Tuesday, March 31, 2009

Jam Tangan

Saiful menaiki kereta api Alor Setar ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yangg ramai tu ada seorang tua yang duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saiful berrtanya kepada orangg tua tersebut, "Pakcik, sekarang pukul berapa?"

Orang tua tersebut tidak menjawab. Saiful fikir, mungkin pakcik ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun pakcik tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata. Saiful jadi agak geram mencuit pakcik tu & berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?"

Pakcik menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tak mau jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab tentang lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra.”

Saiful termangu mendengar kata-kata pakcik itu. Terus dia bertanya lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Pakcik menyambung lagi, "Apabila kita bertambah mesra, nanti bila dah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama2. Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya".

"Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi & berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat dengan anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2 kamu akan menjadi menantu saya pulak," katanya lagi.

Saiful menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, "Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi? Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa ja?"

Sambil berdiri pakcik tersebut menjawab dengan lantang, "Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

Adddoooiii... jauh sungguh pemikiran pakcik ni. Sungguh futuristik!

Leia Mais…

Monday, March 30, 2009

Jam Automatik vs Jam Quartz

Terdapat dua jenis pergerakan jam iaitu mekanikal (automatik) dan quartz. Hampir semua watchmaker menggunakan dua jenis pergerakan ini di dalam pembikinan jam mereka. Setiap pergerakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jam quartz. Jenis pergerakan tertulis pada dail.

Jam quartz merupakan jam yang menggunakan elektronik (litar elektronik) yang pergerakannya ditentukan oleh kristal quartz. Dimana ia menghasilkan frekuensi yang teratur dan tepat. Jadi, ia adalah lebih tepat dari jam mekanikal dari segi penentuan masa. Secara ringkas, jam quartz ini ialah jam yang menggunakan bateri. Pergerakannya senang sahaja ditentukan. Pergerakannya jarum saatnya ialah berdetik-detik. Kebiasaannya, jenis pergerakan tertera pada dail jam seperti gambar di atas.

1970 merupakan tahun dimana jam pergerakan quartz digunakan meluas di seluruh dunia. Penciptaannya merupakan suatu fenomena habat & merupakan suatu teknologi yang membanggakan pada ketika itu (dan masih digunakan sampai sekarang). Ia telah menyebabkan banyak syarikat Swiss gulung tikar disebabkannya. Pada waktu itu terdapat lebih kurang 500 syarikat jam Swiss yang menggunakan pergerakan mekanikal dan setelah jam quartz dihasilkan, hanya lebih kurang 100 syarikat sahaja yang masih bertahan hingga ke hari ini. Seiko merupakan pelopor/pengeluar pertama jam tangan quartz. Kenapa? Tak percaya? Hehehe... Prototaip pertama dihasilkan pada tahun 1967 oleh Seiko dan pada tahun 1969, Seiko mengeluarkan jam quartz pertama mereka.

Mengapakah ini berlaku? Ramai pembeli beralih kepada jam jenis ini kerana banyak sebab.
1. Penentuan masa adalah lebih tepat berbanding jam mekanikal. Dimana perubahan suhu tidak akan mengganggu saiz quartz. Jadi frekuensi resonance adalah stabil & tidak akan berubah... jadi masa akan tepat.
2. Saiz jam quartz tidak besar dan nipis, yakni tidak tebal seperti jam mekanikal kerana komponen di dalamnya adalah sedikit & ringkas.
3. Kos penyelenggaraan yang murah.
4. Harga jam quartz itu sendiri pun murah berbanding jam mekanikal kerana kos penghasilannya lebih murah.
5. Teknologi jam quartz yang berkembang dengan adanya fungsi seperti alarm, chronograph dan ada jam yang menggunakan cahaya suria (solar) sebagai punca kuasa untuk pergerakan jam.
6. Ia lebih tahan lasak berbanding jam mekanikal.
7. Ada lagi ni sebenarnya.... (ekekeke...)

Kenapa aku cakap jam quartz ini murah?.... Kerana terdapat banyak sekali jam-jam ini (yang bukan original) dijual di merata tempat seperti pasar malam, supermarket dengan harga hanya RM10. Cuba cari jam mekanikal RM10..... memang tak jumpa. Kalau bukan original/replika pun sekurang-kurangnya RM50.

Disamping yang positif mengenai jam quartz, terdapat sedikit kekurangan padanya. Biasalah benda manusia buat, mana ada yang perfect di dunia ni. Jangka hayat jam quartz tidaklah sepanjang jam mekanikal. Hayatnya bergantung kepada jangka hayat beteri itu sendiri. Jangka hayat bateri pula bergantung kepada jenis bateri, cara penggunaan jam (lebih banyak guna fungsi yang ada pada jam tu, contohnya chronograph... maka hayat bateri akan lebih pendek). Maksudnya di sini, kena tukar bateri selalulah. Tak la kerap sangat, dalam 1-5 tahun. Tapi ada jam yang claim, jangka hayat bateri sampai 10 tahun contohnya Timex & Casio. Selain itu, jangka hayat komponen di dalamnya juga bergantung cara penjagaannya. Jika bateri habis & tidak dibuang/buka bateri itu dari jam, lama-kelamaan bateri yang rosak itu akan mengeluarkan cecair yang akan merosakkan komponen di dalam jam itu sendiri.

Ini merupakan jam automatik. 'Automatic' tertera pada dail jam.

Jam mekanikal pula tediri daripada automatik (self-winding) dan 'kunci' (manual winding). Jam automatik (self-winding) bergerak berdasarkan gerakan pada pergelangan tangan dimana di dalamnya terdapat spring utama (mainspring) yang akan berpusing (tied up). Contoh paling senang, mainan budak-budak. Ala... kereta mainan yang ada kunci kat atas tu. Bila kunci sampai ketat baru kereta tu bergerak. Kalau buka tengok dalam, fahamlah apa yang di ceritakan ni. Ia seterusnya akan menggerakkan balencer, seterusnya pergerakan balancer yang sentiasa bergerak ini akan menggerakkan komponen-komponen lain di dalamnya. Komponen-komponen ini sangatlah kecil dan memberi sokongan & tindakbalas antara satu sama lain. Susah gak nak cerita ni. Haha... Kebanyakan jam mekanikal di pasaran ialah jenis automatic (self-winding). Boleh check dalam Youtube untuk lebih faham.

Pergerakannya berlainan sedikit berbanding quartz. Gerakan jarum saatnya adalah berterusan... smooth. Contohnya dalam video di bawah.



Ini jam automatik (self-winding). Yang berbentuk macam kipas (separa bulat) tu adalah rotor yang akan berpusing berdasarkan gerakan tangan.

Jam kunci (manual winding). Nampakkan perbezaan antara kedua-dua gambar di atas ni?

Jam kunci (manual winding) pula tidak mempunyai rotor dan pergerakannya tidak bergantung pada pergerakan tangan, tetapi kita sendiri yang perlu 'mengunci' crown sehingga mencukupi untuk menggerakkannya. Jika kita terpusing lebih, mainspring akan putus.... maka dengan itu tamatlah riwayatnya. Huhuhu... Namun, jangan khuatir, masih boleh dibaiki. Hehehe...

Ini contoh terbaik jam Sandoz quartz & mekanikal.

Boleh dilihat enjin di dalamnya adalah tidak sama. Saiz enjinnya juga berbeza.


Bagi yang baru berjinak-jinak dengan jam, eloklah beli jam quartz (kebaikannya adalah lebih banyak berbanding mekanikal... 'untuk pemakaian biasa') kerana tak perlu risau jam akan berhenti (melainkan kalau bateri habis la). Sebab jam automatik ini jika tidak dipakai, ianya akan berhenti. Selalunya power reserve kebanyakan jam automatik ialah selama 40 jam (fully charged). Jika tidak dipakai melebihi masa itu, ianya akan berhenti. Bila dah berhenti, kenalah adjust masa dan tarikhnya semula. Bagi sesetengah orang, ianya melecehkan. Jika anda tidak suka berbuat demikian, jam jenis ini bukanlah untuk anda. Samalah juga pada jam kunci, kena kunci sendiri jam tu selalu. Hmm...

Video di bawah ni menerangkan kesemuanya secara ringkas.


Jam mekanikal juga harganya lebih mahal berbanding jam quartz. Hampir ke semua jam buatan Swiss adalah mekanikal. Swiss merupakan pembuat jam mekanikal terbaik di dunia. Kualiti yang dihasilkan amatlah mengagumkan. Kebanyakannya dibuat dengan tangan. Segala ukiran, polishing, mekanikal dan lain-lain dibuat dengan tangan. Pengeluarannya setiap bulan juga adalah sedikit berbanding jam quartz dan orang yang membuatnya (watchmaker) bukanlah calang-calang orang. Sebab tu, harganya adalah mahal sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Tapi, untuk kita yang berminat jam-jam mekanikal ini, bolehlah beli jam mekanikal dari Jepun. Harganya amat berpatutan & kualitinya juga amat memberangsangkan. Kalau nak pakai jam-jam buatan Swiss yang agak murah & berpatutan, bolehlah beli jam-jam vintage Swiss. Boleh tengok pada link rakan-rakan blog.

Jam mekanikal tidaklah selasak jam quartz kerana komponen dalamnya boleh tertanggal jika ganas sangat memakainya. Kena jauhkan dari bahan magnetik kerana boleh memberi kesan magnet pada komponennya. Bacaannya juga tidaklah setepat jam quartz. Ianya akan 'lari' sebanyak beberapa saat per hari/bulan. Kalau bacaan masa dah lari, kenalah diperiksa di kedai jam. Disyorkan jam mekanikal ini diperiksa sekali dalam 2-3 tahun untuk memastikan case, crown, gasket dan crystal seal masih berkeadaan baik. Namun, jam mekanikal tidaklah seteruk yang disangka. Penjagaannya juga senang. Selagi jam itu tidak memberi masalah, tidak perlu dibaiki. Jam mekanikal boleh mencapai usia 100 tahun jika dijaga dengan baik. Tak percaya? Boleh tengok usia jam-jam vintage. Kebanyakannya masih berfungsi & memberi bacaan masa yang tepat. Hebat! Selain itu, 'harga'nya ('value') akan bertahan lama. Bila sebut pasal 'value' ni, ada beberapa maksud. Peminat jam akan faham apa yang dimaksudkan ini. Hehehe...

Kalau tanya aku, aku akan pilih jam automatik berbanding quartz. Aku rasa 'connected' dengan jam tu bila pakai. Rasa 'sekali' dengan jam tu. Hmm... Camno ntah nak cerita ni. Hahaha... Bukanlah tak minat langsung jam quartz. Aku hanya beli jam quartz jika pada aku, jam tu special. Hehehe...

Panjang aku cerita pasal jam auto & quartz ni. Rasanya masih banyak yang kurang. Tapi kalau panjang sangat, boring plak orang nak baca. Hehehe.... Sekian...

Leia Mais…

Saturday, March 28, 2009

Apakah perbazaan di antara link bracelet solid dengan tidak solid?

Kali ni aku nak bercerita pula mengenai jam yang menggunakan bracelet, ataupun dalam istilah biasa 'tali besi'. Rasanya semua boleh kenal perbezaan di antara bracelet dengan tali kulit kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan sebenarnya terdapat dua jenis bracelet, iaitu solid dan tak solid (aku tak pasti istilah yang sebenar). Sama tapi tak serupa. Tak susah nak kenal. Contohnya seperti gambar di bawah.


Bracelet solid




Bracelet tak solid


Nampak tak perbezaannya? Bracelet solid, talinya tidak ada rongga atau sambungan seperti bracelet tak solid. Maksudnya, setiap link talinya adalah padat. Bracelet tak solid pula mempunyai rongga/lapisan pada setiap link. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang jelas samada dilihat dari tepi ataupun di bahagian bawah bracelet itu.

Dari segi pemakaian, bracelet solid adalah berat sedikit. Tetapi ia selesa pada pergelangan tangan. Bracelet tak solid pula adalah ringan namun keselesaan berbanding dengan bracelet solid adalah kurang sedikit. Ini hanya pada pendapat aku la. Jikalau anda belum pernah mencuba salah satu jenis bracelet atau pun tidak pernah memakai jam ber-bracelet sebelum ini, anda boleh mencubanya di kedai jam untuk merasai apa yang aku katakan ni.

Dari segi harga pula, jam menggunakan bracelet solid adalah lebih mahal. Ini mungkin disebabkan kos penghasilannya lebih tinggi & bahan yang digunakan juga mungkin dari yang lebih baik. Selain itu, ianya juga lebih tahan lasak berbanding bracelet tak solid.

Selalunya, bracelet diperbuat dari stainless steel. Ini merupakan kelebihan untuk kedua-dua jenis bracelet samada solid ataupun tidak. Selain itu jam ber-bracelet tidak perlu ditukar talinya seperti jam yang menggunakan tali kulit, getah ataupun PVC yang akan putus/rosak setelah lama digunakan kerana bracelet stainless steel tahan lama & kelebihan stainless steel telah pun diterangkan sebelum ini. Selain itu, bracelet juga lebih senang & akan menjimatkan kos pada jangka masa panjang.

Nanti aku akan tunjukkan bagaimana caranya untuk 'memotong' tali sendiri tanpa perlu mengupah 'tukang' jam.

Leia Mais…

Friday, March 27, 2009

Levi's Core Collection

Aku bukanlah seorang peminat jam fesyen sangat. Tapi jam ni telah menambat hati aku. Sebenarnya waktu tu, aku nak beli Casio G-Shock. Bila pi kedai jam di Sungai Petani (SP) tu, Mamu offer aku jam ni. Jam ni hanya satu saja yang masuk ke kedai tu. Kemungkinan besar, the only one in SP. Jam ni sangatlah rare. Setakat ni aku tak pernah jumpa di internet melainkan model replika jam ni. Yang best tu, jam replika tu pun siap tulis rare. Hahaha.... Tapi ini ori bang... Hehehe...

Kotak jam dibalut dengan kain jeans. Cukup menarik.






Tulisan Levi's Strauss tertera pada crown.

Terdapat banyak model jam yang dikeluarkan oleh Levi's. Model ini tergolong dalam koleksi CORE mereka. Jam berbentuk segi-empat. Fully stainless steel case. Casing bersaiz 37.5mm x 41mm (tidak termasuk crown). Terdapat lekuk-lekuk pada casing seakan-akan jahitan benang dan butang-butang pada jeans mereka. Aku tengok macam tong 'drum' pun ada, macam tong minyak pun ada. Ekekeke...

Warranty kad pun seperti 'trademark' yang dijahit pada bahagian belakang seluar jeans Levi's. Warranty jam selama 2 tahun.

Terdapat dua masa sebenarnya pada jam tu (dual time). Cermin kiri tu nampak seperti hanya mempunyai jarum saat saja. Tapi kalau diperhatikan betul-betul terdapat dua lagi jarum di dalamnya. Macam jarum phantom. Tak nampak sangat. Waktu utamanya di dail sebelah kanan yang lebih besar. Jarum jam & minit saja yang ada dan mempunyai luminous pada jarumnya. Memandangkan dail dia kecik, aku tak rasa nak rush sangat nak buat apa-apa perkara. Cool ja. Contohnya nak punch kad. Walaupun masa dah dekat pukul 8, aku relax ja. Takpa... awai lagi.... Kalau pakai jam lain, macam ribut aku jalan dibuatnya. Hahaha....





Tali kulit tebal 26mm. Tertera lambang Levi's pada talinya. Tulisan Levi's Strauss & Co. tertulis pada buckle dengan cukup menarik. Cukup selesa pada pergelangan tangan. Kualiti tali cukup bagus & tebal. Rasanya, tali dia pun beratus kalau nak beli. Kena orderlah jawabnya.

Sebelum plastik cover dibuang.
Selepas plastik cover dibuang.

Caseback tertera lambang Cooper Levi's dengan bangganya. Hahaha.... Plastik cover belakang tu sebenarnya aku rasa sayang nak buka. Pasal ada stiker berkilau tu di atas plastik tu. Tapi semalam aku buang sebab bila berpeluh, peluh masuk di bawak plastik tu. Stiker berkilau tu aku lekat pada warranty kad dia. Jam kalis air sehingga 50m.

Sampai sekarang aku cari jam ni kat mana-mana kedai, manalah tahu kalau jumpa. Saja nak la 'hello' salesman dia... Nak tengok apa kata dia pasal jam ni. Model Levi's lain memang banyak jumpa. Tapi model ni memang takda. Mungkin itu yang dikatakan rare. Itu yang buat aku rasa special & tak rugi beli jam ni. Aku pantang & lemah skit bila orang sebut rare @ limited edition. Mulalah gatal tangan... Muahahaha....

Nasib baik aku tak beli G-Shock. Kalau tak, pasti aku akan rasa sedikit menyesal. Akibat termakan racun Mamu, aku beli jam ni. Dok pandang gak bini masa nak beli tu. Lampu merah (jeling), lampu hijau (pandangan kasih sayang). Bila tengok mata dia jelingan manja, maka aku pun belilah jam ni. Hahaha...




Jam ni cukup menarik pada pergelangan tangan. Look sharp on the wrist. Rasa hensem bila pakai walaupun aku tak hensem. Hehehe... Nampak pelik gak pada mulanya. Tak pernah pakai jam berbentuk pelik camni sebelum ni. Tapi bila pakai t-shirt dengan jeans, jam ni memang sesuai. Kadang-kadang pakai gak pi kerja. Hehehe...





Yang ni pula jam wife aku. Dari koleksi Levi's Lady Style. Mampunyai batu kristal yang berkilauan di sekeliling dail dan crown pula diposisikan lain sedikit dari biasa. Kebiasaannya pada pukul 3. Crown model ni diletakkan pada pukul 12. Jam ni saja aku nak preview. Mungkin ada yang minat nak beli jam ni pada kawan, kekasih, adik, kakak mahupun mak sebagai hadiah. Ekekekeke.....

Leia Mais…

Thursday, March 26, 2009

Bagaimana mencari jam yang sesuai untuk anda?

Ini hanyalah sebagai panduan ringkas mencari jam yang sesuai untuk anda. Tidak semestinya anda perlu ikut bulat-bulat. Sekadar penduan sahaja. Jika anda seorang pengumpul jam, sudah tentu anda tahu apa yang anda mahu. Sebagai pengumpul jam, kesesuaian jam bukanlah perkara utama, tetapi kepuasan & keinginan untuk memilikinya adalah perkara utama. Untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak memakai jam @ ingin mencari jam yang sesuai untuk anda, bolehlah ikut panduan ringkas ini.

1. Jika anda baru berjinak-jinak memakai jam, pada pendapat aku... jam yang paling sesuai untuk anda adalah dari jenis yang menggunakan bateri. Rasanya jam automatik/kunci kurang sesuai. Tak salah jika anda nak memilikinya. Dikhuatiri anda tidak familiar dengan cara pemakaian & penjagaannya. Lama-lama mungkin anda akan fade up dengan jam itu. Aku beritahu ni pun berdasarkan pengalaman. Kenapa? Nanti akan aku terangkan perbezaan jam automatik dengan jam bateri pada episod akan datang.

2. Pilihlah jam yang sesuai dengan saiz tangan anda. Janganlah beli jam yang terlalu besar, yakni lebih besar dari saiz tangan anda. Nanti orang akan nampak jam dari kita sendiri. Ekekeke....

3. Belilah ikut kemampuan anda.

4. Jika anda tidak ada langsung apa-apa jam @ ini kali pertama membelinya @ mungkin juga itulah jam yang akan digunakan sampai bila-bila, pilihlah jam yang sesuai untuk semua situasi @ occasion.

5. Carilah kedai yang boleh beri anda harga yang berpatutan & berbaloi dengan duit yang bakal dibelanjakan. Survey banyak kedai. Jangan hanya pergi satu kedai sahaja. Setiap kedai jam jual dengan harga yang berlainan untuk jam yang sama. Aku beli satu Casio Edifice di kedai A. Harganya lebih kurang RM260 selepas diskaun. Harga yang kedai tu buka RM300+. Kedai lain yang aku survey, ada yang letak sampai RM400+. Diskaun hanya 20% di kedua-dua kedai. Selepas diskaun, harga di kedai B menjadi harga di kedai A (sebelum diskaun). Ini penting kerana anda boleh jimat banyak & mengurangkan risiko sakit mata dan sakit hati sekiranya anda menjumpai jam anda tu dijual lebih murah dari harga yang anda beli. Aku dah rasa. Hati manyak sakit wooo....

6. Jangan tertipu dengan iklan diskaun atau offer yang ditawarkan/terpapar pada kedai tu. Iklan-iklan itu hanya untuk menarik minat pelanggan yang kononnya ingat diskaun itu hanya wujud pada waktu tertentu seperti perayaan, Mega Sales dan sebagainya. Pasal takot terlepas, kita pun belilah. Katahuilah bahawa diskaun itu memang wujud sampai bila-bila. Tingginya diskaun itu bergantung pada brand & model. Contohnya Titus. Diskaun jam ini bermula 30% --> 70% bergantung pada modelnya. Diskaun jam ni memang ada sampai bila-bila pun. Aku tengok di Putrajaya & Sungai Petani, diskaunnya sama saja. Bila aku tanya Sale Rep kedai tu di SP, diskaun ni sampai bila-bila. Takyah bimbang. Hmm... Rasa penat ja beli jam ni kat Putrajaya. Tak sangka Giant SP pun ada juai jam yang sama. Hampeh! Tipah tertipu lagi..... Muahahaha....

7. Kalau jam itu ada banyak fungsi & button, uji kesemuanya terlebih dahulu sebelum beli. Ini bagi mengelakkan anda terbeli jam yang bermasalah. Nasib tak baik, kedai tu taknak bertanggung jawab atas jam tu dan sebaliknya menyalahkan anda pula dengan mengatakan kerosakan jam itu disebabkan kecuaian anda & bukannya dari kedai itu sendiri (yang menjual jam yang bermasalah). Ini pernah berlaku kepada banyak orang. Kebanyakan Sale Rep bukanlah daripada mereka yang minat @ tahu/pandai pasal jam (rasanya aku lebih tahu banyak dari depa ni. Kalau pi kedai jam, aku buat bodo ja. Nak tengok camno depa layan & pengetahuan depa pasal jam) . Mereka hanya 'bekerja' di situ. Susah nak jumpa mereka yang betul-betul tahu selok-belok pasal jam. Bila ada masalah, mereka menyalahkan kita pula. Pulak dah!

8. Belilah jam dari jenama pembuat jam (watchmaker), contohnya Seiko, Orient, Citizen, Alba, Timex, Titan, Titus dan lain-lain lagi. Jam-jam ni taklah mahal sangat & harganya berpatutan. Jam-jam berjenama mahal pula seperti Rolex, Oris, Tudor, Mido, Omega, Chopard, Bell&Ross, IWC, Fortis, Corum, Longines dan sebagainya. Yang mahal-mahal ni kesemuanya keluaran Swiss. Tak salah beli jam-jam seperti Guess, GC, Elle, Esprit, Crocodile, Pierre Cardin, Puma, Alain Delon dan lain-lain lagi. Jenama ni adalah jenama fesyen. Mereka membayar kilang jam untuk mengeluarkan jam jenama mereka sendiri. Kualitinya ada yang kurang sedikit dari jam-jam watchmaker. Info ni aku dapat dari Sales Rep di Sungai Petani. Beliau amat arif pasal jam, berpengalaman luas, peminat jam hardcore & otai. Hehehe... Casio lain skit. Jenama ni antara jenama yang cukup kompetetif dalam pasaran jam dunia. Sebuah jenama yang mengeluarkan jam-jam yang berinovatif & kreatif. Tetapi mereka juga bukanlah watchmaker. Mereka sebenarnya pengeluar barangan elektronik contohnya kalkulator, TV (mobile). Jam adalah salah satu produk mereka.

Ini hanya sebagai panduan berdasarkan pengalaman dan info yang aku dapat selama ni. Anda boleh bagi info/komen sekiranya ada perkara yang nak tambah ataupun nak kurangkan. Ekekeke... Anda boleh ikut panduan & nasihat ini ataupun sebaliknya. Namun keputusan tetap di tangan anda. Duit anda & pilihan anda. Pilihlah dengan bijak....

Leia Mais…

Jam stainless steel

Kebanyakan jam diperbuat dari stainless steel samada jam moden mahupun jam vintage. Jam-jam berjenama, tak kira la yang murah ke mahal ke, menggunakan stainless steel sebagai casing ataupun sekurang-kurangnya case back-nya. Contohnya Casio yang ber-casing resin, case back-nya stainless steel. Mungkin ada yang tak tahu yang jam dia pakai tu daripada stainless steel atau tidak. Jam stainless steel tak susah nak kenal pun. Gambar di bawah adalah contoh terbaik. Selalunya akan tertulis stainless steel pada case back-nya.


Kenapa stainless steel? Ini dari pemahaman & pendapat aku. Stainless steel takkan menyebabkan stain, menghakis ataupun berkarat dengan senang berbanding besi biasa. Jadi ia akan tahan lama. Tetapi ianya bukanlah takkan langsung akan berstain (not stain proof), cuma susah la skit. Seperti durian, telur yang ada gred (guna benda-benda makan plak sebagai contoh... hahaha...), stainless steel juga mempunyai gred tersendiri. Terdapat lebih 150 gred stainless steel. Agaknya mungkin sebab tu jam-jam stainless steel setiap jenama tak sama. Ada yang murah, ada yang mahal. Yang mahal tu mungkin stainless steel gred tinggi. Sebab tu kebanyakan jam-jam menggunakan stainless steel sebagai casing ataupun bracelet. Tengok saja jam-jam vintage. Ada yang sudah berumur 50 tahun, tapi casingnnya masih cantik. Tak la teruk macam jam di bawah ni. Ini contoh terbaik jam yang tidak menggunakan stainless steel dalam buatannya. Setelah beberapa lama memakainya inilah hasilnya.




Berbeza dengan jam yang tidak menggunakan stainless steel seperti di atas, jam stainless steel tidak akan menjadi pengoksidaan yang teruk seperti itu. Kita boleh tengok kualiti jam berjenama & tidak berjenama seperti di atas. Salah satu jam masih bergerak. Tetapi crown sudah tidak boleh pusing akibat pengoksidaan yang teruk di kawasan crown. Bahagian belakang juga agak teruk... macam ber'kudis'. Ia mungkin terjadi akibat daripada peluh kita. Ini jam bapak aku sebebarnya. Salah satu jam ni dia gunakan hari-hari. Masa tengah mengemas, aku terjumpa satu lagi. Bila tunjuk kat dia, dia sendiri tak sedar yang dia ada dua jam yang sama. Dia tak ingat bila dia beli. Hahaha.... Pasal jam ni memang sangat lama dia guna. Sedih aku tengok. Jadi aku hadiahkan jam Seiko 5 untuk dia sempena hari jadinya. Jam US Submarine ni aku ambil la buat tambah koleksi aku. Hehehe...

Nasib Boy London (BL) aku baik. Tak jadi seperti US Submarine. Jam BL tu aku tak pakai lama. Pasal bateri kong. Lepas tu aku simpan & tak pakai langsung sejak tu. Mungkin disebabkan aku tak guna sangat jam tu, pengoksidaan tak teruk macam jam US Sub tu. Ini teori aku la, pasal jam Puma aku dulu pun mengalami nasib yang sama macam US Sub tu. Mungkin peluh tangan yang terkena body jam tu telah menyebabkannya berlaku (something chemical reaction happening). Ini aku bandingkan jam aku dengan jam bapak aku tu. Anda mungkin lebih tahu. Silalah beri pendapat anda...

Leia Mais…

Wednesday, March 25, 2009

Boy London

Aku tak lah pandai sangat nak review jam. Nak cerita dengan ayat bombastik pun tak berapa pandai. Ini merupakan review aku secara ringkas mengenai jam ni.

Untuk julung kalinya, aku pilih jam Boy London sebagai review pertama aku. Jam ni merupakan jam nostalgia aku. Aku pun tak sangka masih simpan jam ni sampai sekarang. Hehehe... Mesti ada yang pernah tengok @ pernah ada jam ni. Kepada sesiapa yang belum tahu, Boy London merupakan jenama fesyen baju seperti gambar bawah ni. Nak cerita sejarah dia pun aku tak reti nak cerita sangat. Tau sikit-sikit aja.


Seperti jenama lain, contohnya Guess, Esprit, Elle, Chrocodile, Gucci... mereka juga mengeluarkan aksesori lain sebagai pelengkap untuk jenama mereka. Jam merupakan suatu aksesori yang dikeluarkan. Jenama ni terkenal semasa aku berumur 13 tahun (kalau tak salah), tahun 1993.




Salah satu model Boy London (original tau). Pernah tengok tak?


Satu fenomena pada ketika tu bila jenama ni masuk dalam pasaran Malaysia. Masa tu baju & jam yang paling terkenal. Sampai sapa yang tak pakai baju @ jam dia, kira macam 'lekeh' la. Hahaha... Aku pun tak mau lepas peluang pada masa tu, beli la satu jam. Adik aku pun ada jam yang sama tapi sudah lingkup. Tapi bukanlah beli yang original. Beli 'pasar malam' punya. Ekekeke... Aku pun tak pernah tengok & tahu camna bentuk jam yang original dia. Pada masa tu, jam kat bawah ni paling terkenal.

Jam ni lah yang yang dimaksudkan tu. Ini model original




Ini jam aku. Lebih kurang sama dengan original.
Tak sangka lak memang wujud jam Boy London berbentuk camni.


Tak pasti samada jam ni masih berfungsi atau tak. Tak pernah tukar beteri sejak 'kong'. Jam masih berkeadaan baik, diameter casing 35mm. Bahagian belakang jam ada sedikit 'kudis' (tak tau nak pakai istilah apa). Biasalah jam 'pasar malam' bukannya fully stainless steel. Tali masih 'original', ada registered lambang Boy London & buckle ada terpapar BOY. Casing hampir tak terjejas, masih elok. Cermin ada calar sedikit (satu garis) & jarum saat, minit & jam masik elok.

Antara sebab masa tu aku (aku rasa orang lain pun sama kot) minat sangat jam ni pasal dial dia sebenarnya boleh bertukar warna mengikut suhu. Dulu aku memang suka masukkan jam dalam peti ais. Suka tengok perubahan warna. Tahan gak jam ni sebenarnya. Aku biarkan terus dalam peti ais pun, jam ni tak pernah tak bergerak, masuk air @ cermin berkabus. Setelah berbelas tahun tak pakai jam ni, aku tak pasti 'fungsi' tu masih boleh 'digunakan' lagi ke tak. Eksperimen dimulakan oleh kawan aku. Tak ku sangka, jam ni masih 'berfungsi'. Terkejut gak aku. Kami berdua gelak sakan. Sebab kawan aku ni pun pernah ada jam ni dulu. Hahaha... Jom kita tengok...





Bila terlalu sejuk, ia akan berwarna gelap. Bila keluarkan dari peti ais, warna bertukar secara perlahan seperti dalam gambar. Dalam beberapa minit, warna bertukar ke asal (biru gelap). Wah! Hahaha... Menarik bukan?

Leia Mais…

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Datang...


-->Assalamualaikum & salam sejahtera....


Selamat datang diucapkan kepada semua. Minat aku yang mendalam terhadap jam-jam tangan telah memaksa aku buat blog ni. Saja nak kongsi dengan orang di luar sana yang ada minat yang sama cam aku ni.... manalah tau bolehlah kita sama-sama berkongsi minat.

Sebelum aku pergi lebih mendalam, biar aku cerita skit camna aku mula minat ni. Minat ni bermula sejak sekolah rendah. Sekitar tahun 1990. Masa tu mak bapak aku selalu dapat katalog. Dalam katalog tu macam-macam jenis jam ada. Selalulah gak belek jam-jam dalam tu. Banyak jenama-jenama hebat sekarang ni aku kenal melalui katalog-katalog yang aku belek dulu. Bila ke kedai, supermarket aku mesti ke kedai jam. Belek semua jam yang ada. Minat makin bertambah… Masa budak-budak dulu, pi kedai jam pun orang tak peduli sangat. Budak-budak mana la ada duit. Buang karan depa ja layan aku. Kuang kuang kuang...

Gambar-gambar jam dalam katalog aku mula gunting & lekat dalam buku. Maka terciptalah buku skrap pertama aku. Buku tebal, 400 muka surat. Penuh dari helaian pertama sampai last. Boleh bayang la tebal mana buku tu lepas aku lekat semua gambar-gambar jam tu. Berat lak tu. Hehehe... Boleh kata tiap-tiap hari aku belek. Pantang nampak gambar jam kat mana-mana, mesti aku potong & lekat dalam buku tu. Tapi.... setiap yang bermula ada akhirnya.... buku tu aku buang pasal merajuk kat mak aku. Dia marah pasal aku lebih suka study 'jam' dari study pelajaran. Memang pun... aku memang malas study. Aku pun bukanlah pelajar ‘favorite’ cikgu. Depa pun ada yang tak suka aku dulu. Selalulah jadi target cikgu dulu... Kawan-kawan pun takmau kawan sangat ngan aku. Takot depa jadi cam aku. Huhuhu.... Mak aku tak la marah sangat pasal 'ketidak-rajinan' aku tu. Tapi marah pasal banyak buang masa layan hobi aku, pastu potong, susun katalog, gambar-gambar jam, cebisan kertas yang dipotong tu penuh sampai satu ruang tamu. Wakakakaka.... Merajuk punya pasal, aku buang buku tu..... Adoi la.... Punya la sedih. Tapi nak tunjuk protes punya pasal, aku gagahkan buang buku tu. Tapi sejak detik tu.... aku menyesal sampai sekarang. Huuuummmmmmaaaaaaannnngggggg...... Isk, isk, isk..... Awat la aku buang buku tu. Gambar-gambar jam zaman dulu, macam-macam jenis, yang murah, yang mahai mereput, teknologi itu ini yang takdak dah sekarang ni ada dalam tu. Kalau ada lagi sekarang, boleh buat rujukan. Huhuhu... Serius! Masa aku tulis blog ni pun gambaran buku tu masih ada dalam kepala. Hampeh sungguh. Isk....

Masa sekolah rendah aku ada banyak jam digital ‘budak-budak'. Bila bateri habis, aku suka buka tengok enjin. Nak repair la konon... last-last langsung takleh repair. Muahahaha.... Enjin-enjin jam digital 'budak-budak' tu ada yang masih aku ada. Jam-jam ni memang aku suka buka. Buka & simpan. Pasal nak pasang balik dah tak boleh. Kakakaka.... Seingat aku la…. zaman ni, aku pakai jam bapak aku. Dia bagi aku jam ni. Latelier namanya. Yang bestnya, body jam ni boleh bertukar-tukar. Boleh tukar ikut mood & situasi. Gambar jam tu di bawah ni.





Jam Latelier yang dimaksudkan tu. Jam masih berkeadaan elok. Tak pasti masih berfungsi ke tak pasal tak pernah check condition dia.


Citizen Chronograph. Ni akibat terlebih pandai buka jam. Dah buka takleh pasang balik. Aku sengaja biarkan camni. Buat kenangan.

Masa darjah 6. Kawan baik aku pakai jam Casio Databank. Aku minat betui jam dia. Jeles gila time tu. Jam tu ada tarikh yang tepat sampai tahun 2000 berapa ntah, ada alarm, stopwatch dan yang paling best boleh simpan nombo telefon. Pergh! Dulu mana ada henfon lagi. Semua public fon ja. Nombo tipon tulis dalam buku kecik. Kena la bawa buku tu ke mana-mana. Dia cuma bawa jam dia ja. Nombo fon boleh simpan sampai 30 orang. Best! Adik dia plak, pakai Casio untuk fitness kot. Pasal ada fungsi bersenam & lagu. Jam dia plak bole 'nyanyi'. Selalu la dia on lagu jam dia masa kami main badminton. Gembira rasanya hati....







Antara jam-jam 'pasar malam' yang masih berada dalam simpanan aku.




Masuk sekolah menengah, bapak aku beli jam ‘pasar malam’ kat aku. Standart pasar malam je la. Hehehe... Antara jenama yang aku masih ingat yang bapak aku beli tapi dah takdak dalam simpanan.... Puma (perghh...). Puma ngan Tag Heuer bentuk lebih kurang. Mana p ntah body jam tu. Tapi tali dia ada la plak. Haru sungguh. Baru ja aku buang tali tu. Warna merah. Buang pun pasal berkulat.... lama sangat simpan. Jam-jam yang tak boleh pakai, aku suka buka itu ini. Influence cerita McGyver. Sebab dia idola aku & kawan-kawan pada masa tu. Semua benda nak buat sendiri. Kuikuikui... Jam-jam aku simpan dalam kotak tin coklat. Dalam kotak tu, aku lapik dengan surat khabar. Selalu aku tukar surat khabar tu bila dah season. Lepas tu, aku lupa nak tukar sampai sekarang. Surat khabar tu masih aku simpan buat kenangan. Kaler pun dah kuning. Tengok tahun rupanya sejak 1993! Huh!







Tarikh yang tertera 16 November 1993
Ada sorang kawan aku merangkap sedara aku ni pakai jam hebat-hebat. Dia anak orang senang. Jam pun bertukar-tukar dengan senang lenang. Selalu la aku pinjam jam dia. Rasa hebat sekejap dengan jam orang. Jam yang selalu aku pinjam jam Casio yang boleh rakam denyutan nadi. Jam berwarna kuning/hitam. Atas permukaan jam ada sensor untuk letak dua jari. Sensor ni akan detect denyutan nadi kita. Memang best! Mungkin ada yang pernah tengok @ ada jam ni. Memang best jam tu. Harga dia time tu RM300++. Mahai gila bagi aku yang tak berduit nih. Aku jumpa dia hari tu, dia bagitau banyak jam-jam dia dah takda. Sayang. Kalau tak, boleh aku ambil gambar.
Masa zaman sekolah menengah ni, aku dok tukar jam ngan bapak aku. Jam yang dia tak mau pakai, aku lenjan lah. Hehehe…. Ada gak jam yang aku beli sendiri kat pasar malam. RM10 ja kot. Jam digital. Ada fungsi alarm lagi. Mana ada jam RM10 siap alarm time tu. Susah nak jumpa jam murah yang ada fungsi tu. Jam Casio plak mahal aku nak beli. Jenama apa tau tak? Aiba…. Bukan Alba. Hahaha… Ada satu jam Casio aku beli sendiri. Inilah Casio yang paling murah aku jumpa time tu. Kira gempak la ni. Iklan dalam surat khabar. Ada kawan yang dah beli. Aku 'keracunan'.... Aarrrrggghhhh!!!!! Kumpul duit belanja sekolah, pastu pi beli sendiri. Semangat betul… bangun awal, naik bas pi Sungai Petani semata-mata nak beli jam tu. Kedai pun baru sangat buka. Aku antara pelanggan yang paling awal. Ekekekeke…. Ada beberapa orang member aku pakai jam yang sama. Boleh buat group. Tapi jam tu aku jual pasal dah tak minat. Fungsi basic, saiz dia amatlah besar untuk saiz tangan aku yang kecik. Sampai cikgu kata nak lari tak bole, jam berat. Hahaha….

Casio Databank 50. Jam ni lah yang aku idamkan zaman tu.
Naik form 2 kalau tak salah aku, bapak aku beli jam yang aku idam-idamkan selama ini. Casio Databank (gambar atas). Jam ni lebih gempak dari jam kawan aku tu. Fungsi yang lain sama. Yang lebihnya, alarm dia ada 5 setting (seingat aku), memori fon ada 50, ada lampu, world time, bole simpan nota ringkas sebagai peringatan. Aku boh fakta ringkas. Bila tak ingat aku tengok masa exam. Hahaha…. Pecah tembelang…. Bukan bole isi banyak pun. 1 ayat ringkas ja. Pastu yang best bole tukar tulisan ke Jepun. Bukan faham pun. Hehehe… Jam ni aku pakai sampai form 5. Pastu bila bateri habis…. Seperti biasa aku jadi McGyver balik. Cuba tukar bateri sendiri. Tak boleh. Jam tak berfungsi. Mungkin aku tertekan mana-mana ‘IC’ dia kat circuit tu. Check kat kedai, jam dah rosak. Adoi la…
Casio Databank bapak aku. Lebih gempak dari aku punya.
Bapak aku pun asyik tukar jam gak. Dia ada Casio Databank gak (gambar atas). Tapi jam dia lagi gempak. Fungsi lebih banyak. Siap ada button navigator lagi. Pergh! Aku masih ingat lagi, dulu aku ada jam jenama Adec. Bagi adik aku pakai. Dia bagi hilang plak. Adoi. Tak mahal pun. Kalau tak salah RM60 ja. Body resin, bezel boleh putar. Yang aku paling suka pasal jam ni, luminous pada jarum akan bercahaya terang setelah beberapa lama berada dalam gelap. Kebanyakan jam, lume dia akan semakin malap. Terang sekejap saja, itu pun lepas kena cahaya beberapa lama. Jam ni, aku rasa pakai kuasa bateri. Pasal lepas lume sekeliling nombor malap, lume pada jarum akan semakin terang. Memang terang. Aku cari jam ni sampai sekarang, tak jumpa langsung kat kedai. Jam ni aku tukar-tukar pakai dengan Casio Databank tu. Lepas adik aku bagi hilang, Casio tu la pakai terus.
Aku dapat hadiah jam Timex Ironman Indiglo Shock dari bapak aku lepas tu. Casio G-Shock mahal sangat masa tu. Casio keluar dengan model G-Shock, Timex plak tak mau kalah, depa keluarkan model Ironman Shock plak. Jam ni hadiah sempena aku masuk asrama. Fuh! Bukan main seronok lagi. Jam ni merupakan antara impian aku sejak tengok senior aku kat sekolah lama aku pakai. Masa tu, jam ni baru keluar kat pasaran. Dia pakai jam tu. Gempak gila. Aku suka jam ni, sebab lampu ‘indiglo’ dia tu. Terang gila. Bukan cam lampu konvensional Casio aku tu. Jam ni lama gak aku pakai sampai masuk Universiti. Pastu jam ni kena kebas. Sedih lagi….. Isk. Pakai lah kembali jam bapak aku lagi skali. Kali ni jam Q&Q plak. Hahaha….
Casio Databank 30
Aku tukar jam ni ke Casio Databank 30 (gambar atas) semula setelah masa Q&Q tu asyik lari walau pun dah tukar bateri baru. Maka bersemadilah ia dalam koleksi simpananku. Casio ni design dia up-to-date skit dari jam lama. Tak pasti sejak tahun bila, Casio pun dah mula buat jam yang berlampu cam Timex Indiglo. Tapi teknologi lampu ni mungkin masih mahal, sebab harga jam Casio yang berlampu ni memang tinggi. Sekarang RM50 pun dah dapat Casio fungsi basic dengan lampu Illuminator. Jam ni bertahan agak lama. Beli kat Maidin KL. Murah beb. Kat pasaran biasa RM160 lebih. Kat Maidin tak sampai RM100 pun. Bapak, adik aku pun beli gak jam Casio kat situ.
Casio Databank bapak aku. Hanya bertahan beberapa bulan saja.
Tapi hayat jam Casio bapak aku tak lama (gambar atas). Hanya beberapa bulan saja. Pastu rosak terus. Check kat kedai, katanya display rosak. Hmm… Tapi jam aku ok la plak. Kalau tengok gambar tu, jam aku tu dah bercalar-balar. Jatuh moto punya pasal. Fungsi jam masih elok. Cuma body rosak. Takda spare part lak tu. Hmm… Last-last aku beli Casio lagi kat Maidin. Itu ja yang mampu masa student. Nak beli tempat lain mahal, tapi Maidin murah banyak. Tapi aku tak tau la macam mana depa boleh jual dengan harga murah. Masa tengah belek nak beli jam, satu Casio aku try semua fungsinya. Tapi fungsi lampu takda. Ambil jam yang ada dalam gambar bawah ni, fungsi semua ok. Aku beli sejak 2005 tahan sampai sekarang. 2009 bateri dia out. Aku tak bercadang nak tukar bateri baru. Biarlah ia disimpan bersama-sama koleksi jam digital aku….
Casio Alarmchrono aku. Jam ni bertahan agak lama. Tak pakai dah sejak bateri habis.

Buku skrap baru aku. Nak cari yang lebih tebal sebab dah tak cukup untuk isi semua gambar-gambar jam yang aku ada.
Aku lupa nak bercerita pasal buku skrap. Aku mula balik kumpul gambar-gambar jam semula. Buka majalah itu ini, surat khabar cari gambo jam. Segala iklan aku simpan. Tapi disebabkan sibuk study, aku tak peduli sangat untuk ‘membangunkan’ semula buku skrap aku tu. Sekadar cari gambo & simpan. Bila start kerja, barulah perasan…. gambar dah banyak rupanya. Hahaha…. Selain gambar-gambar dari majalah. Aku suka ambil pamphlet @ katalog jam dari kedai. Pantang jumpa, mesti aku minta.
Bila kahwin, bini aku hadiah Timex Chronograph sebagai hantaran. Pergh. Inilah jam pertama aku yang fully stainless steel bracelet berfungsi chronograph. Aku memang idamkan sebuah jam chronograph. Sejak kerjalah, aku boleh layan minat aku yang dah lama terpendam ni. Mana-mana jam yang berkenan, aku sambar. Beli pun yang aku rasa special la. Aku lebih suka jam mechanical (automatic). Bagi aku, jam jenis ni bagi aku rasa ‘connected’ dengan jam tu berbanding bateri & ‘value’ dia lebih tahan berbanding jam quartz. Boleh tengok ‘value’ jam-jam vintage mechanical. Masih ada harga awalupun dah umur berpuluh tahun.
Masih banyak perkara aku masih belum tahu pasal jam ni. Banyak gak aku belajar dari otai-otai jam ni. Dua kedai jam yang aku selalu pi. Satu di Sungai Petani, satu lagi di Penang. Aku cukup raspek ngan sorang sales rep (SR) kat kedai di Sungai Petani. Aku pangil dia ‘Mamu’. Tak macam SR lain yang aku jumpa, sekadar penjual ja. He’s really knowledgable about watches. Macam-macam tips ilmu pasal jam dia perturunkan kat aku. Technician kedai tu pun bagus. Cukup peramah & he really know his job very well. Dapat la gak ilmu pasal jam vintage dari dia. Dia ni ada jam poket tahun 1902. Huh! Kedai ni ada banyak jam vintage. Susah nak jumpa kedai jam jual vintage watches.
Ok lah. Setakat ini dulu coretan ringkas pengalaman aku pasal jam ni. Ada banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah setakat ini. Cerita anda mungkin lebih menarik dari aku. Sama-samalah kita berkongsi pengalaman… Sekian…

Leia Mais…