Wednesday, December 22, 2010

Semangat Horology For Unity diteruskan lagi- Bahagian Terakhir

Pengembaraan diteruskan lagi & kali ini kami bertemu di suatu booth yang terletak di sebelah butik JLC. Suatu yang menarik mengenai jam-jam yang ada dalam display ni... bukan sebab diskaun yang tinggi... tapi jam tu sendiri... Kalau tengok harga tu... 40% diskaun pun aku tak mampu beli lagi... hmmm....


Perhatikan betul-betul apa yang istimewanya jam ni...
Nampak?


Tu dia... aik! Mana movementnya? Jam ni lutsinar.... ini betul-betul magik! Misteri sungguh...




Quinting merupakan antara jenama yang menghasilkan jam yang transparent.... Buatannya kemas & boleh memeningkan kepala... siapa terpandang pasti ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut & ingin melihatnya dengan lebih jelas. Jam ini dijual pada harga RM25k. Model chrogograph dalam RM78k.... penambahan 'batu' padanya? 


Aku tengok jam ni dengan eye loupe.. sebab nak tengok & kaji mana hilangnya movement tu... canggih, kreatif & genius! Cuma nampak tiang jarum jam saja... Bila dah lama tengok, baru dapat idea di mana movementnya sebenarnya...


Kalau 2 jarum dah pening.. bagaimana pula jam chronographnya? Hehe... 


Dalam semua jam yang aku pegang, jam ni paling lama aku pegang... Penelitian & penerangan dari Shidi buat aku terfikir sejenak & dapat merungkai seribu persoalan sebelum ni. Nampakkan gigi gear tu? Movement jam ni terselindung di tepi casing... jarum-jarumnya digerakkan dengan beberapa lapisan cermin yang disusun dengan cukup bijak... dimana setiap lapisan itu menggerakkan jarum tertentu dengan sambungan gear di bahagian tepinya.... Hasilnya... movement jam tidak akan kelihatan. Movement yang digunakan untuk jam ini adalah quartz. Agak mustahil sekiranya ia automatik.

Maklumat lanjut mengenai jam ini, layari web official mereka.


Breitling Superocean... model diver terbaru diperkenalkan mereka. Menggunakan movement Caliber 17 yang berasaskan ETA 2824-2. Movement Breiling semuanya mempunyai standart COSC. Kualiti buatan jam ini sangat mengagumkan. Aku sukakan cara buatan hour marker yang embosed dengan kualiti brushed finishing padanya. Ia mempunyai beberapa warna chapter ring.... merah, kuning, biru, putih & hitam. Menurut seller warna kuning yang paling menarik & striking


Bell&Ross... jenama yang aku suka....


Model terbaru yang berwarna hijau tu... BR03-92 Military Ceramic.
Ia perkenalkan pada Besel World 2010.... diperbuat dari seramik. Warna hijau memberi kelainan & rupa yang berbeza dari jam-jam buatan mereka sebelum ini. 


Nubeo.... pernah dengar jenama ni? Terkesima aku dibuatnya kerana jam ini dipaparkan bagaikan jam-jam Swatch di butik. Boleh pegang & belek puas-puas. Cara persembahan mereka cukup menarik.. jangan tertipu kerana mungkin anda beranggapan ianya lebih murah dari jam-jam dalam display itu... Kalau tak salah aku, harganya RM40k+...


Corum Admiral Cup....


Antara Corum Bridge yang kelihatan...


Corum Golden Bridge... dalam RM400k je....


Model terlaris mereka... Admiral Cup.


Girard Perregaux... dua-dua jam ni aku admire... & kedua-duanya juga berharga lebih RM50k... 
Model di sebelah kirinya itu pernah digunakan oleh hero filem '12 Rounds'.


Sea Hawk II Pro... model diver dengan kekutan selaman 3000m. Dah tahap kapal selam dah. Jam yang cukup besar & tebal. Buatannya cukup solid & memerlukan lebih kurang RM30k untuk memilikinya...


Panerai juga dipamerkan. Model yang menggunakan in-house movement dijual berkali ganda lebih tinggi dari yang menggunakan ETA. Model yang menggunakan Cal. P2005, movement yang mempunyai tourbillon dijual pada harga setengah juta RM.


Keluar satu butik nampak pula butik lain.... ternampak Audemars Piguet la pulak... Aku ajak Shidi masuk. Tapi terasa segan. Takda orang dalam butik melainkan sorang seller guard. Hmmm... mula-mula aku & Shidi malu-malu kucing... tapi aku gagahkan juga masuk. Beberapa minit aku masuk, barulah Shidi masuk. Waktu tu Nazri hilang entah ke mana...


AP merupakan suatu jenama mewah... tak perlu aku cakap berapa harga setiap satu ni... kenyang tengok  harga jam-jam ni...


Royal Oak...


Jam yang mempunyai tourbillon kebanyakannya dijual lebih RM100k tak kira jenama...


Model diver yang menduga hatiku...


Nampak butik Tag Heuer.. Aku ajak masuk tapi Nazri & Shidi takmau... "Tag pun nak tengok gak ke? Tak payahlah"... Tak kira aku nak masuk jugak!...  Pelbagai model yang dipamerkan & model Aquaracer terbaru ini yang menarik hari. 3 versi dipamerkan, hitam, silver & biru... Hitam itu elegant & yang hitam itu yang kami teliti dengan lebih dekat...


Tu la, tadi takmau masuk sangat tadi... hehehe.. Nazri sudah keracunan....


Model Grand Carrera...


Keluaran semula Heuer... sesuai betul untuk isteri aku tu...


Selain jam & aksesori pakaian, Tag Heuer juga mengeluarkan produk telefon bimbit. 
Tak sampai RM20k ja kot...


Model Monaco ni merupakan salah satu idaman & merupakan satu-satunya model Tag Heuer yang aku minat.


Ini pula model-model quartz....


Seterusnya kami ke butik Graham... jenama idaman Nazri. Inilah pertama kali aku melihatnya secara live & dekat. Memang cantik-cantik belaka rupanya. Oversize & solid buatannya... Entry level jam Graham dijual lebih RM20k kalau tak salah aku...


Tak kenal maka tak cinta....


... aku jatuh hati dengan yang ni.... hadoi... Aku salahkan Nazri kali ni.. hahaha...


Sedar tak sedar, kami dah berada di sini beberapa jam. Masih banyak butik tak pergi lagi.. Tapi kami dah kesuntukan masa... 


Blu.... Ya. Jenamanya Blu...


Antara jam yang aneh & paling mahal di sini.... Menggunakan lebih 700 komponen. Agak pening nak servis kalau aku watchmakernya... mujur juga bukan... tak pelik kalau harga servisnya membolehkan kita membeli sebuah kereta!


Mempunyai 5 complication padanya... kalau tak silap aku... Globe di atasnya itu bukanlah sekadar hiasan... ianya berfungsi & berputar ikut sistem 24 jam! Suatu hasil seni horologi yang hebat!


Cabestan Winch Tourbillon ... Dah lama aku perhatikan gambarnya di internet & akhirnya bersua muka juga dengannya. Suatu ciptaan yang mengagumkan! Ia mempunyai pelbagai versi & versi ini sengaja dibuat seperti ia berkarat. Jam ini pada ketika aku melihatnya bergerak! Boleh tengok bagaimana gerakan putaran saatnya itu. Gerakan wheel disambung dengan rantai. Ia menggunakan lebih 1000 komponen di dalamnya!


Untuk maklumat lanjut, layari:


Speake-Marin.... suatu jenama independence yang menghasilkan jam dengan hasil seni tangan yang mengagumkan... dialnya dibuat sendiri dengan tangan... dihasilkan sendiri oleh penciptanya Peter Speake-Marin. Jam 3 jarum jual dengan harga itu? Jika anda tahu kisah buatan jam ini, memang patut harganya setinggi tu... lama juga aku lepak dengan seller yang cukup friendly & very knowledgeable. Pelbagai input & aku dapat mengenai jenama ini & pelbagai jenama lain. 

Layari web official mereka

Layari web ini pula untuk kisah Peter Speake-Marin


Perjalanan A Journey Through Time kami sudah hampir ke penghujungnya... Hari sudah semakin lewat... kelam kabut juga cari surau. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan satu butik yang hanya menjual tempat simpanan jam & juga almari winding begini. Sangat sesuai untuk mereka yang memiliki banyak jam & berkemampuan...

Selepas berpisah dengan Shidi dengan penuh hiba... kami meneruskan perjalanan... tak habis lagi bro... Sebab Nazri dah berjanji nak bawa aku ke Sungei Wang Plaza pula... Tapi takda gambar aku ambil sebab orang terlalu ramai. Risau pula nanti ada orang dok ingat ambil gambar candid orang sesuka hati. 

Beberapa kedai jam kami masuk, tak sangka aura jam grail aku kuat rupanya.... Tujuan utama ke situ ialah untuk melihat Citizen Autozilla secara dekat. Tiada gambar diambil sebab hari sudah lewat. Tapi kami terbuang masa yang agak lama juga di suatu kedai jam yang menjual Ball


 Ball Engineer Master II. Jam yang dalam pemerhatian aku. Nampak sama tapi sebenarnya sedikit berbeza. Ianya berbeza bukan saja warna insert bezel, ia juga berlainan saiz & movement. Sebelah kanan bersaiz 40mm & kiri 42mm. Movement sebenarnya sama iaitu ETA 2836, namun yang sebelah kiri mampunyai pengiktirafan COSC. Bila ada COSC, harganya terus bertambah RM2k+.


 Model pilot yang turut mengancam jiwaku...


 Sepasang Engineer Hrdrocarbon... menarik juga jika dijadikan hadiah hantaran... 
Nazri, jam ni memang best la bro... hehehe...


Baru je nak balik, Nazri minta keluarkan model ni plak... Chronograph + GMT = terbaik! 
Bila dah keluarkan, maka terpaksalah aku ambil gambar pula... 

Malam semakin lewat... mata semakin merah & badan semakin penat... Dok dalam bangunan bukan nak sedar yang hari dah semakin lewat malam. Sedar tak sedar sudah lebih 12 jam kami pusing tengok jam. Dari 9 pagi sampai lebih pukul 9 malam. Perjalanan seterusnya ialah pulang ke rumah. Sampai di rumah pun sudah lebih pukul 10 malam. 


Walaupun tidak membawa balik apa-apa jam walaupun nafsu membuak-buak, pengembaraan kami memberi banyak input & kesedaran. Belum pernah aku seharian begini sebelum ni... begitu juga Nazri. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nazri kerana tak jemu melayan aku & terima kasih kepada Shidi dengan hadiah topi Graham kepada aku. Korang berdua memang best. Insyaallah kita akan berjumpa lagi...

Semangat Horology For Unity tidak terpadam begitu saja. Segala kenangan, perkenalan, informasi yang telah kita kongsi bersama akan diteruskan lagi untuk perjumpaan akan datang... Pelayaran DJ sudah sampai ke perlabuhan.... sampai di sini dulu... insyaallah kita akan berjumpa lagi pada perjumpaan akan datang... HOROLOGY FOR UNITY!!!!!

Leia Mais…

Tuesday, December 21, 2010

Semangat Horology For Unity diteruskan lagi- Bahagian 2

Kami bertolak keluar dari Amcorp Mall agak lewat. Tak sangka pula hari tu jalan jem sungguh. Jarang benar hari Ahad KL jem teruk sangat macam hari tu. Dari maklumat yang aku dapat setelah balik, rupa-rupanya pada hari tu ada demonstrasi... banyak jalan ditutup.... patutlah jem... Tapi kalau tanpa Nazri, rasanya aku dah patah balik rumah sebab aku tak pandai jalan KL. Banyak jalan short cut Nazri bawa... Fuh! Pertama kali dalam sejarah... Nazri bawa aku masuk Smart Tunnel.. jakun gak sebenarnya.... ekekeke....


Dalam perjalanan aku call Shidi bagitau yang kami dah nak sampai.... Dia masih di rumah. Wah! Walaupun dah dekat dengan Starhill Gallery, masa nak sampai agak lama sebab jalan jem. Bila sampai, sekejap saja Shidi sampai. Cepat betul!

Pengembaraan A Journey Through Time bermula....


Aku agak terkejut & teruja sebenarnya apabila aku dihadiahkan sesuatu oleh Shidi... buka plastik tengok, ada topi Graham. Wah! Terima kasih bro! Itulah masa yang paling sesuai untuk aku bergaya dengan topi Graham. Hehe... Seperti yang dijanjikan Shidi, karpet merah menyambut aku... sob sob...


Selain jam, Starhill Gallery juga menampilkan banyak jenama-jenama fesyen terkemuka dunia. Galeri agak lengang mungkin sebab ramai tak berani masuk.... ataupun mungkin ramai yang tidak tahu. Kalau tak salah aku, pameran ini diadakan setiap tahun & ini merupakan kali ke-4 ia diadakan. Ia dikelolakan di bawah Kementerian Pelancongan MalaysiaOmega jenama pertama menyambut kehadiran kami....


Errmmm... kalau aku mampu, akanku hadiahkan isteri, mak & adik-adik aku sorang satu jam ni....


Omega Seamaster Aqua Terra.... lawa betul jam ni!


Jam idaman aku juga dipaparkan... yum....


Aku pernah mempunyai replika De Ville... suatu ketika dulu la.. masa mula-mula 'main' jam. Movement Co-Axial begitu cantik finishingnya... banyak komponen-komponen jam dipaparkan begini dibeberapa display... kanta pambesar membantu melihatnya dengan lebih jelas.


The Model Museum Collection Limited Reedition of the 1949... sepertimana yang tercatat padanya... Kelahiran semula model ini memberi peluang kepada mereka yang mengidamkan model ini mendapatkannya semula...


Omega De Ville Tourbillon... suatu inovasi dari omega yang mengagumkan. Ia diperkenalkan pada tahun 1994. Ini pula merupakan model terbaru mereka. Ciptaan tourbillon di tengah itu bertindak seperti gerakan jarum saat... gerakan tourbillon jam ini boleh melekakan jiwa yang memandang.... sesuai sangatlah dengan harganya itu...


Omega Proplof.... suatu model diver yang yang menjadi idaman para penggemar jam diver.... RM27k je bang...


Tebal & besar sungguh buku ni... mau setahun baru khatam kot... pambacaan ilmiah dilakukan tak sampai satu minit di depan kamera.... macam real ja... ekekeke...


Tourbillon + berlian = $$$$$$$$


Jom tengok dekat-dekat.... jam-jam mahal begini biasanya bukannya menjual jam tapi menjual suatu hasil seni yang mengagumkan... ini pendapat aku la... Tapi untuk jam yang penuh berlian ni... lebih kepada jewellery...


Nampak macam kayu betul... memang kayu betul rasanya & memang patut kayu pun...


Galeri banyak tingkat tapi kami haya pergi ke tingkat 2 saja sebab kesuntukan masa. Kena datang dari pagi baru sempat jalan ke semua tempat.


Galeri Richard Mille... kami lalu saja... tak masuk dalam.


Ulysse Nardin... salah satu jenama yang aku admire.... Faktor harga main peranan...


Minute Repeater... kalau nak tahu, bila jam berbunyi 'orang' kat dial turut bergerak mengikut melodi. Ini salah satu model mereka. Bunyi gong beb!

Lihat bagaimana harmoninya dial jam ni....


Antara koleksi Marine Chronometer yang menarik perhatian aku.


Romain Jerome.... model limited edition yang menggunakan bahagian kapal Titanic padanya... bahagian mana? Tengok bezelnya itu... Bezel itu memang dari cebisan kapal Titanic. Siap karat-karat lagi... Ia untuk memberikan kesan & sebagai memperingati peristiwa tenggelamnya kapal Titanic...


Moon Dust?..... kalau model di atasnya menggunakan komponen kapal Titanic... adakah jam ini betul sepertimana namanya? Ya! Memang benar! Debu bulan memang ada pada dialnya.


Menarik tul design jam ni


Antara koleksi Franc Vila yang dipaparkan...


Design mereka tak lari... cuma 'main-main' complication & bahan yang digunakan...


Suasananya...


Hautlence... gerakan jarum gabungan engsel mancengkam jiwaku...


Pernah dengar jenama ni? Ianya dari Germany... Harganya berpatutan setanding kualitinya. Tak la semahal jam-jam lain tu. 


Pertama kali aku dengar jenama ni & pertama kali tengok. 


Maurice Lacroix Masterpiece Squelette... design skeleton memang cantik jika kena dengan designnya.


Maurice Lacroix Masterpiece Le Chronographe.


Jam ini telah dipertontonkan semasa Besel World 2010 baru-baru ini... 
Maurice Lacroix Masterpiece Regulateur Rour Carree


Menarik mengenai jam ini ialah.... ia adalah model prototaip. Menurut seller model jualan mereka telah digantikan dengan model ini. Ia dijual lebih kurang RM27k. Penunjuk jam dibuat dengan gerakan gear pada dial. 



Koleksi Jaeger LeCoultre... 


Jaeger LeCoultre Compressor Geo 2010 dengan complication dual time.


Jaeger LeCoultre Master Compressor Diving Pro Geographic.... panjang sungguh nama... jangan suruh aku sebut sekali lagi sebab lidah terbelit-belit nanti... Lagi panjang nama jagi gempak agaknya.... JLC genius dalam buatan jam ini dengan memperkenalkan 'depth gauge meter' dalam jam automatik. Hebat bukan? Bezelnya adalah dari seramik (rose gold)... masing-masing pakat-pakat buat jam berbezel seramik dah la ni...



Ni suatulagi model special dengan nombor pelumba MotoGP Valentino Rossi... nombor keramat 46. Namanya? Jaeger LeCoultreMaster Compressor Extreme W-Alarm... model ini mempunyai complication alarm dengan bunyi gong! Harganya tak murah bang...


Jaeger LeCoultre Reverso... yang ni tak penat nak sebut namanya... Model Reverso adalah antara model Jaeger LeCoultre yang paling laris. 


Agak-agak malas nak tengok muka depan.. boleh pusing ke belakang pula... Jam ni sangat sesuai untuk mereka yang admire movement jam... Boleh tengok movement tanpa perlu pusingkan jam ke belakang. Idaman Shidi ni...


Jaeger LeCoultre AMVOX 3 Tourbillon GMT.... ia adalah hasil kerjasama mereka dengan pembuat kereta luxury sport Asron Martin.


Mantel clock..... Tuan Syed mesti suka kalau datang sini... macam biasa tengokkan yang sebelah kanan tu? Hehe... Tak mahal... RM16k aje...


Jaeger LeCoultre Master Ultra Thin... memang nipis betul!


Kiri: Jaeger LeCoultre Master Control Perpetual Calendar
Kanan: Jaeger LeCoultre Duometre..... gerakan chronograph menarik perhatian betul... tengok video bawah...




....ikuti bahagian terakhir pengembaraan Horology For Unity....

Leia Mais…