Thursday, November 29, 2012

Casio Wrist Camera WQV-1 - salah satu inovasi pertama di dunia dari Casio

Suatu ketika dahulu Casio banyak mencipta jam yang mempunyai fungsi yang pelbagai serta unik pula.  Contohnya seperti fungsi mengira denyutan nadi, tekanan darah, pancaran beam yang boleh mengukur suhu sesuatu benda dari jarak jauh, mengira jarak di dalam peta, mengukur cahaya UV, jam yang berkebolehan menelefon hanya dengan mengangkat ganggang telefon, boleh megukur jarak selaman dan sebagainya. Fungsi unik yang dihasilkan itu pula kini sudah tiada dipasaran & mereka tidak pula 'memasukkan' fungsi-fungsi menarik tersebut pada model-model terikini mereka. Salah satunya merupakan jam gadget ala James Bond ini yang mempunyai fungsi kamera... iaitu Casio Wrist Camera WQV-1. 

Pada pendapat aku teknologi jam Casio terdahulu lebih menarik & unik berbanding yang terkini. Minat aku lebih cenderung kepada model lama Casio kerana merasakan ianya lebih umph! Kini hanya beberapa fungsi unik popular saja yang masih wujud hingga kini seperti databank & kalkulator. Mungkin trend jam gadget seperti dulu sudah tidak sesuai atau sudah tidak kena pada zaman sekarang.... Namun pada aku terasa rugi pula mereka tidak meneruskan legasi jam berfungsi unik tersebut kerana tidak ada jenama lain di dunia yang sangat berinovasi dari segi teknologi elektronik seperti Casio. Perkembangan teknologi & evolusi mereka hebat & satu kerugian pula jika kita terlepas pandang jenama yang umum anggap 'biasa' & 'murah' ini.



Lihat saja bentuknya mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah jam ini baru dikeluarkan.. ditambah pula dengan tertera tulisan WRIST CAMERA padanya boleh membuatkan hati tertanya-tanya. Jam ini merupakan model pertama jam tangan berkamera di dunia  & telah dipasarkan pada tahun 2000.

Inovasi & penciptaan Casio dari tahun 1974 ke 2008 boleh dilihat pada link di bawah:

Jam yang dipaparkan ini bukanlah kehabisan bateri. Ianya sedang berada dalam mode sleep/hibernate. Jika tidak digunakan dalam tempoh beberapa lama, skrinnya akan terpadam seperti ini yang bertujuan untuk menjimatkan bateri.


Jika tidak 'tidur', beginilah keadaannya. 
WQV-1 merupakan model pertama di hasilkan. Diikuti dengan WQV-2, WQV-3 & WQV-10D. Model WQV-10D menawarkan teknologi skrin berwarna & merupakan satu-satunya model skrin berwarna berbanding yang lain serta mempunyai pixel yang lebih tinggi serta dot matrik LCD yang lebih tinggi.



WRIST CAMERA.... nak pakai tak tentu pasal risau juga... bimbang ada orang ingat nak 'skodeng' pula... hehe.... 


Lensa kamera terletak pada bahagian atas jam. Rupanya seperti lensa kamera kebanyakan telefon bimbit sekarang.


Keadaan jam ini sangatlah cantik & seperti baru. Tuan sebelum ini menjaganya dengan cukup baik. Tiada calar mahupun cacat cela pada setiap bahagiannya. Sukar untuk mendapatkan jam yang agak berumur ini dengan keadaan mulus begini.

Skrin LCD cukup besar dengan penomboran yang jelas. Ia mempunyai skrin LCD monokrom dengan 14400 dot. 


Suatu yang menarik mengenai jam ini ialah warna casingnya. Ia bukanlah hitam semata-mata, namun merupakan hitam metalik. Cantik! Jarang jumpa model Casio begini.


Tali yang digunakan pada jam ini merupakan tali original & warnanya sama seperti warna badannya. Tertera sedikit info spesifikasi pada tali jam ini.



Secara keseluruhan terdapat 6 button pada jam ini di mana 3 terletak di sebelah kiri, 2 di sebelah kanan & 1 di bahagian atas. Cermin jam ini agak tebal & sedikit melengkung dengan bahagian tepinya sedikit bevel mengikut kontur casingnya.


Ia mempunyai beberapa fungsi selain fungsi utama kemeranya. Ia boleh menyimpan sebanyak 100 gambar pada satu-satu masa (jika tak silap). Gambar-gambar tersebut boleh dilihat semula pada mode PLAY (rekod). Selain itu ia mempunyai ALARM (5 setting), STOP WATCH, TIMER & mode untuk memindahkan data ke komputer.



Ini merupakan paparan gambar yang diambil pada LCD. Gambar ketika aku botak... ekekeke.... Kita juga boleh melihat tarikh & waktu gambar in di ambil (kanan). Skrin LCD model ini memaparkan gambar monokrom dengan 16 grayscale. Semakin tinggi nilai dot LCD, maka lebih jelas & cantik gambar yang dapat dilihat pada LCD. 


Untuk mengambil gambar dengan jam ini, pencahayaan perlu mencukupi. Gambar di dalam bilik atau cahaya lampu tidak dapat menghasilkan gambar yang begitu jelas. Dalam mode kamera, untuk mengambil gambar hanya perlu tekan button di bahagian atasnya. Setiap gambar yang telah diambil akan ditayangkan pada skrin & akan disimpan di dalam memori.


Ada 3 jenis mode mengambil gambar yang boleh digunakan iaitu NORMAL, ART & MERGE. Dalam mode ART, gambar pada skrin akan berubah menjadi gelap sedikit. Tak tahulah bagaimana rupanya pada komputer perbezaannya dengan NORMAL. Jika pencahayaan tidak mencukupi.... bertambah kelam la gambar LCD.... Dalam mode MERGE (mencantumkan gambar), skin akan terbahagi kepada dua bahagian. Apabila button ditekan, skrin sebelah kiri akan merekodkan gambar tersebut, separuh lagi (kanan) akan merekod gambar apabila button ditekan kali kedua. Jadi nampaklah 2 gambar dalam satu skrin.


Berdasarkan tarikh, gambar ini telah lama di ambil. Sekarang baru ada masa & kerajinan untuk review.

Aku tidak dapat pastikan bagaimana keadaan gambar yang di ambil dengan jam ini pada komputer kerana aku tidak dapat memindahkan data ke komputer kerana ketiadaan CD driver jam ni & set IR Pod jam ini. Buku manual juga sudah tiada ketika aku membeli jam ini. Bertambah sukar untuk menggunakannya tanpa buku manual tersebut. Aku perlu belajar sendiri cara-cara menggunakannya. 

Disebabkan jam ini mempunyai fungsi mengesan (detect) alat (device) infra-red, aku telah berusaha mendapatkan satu USB Infra-red dari eBay dengan harapan dapat transfer gambar ke komputer. Namun kecewa kerana aku tidak berjaya berbuat demikian... Perlu guna IR Podnya juga nampaknya....

IR pod
Gambar diambil dari Mumbai.olx.in
Beginilah rupa IR Pod jam ini.



Bahagian caseback ada persamaan seperti kebanyakan Casio namun dengan sedikit perbezaan. Bahagian bateri dibuat mudah dibuka begitu bagi memudahkan pertukaran bateri dilakukan dengan hanya menggunakan duit syiling. Mungkin kerana jam ini kuat menggunakan tenaga bateri membuatkan pihak Casio membuat inovasi begini. 

Bateri yang digunakan jam ini ialah CR2032. Dalam keadaan mode sleep/hibernasi, ketahanan baterinya hanyalah selama 1.5 tahun. Dalam penggunaan harian bersama penggunaan kamera, bateri hanya bertahan lebih kurang 6 bulan sahaja.

Penutup caseback begini turut dibuat oleh Swatch & Suunto bagi memudahkan kerja pertukaran bateri. Menurut rakan yang menggunakan Suunto, jamnya agak cepat kehabisan tenaga bateri  berbanding Casio. Jadi tidak pelik jika caseback dibuat begini.


Saiz jam ini agak besar dengan tangan aku. Ia mempunyai diameter 40mm dengan 52mm panjang (lug ke lug) & 16mm tebal. Walaupun saiznya besar, namun ianyanya sangat ringan. Lebih kurang 32gram sahaja. 


Bila memakainya terasa seperti menyarungkan gadget agen James Bond.... kuikuikui

 Seperti mengambil gambar, memori bersamanya aku abadikan & dikongsi di sini. Semasa H4U tempoh hari, mungkin ada rakan-rakan yang perasan kelibat jam ini dalam acara itu. Namun tidak lagi kelihatan pada H4U akan datang (sekiranya ada) kerana jam ini sudah tiada dalam koleksi aku... yang tinggal hanyalah gambar & memori bersamanya.....




7 KOMEN ANDA:

walikard said...

Pernah satu masa begitu menggilai jam ni...sgt hi-tech, even smpi sekarang masih dirasakan begitu...kudos to Casio..harap mereka masih dapat buat jam-jam sebegini utk tatapan generasi baru...atau tatapan kita yg dulu tak mampu beli sekarang dah boleh setelah dikumpul-kumpul :p

duniajam said...

Andai kata masih ada lg Casio berfungsi begini mesti lagi gempak. Imej yg dirakam mesti cantik & sama dgn kualiti kamera teknologi skrg. Hehe

SUKAJAM said...

Casio oh casio.. err.. sayang betui tak takdak

duniajam said...

apa boleh buat... jodoh tak panjang.... huhu

Unknown said...

salam...artikel yg sgt mnarik..
sbnarnye sy bru j brjinak2 dgn dunia jam ni..

tp saye ade soalan nk tnye..
pda thun 2005 sy dhadiahkn jam brand 10:K (perslo quartz=sperti trtera kt dail)...sy xpnah dgr brand 10:k tpi mggunakan swiss movement dan kat enjin trtera swiss made/one jewel..

jam msih brfungsi dan keadaan trbaik..saye nk tnye jika trtera series 96 adekah jam tu dibuat/dkeluarkn thun 1996?

duniajam said...

salam Ad Deen....
Terima kasih....

TErus terang sy ckp.. sy pun tek pernah dengar jenama tu. 1st time tau ni... hehe.. Sy google tak jumpa plak jenama tu.... Mungkin jenama tu sudah tidak ada lg skrg.. sy pun tak pasti...

Tp pastinya jam tu suatu yg sgt menarik. Tahniah kerana memilikinya!

Unknown said...

thx..mgkin syarikat jam ni dh muflis kot hahah..

tpi sy nk tnye klau ade trtulis 'series 96' atau selainnya kt blakang jam,adekah ianya dbuat/dkluarkn taun 1996?...sbb sye trima jam ni brsma case(hilang)tanpa warranty kad n manual..maklumla hadiah dri uncle,n ayah sy ckp jam ni harge 200,tp hrge sbnar xtaula..

slain tu hnye no siri yg trtera,jadi ssah nk tau thun brape jm ni..TQ..