PENGEMBARAAN SOLO BERMULA
10 Januari 2014 (Jumaat)
Detik-detik sebelum bertolak.... |
Beberapa tahun aku mula bermain motor kembali, kebanyakan aktiviti aku lakukan bersama isteri. Ride ke mana-mana pasti aku akan bawa isteri bersama. Sangat jarang sekali aku ride sorang jauh. Kali ni aku berseorangan.... rasa ada sesuatu tak kena pula.... hahaha.... tapi dah nama pun Wild Hogs.... mana boleh bawa pasangan... semua orang kena solo.... hahaha....
Wild Hogs ditetapkan pada 11 Januari 2014. Tapi 10 Jan aku akan bertolak & akan bermalam di rumah sahabat jam saudara Pencinta Masa. Beliau menawarkan aku bermalam di rumah beliau pada malam itu setelah mendapat tahu aku akan ke sana beberapa minggu sebelum perjalanan bermula... terima kasih bang...
Aku bertolak selepas solat Jumaat. Cuaca panas terik waktu itu & pakaian riding aku pula jenis waterproof.... panas bang oi.... tapi aku pakai cooling vest kat dalam... kurang la rasa panas tu. Jaket jenis ini di pilih kerana ketika itu, cuaca di sebelah selatan asyik hujan saja... aku jangkakan aku akan ride dalam hujan ke sana nanti....
Perjalanan berjalan lancar sekali.... namun baru saja masuk kawasan Prai, Penang hujan turun dengan lebat sekali. Kenderaan agak banyak kebetulan orang balik kerja. Perjalanan aku jadi sangat perlahan. Aku perlu lebih berhati-hati. Aku berhenti isi minyak kat R&R Juru.... perjalanan diteruskan lagi berhati-hati memandangkan hujan masih lebat. Aku tak dapat jangkakan waktu aku akan sampai ke rumah Pencinta Masa dengan cuaca begitu....
Waktu sudah mulai malam... aku tidak berhenti isi minyak di R&R Tapah seperti kebiasaan aku buat dengan motor-motor sebelum ini. Aku beranikan diri teruskan perjalanan memandangkan petrol dalam tangki masih belum menunjukkan 'E' waktu itu. Aku cadang untuk isi minyak di hentian selepas itu.... namun aku terlupa yang hentian seterusnya jauh. Meter minyak sudah mula masuk E & tak lama kemudian masuk reserve... Hah sudah! Aku cuma mantain kelajuan setakat 90kmj saja waktu tu. Kebiasaan aku, akan isi minyak bila jarak perjalanan 220-230km atau akan isi apabila aras petrol dah masuk reserve. Sekarang dah melebihi jarak tu.... Nampak signboard hentian rehat sudah tidak jauh.... aku sangat mengharapkan ada stesyen minyak di hentian tu.... namun kecewa kerana yang ada hanyalah tandas. Hentian seterusnya lebih kurang 30km kalau tak silap aku.... iaitu Hulu Bernam.
Selepas berehat seketika dalam keadaan masih hujan... aku teruskan perjalanan. Pakaian aku yang kononya waterproof, lencun habis kat dalam sebab air menyusup masuk dari bawah jaket.... aduuuhai..... Perjalanan diteruskan lagi. Jarak paling jauh aku pernah sampai dengan minyak reserve adalah 57km. Aku tak pasti jarak yang boleh ia sampai hingga minyaknya kering... Bila dinilai dengan jarak hentian seterusnya itu, aku yakin aku takkan menolak motor nanti.... kuikuikui....
Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke hentian Hulu Bernam pada jarak keseluruhan 268km sebelum tangki kering. Inilah jarak paling jauh aku bersama FZ1 dengan satu tangki petrol..... Waktu dah pukul 8.30malam (lebih kurang). Aku hubungi saudara Pencinta Masa... dijangka aku sampai di rumahnya pukul 10 malam. Aku buka GPS & mengkarapkannya semata-mata memandangkan aku agak keliru jalan mana yang paling dekat untuk ke rumahnya...
Keluar saja dari hentian tersebut.... kawasan situ tak hujan. Dapatlah aku pecut motor mengejar waktu... Setelah sekian lama berada atas motor akhirnya sampai jua aku di rumah Pencinta Masa pada pukul 9.30 malam... alhamdulillah.... Selepas makan malam, dapat juga aku membelek jam baru milik beliau... Tudor Heritage Black Bay..... cantik betul! Rupanya aku adalah kawan jam pertama yang belek jam beliau... hahahaha.... jangan marah aaaa kawan-kawan....... Terima kasih kerana bagi peluang aku peluang merasainya....
Tudor Heritage Black Bay
Gambar dari blog Pencinta Masa
Untuk review lengkap mengenai jam ini, sila layari blog beliau pada link di bawah:
----------------------------------------------------
PENGEMBARAAN WILD HOGS BERMULA!
11 Januari 2014 (Sabtu)
Detik-detik sebelum bertolak bertemu kawan-kawan PSROB
Gambar dari saudara Pencinta Masa
Gambar dari Naza |
Gambar dari Halim |
Gambar dari Naza |
Abg Norick sedang menguji Honda GL1800 Goldwing
Gambar dari Halim |
Motor masing-masing dah isi petrol penuh. Perut saja ada yang masih belum penuh. Rakan-rakan yang sepatutnya berjumpa kat sini semuanya telah ada. Tibalah masanya untuk bergerak....
Kami berhenti sarapan di pinggiran Kota Warisan. Aku lupa pula nama tempat kami singgah ni. Aku dah kenyang... tapi panggilan untuk merasai capati di situ tak dapat aku tolak... telan jugalah.... hehe... Walau dah lama tak berjumpa, kemesraan seperti dulu masih dirasakan. Masing-masing tak berubah... hahaha.... perut saja yang berubah seiring dengan peningkatan umur... kemajuan tak sama..... kikiki....
Inilah pertama kali aku lihat motor Narong secara dekat. Model ini agak rare kini & susah betul nak jumpa. Cantik warnanya... rupa-rupanya dah setahun motor ni tersadai kat rumahnya. Beliau tak naik pun. Wild Hogs ini dah buka lembaran baru untuknya ride kembali.... kuikuikui..... nampaknya kena jadikan agenda tahunan nih.....
Gambar dari abg Norick |
Perut dah kenyang, hati pun dah senang... jom kita ride!!! Kenderaan agak banyak pagi Sabtu ni.
Gambar dari abg Norick |
Masing-masing ikut kelajuan yang selamat.
Gambar dari abg Norick |
Ada sesetengah kawasan punyai selekoh yang cantik!
Gambar dari abg Norick |
Dah lama betul aku tak layan koner dengan depa ni... sesekali jumpa koner layan la juga.....
Gambar dari abg Norick |
Gambar dari abg Norick |
Alhamdulillah cuaca cukup cantik hari tu. Perjalanan begitu lancar sekali
Gambar dari abg Norick |
Gambar dari abg Norick |
Dah tak jauh dah nak sampai nih! Inilah perjalanan pertama aku berseorangan dengan FZ1 yang paling jauh... hahaha....
Gambar dari abg Norick |
Gambar dari abg Norick |
Besar betul kawasan halaman banglo ni. Banglo terjaga rapi & halamannya juga terjaga.
Alhamdulillah semua kawan-kawan selamat sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari. Iqram sedang dalam perjalanan dengan kereta dari Kluang, Johor & dijangka sampai tengah hari itu juga.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa banglo ini, boleh hubungi nombor yang tertera pada gambar di atas. Kemudahan bilik tidur 3 blik (queen size bed). Setiap bilik mempunyai aircond & TV. Bilik air ada 2. Ada 2 ruang tamu siap dengan kemudahan aircond. Disediakan juga peti ais, sofa & meja makan. Puas hati....
gambar dari kawan-kawan |
Gambar dari kawan-kawan |
Gambar dari abg Norick |
Masing-masing teruja melihat gambar semasa ride... teringat kenangan lalu ke PD....
Selepas Zohor kami semua berjalan ke kedai makan yang cuma 50m dari banglo tersebut... Iqram pun dah sampai waktu tu...
Depa pekena nasi bersama asam pedas... aku tak berani order sebab aku tak tahan pedas... Aku order nasi ayam...
Bila sampai, aku rasa pelik pula. Barangkali tersalah hantar kot... rupanya memang itulah nasi ayamnya..... aku order dari kedai western.... nasi ayam western la yang sampai... kuikuikui.... rasa rugi pula tak order asam pedas tu... sebab sedap betul! Tak la pedas sangat.... huhuhu.....
Alhamdulillah kenyang dah.... jom layan motor lak... Narong dah tampal stiker official kelab pada ZX6Rnya. Aku masih tercari-cari sampai sekarang tempat yang sesuai untuk menampalnya.... hahahaha....
Gambar 1: 2012 Honda GL1800 Goldwing
Gambar 2: - 2013 Honda CBR1000RR Fireblade (kiri)
- 2009 Honda CBR1000RR Fireblade (kanan)
Gambar 3: 2006 Kawasaki Ninja ZXR600 aka ZX6R
Gambar 4: 2011 Yamaha YZF R1 crossplane
Besar & selesa betul motor ni. Kalau naik FZ1 & Sym Evo pun isteri aku boleh tertidur kat belakang, apatah lagi kalau naik motor ni. Aku rasa seperti motor ini lebih ringan dari model lama ketika nak menegakkannya.... tapi sebenarnya ianya lebih berat 3 kg dari model lama. Rasanya belum tiba masanya lagi untuk aku menjadi rider Goldwing... takleh bayang aku camno nak bawa motor ni.. berat kering aja dah 363kg!... Aku tengok abang Norick selamber je seolah tengah bawa R1... Cilok sana sini... Erk! Takot aku! Hahahahaa..... Kawan tu dah otai... legend tuuu.....
Bestnya! Sophisticated!.... macam kereta dah.
Iqram sedang beraksi atas motor Naza. Beliau datang dengan kereta.... Motor lama beliau sejak zaman bersama PSR dulu masih lagi disimpan hingga kini... dok selimut aja... alahai bro... apsal tak bawa?.. motor legend tu... Aprilia RS250... mana nak tengok dah sekarang ni.... rare gila... hehe... Kali terakhir aku jumpa beliau pada tahun 2005 seingat aku semasa di tasik UM... aku tengah dating dengan awek... (erk! Bini aku sekarang la).... beliau tengah berkayak waktu tu... Hari ini bertemu kembali... isk isk....
Tiada aktiviti yang kami buat melainkan berbual-buat.... ya la kan... lama gila tak jumpa....
.... semua kawan-kawan nak habiskan masa bersama-sama dengan sebaik mungkin. Takmau ada aktiviti lain yang mungkin mengganggu pertemuan ini..... entah bila pula nak bertemu lagi macam ni.....
Di kawasan belakang banglo ni pada hari tu ada pasar malam. Halim dengan Naza keluar beli cendol & apam balik..... bestnya lepak begini... memori lama kembali segar dalam ingatan..... kami lepak bersama hinggalah maghrib..... harap-harap jika ada pertemuan lagi dimasa akan datang, lebih ramai kawan-kawan boleh datang.....
Malam tu selepas makan malam, perbualan kami berkisar mengenai motor saja....
... inilah orang yang banyak membantu aku & banyak menurunkan ilmu kepada aku... otai ni... abg Norick... Sedar tak sedar hari sudah lewat malam.... rasa sekejap benar... esok dah nak balik... huhuhuhu.........
akan bersambung..... episod akhir......
2 KOMEN ANDA:
Terbaekk bro. Best jumpa kengkawan lama, lebih lagi kalau satu minat dan satu kepala..banglo tu kat belakang kedai bundle kan?
Terima kasih bro. Rasa cam nak buat lg perjumpaan ni. Seronok betul dapat jumpa balik. Hehe...
Ya bro. Betul. Banglo tu betul2 blkg kedai tu. Ok sgt area tu. Byk kemudahan area tu. Kedai makan pun byk pilihan
Post a Comment