Wednesday, February 26, 2014

Pitstop Riderz Old Boys - Wild Hogs..... suatu pertemuan nostalgia

PENGEMBARAAN SOLO BERMULA
10 Januari 2014 (Jumaat)


Detik-detik sebelum bertolak....

Beberapa tahun aku mula bermain motor kembali, kebanyakan aktiviti aku lakukan bersama isteri. Ride ke mana-mana pasti aku akan bawa isteri bersama. Sangat jarang sekali aku ride sorang jauh. Kali ni aku berseorangan.... rasa ada sesuatu tak kena pula.... hahaha.... tapi dah nama pun Wild Hogs.... mana boleh bawa pasangan... semua orang kena solo.... hahaha....

 Wild Hogs ditetapkan pada 11 Januari 2014. Tapi 10 Jan aku akan bertolak & akan bermalam di rumah sahabat jam saudara Pencinta Masa. Beliau menawarkan aku bermalam di rumah beliau pada malam itu setelah mendapat tahu aku akan ke sana beberapa minggu sebelum perjalanan bermula... terima kasih bang...

Aku bertolak selepas solat Jumaat. Cuaca panas terik waktu itu & pakaian riding aku pula jenis waterproof.... panas bang oi.... tapi aku pakai cooling vest kat dalam... kurang la rasa panas tu. Jaket jenis ini di pilih kerana ketika itu, cuaca di sebelah selatan asyik hujan saja... aku jangkakan aku akan ride dalam hujan ke sana nanti....

Perjalanan berjalan lancar sekali....  namun baru saja masuk kawasan Prai, Penang hujan turun dengan lebat sekali. Kenderaan agak banyak kebetulan orang balik kerja. Perjalanan aku jadi sangat perlahan. Aku perlu lebih berhati-hati. Aku berhenti isi minyak kat R&R Juru.... perjalanan diteruskan lagi berhati-hati memandangkan hujan masih lebat. Aku tak dapat jangkakan waktu aku akan sampai ke rumah Pencinta Masa dengan cuaca begitu....

Waktu sudah mulai malam... aku tidak berhenti isi minyak di R&R Tapah seperti kebiasaan aku buat dengan motor-motor sebelum ini. Aku beranikan diri teruskan perjalanan memandangkan petrol dalam tangki masih belum menunjukkan 'E' waktu itu. Aku cadang untuk isi minyak di hentian selepas itu.... namun aku terlupa yang hentian seterusnya jauh. Meter minyak sudah mula masuk E & tak lama kemudian masuk reserve... Hah sudah! Aku cuma mantain kelajuan setakat 90kmj saja waktu tu. Kebiasaan aku, akan isi minyak bila jarak perjalanan 220-230km atau akan isi apabila aras petrol dah masuk reserve. Sekarang dah melebihi jarak tu.... Nampak signboard hentian rehat sudah tidak jauh.... aku sangat mengharapkan ada stesyen minyak di hentian tu.... namun kecewa kerana yang ada hanyalah tandas. Hentian seterusnya lebih kurang 30km kalau tak silap aku.... iaitu Hulu Bernam.

Selepas berehat seketika dalam keadaan masih hujan... aku teruskan perjalanan. Pakaian aku yang kononya waterproof, lencun habis kat dalam sebab air menyusup masuk dari bawah jaket.... aduuuhai..... Perjalanan diteruskan lagi. Jarak paling jauh aku pernah sampai dengan minyak reserve adalah 57km. Aku tak pasti jarak yang boleh ia sampai hingga minyaknya kering... Bila dinilai dengan jarak hentian seterusnya itu, aku yakin aku takkan menolak motor nanti.... kuikuikui.... 

Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke hentian Hulu Bernam pada jarak keseluruhan 268km sebelum tangki kering. Inilah jarak paling jauh aku bersama FZ1 dengan satu tangki petrol..... Waktu dah pukul 8.30malam (lebih kurang). Aku hubungi saudara Pencinta Masa... dijangka aku sampai di rumahnya pukul 10 malam. Aku buka GPS & mengkarapkannya semata-mata memandangkan aku agak keliru jalan mana yang paling dekat untuk ke rumahnya...

Keluar saja dari hentian tersebut.... kawasan situ tak hujan. Dapatlah aku pecut motor mengejar waktu... Setelah sekian lama berada atas motor akhirnya sampai jua aku di rumah Pencinta Masa pada pukul 9.30 malam... alhamdulillah.... Selepas makan malam, dapat juga aku membelek jam baru milik beliau... Tudor Heritage Black Bay..... cantik betul! Rupanya aku adalah kawan jam pertama yang belek jam beliau... hahahaha.... jangan marah aaaa kawan-kawan....... Terima kasih kerana bagi peluang aku peluang merasainya....


Tudor Heritage Black Bay
Gambar dari blog Pencinta Masa

Untuk review lengkap mengenai jam ini, sila layari blog beliau pada link di bawah:




----------------------------------------------------



PENGEMBARAAN WILD HOGS BERMULA!
11 Januari 2014 (Sabtu)


Detik-detik sebelum bertolak bertemu kawan-kawan PSROB
Gambar dari saudara Pencinta Masa

Pagi yang sangat ceria hari ni. Baju aku yang semalamnya basah kini sudah kering. Cuma kasut sebelah kiri saja masih basah sebelah dalamnya. Aku mula berkemas-kemas. Saudara Pencinta Masa membawa aku keluar bersarapan bersama beliau. Sebelum bertolak, kami bergambar kenang-kenangan.... rupa-rupanya gambar ini jadi bahan kat FB & aku pula terlepas kapal sebab tak dapat online.... muahahaha...


Gambar dari Naza
Saudara Naza orang pertama menyampaikan berita di Whatapps beliau sudah bertolak. Kini sedang bersarapan berseorangan....


Gambar dari Halim
Kawan-kawan lain telah berjanji untuk berjumpa di tol Kajang & akan bertemu dengan aku di Shell Kota Warisan kelak lebih kurang pukul 9 pagi. Kami akan lalui jalan biasa untuk ke PD. Kelihatan dalam gambar saudara Narong, abg Norick & puteranya Adam....


Gambar dari Naza
Abg Norick sedang menguji Honda GL1800 Goldwing


Gambar dari Halim
Alhamdulillah dapat berjumpa balik kawan-kawan lama. Ada yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Anak abg Norick masa aku mula kenal beliau dulu baru berusia dalam 2 tahun. Kini dah 14 tahun umurnya... hahaha... punyalah lama tak jumpa.... Seronok sangat dapat jumpa kembali kawan-kawan lama.


Motor masing-masing dah isi petrol penuh. Perut saja ada yang masih belum penuh. Rakan-rakan yang sepatutnya berjumpa kat sini semuanya telah ada. Tibalah masanya untuk bergerak....


Kami berhenti sarapan di pinggiran Kota Warisan. Aku lupa pula nama tempat kami singgah ni. Aku dah kenyang... tapi panggilan untuk merasai capati di situ tak dapat aku tolak... telan jugalah.... hehe... Walau dah lama tak berjumpa, kemesraan seperti dulu masih dirasakan. Masing-masing tak berubah... hahaha.... perut saja yang berubah seiring dengan peningkatan umur... kemajuan tak sama..... kikiki....


Inilah pertama kali aku lihat motor Narong secara dekat. Model ini agak rare kini & susah betul nak jumpa. Cantik warnanya... rupa-rupanya dah setahun motor ni tersadai kat rumahnya. Beliau tak naik pun. Wild Hogs ini dah buka lembaran baru untuknya ride kembali.... kuikuikui..... nampaknya kena jadikan agenda tahunan nih.....


Gambar dari abg Norick
Perut dah kenyang, hati pun dah senang... jom kita ride!!! Kenderaan agak banyak pagi Sabtu ni.


Gambar dari abg Norick
Masing-masing ikut kelajuan yang selamat.


Gambar dari abg Norick
Ada sesetengah kawasan punyai selekoh yang cantik!


Gambar dari abg Norick
Dah lama betul aku tak layan koner dengan depa ni... sesekali jumpa koner layan la juga.....


Gambar dari abg Norick
Marc Márquez!!! Eh!..... Naza rupanya! Sama la bang.... hahaha.... cantik tul jalan ni... yang lain-lain tertinggal kat balakang... kenderaan banyak betul waktu ni....


Gambar dari abg Norick
Alhamdulillah cuaca cukup cantik hari tu. Perjalanan begitu lancar sekali


Gambar dari abg Norick
Anakanda abg Norick menjadi jurugambar sepanjang perjalanan. Pandai pula mencari posisi & shot yang menarik. Cayalah Adam! Tak lama lagi boleh jadi jurugambar profesional seperti ayahnya.


Gambar dari abg Norick
Dah tak jauh dah nak sampai nih! Inilah perjalanan pertama aku berseorangan dengan FZ1 yang paling jauh... hahaha....


Gambar dari abg Norick
Kami dah masuk kawasan Port Dickson. Tak pelik jugalah kalau banyak kenderaan mahupun konvoi motor sebab hari Sabtu.... Dalam perjalanan menyusuri jalan tepi laut tu, kami terserempak dengan Zairry... beliau patah balik & bertemu kami di Petronas PD.


Gambar dari abg Norick
Selepas itu, beliau membawa kami ke banglo yang telah beliau tempah itu yang hanya berada di belakang Petronas itu saja. Kedai makan dekat benar & nak ke laut pun tak jauh.... jalan kaki aja....


Besar betul kawasan halaman banglo ni. Banglo terjaga rapi & halamannya juga terjaga.


Alhamdulillah semua kawan-kawan selamat sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari. Iqram sedang dalam perjalanan dengan kereta dari Kluang, Johor & dijangka sampai tengah hari itu juga.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa banglo ini, boleh hubungi nombor yang tertera pada gambar di atas. Kemudahan bilik tidur 3 blik (queen size bed). Setiap bilik mempunyai aircond & TV. Bilik air ada 2. Ada 2 ruang tamu siap dengan kemudahan aircond. Disediakan juga peti ais, sofa & meja makan. Puas hati....


gambar dari kawan-kawan
Cerita lama & baru keluar.... oh nastalgianya... jika dulu ramai yang menggunakan motor 135-250cc... kini dah bertukar kepada jentera yang lebih besar. Minat yang mendalam terhadap motor tak dapat memadam semangat untuk memiliki jentera ini walau masing-masing ada komitmen besar.... Namun tak semua ahli masih aktif bermotor lagi. Walaupun begitu minat mereka terhadap motor tak terpadam!


Gambar dari kawan-kawan
Tak lama lepas tu baru terasa penat.... baru sedar diri dah tua... stamina tak macam zaman muda dulu... hahaha... ada yang dah mimpi indah sebab dah setahun tak naik motor... ayat yang aku tak dapat lupa... penat kejar Goldwing  Kikikiki.... jangan marah bro.. gurau aja....


Gambar dari abg Norick
Masing-masing teruja melihat gambar semasa ride... teringat kenangan lalu ke PD....


Selepas Zohor kami semua berjalan ke kedai makan yang cuma 50m dari banglo tersebut... Iqram pun dah sampai waktu tu...


Depa pekena nasi bersama asam pedas... aku tak berani order sebab aku tak tahan pedas... Aku order nasi ayam...


Bila sampai, aku rasa pelik pula. Barangkali tersalah hantar kot... rupanya memang itulah nasi ayamnya..... aku order dari kedai western.... nasi ayam western la yang sampai... kuikuikui.... rasa rugi pula tak order asam pedas tu... sebab sedap betul! Tak la pedas sangat.... huhuhu.....


Alhamdulillah kenyang dah.... jom layan motor lak... Narong dah tampal stiker official kelab pada ZX6Rnya. Aku masih tercari-cari sampai sekarang tempat yang sesuai untuk menampalnya.... hahahaha....


Gambar 1: 2012 Honda GL1800 Goldwing
Gambar 2: - 2013 Honda CBR1000RR Fireblade (kiri)
                   - 2009 Honda CBR1000RR Fireblade (kanan)
Gambar 3: 2006 Kawasaki Ninja ZXR600 aka ZX6R
Gambar 4: 2011 Yamaha YZF R1 crossplane


Besar & selesa betul motor ni. Kalau naik FZ1 & Sym Evo pun isteri aku boleh tertidur kat belakang, apatah lagi kalau naik motor ni. Aku rasa seperti motor ini lebih ringan dari model lama ketika nak menegakkannya.... tapi sebenarnya ianya lebih berat 3 kg dari model lama. Rasanya belum tiba masanya lagi untuk aku menjadi rider Goldwing... takleh bayang aku camno nak bawa motor ni.. berat kering aja dah 363kg!... Aku tengok abang Norick selamber je seolah tengah bawa R1... Cilok sana sini... Erk! Takot aku! Hahahahaa..... Kawan tu dah otai... legend tuuu.....


Bestnya! Sophisticated!.... macam kereta dah.


Iqram sedang beraksi atas motor Naza. Beliau datang dengan kereta.... Motor lama beliau sejak zaman bersama PSR dulu masih lagi disimpan hingga kini... dok selimut aja... alahai bro... apsal tak bawa?.. motor legend tu... Aprilia RS250... mana nak tengok dah sekarang ni.... rare gila... hehe... Kali terakhir aku jumpa beliau pada tahun 2005 seingat aku semasa di tasik UM... aku tengah dating dengan awek... (erk! Bini aku sekarang la).... beliau tengah berkayak waktu tu... Hari ini bertemu kembali... isk isk....



Tiada aktiviti yang kami buat melainkan berbual-buat.... ya la kan... lama gila tak jumpa....


.... semua kawan-kawan nak habiskan masa bersama-sama dengan sebaik mungkin. Takmau ada aktiviti lain yang mungkin mengganggu pertemuan ini..... entah bila pula nak bertemu lagi macam ni.....


Di kawasan belakang banglo ni pada hari tu ada pasar malam. Halim dengan Naza keluar beli cendol & apam balik..... bestnya lepak begini... memori lama kembali segar dalam ingatan.....  kami lepak bersama hinggalah maghrib..... harap-harap jika ada pertemuan lagi dimasa akan datang, lebih ramai kawan-kawan boleh datang.....


Malam tu selepas makan malam, perbualan kami berkisar mengenai motor saja....


... inilah orang yang banyak membantu aku & banyak menurunkan ilmu kepada aku... otai ni... abg Norick... Sedar tak sedar hari sudah lewat malam.... rasa sekejap benar... esok dah nak balik... huhuhuhu.........


akan bersambung..... episod akhir......

Leia Mais…

Wednesday, February 19, 2014

Epilog 'lone ranger biker'

PENCARIAN MOTOR BERMULA


3 tahun lamanya aku memendam perasaan untuk kembali bermotor sejak tak jadi untuk beli Kawasaki ER6 pada tahun 2008. Bukanlah aku tak pakai motor ketika tu... aku sedang guna skuter Suzuki Step 125 sejak tahun 2007 untuk kegunaan harian ke tempat kerja. Tapi 'feel' sorang biker seperti dulu tak dapat aku rasakan kerana naluri untuk mempunyai moto besar kembali sangat menebal.... Di tambah bila aku diracun oleh kawan aku yang asyik betukar-tukar motor dari Kawasaki ZZ250... ZZR600... ZZR1100 & akhirnya ke ZZR1400 aka ZX14. Aku saja yang masih berskuter.... Walaupun begitu aku tak kecewa kerana hobi aku terhadap jam sangat menebal.

Setelah 3 tahun kemudian, yakni pada tahun 2011 aku merasakan aku sudah mampu untuk memiliki sebuah moto besar. Sejak zaman belajar di U, aku sangat mengidam untuk memiliki Honda VFR800 Interceptor Vtec, iaitu model generasi ke-6 dalam keluarga VFR. Disebabkan terlalu minat dengan model VFR ini, aku telah membuat research tentang apa yang berkaitan dengannya semasa zaman belajar dulu.


Genarasi ke-6 Honda VFR800 Interceptor Vtec
Gambar dari Wikipedia

Itu merupakan Honda VFR800 Interceptor Vtec generasi ke-6 VFR yang mempunyai design yang terkini sejajar dengan zaman keluarannya. Enjinnya dilengkapi dengan teknologi VTEC yang merupakan motor Honda ke-2 yang menggunakan teknologi tersebut. Honda CB400 Super Four Vtec Spec I merupakan motor Honda pertama yang menggunakan teknologi itu pada tahun 1999. 

Generasi VFR
Gambar dari pelbagai sumber.

Generasi ke-6 VFR ini masih mengekalkan elemen keluarganya dimana enjinnya merupakan enjin V-4 & single swing arm merupakan trademark model VFR (Vee-Four Road). Ia berada dalam kategori Sport Touring. Ia dilancarkan pada tahun 2002 hingga ke 2009. Pada tahun 2010, model terbaru VFR keluar dengan kapasiti yang jauh lebih besar.. iaitu VFR1200. Aku menyangkakan legasi VFR800 telah dihentikan dengan keluarnya VFR1200 itu. Namun pada tahun 2014 menyaksikan pelancaran model terbaru VFR800 yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Dari segi design, pada pandangan aku ia ciri-ciri designnya menggabungkan elemen dari generasi ke-5 & ke-6.


Generasi ke-5 Honda VFR800. Ini merupakan motor polis Jepun.
Gambar dari Wikipedia.
Aku merasakan VFR800 Vtec adalah motor yang terbaik kepada aku memandangkan aku telah lama tak bermotor besar & aku agak fobia sejak kemalangan dulu. Aku rasa moto itu mencukupi dengan 800cc yang tak terlalu power, posisi menunggang yang agak selesa & berfairing penuh.... sebab sejak menggunakan CB400 tanpa sebarang perlindungan dulu, aku rasa agak letih untuk bersilat dengan angin ketika menunggang jauh.... tapi pada masa yang sama aku masih meminati naked bike/street bike..

Suatu ketika dulu, aku pernah test ride motor VFR800 generasi ke-5 (motor Singapore) yang ketika tu nak dijual kepada aku oleh sorang kawan & kemukian test ride pula generasi ke-6 pula & pada ketika itu aku rasa VFR adalah motor terbaik untuk aku setelah membandingkan semua motor yang pernah aku test ride dulu. Gambar di atas adalah VFR generasi ke-5 yang tidak ada dalam pasaran kita. Namun ianya digunakan oleh Polis Trafik kita yang mana sama dengan Polis Jepun & Hong Kong.

Ketika aku sedang mencari motor, aku telah bertekad untuk mencari VFR tesebut & aku telah mencarinya di merata tempat dari utara hingga ke Klang. Aku menjadi ragu-ragu apabila aku ternampak Yamaha FZ1 aka Fazer (nama berlainan ikut spec negara) yang juga merupakan salah satu moto idaman aku juga sejak zaman belajar. Ciri-ciri yang ada padanya menepati kehendak aku juga... tak terfikir pula FZ1 sebab sebelum ni sebab dalam fikiran cuma VFR saja....


Yamaha FZ1 aka Fazer
Yamaha FZ1 mula dikeluarkan pada tahun 2001 yang merupakan motor street bike/naked yang terbaik pada ketika itu. Aku menjadi admire padanya. Generasi ke-2 mula dikeluarkan pada 2006 hingga 2014 kini. Tak pasti tahun 2015 akan datang, Yamaha akan keluarkan generasi ke-3 atau tidak.... Tidak seperti jenama lain yang sering melakukan perubahan pada model mereka, Yamaha tidak membuat demikian pada model sedia ada yang sudah terbukti bagus. Mungkin prinsip mereka, "if it ain't broken, don't fix it. Bukan saja FZ1 yang sudah lama tidak update modelnya secara keseluruhan, YZF R1 juga tidak berubah termasuklah adiknya YZF R6

Selain model sport touring, aku juga berminat pada motor streetbike/naked bike kerana bentuknya itu lambat ketinggalan zaman seperti motor yang berfairing penuh. Model naked sentiasa dalam bentuk fresh/evergreen walau dusah berusia 10 tahun & masih relevant lagi bentuknya walau zaman berubah. Terdapat 2 versi... FZ1S (half firing) & FZ1N (naked). FZ1S adalah pilihan aku jika aku nak beli kerana ia mempunyai cermin pengadang angin...

Perubahan yang dilakukan pada generasi ke-2 FZ1 adalah secara keseluhan... bukannya sekadar facelift dari generasi 1. Segalanya adalah baru. Ia enggunakan enjin 1000cc dari model YZF R1 yang ditala semula untuk lebihkan kuasa midrange & tork. Penambahkaikan pada generasi ke-2 ini telah menjadikannya motor yang terbaik dalam kelasnya ketika itu. 

Semasa aku survey dulu, harga yang ditawarkan di kebanyakan kedai hampir menyamai VFR & kebanyakan kedai tidak mempunyai kedua-dua model VFR & FZ1 untuk aku bandingkan secara terus.... hinggalah aku pergi ke kedai di Penang bersama abah yang mempunyai kedua-dua motor dalam showroomnya.... aku menjadi tak keruan yang mana satu pilihan yang terbaik...hah sudah! Harga yang ditawarkan pada aku untuk kedua-duanya adalah jauh lebih baik dari yang di tawarkan di KL. Pada pendapat abah, FZ1 sangat sesuai & terbaik untuk aku.... aku sudah keliru.....

Aku membuat reseach kembali untuk kedua-dua motor. Pro & kontra termasuk cara penjagaan, masalah, performance serta lain-lain di pertimbangkan dari segala sudut. Motor mahal terpaksalah buat pilihan yang tepat..... takut menyesal nanti. Antara kedua-duanya... FZ1 jauh lebih baik dalam segala segi. Namun begitu hatiku masih inginkan VFR tapi fikiran logikku inginkan FZ1.... pening ni! Solat istikarah adalah jalan penyelesaiannya.... 


-----------------------------------------------------


SEPINTAS BERSAMA FZ1


Yamaha FZ1 ku pada hari terawal bersamanya.

Alhamdulillah... FZ1 pilihan yang tepat. Pada bulan April 2011 aku membawanya pulang ke rumah dari Penang. Perasaan bimbang aku rasakan sebaik saja nak membawanya balik. Berdebar rasanya... camno la aku nak bawa balik motor ni?... lama sangat aku tak bawa motor.... Berbekalkan pakaian tunggangan yang baru aku beli sebelum motor sampai... aku selamat sampai ke kampung. Motor ini aku beli dahulu sebelum aku beli skuter SYM Evo250 (kisah perjalanan bersamanya telah aku kongsikan suatu masa dulu).


Nasihat yang aku dapat dari ramai otai.... laburkan sikit duit untuk memasang frame slider/crash protector untuk motor.... itulah benda pertama aku pasang sebaik saja sampai di rumah. Frame slider tersebut aku beli dari eBay sebelum motor sampai & lampu belakang LED (signal intergrated) turut dipasang pada hari pertama tersebut. 


Setelah lebih kurang sebulan menggunakan motor tersebut, aku merasakan frame slider tersebut tidak akan berfungsi dengan sepatutnya kerasa saiznya yang pendek. Dari forum FZ1, ramai recommed frame slider dari jenama T-rex & aku membelinya pula selepas itu. Saiznya jauh lebih panjang & terbukti berkesan melindungi motor dari kecederaan serius dalam kemalangan. Beberapa aksesori lagi aku pasang selepas itu.


Untuk memberi keselesaan... aku telah menempah kusyen khas dari TOP SELLERIE yang berpusat di Perancis. Aku membelanjakan sejumpah wang yang besar untuknya termasuklah cukai... aduhai... tingginya cukai... 35%. Kusyen asalnya agak keras untuk aku & rasa kurang selesa. Jika isteri aku duduk belakang, ada ruang antara aku dengannya.... keadaan itu tidak selesa juga untuknya. Kusyen baru ini jauh lebih selesa & ada gel di dalamnya. Tiada lagi ruang seperti kusyen lama bila isteri aku naik & jauh lebih selesa untuknya. Info mengenai kusyen ini aku dapat forum FZ1.

Setelah menggunakannya sekian lama... nasihat aku kalau kusyen motor sekarang keras... sebenarnya tak perlu tempah kusyen mahal begini... beli saja gel & letak saja di bawah kusyen. Hantar kat mana-mana kedai kusyen untuk custom made ikut kesesuaian & kehendak... jauh lebih murah.... hmmmm...  Takpalah, satu pelajaran untuk aku walau mahal bayarannya... tapi aku berpuas hati dengan kusyen ni. Buatannya sangat bagus & berkualiti tinggi. Tapi jika ada kawan-kawan yang berminat nak order dari Top Sellerie, dipersilakan... insyaAllah puas hati....


 Dengan windscreen standart, tamparan angin agak kuat juga... tapi lebih baik dari takda langsung.... teringat CB400 dulu yang tiada langsung perlindungan. Aku telah tukarkannya kepada windscreen double bubble Zero Gravity & akhirnya ke touring screen V-Stream yang jauh lebih baik menepis angin. Secara drastik rupa motor aku telah berubah seperti motor touring. Aku sangat berpuas hati sebab tidak memenatkan dalam kelajuan tinggi... ianya menepis angin sepertimana yang mereka claim di web mereka.


Dalam keadaan standart, ramai yang sudah selesa dengan posisi menunggang motor ini yang agak tegak. Namun pada aku masih lagi membongkok... ya la kan.. fizikal tiap orang tak sama. Untuk memberikan keselesaan ulang alik kerja, aku cuba untuk memasang handle bar motard padanya. Walaupun badan lebih menegak, tapi tangan agak mencapah. Tak selesa juga. Akhirnya aku cuba pula dengan memasang bar riser tapi mengekalkan handle bar standart... alhamdulillah kurang skit tekanan di tangan. Mungkin aku sudah terlalu selesa dengan gaya tunggangan tegak skuter SYM aku... bila sedikit membongkok pun aku sudah rasa...


Selepas tengok FZ1 kawan aku yang menggunakan handle bar Kawasaki ER6... yang mana tunggangan jauh lebih selesa dengan tunggangan yang lebih menegak... aku terus survey di kedai & membelinya. Ini merupakan handle bar ER6 model 2012. Yang kawan aku pasang tu adalah dari model 2009 (buatan lebih baik dari 2012). Sedikit berbeza bentuk handle-nya. Alhamdulillah... selepas berjaya memasangnya, aku kini jauh lebih selesa bersamanya. Aku juga telah memasang top box untuk lebih praktikaliti. 


Sebelum memasang top box, beginilah cara aku membawa barang ke tempat kerja. Agak leceh nak bawa banyak beg & rasa bimbang nak tinggal kat motor serta leceh pula nak menggalas jika aku nak singgah ke shopping mall membeli barang. Jika ada rezeki aku nak tukar ekzosnya. Sekarang ini masih ekzos standart... aku cuba nak kurangkan berat motor ini kerana tabung ekzos tersebut berat.... 7kg! Selain tu, nak melodi yang sedap sikit untuk hawa telinga... kikiki... 


Ini adalah konvoi pertama aku dengan FZ1 ketika lebih kurang sebulan memilikinya... Abah & kawannya, En, Rais.... menaiki Honda Goldwing (abah bonceng) ajak aku untuk konvoi bersama mereka ke Hadyai. Aku ikut bersama isteri kerana isteri aku belum pernah jalan-jalan ke Thai. 


Motor ini agak tinggi pada aku. Untuk kegunaan harian, motor yang rendah sikit lebih memudahkan aku untuk bergerak & mengendalikannya. Aku cuba untuk rendahkan sedikit motor ini dengan memasang lowering link yang aku beli dari Soupy Performance (jenis adjustable). Namun hanya guna beberapa bulan, link tersebut patah ketika aku pulang dari tempat kerja & ketika itu pula aku sedang memotong kereta... mujur juga aku tak laju sangat ketika tu.... link tu patah lalu menyebabkan swingarm terus rapat dengan frame belakang... Aku melambung ketika ianya patah kerana link tu 'menongkat' jalan... mujur tak jatuh & mujur juga swingarm ditahan oleh pemijak kaki belakang dari tayar terus rapat menyagat undertray... alhamdulillah...

Aku bawa motor dengan cukup perlahan lepas mengikat link yang patah itu dengan tight cabel....& hubungi pihak Soupy Performance memberitahu produk mereka rosak.... namun aku sangat hampa dengan jawapan mereka..... !!! Terkorban duit aku beratus ringgit beli produk mereka yang hampir meragut nyawa aku.... Kalau nak beli, janganlah beli link jenis adjustable.... mungkin apa yang berlaku adalah masalah terpencil & sangat jarang berlaku pada orang lain... cuma ini nasib aku saja yang terkena.... mujur Allah lindungi aku dari terjatuh ketika tu atau berlaku semasa aku sedang laju di highway... na'uzibillah... takleh nak bayang aku kalau jadi di tengah highway.... huhuhu....


Selepas itu, aku beli lowering link jenis lain yang jauh lebih yakin ketahanannya & jauh lebih tebal buatannya berbanding standart (hitam). Yang baru ni lebih berat besinya. Walaupun ianya bukan jenis adjustable seperti link Soupy Performance, tapi aku lebih yakin menggunakannya...

Ada banyak lagi aksesori yang aku pasang pada motor... bertukar ganti barangnya...


--------------------------------------------------------------


PERUBAHAN PITSTOP RIDERZ


Sejak bermotor kembali, kebanyakan masa aku gunakannya adalah untuk ke tempat kerja & balik kampung saja. Tiada lagi akvitivi permotoran aku seperti awal tahun 2000 dulu, konvoi sana sini, layan koner sana sini atau TTS sana sini. Sekali sekala aku ikut jugalah TTS yang kawan aku ajak itupun jika ada kelapangan. Aku sudah kurang berminat untuk join mana-mana kelab ataupun pertubuhan kerana tidak mampu memberi komitmen lagi ke arah itu & aku rasa zaman itu telah berlalu untuk aku. Memandangkan isteri aku juga meminati motor, banyak aktiviti aku lakukan bersama isteri samada dengan menaiki FZ1 atau SYM Evo yang telah membawa aku jauh merantau bersamanya...

Aku cuma aktif dalam laman sosial saja dalam komoniti motor. Kawan-kawan Pitstop Riderz hampir semua dapat dikumpulkan kembali dalam laman sosial. Masing-masing sudah ada komitmen besar serta berkeluarga. Hanya beberapa orang saja yang masih bujang... Ahli-ahli yang aktif terdiri daripada abg Norick, Halim, Naza, Broody, Manstir, Narong, Asrul, Zairry, Farid, Arjess, Mit, Iqram & Pijoe. Kadang kala Lennon masuk & jarang benar Jinshoon masuk... amboi... susah tul nak kontek dia... hahaha... kalau dekat mau gak belajar drift dengan dia... haha... Ahli dalam group ada 21 orang kini... tapi tak semua rajin online....

Setelah sekian lama  keakraban yang terjalin, membuatkan aku terasa ingin berjumpa mereka kembali. Filem Hollywod Wild Hogs membakar semangat kami semua untuk berjumpa & kami memanggil perjumpaan in juga Wild Hogs.... masing-masing dah lama tak berjumpa & semua sangat teruja untuk berjumpa kembali. Memandangkan ahli semua semakin berumur, nama pun berubah juga... kini kami dipanggil PITSTOP RIDERZ OLD BOYS (PSROB).... kikiki....tiada ahli baru. Semua adalah ahli lama sejak awal tahun 2000an dulu... keahlian baru juga ditutup... 

Tarikh sudah ditetapkan cuma tarikh sebenar aku dah lupa... dekat hujung bulan Ogos 2012. Tarikh tersebut adalah yang terbaik untuk aku berjumpa kawan-kawan sebelum isteri aku bersalin. Tempat pula kami pilih Port Dickson memandangkan itu tempat paling bernostalgia buat semua. Zairry anak jati PD telah mencari tempat penginapan yang sesuai ketika itu. Perancangan dah buat... persiapan la plak kena buat sekarang ni... 


Aku beli beg tangki baru yang lebih besar khas untuk perjumpaan ni. Ketika ni, aku belum memasang top box pada motor lagi. Riding pant kalis air turut dibeli bagi memberi pasangan kepada jaket Dainese (dilekatkan strip reflector). Tayar belakang motor juga ditukar baru dari Dunlop Sportmax (8000km sudah sampai marking minimum) kepada Bridgestone Battlax BT023 yang mempunyai cengkaman yang baik serta jangkajayat yang lebih lama kerana tayarnya dual compound. 

Semangat aku sangat berkobar-kobar pada malam sebelum bertolak esok harinya. Pukul 3 pagi baru siap kemas.... Namun sudah suratan takdir... kita merancang, Allah jua yang menentukan..... pada tengah hari esoknya sebelum aku bertolak, aku mendapat panggilan kecemasan dari isteri aku yang sedang sarat mengandung 8 bulan yang beliau kemalangan jalanraya!...alangkah terkejutnya aku! Bergegas aku pergi kepadanya... Alhamdulillah beliau tak mengalami sebarang kecederaan... kereta remuk di bahagian depan sebelah pemandu.... Terlanggar belakang kereta Proton Saga yang nak masuk simpang secara tiba-tiba tanpa sebarang lampu brek & signal.... Isteri aku dah cuba elak, tapi terkena juga.... Walau itu salah driver Proton Saga itu, tapi ikut undang-undang kita... orang belakang yang salah. Nak buat report Polis pula, Balai Polis terlalu jauh... kami settle sendiri sajalah.... benda nak jadi... nak buat camno... yang penting isteri & kandungan selamat....

Berita mengejutkan itu aku sampaikan kepada sekelian kawan-kawan PSROB... dengan serta merta... hari itu juga kami membatalkan perjumpaan Wild Hogs kami.... terkuburlah perjumpaan itu yang telah dirancang berbulan-bulan lamanya....


----------------------------------------------


WILD HOGS! WILD HOGS!


Setelah lebih setahun berlalu, rasa nak buat lagi perjumpaan ni... Cadangan bermula kembali. Nampaknya kawan-kawan semua sangat sporting... semangat kembali berkobar! Kali ni perancangan dibuat dalam jangka masa pendek saja. Tempat pilihan masih lagi  Port Dickson yang bernostalgia itu.....

Tarikh 11 Januari 2014 yang bersejarah dipilih. Rumah banglo telah ditempah Zairry dengan duit poketnya separuh untuk menyewa banglo itu. Terima kasih banyak bro... moga-moga dimurahkan rezeki & cepat mendapat jodoh... nanti kami konvoi beramai-ramai ke kenduri kalau ada rezeki... kikiki... nanti belanjalah lagi tau... hahahaha....

Stiker kelab yang telah dirancang setahun nak dibuat... telah ditempah oleh Naza. Terima kasih bang...belanja stiker... moga-moga dimurahkan rezeki lagi... hehehe...

Beberapa aksesori tambahan untuk keselesaan aku beli. Aku menggunakan throttle grip Racing Boy selepas memasang handle bar ER6. Ia nampak cantik tapi keras teksturnya. Aku pasangkan getah balut badminton yang agak tebal.... Selesa la sikit... tapi getah tu kerap tertanggal. Dari banyak forum, ramai mencadangkan  throttle grip Grip Puppies yang bukan saja lembut & selesa... malah dapat mengurangkan sebu di tangan... Nampaknya memang betul kata mereka... 



Selain itu aku memasang lampu spotlight LED yang jauh lebih terang berbanding low & high beam standart motor ini... dah betul-betul jadi touring bike dah FZ1 aku ni...


Aku juga memasang soket 12V untuk mengecas GPS. 



Seperti dirancang pula... setahun kemudian & beberapa hari sebelum Wild Hogs... tayar motor aku sudah hampir botak. Dah sampai marking miminum pada hampir 18000km penggunaannya.. boleh tahan juga tayar ni.. Ada di antara bikers yang menggunakan tayar sampai betul-betul botak malah ada yang sampai nampak benang tayar baru nak tukar... memanglah tayar motor besar mahal, tapi nyawa kita jauh lebih bernilai dari wang ringgit kita... 

Aku pernah hampir terbabas beberapa kali ketika dengan CBR dulu kerana tayar terlalu botak. Nak jimat punya pasal, aku pakai jugalah tayar botak tu...  kesannya aku hampir terbabas dengan tayar belakang botak yang botak di traffic light & paling ngeri skali semasa dalam perjalanan balik ke Kedah dari KL dengan tayar depan yang botak... masa tu hujan lebat, tayar dirasakan seperti meniti atas air saja & tayar depan tu slip pula dalam keadaan motor aku sedang dalam keadaan menegak... mujur grip semula mungkin terkena bahagian tayar yang berbunga sedikit di tepi... fuh! Alhamdulillah tak jatuh.... Sekarang ni bila tayar dah sampai marking minimum aku akan tukar tayar tu. Cukuplah peringatan yang pernah aku dapat dulu..... 

Aku pergi ke kedai motor besar milik orang Melayu iaitu AMS Motorworks di Bertam, Penang.

Layari profile Facebook mereka  

Ia adalah kepunyaan seorang guru iaitu Cikgu Farid. Hebat kedai motor beliau. Kedainya besar. Kedai yang aku parking motor ni adalah kedai lama yang masih beroperasi lagi. Kedai besarnya cuma berada lebih kurang 50m saja dari situ. Boleh nampak kedai barunya dari sini. Selain membaiki motor, mereka juga menjual motor, spare parts & aksesori.... & yang paling gempak mereka mempunyai mesin Dyno yang satu-satunya ada di utara. Wow! Tak lama lagi mereka akan terus pindah ke kedai baru yang besar itu (beroperasi juga) secara keseluruhan.


Tayar Bridgestone T30, keluaran terbaru menggantikan BT023 dipilih. Tayar tersebut mempunyai rating yang tinggi & adalah lebih baik dari BT023 yang memang sudah terbukti bagus. Tayar motor aku ditukar sendiri oleh Cikgu Farid yang baru saja balik dari mengajar di sekolah. Terima kasih banyak Cikgu.. hadiahkan pula saya head tube.... yang bakal digunakan masa Wild Hogs kelak... hehehe...

Ternyata tayar ini sangat meyakinan aku. Terasa gripnya jauh lebih baik dari tayar lama. Recommended kepada rakan-rakan yang mencari tayar untuk commute setiap hari. Jangka hayatnya panjang, boleh digunakan untuk melayan koner & bagus di dalam hujan.


Sebelum jalan jauh, motor kena mandi dulu. Bila dah bersih hati pun senang & seronok nak berjalan. Lebih aerodinamik... kuikuikui...


Ini adalah antara barang-barang yang aku nak bawa kelak. Saddle beg pernah berlubang (sudah ditampal) angkara ekzos FZ1 ketika balik kampung dulu distandby kalau top box penuh. Ini yang bagusnya ada top box, praktikal... boleh bawa barang banyak... Nilai estatika motor sedikit terjejas.. dah tak racing dah rupanya...kuikuikui....  tapi memudahkan aku dalam banyak perkara...

Aku pun dah penat.... tapi sangat bersemangat! Esok dah nak gerak dah ni... adoi! Tak sabaqnya!


akan bersambung..............

Leia Mais…