Tuesday, November 23, 2010

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Pelik tul... masa nak tunjuk jam ja gambar selalu jadi camni... hmmm.... 
Takpalah... benda dah kantoi jenama apa jam ni kan.... hehe...


Tips tambahan..... ini adalah tulisan pada caseback terubahsuai.... ish2....

Leia Mais…

Saturday, November 20, 2010

T-shirt Horology For Unity sudah siap!

 T-shirt Horology For Unity sudah siap pada hari raya kedua baru-baru ini. Ada beberapa t-shirt sudah pun di pos kepada kawan-kawan yang memerlukan khidmat pos oleh saudara DetikDuaBelas. Terima kasih banyak bro!


 2 jenis pilihan t-shirt dikemukakan sebelum ini & telah menerima banyak tempahan dari rakan-rakan. 
Terima kasih atas sokongan semua.


Bahagian belakang t-shirt menampilkan blog horologi di Malaysia.


Inilah keistimewaan t-shirt Special Edition..... Glow in the dark!


Kepada rakan-rakan yang telah booking tetapi belum membuat bayaran hendaklah membuat bayaran dengan segera untuk mengelakkan kesulitan & memudahkan urusan saudara Hassan. Ini kerana t-shirt ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang tidak booking sebelum ini. Ada yang ingin terus membuat bayaran & mengambilnya malah ada juga yang telah pun membuat bayaran.

Kesulitan yang dialami kini ialah saiz t-shirt adalah terhad. Memandangkan ada yang telah membuat bayaran, kemungkinan besar saiz t-shirt yang rakan-rakan telah booking sebelum ini akan diambil mereka yang telah membuat bayaran. Jika tiada saiz yang anda inginkan itu, maka terpaksalah mengambil saiz lain yang ada dalam stok.

T-shirt boleh diambil semasa perjumpaan kelak ataupun dengan pos. Bayaran tambahan RM10 (maksimum 2 t-shirt) diperlukan sekiranya anda memerlukannya dipos.

Kepada rakan-rakan yang telah memberi nama untuk perjumpaan kepada pihak DJ, sila periksa email anda dari semasa ke semasa untuk sebarang update mengenai perjumpaan kelak.

Harap maklum.

Leia Mais…

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan seperjuangan, penyokong, pembaca setia & kepada semua muslimin & muslimat yang sentiasa berada dibelakang Dunia Jam selama ini. Moga pengorbanan yang pernah dilakukan & ibadah kita yang dilakukan selama ini diterima & diredhaiNYA...

Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!

Leia Mais…

Monday, November 15, 2010

Berkenaan T-shirt Horology For Unity

T-shirt Horology For Unity dijangka siap esok. Kepada kawan-kawan yang telah menempah & memerlukan  t-shirt dipos, sila buat bayaran dengan segera untuk memudahkan urusan. Bayaran hendaklah dibuat ke akaun saudara Hassan DetikDuaBelas.

Bayaran yang telah dibuat, bolehlah samada beritahu aku ataupun secara terus kepada saudara Hassan.

Sebarang pertanyaan berkenaan t-shirt bolehlah dikemukakan kepada aku ataupun saudara Hassan. T-shirt akan dipos selepas Raya Haji.

Leia Mais…

Tuesday, November 9, 2010

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Nak kata button...  bukan... pasal ada macam ring & sama level dengan casing.... 
Tapi kalau dah bukan button... apa ya? Hmmmm....

Leia Mais…