jam akan tahu menilainya.. Persoalannya di sini, bagaimana untuk kita tahu sesuatu jam itu original & tidak? Aku tidak mempunyai jawapan yang konkrit & pasti untuk persoalan itu kerana ilmu jam sangat luas. Untuk kenal semua jenis jam adalah suatu yang sangat susah namun tak mustahil. Kita hanya mampu untuk mengenalpasti kesahihan beberapa jam yang kita minat & jam yang dibuat research saja ataupun dari pengalaman. Pendapat otai jam juga penting kerana pengalaman mereka yang dah lama bermain jam ini sangat berguna... Namun kena lihat juga siapa otai yang anda rujuk itu kerana bukan semua orang itu arif & pandai tentang jam.
Acap kali aku nasihatkan supaya study dahulu jam yang ingin anda beli itu & jangan terburu-buru. Jangan mudah tergugat dengan kepercayaan bahaya kalau tak beli jam tu, dah takda dah... terlepas nanti dah takda peluang beli... Ya betul! Tapi kalau dah bukan rezeki kita, buat camna pun takda rezeki juga. Jadi untuk memudahkan, kita perlu tahu sebaiknya jam yang kita nak beli itu. Study & buat sedikit research serta tanya pendapat orang yang berpengalaman sebagai pedoman sebelum membeli sesuatu jam itu. Itu lebih baik dari kita hentam kromo terus beli jam tu tanpa selidiki terlebih dahulu kesahihannya & jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan sekiranya ianya terlalu murah berbanding harga yang sepatutnya... Bukan semua penjual itu jujur dalam perniagaan...
Pendedahan ini dirasakan sangat perlu kerana ianya sangat berleluasa dijual di pasaran internet samada di mudah.my, lelong.com.my, eBay mahupun di blog. Yang sedihnya tidak dinyatakan pula jam itu replika. Seperti yang aku katakan dulu, mungkin penjual tidak tahu ataupun sengaja buat tak tahu. Kerana fikirkan keuntungan.... lantaklah... janji masyuukkkkkk.......
Mari kita sama-sama lihat perbezaan di antara jam original & replika. Mungkin dapat dijadikan panduan kepada peminat jam untuk mengenalpastinya.
-------------------------------------------------------------------
PERBANDINGAN
Pertandingan...
CARI KETAKSAMAAN PADA KEDUA-DUA GAMBAR
Sekali pandang nampak sama... pandangan kedua... tipu helah terkantoi jua... Jarum nampak sama, namun ianya tidak sukar untuk mendapatkan jarum aftermarket. Untuk model SKX007 ini, lume pada jarum saat sepatutnya berada di bahagian hujung bawah seperti dalam gambar. Jika anda dapati jarum jam tersebut yang dikatakan original itu tiada rupa ini untuk jam baru & NOS... SAH REPLIKA!..... Tiada istilah NOS ye untuk jam ini kerana ia masih dihasilkan hingga kini... lainlah jika disahkan ianya adalah keluaran pertama sejak tahun 1996 yang masih tidak dibeli orang.... mungkinkah?
Insert bezel replika terdapat alur seperti brush finished pada markernya & tidak licin seperti original. Lume pada index juga tidak bercermin seperti original.
Hampir tiada beza... kalau tengok tulisan dial tanpa gandingan begini, memang susah la nak nampak beza... Tapi perhatikan betul-betul kita akan nampak tulisan original lebih kemas & 'kurus' tidak bold seperti replika... yang nampak seperti dakwat yang kembang.
Satu ciri yang senang kenalpasti.... indicator day/date original mempunyai bahagian yang bevel disekelilingnya... Tidak seperti replika yang terus terpotong sama seperti pada anak panah.
MADE IN JAPAN!!! Wah! Jangan mudah terpedaya. Lihat saja perbezaannya.. Jelas bukan? Tulisan DIVER'S 200m original lebih terang & bold serta mempunyai tulisan 21 JEWELS di bawahnya... Model MADE IN JAPAN sepatutnya seperti itu & tidak langsung seperti replika!
Penomboran movement & model jam Seiko sepatutnya kecil & sukar dilihat... tidak seperti replika yang jelas betul rupanya....
Ada lagi... ada la beza skit.... kalau perasan pada cerminnya.... Nampak seperti cermin replika lebih tebal dari original. Perhatikan cermin replika pada pukul 6 yang nampak cetakan SEIKO 5 pada cerminnya. Tiada sebarang cetakan pada cermin original.
Pandangan ini lebih jelas menunjukkan jam replika mempunyai cermin yang tinggi. Malah lebih tinggi dari bezel. Sepatutnya jam original cerminnya rendah sedikit dari bezel... SKX anda cermin rendah ke tinggi?
Sama tak? Tak sama.... Ada beberapa potongan yang tidak kena... Lihat kocondongan tepi bezel, jam replika hampir tegak bahadian tepinya. Giginya juga berbeza. Potongan crown guard juga berbeza.....
... hujung lug replika meruncing & tidak membulat seperti original.
Alur bushed finishing original kemas, lebih halus & tepat. Jam replika tidak begitu kepas potongannya. Bahagian lug yang tajam serta terdapat kerja brushed finishing yang 'terlajak' sedikit seperti pada anak panah.
Potongannya berbeza. Kualitinya juga berbeza. Satu ingatan lagi... jam replika SKX007 ini hanya didatangkan dengan tali getah untuk jam baru. Belum pernah aku jumpa lagi yang menjual dengan bracelet & jika dijual dengan bracelet, sepatutnya link bracelet itu adalah solid.
Rupa crown hampir sama. Kalau tengok crown semata-mata memang susah nak kenal pasti. Kalau dibandingkan begini barulah nampak perbezaannya. Lihat juga potongan crown guard yang menunjukkan crown guard original lebih mempunyai potongan badan berbanding replika yang tiada potongan...
Dari sudut ini, beberapa perkara kita boleh lihat perbezaannya.... Kita juga boleh melihat cetakan SEIKO 5 yang kelihatan pada cermin jam replika yang langsung tidak wujud pada jam original. Sesungguhnya SKX007 bukanlah dalam siri Seiko 5.
Gigi bezel berbeza & kocondongan bahagian tepi bezel juga berbeza dimana jam repkika lebih tegak sisinya.
Potongan caseback juga tak sama dengan beberapa perbezaan sudah boleh dilihat.
Perbezaaan lekukkan pada crown guard jelas kelihatan. Sebenarnya casing jam replika itu kelihatan kurus sedikit berbanding original.
Jika jam original terdapat bahagian yang cembung berdekatan dengan penutup caseback, jam replika pula mempunyai lekukkan ke dalam pada tempat yang sama (anak panak merah). Bulatan logo tsunami replika jauh lebih besar dari original.
Perhatikan tulisan yang mengelilingi logo tsunami. Ia sepatutnya mempunyai ruang di antara bulatan itu dengan tulisan. Pada jam replika, tulisan itu pula betul-betul berada di atas bulatan itu & tulisannya tidak kemas serta besar sedikit. Bulatan hijau menunjukkan movement & model. Manakala bulatan kuning menunjukkan kedudukan tulisan JAPAN yang berbeza. Kebanyakan jam replika SKX ini mempunyai tulisan JAPAN di bawah nombor siri. Diingatkan di sini bahawa... nombor siri jam replika adalah sama pada semua jam. Hanya mempunyai beberapa variasi sahaja... sama-sama kita saksikan kelak.
------------------------------------------------------------
JAM-JAM REPLIKA SEIKO
Gambar pinjam |
Homage Monster? Mungkin pasal tertulis jenama lain. Ia ditala dengan movement quartz. Ok lagi sebab wujud juga Seiko Monster replika.
Gambar pinjam |
Jam kiri bukanlah model 7S26-0170... Model replikanya amat berlainan sekali dengan yang original... Jauh benar bezanya...
Gambar pinjam |
Seiko 5 replika? Ya! Hampir menyamai yang original... Disertakan dengan tag begitu, masakan ramai dapat mengenalinya sebagai replika?
Gambar pinjam |
Satu lagi Seiko 5 replika dengan beberapa kualiti yang kurang memberangsangkan... Movement yang digunakan adalah dari China yang dikatakan menggunakan movement 7S26 versi China.
Gambar pinjam |
Ini juga merupakan Seiko 5 yang nampak lebih berkualiti. Namun perhatikan movementnya yang bukanlah Seiko & sudah pun mempunyai skru yang berkarat. Tiga Seiko 5 yang dipaparkan di atas dibeli pembeli dari eBay. Dalam forum ianya dibincangkan...
Gambar pinjam |
Ini pula Seiko diver yang dijual di lelong.com.my. Ada dua versi dimana salah satunya menggunakan movement quartz & tertulis pula quartz bersama-sama tulisan AUTOMATIC di bawah SEIKO... Automatik Quartz? Namun walaupun jam ini replika, kredit harus dibelikan kepada penjualnya yang jujur mengatakan ianya adalah replika.
Gambar pinjam |
Seiko replika + rojak? Boleh juga ya.... Namun ia menggunakan movement original Seiko..... Sudah nampak seperti jam Seiko diver vintage.... kena hati-hati....
Gambar pinjam |
Ini juga jam replika yang agak senang untuk mengenalpasti ianya tiruan. Dial yang berbeza, caseback juga jauh beza.
Gambar pinjam |
Dial sudah tak asli & yang paling kantoi sekali adalah movementnya walaupun rotornya tertulis Seiko. Ia menggunakan movement Miyota.
Gambar pinjam |
Jam replika ini adalah sama dengan jam yang aku review. Turut dijual di eBay. Perhatikan persamaan nombor sirinya dengan replika yang aku review. Untuk jam ini, ia menggunakan plastik biru & bukannya cat!
Gambar pinjam |
Ini merupakan Seiko replika yang hampir sama dengan original. Disertakan dengan movement '7S26'... Namun kalau diperhatikan betul-betul, ia tidaklah sama pun. Ia dikuatkan lagi bahawa ianya original kerana menggunakan movement 7S26 JAPAN! Wow!!! Itu yang membuatkan orang keliru... walaupun bahagian lain itu sudah nampak tak asli, movementnya itu telah mengaburi mata.
DIINGATKAN DI SINI BAHAWA SEIKO TIDAK PERNAH MENGELUARKAN MODEL 7S26-7039!!!!
SKX007 original sepatutnya 7S26-0020.
Gambar pinjam |
Jam yang sama juga... sengaja aku letakkan juga. Di ambil dari sumber yang berlainan.... Perhatikan nombor sirinya dengan gambar jam sebelum ini.. SAMA!!!! Anda punyai Seiko 7S26-7039?
Gambar pinjam |
Ini merupakan kompilasi beberapa jam yang berlainan yang mempunyai nombor siri yang sama... Jam anda sama dengan nombor ini? Cuba periksa... kerana ada penjual yang menjual jam Seiko ini yang cukup meragukan & tak dinyatakan pula replika walau dia tahu... sedih betul! Kenapa nak buat naya orang?
Gambar pinjam |
Ini pula merupakan kompilasi 'versi' jam-jam replika yang digandingkan dengan jam original. Perhatikan perbezaan & variasi yang ada.... Bandingkan dengan apa yang dibulatkan itu...
Aku mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan artikel aku kali ini kerana aku rasa aku wajib untuk menyampaikan perkara ini & menegur.... kerana juga aku yakin ramai peminat/pembeli yang telah terkena, terbeli jam Seiko yang dikatakan ORIGINAL, NOS mahupun MADE IN JAPAN ini....
18 KOMEN ANDA:
Mmg kna simpan artikel ni utk ruj akan dtg. setiap kali aku baca artikel pasal jam replika susah payah aku amik jam2 yg ada untuk dibandingkan hehe... :)
Istilah JAM REPLIKA (Replica dalam Bahasa Inggeris) telah disalahgunakan oleh pembuat dan penjual JAM TIRUAN. Tunggu posting aku yang menggunakan istilah Replika pada tempatnya. Replika adalah jam asli/genuine!
Depa jualpun tak murah beb, rm400 gitu. kalau sebulan pakai dah rosak maka musnah le jenama seiko yg dah berpuluh tahun ni.
tapi sekarnag replika casio paling banyak dlm pasaran.
Byk sumber aku cari nak dptkan camni. Byk sgt jam2 tiruan camni... Td pi kedai jam... jam tiruan & original jual sekali dlm cermin. Sampai pening aku tengok. Haha...
thetickthetick
elok juga betulkan yg mana tak betul. Ramai perlukan info dari otai2 cam bro.
TIMUR
Betul tu. mmg mahal. Yg sleknya la ni.. terlalu byk jam replika ni yg tiru jam2 jepun.. sampai nak kenal pun susah
SKX007, jarum minit/jam replika hujung kontot, perasan tak?
Nampak cam sama kan? Ada gak bezanya...
Kalau tak tau ciri2 SKX007J & skx007K ni memang boleh terbeli yg replika.
Kalau beli online plak bahayanya, dia dah letak gambar jam ori, alih2 dapat postage jam replika, tu yang boleh hangin tu..
baguih artikel ni.. boleh bongkar ciri2 seiko bond dengan lebih teliti.
Yg sedihnya... depa yg jual replika kat web replika tu guna gambar ori cam bro ckp tu. Hampeh....
Artikel ni dibuat sebagai panduan untuk bakal pembeli supaya tak tertipu oleh penjual.
info yg berguna, thanks a lot. bleh tnye, untuk model 7002 ade x replica?
hope duniajam dpt cover 7002 juga, sbb sy penah jumpe 7002 yg meragukan.
tq...
Tq kecil,
Setakat ni takda lg replika 7002. Kalau jam rojak/franken 7002 mmg ada. Semua part campur cam rojak.
Menarik juga jam2 kat blog bro ye. Hehe... Byk tul Boy London. Hehe
aku pun minat jam diver seiko, mmg ada seketul kat aku tahun 2008, bini aku bg masa birthday...belek2 tgk nmpk cam ori berdasar posting DJ, tp x tulis plk made japan, confius jgk aku...stakat ni pakai beberapa thn x dak masalah...jam ni mmg lasak, so apahal pun aku nk ucap tq ats posting ni...byk jgk ilmu dpt...igt seiko slamat dr ciplak..tq bro
seramaku.blogspot.com
Shidi... terima kasih....
Walau apa pun keadaan jam tu, hadiah dr yg tercinta mmg suatu yg bermakna.. Tahniah!
Macam pula dengan Seiko SKX007/SKX009 versi Malaysia dan Singapore?setahu saya memang ada beza dengan versi JDM.
Mcm mn dgn harga pasaran d malaysia ya tuan?
Mcm mn dgn harga pasaran d malaysia skarang tuan?
Mohon maaf kepada tuan sekalian. Sebab dah lama tak peduli blog ni....
HUSTON INGGIT
Jika ikutkan memang ada perbezaannya. Walau ada perbezaan, namun jam JDM Seiko ada yang dibuat di kilang mereka di China. Takda masalah sebab QC Seiko terbaik. Perbezaan wujud untuk bezakan antaranya & perbezaan itu buat collector suka.
-----
Nik Mukhlis
Harga sekarang jam ni telah melonjak tinggi. Jika masa saya post entry ni around RM1.6-1.8k... kini dah cecah RM5k.
Terima kasih
Post a Comment