Monday, May 9, 2011

Casio DEP-610 - jam selam profesional dari Casio

Sudah lama rasanya aku tak update blog. Dengan kesempatan yang ada ini ingin aku memaparkan suatu model Casio yang jarang dijumpai & sudah tidak dikeluarkan lagi. Model yang memasuki pasaran pada tahun 1992 ini sudah pun menjadi collector item. Mungkin DEP itu bermaksud DEPTH yang secara tak langsung memberi maksud akan fungsinya itu.

Jam dengan depth sensor mula diperkenalkan Seiko pada tahun 1990 dengan model M726 Scubamaster yang merupakan jam komputer selam pertama dunia. Teknologi yang dibangunkan Seiko pada ketika itu merupakan teknologi yang sangat canggih pada zamannya. Sebagai pencetus pertama dunia, sudah pasti saingan akan ada sepertimana mana-mana persaingan mereka dalam penciptaan jam sebelum ini. Masing-masing cuba mengeluarkan produk yang terbaik memenangi hati pembeli.


---------------------------------------------------


CASIO-DEP-510
Gambar diambil dari Digital Watch Library
DEP-510
Dalam dunia horologi elektronik, Casio merupakan suatu syarikat aktif yang hebat memperkenalkan jam yang berteknologi tinggi dengan pelbagai fungsi. Dengan kemunculan Seiko Scubamaster pada ketika itu, Casio cuba untuk masuk ke pasaran itu dengan memperkenalkan model DEPTH METER dengan model DEP-510 yang aku rasa dikeluarkan setahun selepas Scubamaster keluar....iaitu 1991. 

Jam ini merupakan jam selam 200m pertama Casio dengan fungsi utama DEPTH METER. Mungkin pengeluarannya ini untuk memecahkan pasaran yang pada ketika itu dikuasai Seiko. Ia juga merupakan satu bukti Casio yang mereka juga mempunyai keupayaan mengeluarkan jam berfungsi sedemikian rupa. Model ini mempunyai memori 5 log.... yakni mampu menyimpan memori selaman yang dilakukan sebanyak 5 kali.


CASIO-DEP-600C-1
Gambar diambil dari Digital Watch Library
DEP-600C-1
Pada tahun 1992, Casio mengeluarkan pula model kedua iaitu DEP-600C-1 yang merupakan jam pertama Casio dengan TWIN SENSOR (termometer & depth meter). Keupayaan memori bertambah kepada 20 log memory.



DEP-610

Pada tahun berikutnya, 1993... Dunia sekali lagi menyaksikan kemunculan model DEP seterusnya iaitu DEP-610. Ia murupakan model pertama ILLUMINATOR Casio. Kemunculan teknologi lampu ILLUMINATOR merupakan jawapan kepada jam TIMEX INDIGLO. Fungsi lampu itu merupakan suatu yang baru & telah memecahkan pasaran lampu tradisi & ia telah melonjak penjualan mereka.

Seperti model sebelumnya, jam ini tiada beza dari segi fungsi.. hanya berbeza sedikit dari segi casing & bezelnya telah ditukar kepada plastik berbanding stainless steel seperti sebelum ini.


Gambar diambil dari ERG Design
DEP-700
Model DEP banyak melakar sejarah penciptaan Casio kerana setiap pengeluarannya pasti ada kelainan & penciptaan baru yang ditampilkan. Seperti model berikutnya ini DEP-700, walaupun tiada beza dari segi fungsi sepertimana DEP-600C-1 & DEP-610... jam ini merupakan model pertama Casio yang menggunakan casing TITANUM. Ia juga merupakan keluaran terakhir DEP sebelum digantikan dengan model SEA PATHFINDER.



SPF-100S-1VER
Gambar diambil dari Casio Europe
SPF-100S-1VER
Ini merupakan keluaran yang menggantikan DEP iaitu SPF-100S-1VER. Ia berada selari dalam barisan SEA PATHFINDER. Seperti sebelumnya ia juga merupakan jam TWIN SENSOR. Casing diperbuat dari titanum & ia mempunya 20 log memory. Paparan LCDnya juga kini nampak lebih kompleks.

Bermula dari DEP sehingga SPF, keluaran jam profesional selaman ini merupakan jam yang agak mahal. Harganya melonjak lebih RM1k. DEP-610 kepunyaan aku itu berharga dalam lingkungan RM1.8k & SPF-100 pula berharga lebih RM2k. Beberapa web yang menjual model terbaru itu kehabisan stok semasa pencarian aku dulu. Mungkin ianya sangat laris ataupun ia tidak banyak dikeluarkan. Jam-jam ini mempunyai binaan yang sangat utuh, solid & menggunakan bahan yang lebih baik. Teknologi yang diserapkan pada jam-jam ini juga berteknologi tinggi yang mungkin menyumbang kepada harganya yang tinggi. 


-------------------------------------------------------------




Casio DEP tidak mencapai status komputer sepertimana Scubamaster kerana terdapat beberapa kekurangan dari segi pemprosesan data, fungsi amaran, fungsi panggilan rakan penyelam, amaran NO FLY (khas kepada penyelam yang akan naik kapal terbang) & lain-lain lagi. Namun kebolehan Casio ini untuk mengukur kedalaman, memproses data & seterusnya menyimpan data selaman sudah cukup membuktikan ianya adalah jam untuk penyelam profesional.

Aku & saudara Hassan DetikDuaBelas pernah berbincang mengapa jam yang mempunyai DEPTH SENSOR ini mahal. Mungkin ia disebabkan oleh pembangunan teknologi itu sendiri yang mahal & kompleks. Mungkin disebabkan itu jugalah tidak banyak jam menyelam seumpama ini dibuat oleh banyak jenama kerana memerlukan kos yang tinggi.


Casingnya merupakan stainless steel & merupakan yang yang cukup solid seperti mana-mana jam diver. Ianya berat & rasa ia padu di tangan. Ia dicantumkan dengan bezel plastik hitam di bahagian atasnya menggantikan bezel steel seperti model sebelumnya... Suatu kekurangan? Aku pelik juga mengapa guna plastik sedangkan steel lebih baik. Mungkin hanya sebagai estetik? Mungkin... Mungkin untuk mengurangkan berat? Mungkin juga.... Pendek kata... segalanya mungkin....



Jam ini mempunyai 4 push button yang dipetakan selari di kedua-dua sisi. Bahagian tepi sebelah kiri menempatkan sensor utama yang cukup besar.


Binaannya cukup kemas & dengan saiznya yang cukup besar itu seolah-olah menunjukkan ia suatu jam yang cukup serius. Boleh dikatakan binaan jam diver Casio ini setaraf dengan jam diver Seiko. 


Pertama kali aku melihatnya di kedai, mati-matian aku ingat jam ni keluaran terbaru Casio. Dengan harga yang tertera RM1.8k+.... aku merasakan yang tag harga tu salah. Aku tak percaya..... Bila ambil & pegang di tangan barulah aku tau mengapa ia mahal & memang patut mahal dengan apa yang ditawarkannya. Ditambah pula dengan tahun keluarannya yang sudah lama.... menjadikan aku terkejut beruk lagi... 

Maklumat yang aku dapat dari kedai jam tersebut, jam ini hanya ada 10 unit sahaja di Malaysia. Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti. Tetapi maklumat yang sama juga diperolehi dari seller jam di KL (maklumat saudara Hassan DetikDuaBelas). Ditambah pula dengan kesukaran mendapatkannya mahupun melihat di mana-mana kedai sampai aku ingat jam ni model baru, , menjadikannya kenyataan itu mungkin benar 

Pertanyaan aku kepada Marco Corporation Malaysia beberapa kali tidak mendatangkan hasil kerana mereka tidak menjawab pertanyaan aku & beberapa email aku tidak dilayan mereka. Email yang dibalasnya pun boleh berjanggut baru dapat jawapan. Yang lain tidak dijawab. Bagi aku, itu cukup teruk! Customer service out!.....


Paparan jam ini jelas. LCD dibahagikan kepada 2 bahagian. LCD di bahagian atas memaparkan tarikh, hari & suhu. Manakala LCD di bawah memaparkan waktu & saiz nombornya juga jauh lebih besar. Sepertimana yang diceritakan sebelum ini, jam ini menggunakan teknologi lampu ILLUMINATOR yang merupakan jam pertama Casio dibekalkan teknologi itu.


Ia mempunyai 4 fungsi. Jam profesional ini tidak memerlukan fungsi yang banyak yang tidak diperlukan. Memandangkan ia adalah jam diver profesional, fungsi yang dibekalkan khas untuk menyelam sahaja. Ketika menyelam, jam ini akan secara automatik mengukur kedalaman selaman selepas 1 meter & bacaan diambil setiap 3 saat. Masa selaman turut diukur & suhu air diukur setiap 20 saat. Data selaman itu boleh dilihat semula dalam mode PROFILE. 


Caseback yang cukup solid adalah jenis skru. Ia memaparkan info yang banyak. Suatu yang jarang sekali kita lihat.... DO NOT OPEN / CASIO AUTHORIZED SERVICE CENTER'S REPAIR ONLY.... Jam ini tidak boleh suka hati servis & tidak boleh suka hati juga buka casebacknya.


Rasa tegap apabila ia di tangan. Berat & cukup solid sepertimana jam diver Seiko. Walaupun besar & berat, ianya selesa di tangan. Tali getah originalnya aku buka & gantikan dengan tali kulit. Saja nak ubah selera... Saiz lug jam ini adalah 20mm.


Ada ketikanya ia cuba menjadi tentera dengan memakai tali military.


 Menurut saudara Hassan DetikDuaBelas, beliau merasakan sesuai digunakan tali jenis ini pada jam diver memandangkan ia senang dibersihkan & senang kering. Nasihat beliau memang berguna & ternyata benar.

Bayangan Casio DEP sudah menjadi sejarah kerana sudah lama dihentikan pengeluarannya. Dengan kepayahan menjumpainya kini, beberapa tahun lagi ia akan menjadi model klasik. Sekiranya anda terpanggil untuk merasai jam ini, anda boleh mencari model terbaru iaitu SPF-100 yang mungkin masih boleh didapati walaupun ianya juga sukar dijumpai... Jika tiada di kedai, rajin-rajinlah google di internet. 

7 KOMEN ANDA:

sah_kul said...

aku tgk tangan dr dj mcm da besar skit skrg ni...mungkin pembawaan asyik pakai jam2 yg besar pergelangan tangan pn bole besar gak...hehe

duniajam said...

Mungkin gak tu. Agak2 kalau pakai jam 50mm mau gemuk aku. Hehe

walikard said...

Classic jam selam ni...seperti kebanyakan model Casio yang lain, ia berfungsi seperti yang sepatutnya

duniajam said...

Mmg jam ni tak mengecewakan. Hehe

Suka Jam said...

Best jam ni, harga pun best.. erk!! Ehem!! Bila la nak kuar grail watch dia ni.. wakaka!!

duniajam said...

jauh lg nampaknya perjalanan tu. Haha

Notty Notes 012-2410228 said...

nice unit :) collector item bro...