Friday, June 15, 2012

Horology For Unity 2012 - PERSEDIAAN

Majlis Horology For Unity 2012 telah berlangsung dengan gemilangnya pada 3 Jun lepas. Walau sudah 2 minggu berlalu, kehangatannya masih dirasai oleh setiap peserta yang hadir. Demam H4U masih tetap diteruskan di mana-mana & dalam group Facebook Dunia Jam, masih banyak gambar H4U dikongsi oleh ahli hampir setiap hari. Namun tak ramai tahu kisah di sebalik peristiwa bersejarah itu bagaimana ia direalisasikan..... semuanya bermula lebih 6 bulan yang lalu....

Jika masih ingat lagi, tarikh H4U dicadangkan pada bulan April lalu. Tak sangka ramai rakan-rakan menyokong tarikh tersebut. Ramai yang nak awal... Namun atas sebab-sebab tertentu, ia diganjakkan ke awal bulan Jun. Di sini aku ingin ceritakan secara ringkas bagaimana H4U tahun ini dirancangkan.... Cerita ini agak 'dry' kerana tiada gambar, tapi aku cerita juga untuk rakan-rakan yang rajin membaca supaya tahu sedikit sebanyak perkara yang telah berlaku & sebagai rekod untuk aku sendiri.

Nak ikutkan kemampuan, aku tak mampu dah nak mengepalai H4U seperti tahun 2010. Banyak peristiwa yang aku hadapi pada tahun 2011 & awal tahun 2012 ini. Peristiwa-peristiwa yang besar ini menyekat aktiviti aku untuk bergerak bebas seperti dulu serta membuat perancangan & seterusnya merealisasikan majlis H4U. Akibatnya, pada tahun 2011, tiada majlis H4U diadakan.

H4U tahun 2012 pun sebenarnya hampir terkubur juga atas sebab perubahan besar dalam kerjaya aku. Komitmen besar perlu diberikan sehinggakan tak mampu lagi nak update blog kerap seperti dulu lagi. Walau bagaimana pun, sahabat aku Nazri TIME AS IT IS menjadi superman menyelamatkan keadaan. Beliau tiba-tiba datang semangat nak buat H4U tahun ini dengan kadar segera. Terkejut juga aku bila beliau ajak aku buat H4U secara tiba-tiba begitu & banyak perancangan dah beliau fikirkan untuk H4U tahun ini. Beliau turut mengajak kembali penganjur H4U yang lepas untuk turut serta berkerjasama merealisasikan majlis ini iaitu abg Radzi THE TICK-THE TICK & abg Hassan DETIK DUA BELAS. Namun atas kesibukkan kerja, abg Radzi menarik diri. Kami mula berbincang mengenai H4U sebelum masuk tahun baru 2012 lagi... yakni pada bulan Disember 2011. 

 Berbekalkan semangat Nazri yang berkobar-kobar untuk menjalankan H4U tahun ini, tempias tersebut turut aku terima. Walau aku sibuk dengan kerja, aku cuba luangkan masa sedaya mungkin bagi merialisasikan H4U tahun ini. Sebelum mula melaung-laungkan kepada semua tentang perjumpaan yang ingin diadakan tu, kami berdua terlebih dahulu berbincang tentang hala tuju H4U kali ini. Cuba untuk buat yang lebih baik dari yang lepas. Banyak perkara dititik beratkan kali ini & banyak perancanyan & perkara yang telah dirancangkan. Saudara Nazri yang banyak buat kerja bagi merialisasikannya. Momentum beliau untuk menjayakannya sangat hebat! Sampai aku tak terkejar... hahaha....

Momentum semangat yang berkobar-kobar itu menyebabkan pemilihan bulan April sebagai majlis H4U kalendar 2012 dibuat awal bagi menghilangkan rasa kekecewaan rakan-rakan memandangkan tiada majlis diadakan pada 2011. Namun kami berdua yang akan tersangat kalut kerana waktu terlalu singkat untuk buat banyak perkara. Atas banyak sebab, tarikh ditunda ke 3 Jun 2012. Rasanya itu tarikh terbaik... namun agak ralat apabila digembar gembur pula Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan pada tarikh tersebut..... alhamdulillah lambat lagi nampaknya PRU... kalau tarikh sama, lagi pening......

Semasa sudah melaungkan H4U akan diadakan di blog & FB DJ, saudara Sarip Mahsyur (Black) menawarkan bantuan mendapatkan tempat perjumpaan & makanan. Terima kasih banyak bro atas bantuan yang diberikan. Saudara Azri (Jeghi) turut menawarkan bantuan untuk mendapatkan wartawan/media (press)... alhamdulillah... semuanya atas sukarela rakan-rakan sendiri.... secara tak langsung, kami semua menjadi penganjur bersama & saudara Nazri sebagai ketua. Itu yang uniknya mengenai H4U.... ianya diadakan atas dasar sukarela. Kami semua kerap berbincang mengenai H4U dari masa ke semasa. Lontaran idea banyak dikeluarkan untuk memantapkan lagi majlis tersebut kelak. Terima kasih kepada rakan-rakan penganjur yang banyak berusaha ke arah ini.... Jasamu dikenang....

Saudara Nazri telah berusaha mendapatkan penaja/sponsor dari banyak syarikat korporat, seperti Seiko Thong Sia Sdn Bhd, Casio Marco Corp. & syarikat Swiss. Tak sangka email pertama yang dibalas datangnya dari Montblanc.  Mereka berminat untuk sponsor barang kepada peserta termasuklah hadiah cabutan bertuah. Namun atas beberapa sebab mereka menarik diri. Banyak email positif yang kami terima seperti World Of Watches II, Red Army Watches, H3 Tactical Watch, Halda Watch Sweeden yang sangat berminat untuk turut serta & menaja. Saudara Nazri juga ke sana sini berusaha berjumpa pihak sponsor korporat ini berbincang mengenai perjumpaan yang bakal diadakan kelak ini. Usaha, keringat & wang ringgit beliau tak sia-sia apabila, ke semua pihak korporat yang berminat itu bersetuju untuk menyertai majlis ini.

Pada masa ini, kami berdua berbincang untuk membuat kelab/persatuan jam. Banyak perkara boleh dilakukan dengan adanya persatuan. Namun agak pening untuk dibuat kerana memerlukan kos yang tinggi serta syarat-syarat penubuhan yang agak susah serta memerlukan komitmen tinggi. Itu tidak jadi masalah sekiranya ramai ahli yang bantu. Pada masa yang sama juga, Nazri telah mendapat satu tawaran yang sangatlah menarik dari pihak World Of Watches II sekiranya persatuan jam diwujudkan dimana mereka akan menawarkan pejabat persatuan bersebelahan kedai mereka itu & akan mengikat kontrak selama 3 tahun berserta lain-lain kelebihan. Namun ramai orang yang hanya bersetuju persatuan diwujudkan tapi sokongan bantuan ke arah penubuhan persatuan sangat hambar.... ianya terkubur..... Namun idea tersebut tak hilang begitu saja... mungkin ia dapat direalisasikan suatu hari nanti....

Namun aku sangat bersyukur & sangat terharu dengan bantuan rakan-rakan belakang tabir dalam menjayakan H4U. Ramai kawan-kawan yang berbesar hati memberi bantuan kewangan dari saudara Simon Guok, Ram CLASSIC MALAYA, Jolee Yeow (WRIST SOLUTION), Rozif, Pencinta Masa DEMI MASA... terima kasih kalian! Semoga anda semua dimurahkan rezeki. Pihak kami juga menerima banyak sponsor individu yang berupa hadiah untuk cabutan bertuah... Sangat banyak hinggakan separuh peserta yang berdaftar bakal pulang dengan hadiah... terima kasih semua! Belum pernah aku pergi mana-mana majlis dengan hadiah cabutan bertuah sebanyak ini. Tak sangka betul aku dengan sokongan kawan-kawan yang sangat baik hati & sangat menyokong serta membantu kami untuk merealisasikan majlis H4U. Kami sebagai penganjur sangat berbesar hati, bersyukur & berbangga mempunyai rakan seperti anda semua.

Dipendekkan cerita.... makin banyak maklumbalas positif diterima dari banyak pihak seperti pihak sponsor korporat, media & individu. Ada yang meminta ruang untuk mereka berucap dalam majlis kelak. Dengan keadaan ini, perjumpaan perlu dibuat agak serius dengan aturcara yang lengkap walau masih berteraskan suasana santai. Seorang perlu menjadi pengacara (MC) pada hari itu. Dalam  pencarian MC, saudara Pencinta Masa DEMI MASA menawarkan diri... alhamdulillah.... terima kasih bro!

Aku & Nazri semakin rasa berdebar bila hari yang dinantikan semakin tiba. Kebimbangan kami rasai kerana bimbang majlis berjalan tidak seperti yang dirancangkan & peserta yang hadir kurang walau yang mendaftar sangat ramai. Hadiah demi hadiah sumbangan kawan-kawan diterima Nazri walau ada yang sampai di minit yang terakhir. Segala perancangan yang telah diaturkan berjalan dengan baik sekali setakat ini & seperti yang telah dirancangkan. Semoga majlis yang akan berlangsung kelak akan mengikut rancangan tersebut..... Namun saudara Hassan DETIK DUA BELAS tidak dapat hadir ke majlis kelak kerana ada hal penting di kampung. Alamat tempat perjumpaan tidak dihebahkan secara terbuka & hanya disampaikan kepada peserta berdaftar melalui email atas sebab-sebab keselamatan & hanya disampaikan 2 minggu sebelum majlis bermula.

Majlis akan diadakan di Akedemi Kenegaraan, Jalan Belamy, Kuala Lumpur. Aku bertolak 1 Jun & bermalam di rumah saudara Nazri untuk memudahkan kami membuat persediaan terakhir. Terima kasih banyak atas pelawaan bro... Jimat duit sewa hotel aku 2 hari... kuikuikui....

Seperti kebetulan, sebenarnya 2hb Jun merupakan anniversary aku... seolah-olah H4U tahun ini merupakan hadiah perkahwinan aku... Tarikh H4U tersebut bukanlah aku yang pilih, tetapi oleh saudara Nazri sendiri. Aku pula boleh terlupa tarikh anniversary masa tarikh H4U dipilih. Haru betui... Hehe... Pada 2hb itu, kesemua penganjur & urusetia yang terlibat diminta terlebih dahulu pergi ke tempat perjumpaan untuk membuat persediaan. Dijangka juga wakil World of Watches II juga akan hadir untuk turut membuat persediaan.


_______________________________________________________



2 Jun 2012


Dewan makan Akedemi Kenegaraan. Tempat perjumpaan yang bakal diadakan. Besar, selesa & berhawa dingin.
Awal pagi aku & Nazri dah keluar rumah. Lepas bersarapan kami terus pergi ke Akedemi Kenegaraan. Berjanji dengan semua rakan penganjur & urusetia untuk berjumpa lebih kurang pukul 10 pagi. Kami menunggu tuan rumah, saudara Sarip untuk menjemput masuk, takut-takut pak guard tak benarkan kami masuk.


Walau tak berjanji, seperti sehati sejiwa... merah kami dua... hahaha... Segak bergaya saudara Pencinta Masa DEMI MASA kita...


Beginilah keadaan dalam dewan makan tersebut. Ruangnya cukup luas untuk menempatkan lebih kurang 200 orang pada satu masa. Ianya juga cerah dengan pencahayaan yang cukup. Yang paling penting berhawa dingin. Tidaklah peserta mandi peluh kepanasan..... ditambah pula dengan pembakaran terbuka yang bakal berlangsung esoknya... harharhar...


Banner sumbangan Ustaz Wafee VINTAGE WATCH. Tak sangka ianya sangat besar & amat bertepatan dengan saiz dinding dewan ini..... sangat sesuai dijadikan fokus utama di dalam dewan besar ini.


Saudara Ram CLASSIC MALAYA turut hadir membantu. Beliau menyumbangkan tenaga, wang ringgit & hadiah jam & alat-alat jam untuk H4U ini... Terima kasih banyak bro! Beliau sedang mengikat banner pada dinding....


Hebat kawan kita ni... serba boleh. Satu cabaran juga sebenarnya nak pasang banner ni bila mana tempat nak tambat banner takda yang bersesuaian. Terpaksa ubah & ikut dengan apa yang ada dalam dewan. Mujur juga aku tak terlupa tali. Tali yang digunakan tu merupakan tali yang aku beli sejak H4U 2010.


Alhamdulillah, setelah beberapa usaha memasangnya tak berjaya.... hujung pengikat banner terkoyak la, kendur la, besi pada dinding tercabut la...... akhirnya berjaya juga memasangnya dengan baik. Saiznya yang sangat besar itu sangat sesuai dengan keadaan dewan & majlis ini nanti. Hebat Ustaz Wafee membuat perkiraan yang tepat!


Susun atur meja & kedudukan sponsor korporat juga telah diaturkan terlebih dahulu di atas kertas. Saudara Jolee Yeow WRIST SOLUTION memohon untuk membuka satu ruang untuknya menjual tali jam. Sangat sesuai kerana sudah pasti ramai yang sedang mencari tali yang bersesuaian untuk jam kesayangan.

Meja mula disusun sepertimana yang telah dirancang. Dalam pada itu saudara Kzmaan & abang Azhari JAM KAMPUNG menghubungi aku untuk datang... namun mereka sesat jalan....


Beginilah keadaan dewan selah disusun meja. Bahagian tengah akan menempatkan 'pemeran' jam... koleksi para peserta kelak. Kerusi di tepi disediakan sekiranya tempat di tengah penuh.


Wakil dari World of Watches II (WWII) juga turut membuat persediaan tempat untuk pameran jam mereka. Mereka turut menyediakan cenderamata untuk peserta yang melawat booth mereka.


Ini merupakan cenderamata yang bakal dibawa balik oleh peserta. Kalau tak menang cabutan bertuah pun, ada la juga barang sebagai kenangan abadi. Selain itu, setiap peserta akan membawa pulang sijil penghargaan. Perjumpaan ini bukanlah calang-calang perjumpaan kerana melibatkan banyak pihak & ia merupakan acara peringkat kebangsaan.


Setelah penat lelah, berehat sebentar bergurau senda..... 


......dalam diam-diam saudara Ram CLASSIC MALAYA mengeluarkan koleksi hebat beliau... ouf! Menangis! Sebelum orang lain bersidang kat sini, kami bersidang terlebih dahulu.... 


Seiko Velatura Automatic Chronograph Limited Edition. 
Hanya wujud 2000 unit saja di seluruh dunia.


Omega chronograph yang dipakai saudara Ram CLASSIC MALAYA. Jarang jumpa jam dress yang cantik begini yang ditala dengan movement chronograph. Cantik, tertarik & menarik.


Oris Date Pointer... besar saiznya... sangat mulus kondisinya...


Rolex GMT-Master bersama kotak Rolex yang baru... Jelingan matamu memukauku....


Omega Dynamic chronograph ini sangatlah aku suka... cantik betul!


Salah satu jam idaman aku.... dapat juga merasa walau sekejap...


Longines chrono dgn 2 jarum (saat counter minit) di tengah... jarang jumpa jam ni.


Breitling chrono berdial biru... pertama kali aku tengok juga. Berdasarkan koleksi yang dibawa, beliau sangat meminati jam chronograph. Cayalah bro!


Dah selesai kerja, perut pun dah lapar. Kami ke Restoran Tupai Tupai yang berada tak jauh dari Akedemi Kenegaraan. Berjanji nak jumpa saudara Kzmaan & abg Azhari JAM KAMPUNG di sini. Pelik tul aku dengan nama kedai ni.... nak cuba minta tupai masak kisap kalau ada... kuikuikui....


Abg Azhari sampai dengan jam Tudor Submariner... Adoi! Rare beb jam ni.... 
Perut pun dah kenyang, kami semua bersurai. Aku & Nazri masih belum siap kerja. Masih ada banyak yang perlu dilakukan di rumah. Masih ada barang yang perlu dibeli untuk menyiapkan kerja. Rata ceruk kami pergi cari barang yang diperlukan....


Mengantuk ka bro?.... atau bertafakur sejenak?  Hahahaha.... Macam-macam perkara difikirkan dalam satu masa & perlu disiapkan malam itu juga...sampai pening tak tau yang mana dulu nak buat... Aku dah mula rasa nak demam pula.. hah sudah!

Kami sama-sama siapkan perkara-perkara yang belum selesai. Aku bawa laptop & printer untuk mencetak sijil yang belum dibuat lagi. Lebih kurang 150 sijil di cetak pada malam itu.  


Satu demi satu sijil dicetak & di cop (ditempah khas untuk H4U).... satu persatu sijil di tanda tangan oleh Nazri... mujur tak cedera parah jari manisnya malam tu....


Sambil-sambil menyiapkan sijil, aku buat sedikit persediaan pada jam-jam yang aku bawa. Dah lama aku dapat idea ni... aku letak tag yang memberi sedikit info berkaitan jam tu (model, movt, tahun keluaran), 'nilai' (bukan harga) & maksud jam tu pada aku. Jam aku biasa ja. Rasa segan nak bawa sebenarnya pasal tahu dah esok jam yang bakal dibawa kawan-kawan berkali ganda hebat & mahal dari jam aku ni... tapi untuk memeriahkan keadaan, aku bawalah juga.... 


Inilah barisan hadiah untuk cabutan bertuah esok.... susun siap-siap takut ada yang tertinggal....


Jam dah menunjukkan 1.30 pagi. Kerja baru siap. Aku nak tidur.... mengantuk, penat gila & aku dah mula tak sihat. Tekak mula sakit & selsema.... Esok adalah hari raya untuk semua peminat jam.... tak sabar rasanya.... & berdebar-debar nak menanti esok... semoga Allah permudahkan segala urusan kami esok....


ikuti sambungan kisahnya.....

6 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Congratulations Asmar! I like the article. It captures the background story of the backroom workings for the benefit of the masses.

Keep it up!

duniajam said...

Terima kasih bro!

TIMEasitis said...

nice article...terima kasih mention nama aku bro

ABC said...
This comment has been removed by the author.
Suka Jam said...

Tahniah.. aku kagum betul tengok kesungguhan korang menjayakan perhimpunan ni..

duniajam said...

tq bro..... ada harapan kot ko nak join H4U akan datang kalau ada lg? Hehe