PENCARIAN MOTOR BERMULA
3 tahun lamanya aku memendam perasaan untuk kembali bermotor sejak tak jadi untuk beli Kawasaki ER6 pada tahun 2008. Bukanlah aku tak pakai motor ketika tu... aku sedang guna skuter Suzuki Step 125 sejak tahun 2007 untuk kegunaan harian ke tempat kerja. Tapi 'feel' sorang biker seperti dulu tak dapat aku rasakan kerana naluri untuk mempunyai moto besar kembali sangat menebal.... Di tambah bila aku diracun oleh kawan aku yang asyik betukar-tukar motor dari Kawasaki ZZ250... ZZR600... ZZR1100 & akhirnya ke ZZR1400 aka ZX14. Aku saja yang masih berskuter.... Walaupun begitu aku tak kecewa kerana hobi aku terhadap jam sangat menebal.
Setelah 3 tahun kemudian, yakni pada tahun 2011 aku merasakan aku sudah mampu untuk memiliki sebuah moto besar. Sejak zaman belajar di U, aku sangat mengidam untuk memiliki Honda VFR800 Interceptor Vtec, iaitu model generasi ke-6 dalam keluarga VFR. Disebabkan terlalu minat dengan model VFR ini, aku telah membuat research tentang apa yang berkaitan dengannya semasa zaman belajar dulu.
|
Genarasi ke-6 Honda VFR800 Interceptor Vtec
Gambar dari Wikipedia
|
Itu merupakan Honda VFR800 Interceptor Vtec generasi ke-6 VFR yang mempunyai design yang terkini sejajar dengan zaman keluarannya. Enjinnya dilengkapi dengan teknologi VTEC yang merupakan motor Honda ke-2 yang menggunakan teknologi tersebut. Honda CB400 Super Four Vtec Spec I merupakan motor Honda pertama yang menggunakan teknologi itu pada tahun 1999.
|
Generasi VFR
Gambar dari pelbagai sumber.
|
Generasi ke-6 VFR ini masih mengekalkan elemen keluarganya dimana enjinnya merupakan enjin V-4 & single swing arm merupakan trademark model VFR (Vee-Four Road). Ia berada dalam kategori Sport Touring. Ia dilancarkan pada tahun 2002 hingga ke 2009. Pada tahun 2010, model terbaru VFR keluar dengan kapasiti yang jauh lebih besar.. iaitu VFR1200. Aku menyangkakan legasi VFR800 telah dihentikan dengan keluarnya VFR1200 itu. Namun pada tahun 2014 menyaksikan pelancaran model terbaru VFR800 yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Dari segi design, pada pandangan aku ia ciri-ciri designnya menggabungkan elemen dari generasi ke-5 & ke-6.
|
Generasi ke-5 Honda VFR800. Ini merupakan motor polis Jepun.
Gambar dari Wikipedia. |
Aku merasakan VFR800 Vtec adalah motor yang terbaik kepada aku memandangkan aku telah lama tak bermotor besar & aku agak fobia sejak kemalangan dulu. Aku rasa moto itu mencukupi dengan 800cc yang tak terlalu power, posisi menunggang yang agak selesa & berfairing penuh.... sebab sejak menggunakan CB400 tanpa sebarang perlindungan dulu, aku rasa agak letih untuk bersilat dengan angin ketika menunggang jauh.... tapi pada masa yang sama aku masih meminati naked bike/street bike..
Suatu ketika dulu, aku pernah test ride motor VFR800 generasi ke-5 (motor Singapore) yang ketika tu nak dijual kepada aku oleh sorang kawan & kemukian test ride pula generasi ke-6 pula & pada ketika itu aku rasa VFR adalah motor terbaik untuk aku setelah membandingkan semua motor yang pernah aku test ride dulu. Gambar di atas adalah VFR generasi ke-5 yang tidak ada dalam pasaran kita. Namun ianya digunakan oleh Polis Trafik kita yang mana sama dengan Polis Jepun & Hong Kong.
Ketika aku sedang mencari motor, aku telah bertekad untuk mencari VFR tesebut & aku telah mencarinya di merata tempat dari utara hingga ke Klang. Aku menjadi ragu-ragu apabila aku ternampak Yamaha FZ1 aka Fazer (nama berlainan ikut spec negara) yang juga merupakan salah satu moto idaman aku juga sejak zaman belajar. Ciri-ciri yang ada padanya menepati kehendak aku juga... tak terfikir pula FZ1 sebab sebelum ni sebab dalam fikiran cuma VFR saja....
|
Yamaha FZ1 aka Fazer |
Yamaha FZ1 mula dikeluarkan pada tahun 2001 yang merupakan motor street bike/naked yang terbaik pada ketika itu. Aku menjadi admire padanya. Generasi ke-2 mula dikeluarkan pada 2006 hingga 2014 kini. Tak pasti tahun 2015 akan datang, Yamaha akan keluarkan generasi ke-3 atau tidak.... Tidak seperti jenama lain yang sering melakukan perubahan pada model mereka, Yamaha tidak membuat demikian pada model sedia ada yang sudah terbukti bagus. Mungkin prinsip mereka, "if it ain't broken, don't fix it. Bukan saja FZ1 yang sudah lama tidak update modelnya secara keseluruhan, YZF R1 juga tidak berubah termasuklah
adiknya YZF R6.
Selain model sport touring, aku juga berminat pada motor streetbike/naked bike kerana bentuknya itu lambat ketinggalan zaman seperti motor yang berfairing penuh. Model naked sentiasa dalam bentuk fresh/evergreen walau dusah berusia 10 tahun & masih relevant lagi bentuknya walau zaman berubah. Terdapat 2 versi... FZ1S (half firing) & FZ1N (naked). FZ1S adalah pilihan aku jika aku nak beli kerana ia mempunyai cermin pengadang angin...
Perubahan yang dilakukan pada generasi ke-2 FZ1 adalah secara keseluhan... bukannya sekadar facelift dari generasi 1. Segalanya adalah baru. Ia enggunakan enjin 1000cc dari model YZF R1 yang ditala semula untuk lebihkan kuasa midrange & tork. Penambahkaikan pada generasi ke-2 ini telah menjadikannya motor yang terbaik dalam kelasnya ketika itu.
Semasa aku survey dulu, harga yang ditawarkan di kebanyakan kedai hampir menyamai VFR & kebanyakan kedai tidak mempunyai kedua-dua model VFR & FZ1 untuk aku bandingkan secara terus.... hinggalah aku pergi ke kedai di Penang bersama abah yang mempunyai kedua-dua motor dalam showroomnya.... aku menjadi tak keruan yang mana satu pilihan yang terbaik...hah sudah! Harga yang ditawarkan pada aku untuk kedua-duanya adalah jauh lebih baik dari yang di tawarkan di KL. Pada pendapat abah, FZ1 sangat sesuai & terbaik untuk aku.... aku sudah keliru.....
Aku membuat reseach kembali untuk kedua-dua motor. Pro & kontra termasuk cara penjagaan, masalah, performance serta lain-lain di pertimbangkan dari segala sudut. Motor mahal terpaksalah buat pilihan yang tepat..... takut menyesal nanti. Antara kedua-duanya... FZ1 jauh lebih baik dalam segala segi. Namun begitu hatiku masih inginkan VFR tapi fikiran logikku inginkan FZ1.... pening ni! Solat istikarah adalah jalan penyelesaiannya....
-----------------------------------------------------
SEPINTAS BERSAMA FZ1
|
Yamaha FZ1 ku pada hari terawal bersamanya.
|
Alhamdulillah... FZ1 pilihan yang tepat. Pada bulan April 2011 aku membawanya pulang ke rumah dari Penang. Perasaan bimbang aku rasakan sebaik saja nak membawanya balik. Berdebar rasanya... camno la aku nak bawa balik motor ni?... lama sangat aku tak bawa motor.... Berbekalkan pakaian tunggangan yang baru aku beli sebelum motor sampai... aku selamat sampai ke kampung. Motor ini aku beli dahulu sebelum aku beli skuter SYM Evo250 (kisah perjalanan bersamanya telah aku kongsikan suatu masa dulu).
Nasihat yang aku dapat dari ramai otai.... laburkan sikit duit untuk memasang frame slider/crash protector untuk motor.... itulah benda pertama aku pasang sebaik saja sampai di rumah. Frame slider tersebut aku beli dari eBay sebelum motor sampai & lampu belakang LED (signal intergrated) turut dipasang pada hari pertama tersebut.
Setelah lebih kurang sebulan menggunakan motor tersebut, aku merasakan frame slider tersebut tidak akan berfungsi dengan sepatutnya kerasa saiznya yang pendek. Dari forum FZ1, ramai recommed frame slider dari jenama T-rex & aku membelinya pula selepas itu. Saiznya jauh lebih panjang & terbukti berkesan melindungi motor dari kecederaan serius dalam kemalangan. Beberapa aksesori lagi aku pasang selepas itu.
Untuk memberi keselesaan... aku telah menempah kusyen khas dari
TOP SELLERIE yang berpusat di Perancis. Aku membelanjakan sejumpah wang yang besar untuknya termasuklah cukai... aduhai... tingginya cukai... 35%. Kusyen asalnya agak keras untuk aku & rasa kurang selesa. Jika isteri aku duduk belakang, ada ruang antara aku dengannya.... keadaan itu tidak selesa juga untuknya. Kusyen baru ini jauh lebih selesa & ada gel di dalamnya. Tiada lagi ruang seperti kusyen lama bila isteri aku naik & jauh lebih selesa untuknya. Info mengenai kusyen ini aku dapat forum
FZ1.
Setelah menggunakannya sekian lama... nasihat aku kalau kusyen motor sekarang keras... sebenarnya tak perlu tempah kusyen mahal begini... beli saja gel & letak saja di bawah kusyen. Hantar kat mana-mana kedai kusyen untuk custom made ikut kesesuaian & kehendak... jauh lebih murah.... hmmmm... Takpalah, satu pelajaran untuk aku walau mahal bayarannya... tapi aku berpuas hati dengan kusyen ni. Buatannya sangat bagus & berkualiti tinggi. Tapi jika ada kawan-kawan yang berminat nak order dari Top Sellerie, dipersilakan... insyaAllah puas hati....
Dengan windscreen standart, tamparan angin agak kuat juga... tapi lebih baik dari takda langsung.... teringat CB400 dulu yang tiada langsung perlindungan. Aku telah tukarkannya kepada windscreen double bubble Zero Gravity & akhirnya ke touring screen V-Stream yang jauh lebih baik menepis angin. Secara drastik rupa motor aku telah berubah seperti motor touring. Aku sangat berpuas hati sebab tidak memenatkan dalam kelajuan tinggi... ianya menepis angin sepertimana yang mereka claim di web mereka.
Dalam keadaan standart, ramai yang sudah selesa dengan posisi menunggang motor ini yang agak tegak. Namun pada aku masih lagi membongkok... ya la kan.. fizikal tiap orang tak sama. Untuk memberikan keselesaan ulang alik kerja, aku cuba untuk memasang handle bar motard padanya. Walaupun badan lebih menegak, tapi tangan agak mencapah. Tak selesa juga. Akhirnya aku cuba pula dengan memasang bar riser tapi mengekalkan handle bar standart... alhamdulillah kurang skit tekanan di tangan. Mungkin aku sudah terlalu selesa dengan gaya tunggangan tegak skuter SYM aku... bila sedikit membongkok pun aku sudah rasa...
Selepas tengok FZ1 kawan aku yang menggunakan handle bar Kawasaki ER6... yang mana tunggangan jauh lebih selesa dengan tunggangan yang lebih menegak... aku terus survey di kedai & membelinya. Ini merupakan handle bar ER6 model 2012. Yang kawan aku pasang tu adalah dari model 2009 (buatan lebih baik dari 2012). Sedikit berbeza bentuk handle-nya. Alhamdulillah... selepas berjaya memasangnya, aku kini jauh lebih selesa bersamanya. Aku juga telah memasang top box untuk lebih praktikaliti.
Sebelum memasang top box, beginilah cara aku membawa barang ke tempat kerja. Agak leceh nak bawa banyak beg & rasa bimbang nak tinggal kat motor serta leceh pula nak menggalas jika aku nak singgah ke shopping mall membeli barang. Jika ada rezeki aku nak tukar ekzosnya. Sekarang ini masih ekzos standart... aku cuba nak kurangkan berat motor ini kerana tabung ekzos tersebut berat.... 7kg! Selain tu, nak melodi yang sedap sikit untuk hawa telinga... kikiki...
Ini adalah konvoi pertama aku dengan FZ1 ketika lebih kurang sebulan memilikinya... Abah & kawannya, En, Rais.... menaiki Honda Goldwing (abah bonceng) ajak aku untuk konvoi bersama mereka ke Hadyai. Aku ikut bersama isteri kerana isteri aku belum pernah jalan-jalan ke Thai.
Motor ini agak tinggi pada aku. Untuk kegunaan harian, motor yang rendah sikit lebih memudahkan aku untuk bergerak & mengendalikannya. Aku cuba untuk rendahkan sedikit motor ini dengan memasang lowering link yang aku beli dari Soupy Performance (jenis adjustable). Namun hanya guna beberapa bulan, link tersebut patah ketika aku pulang dari tempat kerja & ketika itu pula aku sedang memotong kereta... mujur juga aku tak laju sangat ketika tu.... link tu patah lalu menyebabkan swingarm terus rapat dengan frame belakang... Aku melambung ketika ianya patah kerana link tu 'menongkat' jalan... mujur tak jatuh & mujur juga swingarm ditahan oleh pemijak kaki belakang dari tayar terus rapat menyagat undertray... alhamdulillah...
Aku bawa motor dengan cukup perlahan lepas mengikat link yang patah itu dengan tight cabel....& hubungi pihak Soupy Performance memberitahu produk mereka rosak.... namun aku sangat hampa dengan jawapan mereka..... !!! Terkorban duit aku beratus ringgit beli produk mereka yang hampir meragut nyawa aku.... Kalau nak beli, janganlah beli link jenis adjustable.... mungkin apa yang berlaku adalah masalah terpencil & sangat jarang berlaku pada orang lain... cuma ini nasib aku saja yang terkena.... mujur Allah lindungi aku dari terjatuh ketika tu atau berlaku semasa aku sedang laju di highway... na'uzibillah... takleh nak bayang aku kalau jadi di tengah highway.... huhuhu....
Selepas itu, aku beli
lowering link jenis lain yang jauh lebih yakin ketahanannya & jauh lebih tebal buatannya berbanding standart (hitam). Yang baru ni lebih berat besinya. Walaupun ianya bukan jenis
adjustable seperti
link Soupy Performance, tapi aku lebih yakin menggunakannya...
Ada banyak lagi aksesori yang aku pasang pada motor... bertukar ganti barangnya...
--------------------------------------------------------------
PERUBAHAN PITSTOP RIDERZ
Sejak bermotor kembali, kebanyakan masa aku gunakannya adalah untuk ke tempat kerja & balik kampung saja. Tiada lagi akvitivi permotoran aku seperti awal tahun 2000 dulu, konvoi sana sini, layan koner sana sini atau TTS sana sini. Sekali sekala aku ikut jugalah TTS yang kawan aku ajak itupun jika ada kelapangan. Aku sudah kurang berminat untuk join mana-mana kelab ataupun pertubuhan kerana tidak mampu memberi komitmen lagi ke arah itu & aku rasa zaman itu telah berlalu untuk aku. Memandangkan isteri aku juga meminati motor, banyak aktiviti aku lakukan bersama isteri samada dengan menaiki FZ1 atau SYM Evo yang telah membawa aku jauh merantau bersamanya...
Aku cuma aktif dalam laman sosial saja dalam komoniti motor. Kawan-kawan Pitstop Riderz hampir semua dapat dikumpulkan kembali dalam laman sosial. Masing-masing sudah ada komitmen besar serta berkeluarga. Hanya beberapa orang saja yang masih bujang... Ahli-ahli yang aktif terdiri daripada abg Norick, Halim, Naza, Broody, Manstir, Narong, Asrul, Zairry, Farid, Arjess, Mit, Iqram & Pijoe. Kadang kala Lennon masuk & jarang benar Jinshoon masuk... amboi... susah tul nak kontek dia... hahaha... kalau dekat mau gak belajar drift dengan dia... haha... Ahli dalam group ada 21 orang kini... tapi tak semua rajin online....
Setelah sekian lama keakraban yang terjalin, membuatkan aku terasa ingin berjumpa mereka kembali. Filem Hollywod Wild Hogs membakar semangat kami semua untuk berjumpa & kami memanggil perjumpaan in juga Wild Hogs.... masing-masing dah lama tak berjumpa & semua sangat teruja untuk berjumpa kembali. Memandangkan ahli semua semakin berumur, nama pun berubah juga... kini kami dipanggil PITSTOP RIDERZ OLD BOYS (PSROB).... kikiki....tiada ahli baru. Semua adalah ahli lama sejak awal tahun 2000an dulu... keahlian baru juga ditutup...
Tarikh sudah ditetapkan cuma tarikh sebenar aku dah lupa... dekat hujung bulan Ogos 2012. Tarikh tersebut adalah yang terbaik untuk aku berjumpa kawan-kawan sebelum isteri aku bersalin. Tempat pula kami pilih Port Dickson memandangkan itu tempat paling bernostalgia buat semua. Zairry anak jati PD telah mencari tempat penginapan yang sesuai ketika itu. Perancangan dah buat... persiapan la plak kena buat sekarang ni...
Aku beli beg tangki baru yang lebih besar khas untuk perjumpaan ni. Ketika ni, aku belum memasang top box pada motor lagi. Riding pant kalis air turut dibeli bagi memberi pasangan kepada jaket Dainese (dilekatkan strip reflector). Tayar belakang motor juga ditukar baru dari Dunlop Sportmax (8000km sudah sampai marking minimum) kepada Bridgestone Battlax BT023 yang mempunyai cengkaman yang baik serta jangkajayat yang lebih lama kerana tayarnya dual compound.
Semangat aku sangat berkobar-kobar pada malam sebelum bertolak esok harinya. Pukul 3 pagi baru siap kemas.... Namun sudah suratan takdir... kita merancang, Allah jua yang menentukan..... pada tengah hari esoknya sebelum aku bertolak, aku mendapat panggilan kecemasan dari isteri aku yang sedang sarat mengandung 8 bulan yang beliau kemalangan jalanraya!...alangkah terkejutnya aku! Bergegas aku pergi kepadanya... Alhamdulillah beliau tak mengalami sebarang kecederaan... kereta remuk di bahagian depan sebelah pemandu.... Terlanggar belakang kereta Proton Saga yang nak masuk simpang secara tiba-tiba tanpa sebarang lampu brek & signal.... Isteri aku dah cuba elak, tapi terkena juga.... Walau itu salah driver Proton Saga itu, tapi ikut undang-undang kita... orang belakang yang salah. Nak buat report Polis pula, Balai Polis terlalu jauh... kami settle sendiri sajalah.... benda nak jadi... nak buat camno... yang penting isteri & kandungan selamat....
Berita mengejutkan itu aku sampaikan kepada sekelian kawan-kawan PSROB... dengan serta merta... hari itu juga kami membatalkan perjumpaan Wild Hogs kami.... terkuburlah perjumpaan itu yang telah dirancang berbulan-bulan lamanya....
----------------------------------------------
WILD HOGS! WILD HOGS!
Setelah lebih setahun berlalu, rasa nak buat lagi perjumpaan ni... Cadangan bermula kembali. Nampaknya kawan-kawan semua sangat sporting... semangat kembali berkobar! Kali ni perancangan dibuat dalam jangka masa pendek saja. Tempat pilihan masih lagi Port Dickson yang bernostalgia itu.....
Tarikh 11 Januari 2014 yang bersejarah dipilih. Rumah banglo telah ditempah Zairry dengan duit poketnya separuh untuk menyewa banglo itu. Terima kasih banyak bro... moga-moga dimurahkan rezeki & cepat mendapat jodoh... nanti kami konvoi beramai-ramai ke kenduri kalau ada rezeki... kikiki... nanti belanjalah lagi tau... hahahaha....
Stiker kelab yang telah dirancang setahun nak dibuat... telah ditempah oleh Naza. Terima kasih bang...belanja stiker... moga-moga dimurahkan rezeki lagi... hehehe...
Beberapa aksesori tambahan untuk keselesaan aku beli. Aku menggunakan throttle grip Racing Boy selepas memasang handle bar ER6. Ia nampak cantik tapi keras teksturnya. Aku pasangkan getah balut badminton yang agak tebal.... Selesa la sikit... tapi getah tu kerap tertanggal. Dari banyak forum, ramai mencadangkan throttle grip Grip Puppies yang bukan saja lembut & selesa... malah dapat mengurangkan sebu di tangan... Nampaknya memang betul kata mereka...
Selain itu aku memasang lampu spotlight LED yang jauh lebih terang berbanding low & high beam standart motor ini... dah betul-betul jadi touring bike dah FZ1 aku ni...
Aku juga memasang soket 12V untuk mengecas GPS.
Seperti dirancang pula... setahun kemudian & beberapa hari sebelum Wild Hogs... tayar motor aku sudah hampir botak. Dah sampai marking miminum pada hampir 18000km penggunaannya.. boleh tahan juga tayar ni.. Ada di antara bikers yang menggunakan tayar sampai betul-betul botak malah ada yang sampai nampak benang tayar baru nak tukar... memanglah tayar motor besar mahal, tapi nyawa kita jauh lebih bernilai dari wang ringgit kita...
Aku pernah hampir terbabas beberapa kali ketika dengan CBR dulu kerana tayar terlalu botak. Nak jimat punya pasal, aku pakai jugalah tayar botak tu... kesannya aku hampir terbabas dengan tayar belakang botak yang botak di traffic light & paling ngeri skali semasa dalam perjalanan balik ke Kedah dari KL dengan tayar depan yang botak... masa tu hujan lebat, tayar dirasakan seperti meniti atas air saja & tayar depan tu slip pula dalam keadaan motor aku sedang dalam keadaan menegak... mujur grip semula mungkin terkena bahagian tayar yang berbunga sedikit di tepi... fuh! Alhamdulillah tak jatuh.... Sekarang ni bila tayar dah sampai marking minimum aku akan tukar tayar tu. Cukuplah peringatan yang pernah aku dapat dulu.....
Aku pergi ke kedai motor besar milik orang Melayu iaitu AMS Motorworks di Bertam, Penang.
Layari profile Facebook mereka
Ia adalah kepunyaan seorang guru iaitu Cikgu Farid. Hebat kedai motor beliau. Kedainya besar. Kedai yang aku parking motor ni adalah kedai lama yang masih beroperasi lagi. Kedai besarnya cuma berada lebih kurang 50m saja dari situ. Boleh nampak kedai barunya dari sini. Selain membaiki motor, mereka juga menjual motor, spare parts & aksesori.... & yang paling gempak mereka mempunyai mesin Dyno yang satu-satunya ada di utara. Wow! Tak lama lagi mereka akan terus pindah ke kedai baru yang besar itu (beroperasi juga) secara keseluruhan.
Tayar Bridgestone T30, keluaran terbaru menggantikan BT023 dipilih. Tayar tersebut mempunyai rating yang tinggi & adalah lebih baik dari BT023 yang memang sudah terbukti bagus. Tayar motor aku ditukar sendiri oleh Cikgu Farid yang baru saja balik dari mengajar di sekolah. Terima kasih banyak Cikgu.. hadiahkan pula saya head tube.... yang bakal digunakan masa Wild Hogs kelak... hehehe...
Ternyata tayar ini sangat meyakinan aku. Terasa gripnya jauh lebih baik dari tayar lama. Recommended kepada rakan-rakan yang mencari tayar untuk commute setiap hari. Jangka hayatnya panjang, boleh digunakan untuk melayan koner & bagus di dalam hujan.
Sebelum jalan jauh, motor kena mandi dulu. Bila dah bersih hati pun senang & seronok nak berjalan. Lebih aerodinamik... kuikuikui...
Ini adalah antara barang-barang yang aku nak bawa kelak. Saddle beg pernah berlubang (sudah ditampal) angkara ekzos FZ1 ketika balik kampung dulu distandby kalau top box penuh. Ini yang bagusnya ada top box, praktikal... boleh bawa barang banyak... Nilai estatika motor sedikit terjejas.. dah tak racing dah rupanya...kuikuikui.... tapi memudahkan aku dalam banyak perkara...
Aku pun dah penat.... tapi sangat bersemangat! Esok dah nak gerak dah ni... adoi! Tak sabaqnya!
akan bersambung..............
10 KOMEN ANDA:
Ada member saya pakai FZ1, equipped with side pannier Givi V35. Okay jugak tengok..apapun FZ memang motor igauan...huhuhu. Terbaek..
Terima kasih bro. Pasang side pannier nampak ok gak. Kalau perlu nnt, boleh juga sy pasang nnt. Hehe
terbaekk..
Terima kasih abg Rosli :)
TErbaik bro, byk info membantu saya sbb br je bjaya memiliki FZ1..msih sdg mcari2 info berkaitan n grup bikers FZ1
fakultipendidikankuis
terima kasih bro. Tahniah bro! Boleh ride sama2 kalau ada peluang.
Di FB ada group Fazer Malaysia.... ni linknya
https://www.facebook.com/groups/Fazerian/
Ada juga group whatsapp Fazer. Boleh email sy nombor telefon. Nnt sy pesan kat admin untuk add...
Tahniah sekali lagi. Bertambah lg kawan yg pakai Fazer. Rare moto ni jarang jumpa org pakai. Hehe
fakultipendidikankuis
terima kasih bro. Tahniah bro! Boleh ride sama2 kalau ada peluang.
Di FB ada group Fazer Malaysia.... ni linknya
https://www.facebook.com/groups/Fazerian/
Ada juga group whatsapp Fazer. Boleh email sy nombor telefon. Nnt sy pesan kat admin untuk add...
Tahniah sekali lagi. Bertambah lg kawan yg pakai Fazer. Rare moto ni jarang jumpa org pakai. Hehe
Salam sahabat saya budak baru belajar ingin mencari geng fazer .saya baru beli fazer 800 ingin belajar dan mencari pengalaman bersama
Shahrulnizam Abdul Majid
Mohon maaf banyak2 bro. Saya dah tak peduli blog ni lama sgt. Dah 2 tahun rupanya komen bro....
Please add me...0192986388
Post a Comment