Tuesday, April 19, 2011

Hamilton military - US military issue watch

A true military watch! Sudah tentu! Kerana jam ini merupakan jam yang dikeluarkan khas untuk kegunaan para tentera US!

Hamilton merupakan syarikat jam dari Amerika yang mula memperkenalkan jam pertama mereka di pasaran sejak tahun 1893. Pengeluarannya yang suatu ketika dulu berpusat di Amerika telah berpindah ke Switzerland pada tahun 1966. Suatu yang membanggakan syarikat mereka masih utuh sehingga kini & masih mengeluarkan model-model yang mengancam jiwa. Mereka berada di bawah naungan Swatch Group & mendapat subsidi movement dari ETA. 



Perang Dunia Kedua telah menyaksikan perubahan drastik terhadap dunia horologi pada waktu itu. Hamilton menghentikan pengeluaran jam dalam pasaran biasa & menumpukan hasil kerja mereka kepada jam-jam untuk kegunaan tentera. Kiranya jam-jam military yang kita ada sekarang pernah berperanglah! 

Jam bersiaz medium ini pernah berada dalam koleksi aku tidak beberapa  lama dulu. Casing yang digunakan padanya adalah dari stainless steel dengan sentuhan blasted finishing padanya. Jam military tidak perlu 'bling-bling' kerana mudah menjadi sasaran musuh. Cermin telah ditukar baru memberikan rupa yang lebih bermaya.


Crown agak besar untuk jam bersaiz ini. Namun pada aku ianya sangat praktikal memandangkan jam ini merupakan jam untuk kegunaan tentera. Crown yang besar itu akan memudahkan penggunaan & setting masa untuk misi tentera. Jam juga ringan & tidak begitu tebal yang bukan sahaja selesa di pergelangan tangan malah ia juga tidak mengganggu dalam misi yang sedang dijalankan.


Tiada nama dicatatkan pada dial. Hanya mempunyai logo 'reaktif' & H3 pada dial. Orang yang tak tahu pasal jam ni pasti tidak akan tahu jenama jam ini. Jarum jam ini aku yakin bukanlah yang asli kerana sangat berbeza dengan banyak model Hamilton military yang aku tengok di internet. Jarum saatnya pula diletakkan bahan luminous. Namun lume pada jam ini sudah tidak bermaya lagi.

Lume jam vintage military suatu ketika dulu menggunakan bahan luminous radium yang merupakan bahan radioaktif. Lume radioaktif ini mampu bercahaya secara sendiri tanpa memerlukan sumber cahaya tambahan sebagai pengecas. Itu jam tahun 1920an la... Pada waktu itu bahaya bahan radioaktif bukanlah suatu yang diambil kisah.... mungkin kesedaran terhadap bahayanya kurang di kalangan mereka di zaman itu. Asalkan jam bercahaya terang dalam gelap & nampak cantik... sudah boleh manjadi pelaris yang baik. 

Bahan radioaktif yang diprinted pada dial seperti jam vintage tidak lagi digunakan kini. Namun penggunaan bahan radioaktif tritium (ber-radiasi rendah) digunakan untuk jam moden kini dengan kaedah yang paling selamat. Teknologi lume ini telah dipatenkan & dibangunkan oleh mb-microtec dengan teknologi trigalight.... atau selalu orang dok panggil gas tube, tube gas, fluorecent gas dan sebagainya. 


Ini merupakan luminous jam Jeep chronograph yang menggunakan teknologi trigalight dari mb-microtec H3
Layari laman mereka untuk maklumat lebih lanjut:


Namun aku yakin apa yang ada pada Hamilton ini bukanlah bahan radioaktif seperti jam vintage military dahulu kala kerana hour marker tidak mempunyai bahan luminous sebab langsung tak bercahaya, malah jarum pula dari jam lain. Sah selamat! 


Gambar dari  networkedblogs

Sekiranya anda mempunyai jam military yang menggunakan bahan luminous radiumTOLONGLAH BERHATI-HATI kerana ianya bahaya kepada kesihatan anda. Bahan radioaktif sangatlah bahaya kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan penyakit merbahaya malah boleh mengakibatkan kanser dalam jangkamasa panjang & seterusnya jika lebih teruk bolah mengakibatkan kematian! Sebab tu orang dok kalut dengan trajedi letupan loji nuklear kat Jepun tu.. satu dunia boleh terjejas dengannya. Tapi orang kebanyakan ambil mudah sebab benda tak nampak & belum rasa kesannya. Kita sama-sama berdoa akan keselematan kita semua & dihindarkan dari bahaya tersebut.

Otai-otai jam yang pernah mengendalikan jam vintage yang menggunakan radium ini pernah merasai bahaya bahan tersebut. Ada yang pernah mengalami sakit kulit, malah ada yang telah buta sebelah mata! Jangan main-main! Namun jika diambil langkah berjaga-jaga, tidak perlu khuartir....

Sejarah bahaya kesan bahan radium jam boleh didapati pada link di bawah ini:

A Dazzle in the Bones


--------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah tips yang aku dapati yang merupakan kaedah asas pengandalian jam yang menggunakan bahan ini:
  • Jangan buka cermin jam jika tak perlu... Manalah tau saja-saja nak buka tengok & mendedahkan pula bahan lume pada persekitaran dalam jangka masa yang panjang... 
  • Sekiranya cermin jam pecah, gantikan cermin yang baru dengan segera. ASAP
  • Sekiranya anda rasa perlu menyentuh lume.. mungkin nak relume... 
    • Pastikan pakai sarung tangan. 
    • Buat kerja di tempat tak berangin.
    • Jangan buang habuk lume di merata-rata tempat. Letakkan di suatu tempat yang mudah untuk dikutip.
    • Pastikan habuk lume itu dibuang dalam bekas yang tertutup & tak terdededah... 
    • Senang cerita... kalau tak berani buat & ragu-ragu... JANGAN BUAT!!!!
  • Pakai cermin mata sebagai perlindungan.
  • Tolong jauhkan bahan makanan ketika mengendalikannya... manalah tau anda jenis suka buat kerja dengan ada kopi ais tarik kurang masin depan mata. Nanti habuk penambah perisa akan masuk dalam kopi tu & menambahkan kesedapan.... 
  • Bahaya bahan radium jam ini adalah disebabkan ianya terdedah kepada persekitaran. Ianya sangat bahaya jika terhidu & habuknya pula terkena badan. 
  • Pastikan habuk tidak terkena kulit anda, tidak terpercik masuk mata anda... apatah lagi kalau anda menelannya.
  • Ianya akan selamat sekiranya jam itu mempunyai cermin yang masih baik sebab tiada pengewapan berlaku. 
  • Ada lagi ni.... otai jam boleh tambah nanti....

-------------------------------------------------------------------------



Caseback jenis skru memamparkan info yang lengkap mengenai jam ini. Belum pernah aku tengok jam lain dengan paparan seperti Hamilton military.


Ia dikeluarkan pada tahun 1988.... bermakna sudah 23 tahun umurnya. Namun masih kelihatan hensem. Perenggan terakhir itu agak menakutkan aku sebenarnya.. DISPOSE RAD WASTE! Menurut sorang rakan, sekiranya jam ini hendak dibuang, ia perlu dibuang & dikendalikan seperti bahan sisa radiasi! Wah!


Movement kunci yang digunakannya bersih & berfungsi dengan baik. Ia juga telah dihantar servis & tuning


Walaupun jam ini merupakan jam vintage military, ia merupakan jam vintage military moden dengan keluaran tahun 1988. Dari data yang aku dapat, ia merupakan keluaran terakhir untuk kegunaan askar Amerika. Movement yang digunakan ialah ETA 2801-2.


Pemakaiannnya selesa & sesuai dengan saiz tangan aku. Nampak mantap & penggunaan tali military memberikan impak yang lebih berkesan berbanding tali asal yang aku dapat masa mula-mula beli jam ni yang menggunakan tali kulit. 

Hamilton masih mengeluarkan jam-jam military hingga kini. Model military masih menjadi salah satu keluaran utama mereka & ciri-ciri 'Hamilton' sangat utuh pada setiap modelnya. Kalau tengok jam mereka tanpa nama pun kita sudah boleh agak itu adalah jam Hamilton. 

Layari laman utama mereka untuk melihat koleksi terbaru mereka:

Leia Mais…

Wednesday, April 13, 2011

Bergaya dengan Alain Delon

Siapa yang tak kenal dengan Alain Delon.... Mereka merupakan jenama fesyen terkemuka yang menawarkan kualiti pakaian serta design yang kasual & eksklusif. Selain pakaian serta aksesori mereka juga mengeluarkan jam tangan sebagai pelengkap produk mereka. 

Apakah itu jam butik/fesyen/designer? Ia adalah jam berjenama fesyen/designer yang mengeluarkan pakaian serta aksesori yang berkaitan contohnya Alain Delon ini, Gucci, Guess, Crocodile, Levi's, Fossil, Timberland, Puma, Pierre Cardin, Cerruti dan lain-lain lagi. Pendek kata jenama yang buat pakaianlah. Kalau jam berjenama itu turut mempunyai rangkaian pakaian, itulah jenama butik/fesyen/designer.  Menurut sorang otai, jenama-jenama ini bukanlah membuat jam di kilang mereka, namun melesenkan kilang lain untuk membuatkan jam berjenama mereka. 

Sewaktu di zaman sekolah dulu aku pernah berangan untuk memiliki jam jenama ni. Keratan iklan jam-jam Alain Delon ada yang masihku simpan dalam buku skrap. Jam ini sebenarnya kepunyaan sahabat lama yang berkunjung ke rumah aku. Ia adalah hadiah hantaran perkahwinannya & merupakan satu-satunya jam yang digunakan setiap hari. Beliau kerap berkunjung ke rumah aku. Jadi kali ni aku ambil kesempatan untuk menjadikan jamnya model penghias blog aku.


Menurut beliau, design jam ini membuatkannya tertarik & merupakan jam automatik pertamanya. Sepertimana design pakaian Alain Delon yang kasual & eksklusif, penampilan tersebut digarapkan juga dalam jam ini. Casing sedikit bujur dengan design dial & cermin gabungan cembung & cekung di sebelah tepinya.

Ia mempunyai 2 register yang memaparkan subdial 24 jam (kiri) & hari (kanan) dimana logo AD dibuat secara kreatif & berseni padanya. Dial juga mempunyai desorasi sesuai dengan penampilannya. Jika anda perasan, crownnya bukanlah terletak tepat pada pukul 3 seperti kebanyakan jam, namun terletak diantara pukul 2 & 3. Unik! Namun ada sebabnya....


Ia merupakan jam beater sahabat aku ini, jadi calar akibat kegunaan harian adalah perkara biasa. Cermin mineral cembung padanya cukup tebal. Calaran yang agak dalam terdapat di bahagian tengah cermin akibat hentakan kuat pada benda keras. Mujur juga ia cukup tebal. Cermin yang cembung itu dibuat selari dengan kecembungan casing itu sendiri & merupakan faktor penyumbang kepada kecantikan jam ini. Crown bertanda logo AD berkedudukan abnormal dari kebiasaan jam.


Caseback mempunyai 4 skru di setiap penjuru & mempunyai cermin see-through di tengah dimana mempunyai tandatangan designernya (aku rasa la...)... Sangkaan aku yang jam ini menggunakan movement China meleset dimana sebenarnya....


....ia menggunakan movement dari Orient! Bukan semua jam butik ini menggunakan movement China. Ada juga yang menggunakan movement Jepun. Malah ada juga yang menggunakan movement Swiss (jam-jam butik high-end). Jadi reliability movement sudah tidak menjadi isu lagi....


Selepas melihat jam AD itu.... aku terus terlintas dengan jam ini yang juga merupakan hadiah hari jadi isteri tercinta yang kini dah nak masuk 3 tahun. Bila lihat paparan dial AD, aku dapat rasakan ada suatu yang familiar... rupanya inilah jawapannya....


Lihat saja persamaan paparan antara keduanya. AD menggunakan movement yang sama seperti Orient itu. Kalau diperhatikan betul-betul, subdial hari Orient adalah sedikit kebawah. Manakala AD pula sama paras dengan subdial 24 jam. Jadi untuk AD membuatkan kedua-dua subdial sama paras kedudukannya, movement perlu diputarkan ke kiri sedikit supaya ianya sama paras & hasilnya crown akan berada di atas sedikit dari pukul 3. Memandangkan casing AD juga melengkung, ia membantu dalam menambahkan markah ia sebagai jam designer... Kedudukan crown itu nampak tidak ralat selaras dengan bentuk casing itu. 


Tali yang dibekalkan adalah tali kulit & didatangkan dengan deployant clasp.


Pemakaiannya kemas & selesa. Tampak sangat kasual & sangat sesuai dengan penampilan sahabat aku ini dalam menjalankan kewajipan hariannya.

Walaupun impian aku untuk memiliki jam AD tidak kesampaian, rasanya cukup sudah untuk aku merasainya di tangan aku walau sekejap. Pengabdian bersama jam ini dalam gambar sudah cukup puas untuk aku menatapinya sebagai memenuhi impian suatu ketika dulu....

Leia Mais…

Thursday, April 7, 2011

Rolex Submariner - TULEN bang....


TULEN..... suatu perkataan kontroversi yang punyai banyak maksud kini walau pada dasarnya sudah menunjukkan kepastiannya. Bila mana fakta & hakikat diputar belitkan, hasilnya suatu yang penuh dengan pseudo & tipu daya... Semoga kita semua dilindungi & diberikan petunjukNYA...

Tolak bab tu.... yang semua orang dah pun maklum.... masuk ke topik yang lebih panas... 

Rolex merupakan suatu jenama yang amat terkenal di dunia yang bukan saja telah menjadi ikon & mempunyai rangkaian model yang paling mempunyai ikutan jenama-jenama terkenal lain (homage), malah manjadi jenama yang paling digilai serta diidamkan ramai peminat jam sedunia.

Kecemerlangan Rolex dalam bidang pemasaran membuatkan harganya kekal sepanjang zaman malah meningkat saban tahun. Boleh dikatakan hampir sama dengan urusniaga emas. Kedai-kedai pajak gadai pun kebanyakannya hanya menerima Rolex sebagai objek gadaian. Oleh kerana populariti & kecemerlangannya, ia juga menjadi model yang paling banyak direplikakan/ditiru.


Model yang paling popular adalah Submariner. Bukan saja banyak homage Submariner lahir, malah jam tiruan/replika juga turut bergelumang mancari makan dalam dunia jam. Homage dengan replika sama ke? Tak sama beb... Homage adalah jam original berjenama yang ditiru serupa dengan induknya. Bukanlah 100% tapi mirip kepada asasnya itu.... Contohnya Orient Sub, Sandoz Sub, Epos Sportive & pelbagai lagi jenama terkenal. Replika pula merupakan jam tiruan yang biasanya dibuat di China yang meniru 100% & menggunakan jenama yang ditirunya itu juga contohnya jam gambar di atas ini. 


Jam ini sebenarnya dah lama aku tengok. Diambil di kedai jam di Johor. Aku & Amar Variasi Jam bersama-sama ke kedai itu & merupakan pertemuan pertama kami secara serampang dua mata. Aku tertarik melihat jam ini lebih dekat kerana ia merupakan Submariner Ceramic Bezel. Cantik juga sebenarnya. Tapi jangan tertipu dengan tipu daya dunia apabila melihat jam Rolex secantik ini kerana ianya adalah pseudo semata-mata.


Kalau Sub berdial hitam sudah menjadi kebiasaan jamuan mata, wujud juga replika Sub berdial hijau ini. Tak banyak gambar aku ambil sebenarnya sebab mengejar masa & segan sebenarnya dengan tuan kedai & Rolex pula dah jadi kebiasaan tengok yang replika. Ada beberapa lagi jam replika yang dijualnya & bagusnya tuan kedai ini, beliau meletakkan jam replikanya di dalam kotak khas untuk membezakan jam original dengan yang replika & beliau tidak sorok memberitahu pelanggan yang jam ini tiruan.


Buatannya boleh tahan juga. Mungkin disebabkan design Rolex klasik & ringkas, membuatkannya dapat ditiru dengan mudah & memandangkan telah lama berada di pasaran replika sedunia... maka buatannya juga semakin baik. Kalau anda ditawarkan jam Rolex yang kononnya dikatakan baru & original dengan keadaan sepertimana di tangan aku ni.... dijamin ianya replika... kerana jam original tidaklah dipersembahkan begini. Stiker SAPPHIRE itu nak menunjukkan bahawa walaupun ianya replika, tetapi menggunakan cermin sapphire.


Crown jenis skru ini mempunyai logo Rolex dengan 3 dot padanya. Yang menunjukkan ianya menggunakan sistem tripple lock pada crown (untuk original).


Tiada jam Rolex original yang boleh aku gunakan sebagai perbandingan pada waktu itu, jadi aku gunakan gambar official Rolex sebagai panduan. Ini bukanlah suatu review yang teliti mengenai jam ini, mungkin ada benda yang aku tertinggal. Ia hanyalah sebagai panduan ringkas sahaja & aku bukanlah sorang yang profesional untuk membandingkannya secara terperinci. 

Pada bahagian atas crown guard jam replika, terdapat bahagian yang mempunyai brushed finishing (anak panah). Manakala bagi jam original, keseluruhannya adalah polished finishing. Potongan crown guard replika tampak lebih runcing & membulat, manakala jam original lebih tebal  mempunyai potongan yang lebih tepat. 


Dial hijau maxi, terdapat sedikit perbezaan antara replika & original. Walaupun bahagian lain nampak lebih kurang sama dalam mata kasar contohnya tulisan, hour marker & jarum... dial replika nampak suram & berwarna hijau flat. Buatan lume pada hour marker juga tidak kemas. Cetakan logo & tulisan pada replika kurang kemas. Namun replika gred yang lebih tinggi mempunyai buatan yang lebih halus & hampir sama dengan yang original.


Walaupun mempunyai cermin cyclop (kanta pembesar), nombornya hanya dibesarkan 1.5 kali sahaja. Manakala kesan cyclop ini pada jam original memberikan pembesaran sebanyak 2.5 kali ganda & nombor nampak hampir penuh dengan saiz cyclop itu. Anak panah itu menunjukkan bahagian bevel penununjuk tarikh yang kurang jelas pada jam replika.


Ukiran ROLEX pada chapter ring replika juga tidak begitu kelihatan & nampak tidak diukir begitu dalam. 


Bahagian paling kantoi adalah lume pada indeks bezel replika yang tersembul bak mutiara... berbeza betul dengan yang original.... 


Aku tidak yakin sebenarnya jika bezel jam ini betul-betul seramik. Mungkin ya & mungkin tidak.... 'filler' pada penomboran yang engraved itu berwarna putih adalah suatu ciri besar lain untuk dilihat. Lihat video di bawah ini yang menunjukkan bagaimana bezel ini dihasilkan.




Aku tidak pandai melihat sangat secara detail jam replika Rolex jika ditunjukkan kepada aku tanpa jam original di sebelah begini. Namun beberapa ciri-ciri besar dapatlah aku kenal pasti & salah satunya lagi adalah finishingnya... Bandingkan antara kedua-duanya & lihat jam replika mempunyai alur finishing yang tidak kemas & tidak selari. Jam original mempunyai alur yang kemas, selari & halus. Memang boleh nampak kekemasan jam original dengan jelas pada jam original jika dilihat depan mata.


Stiker yang boleh mengelirukan ramai. Sepatutnya untuk jam original, stiker tersebut mempunyai kesan 3D apabila dilihat. Tidaklah seperti yang dicetak begini.

Ada banyak web yang membuat review mengenai jam replika. Di bawah ini merupakan salah satunya. Anda boleh lihat perbezaan stiker tersebut pada web ini



Gambar pinjam
Suatu lagi kontroversi ialah penggunaan movement pada jam replika. Sebenarnya ada pelbagai jenis movement yang digunakan. Ada bermovement tiruan buatan China, ada yang menggunakan movement original jam berjenama China contohnya Seagull, ada yang menggunakan movement Jepun (Miyota) malah ada yang menggunakan movement Swiss ETA ogirinal!!!

Mungkin penggunaan jenis movement yang baik ini bergantung kepada gred replika itu sendiri. Menurut saudara TheTick-TheTick, jualan jam replika di Hong Kong lebih hebat dari kita kerana mereka mempunyai rangkaian jualan jam replika yang besar dimana buatan jam-jam tersebut memang betul-betul mirip original. Mereka juga merupakan hub terbesar dunia yang mempunyai movement original ETA terpakai. Maka tidak hairanlah jika ada seller yang claim yang jam tersebut menggunakan movement Swiss. Gambar atas adalah buktinya. Movement tersebut ialah ETA 2824 unfinished, yang merupakan movement kebiasaan yang digunakan.


Gambar pinjam
Ini pula merupakan movement Rolex 3135 yang original. 


Tidak seperti replika Sub yang lama. replika baru ini turut meniru clasp original yang lebih solid & rigid. 


Buatan clasp replika nampak kemas & solid juga namun buatannya lebih tajam di bahagian bucunya.

Apa yang cuba aku sampaikan ini bukanlah suatu review yang lengkap. Ia hanyalah review ringkas yang lebih kepada panduan & sebagai peringatan supaya berhati-hati apabila hendak membeli jam. Selidik dahulu jam tersebut & jangan buat keputusan yang terburu-buru. Biarlah lambat sedikit asalkan pembelian itu tidak terkena beli jam replika. Sebab ada seller yang menjual jam-jam begini  & claim sebagai original... Samada seller tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu. Apa yang penting, selidik dahulu jam tersebut sebelum beli walaupun jam vintage sekali pun. Kerana ketahuilah wujudnya Rolex vintage replika (aku pernah ditawarkan Rolex Oysterdate), Rado vintageSeiko chronograph (salah satunya pernah aku review dahulu) & lain-lain jenama yang kita takkan sangka adanya model replika. Jangan sangka jam vintage tiada replika!

Aku akan membicarakan lagi hal-hal jam replika pada artikel yang akan datang.... tunggu......

Leia Mais…