Sehari selepas persidangan H4U, aku masih meluangkan masa bersama kawan-kawan di KL. Di kesempatan itu, aku gunakan untuk ke Amcorp Mall & Starhill Gallery yang kebetulan sedang mengadakan pameran jam antarabangsa.
Aku, Nazri & Shidi memang telah berhajat untuk ke sana. Dalam perjalanan kami singgah ke Amcorp Mall bertemu rakan-rakan & tengok-tengok jam yang di jual seller di situ. Pertemuan kami pertama adalah dengan saudara Adrian Lee yang selama ini hanya berbicara di Facebook... kali ini kami bertemu secara berdepan. Hari sudah lewat tengah hari, aku & Nazri ke Starhill untuk bertemu saudara Shidi.
Aku dihadiahkan topi Graham oleh Shidi... terkejut aku. Terima kasih bro! Shidi yang telah biasa ke situ menjadi pemandu pelancong aku...
Pelbagai jam berjenama mewah dipamerkan. Harga yang menggunung tinggi tidak melunturkan semangat aku untuk lebih cuba mengenali jam mewah ini. Lagi mahal, lagi la aku nak ambil tahu & nak pegang... Seller juga tidak lokek mengeluarkan jam puluhan ribu ringgit untuk tatapan aku.
Pelbagai jenama mewah ini tidak langsung mempunyai jenama Jepun. Hampir keseluruhannya adalah buatan Swiss.
Aku juga berpeluang melihat jam paling mahal di galeri ini yang berharga lebih RM1 juta. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada saudara Nazri & Shidi kerana tidak jemu melayan aku seharian di situ.
Pengalaman ini cukup berharga untuk aku yang jarang sekali ke Kuala Lumpur sekarang & jarang sekali mendapat peluang keemasan begini....
......episod imbauan hampir melabuhkan tirainya... ikuti cerita selanjutnya....
7 KOMEN ANDA:
Menunggu H4U selanjutnya :)
bila bergambar kt depan kedai nmpk mcm security laa pulak...jgn mara ye bro..hehe2
Haha... impian tu... haha
aku suka ayat:'selama ini hanya berbicara di Facebook...'
bang Zul, andai kata masa aku balik Johor bila2, bro ada sana... Aku cuba sedaya mungkin untuk berjumpa bro. Hehe
captain lalat in the house !!!
Haha...
Post a Comment