Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!!!

Ramadan menjelma lagi. Bersyukur kita kerana dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Dunia Jam ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pembaca blog, rakan-rakan blogger & rakan semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kalian semua diberikan RahmatNYA.....

Leia Mais…

Tuesday, July 19, 2011

Yang indah hanya sementara.....

 Perjalanan masa begitu mengasyikkan... kadang-kala membuatkan kita alpa & lalai dari tanggungjawab kita... Melihat gerakan jarum saat mengatur langkah detik demi detik suatu yang menghiburkan jiwa mereka yang memahaminya....seolah-olah ia merencanakan sesuatu....


 Seiko diver SKX007 yang sangat popular ini merupakan jam pilihan ramai & merupakan salah satu model & mungkin satu-satunya model Seiko yang sangat evergreen.... Pengeluarannya bermula sejak tahun 1996 ini tidak langsung dihentikan sehingga kini mungkin disebabkan ia masih mendapat permintaan & masih mendapat tempat di hati peminatnya. 


 Designnya ringkas, nampak padat & tidak semak mungkin menjadikan ia tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas. Design begini akan bertahan lama berbanding jam-jam yang berbentuk ranggi. Lihat saja Rolex Submariner..... Evergreen.....


 Dengan sifatnya sebagai penyelam di lautan, agak menepati pengambaran ini dilakukan di tepi muara....


 Cantik dipandang walau apa jua pandangan... ia akan tetap setia memberikan bacaan waktu kepada si pemakai.... 


Seperti tajuknya... YANG INDAH HANYA SEMENTARA.... ya memang benar... Walau betapa cantiknya jam ini, ia sebenarnya adalah REPLIKA & PSEUDO!!!!!

Nantikan review selanjutnya....

Leia Mais…

Sunday, July 10, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam bersama rakan-rakan.... bahagian terakhir...

Rupa baru dengan semangat baru.. ekekeke...
Selepas perjumpaan H4U, aku berpeluang berjumpa beberapa rakan-rakan beberapa bulan selepas itu. Kebetulan aku ada kursus di KL, dapatlah aku berjumpa dengan beberapa orang rakan yang menanti kedatangan aku ke sana. Terima kasih kepada saudara Nazri & isteri kerana sanggup meluangkan masa & belanja aku & isteri makan malam tu... Dapat juga aku hilangkan kerinduan aku kat Danny.. Haha...


Sehari selepas berjumpa Nazri, saudara Pecinta Masa baru tahu kedatangan aku di KL menerusi update blog aku. Terus saja beliau hubungi aku untuk berjumpa di hotel yang susah nak cari sampai sesat jadinya..... Haha...

Beliau datang dengan koleksi yang sangatlah aku kagumi.. Ini hanya sebahagian saja. Ada beberapa lagi jam yang dibawanya. Koleksi Omeganya membuatkan aku telan air liur.... Jam idaman aku turut dibawanya.. Racun berbisa.... Huhu....


Aku akui jam-jam Omega sangat berbaloi untuk dimiliki.. Bertuahlah mereka yang berpeluang memilikinya!


Hari terakhir aku di KL, aku berpeluang untuk berjumpa lagi dengan saudara Nazri & She-D. Terima kasih She-D kerana sanggup datang jemput aku di KLCC dengan moto. Sempoilah bro!

Kami jumpa di Pelita Nasi Kandar berdekatan dengan KLCC. Sembang panjang kami pagi tu sambil pekena roti canai... Gambar kenangan turut diabadikan....



Insyaallah akan ada lagi pertemuan seumpama itu lagi... Segala kenangan manis tidak dapat dilupakan. 

Adakah H4U ke-2 akan diadakan lagi?


Leia Mais…

Tuesday, July 5, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam sehari selepas H4U

Sehari selepas persidangan H4U, aku masih meluangkan masa bersama kawan-kawan di KL. Di kesempatan itu, aku gunakan untuk ke Amcorp Mall & Starhill Gallery yang kebetulan sedang mengadakan pameran jam antarabangsa.

Aku, Nazri & Shidi memang telah berhajat untuk ke sana. Dalam perjalanan kami singgah ke Amcorp Mall bertemu rakan-rakan & tengok-tengok jam yang di jual seller di situ. Pertemuan kami pertama adalah dengan saudara Adrian Lee yang selama ini hanya berbicara di Facebook... kali ini kami bertemu secara berdepan. Hari sudah lewat tengah hari, aku & Nazri ke Starhill untuk bertemu saudara Shidi.



Aku dihadiahkan topi Graham oleh Shidi... terkejut aku. Terima kasih bro! Shidi yang telah biasa ke situ menjadi pemandu pelancong aku...


Pelbagai jam berjenama mewah dipamerkan. Harga yang menggunung tinggi tidak melunturkan semangat aku untuk lebih cuba mengenali jam mewah ini. Lagi mahal, lagi la aku nak ambil tahu & nak pegang...  Seller juga tidak lokek mengeluarkan jam puluhan ribu ringgit untuk tatapan aku.


Pelbagai jenama mewah ini tidak langsung mempunyai jenama Jepun. Hampir keseluruhannya adalah buatan Swiss. 


Aku juga berpeluang melihat jam paling mahal di galeri ini yang berharga lebih RM1 juta. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada saudara Nazri & Shidi kerana tidak jemu melayan aku seharian di situ. 

Pengalaman ini cukup berharga untuk aku yang jarang sekali ke Kuala Lumpur sekarang & jarang sekali mendapat peluang keemasan begini....


......episod imbauan hampir melabuhkan tirainya... ikuti cerita selanjutnya....

Leia Mais…

Sunday, July 3, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam semasa perjumpaan HOROLOGY FOR UNITY -----> Masihkah kau ingat?

Gambar pinjam dari www.shahkasahias.com

Hari yang dinantikan berkunjung tiba... aku semakin berdebar-debar menyaksikan sorang demi sorang peserta hadir... Restoran D Dusun Pinggiran Putra, Putrajaya merupakan lokasi pilihan H4U pertama ini. Tempat perjumpaan tidak di war-warkan secara terbuka dalam blog untuk keselamatan. Hanya mereka yang berdaftar sahaja akan diberikan alamat perjumpaan. Restoran yang beroperasi pada waktu malam ini merupakan pilihan terbaik walaupun ramai juga yang sesat jalan. 


Sorang demi sorang peserta hadir dengan semangat H4U. Semuanya datang dengan semangat yang berkobar-kobar bersama t-shirt H4U yang dibuat khas itu. Kemesraan yang wujud sebelum ini hanya di alam maya, kini dieratkan lagi dalam perjumpaan ini.


Pelbagai jam dipersembahkan dalam upacara yang julung kalinya diadakan ini...


 Berpinau mata menyaksikan keindahan setiap utas jam tangan yang dibawa peserta...


Informasi bertukar, idea dilontarkan & pendapat serta jual beli juga berlaku...


 Pelbagai jam Swiss pelbagai jenama & harga disaksikan peserta...


 Model-model rare Seiko turut ditayangkan....


 Banyak model-model rare yang belum pernah disaksikan ditonjolkan pada hari itu...


 Pelbagai gelagat & teletah rakan-rakan dapat dilihat...


 Upacara kemuncak merupakan cabutan bertuah yang hadiahnya disponsor oleh pihak penganjur sendiri. Mungkin jika H4U akan datang, ada pihak & badan-badan besar dapat menjadi sponsor & hadiah mungkin lebih lumayan... insyaallah...


Kenangan abadi..... HOROLOGY FOR UNITY pertama..... Masihkah kau ingat?

Masih adakah harapan untuk H4U kedua diwujudkan?


Kisah panjang lebar boleh dibaca pada LINK INI.


.... episod seterusnya selepas ini....

Leia Mais…