Group Facebook DUNIA JAM juga telah menjadi medium berinteraksi sesama rakan-rakan peminat/penternak jam dari seluruh Malaysia malah ada juga rakan-rakan dari Indonesia. Maklum balas yang lebih pantas dengan
Facebook mungkin telah menjadi pilihan ramai berbanding blog telah menyebabkan dunia blog agak perlahan perjalanannya.... namun blog masih menjadi perhatian untuk maklumat, rekod & arked bacaan & informasi.....
Medium
Facebook kini lebih banyak digunakan oleh blogger & rakan-rakan pengumpul jam untuk menjual jam yang mana blog telah menjadi saluran kedua untuk jualan dilakukan.
Mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan group
Facebook
DUNIA JUALAN JAM yang sebenarnya telah lama diwujudkan khas untuk jualan & pembelian jam, aksesori jam atau lain-lain yang berkaitan.
Sekiranya anda mempunyai akaun
Facebook, kunjungilah & sertai group kami bagi memeriahkan lagi DUNIA JUALAN JAM. Mungkin dalam ratusan jam yang diiklankan itu terselit jam yang anda tercari-cari selama ini.....
Kunjungi kami di DUNIA JUALAN JAM
2 KOMEN ANDA:
Blog ni tak akan update dah ke?
As-salam bro.... skrg ni komitmen byk kat tempat lain. Cam takda masa nak update... tp perasaan nak update tu masih ada... hahaha... Skrg ni dok aktif dalam group FB saja
Post a Comment