Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Sedar tak sedar... Ramadan telah sampai ke penghujungnya.... terasa sekejap betul Ramadan berlalu.. Di kesempatan ini, DUNIA JAM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudaraku. Terima kasih kerana sentiasa sabar & menyokong DJ selama ini walaupun kini DJ kurang update seperti sebelum ini. 

Mohon maaf sekiranya ada penulisan aku selama ini ada menyinggung perasaan sesiapa tanpa aku sedari.... Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa memandu & kepada yang menunggang motor perlu lebihkan tumpuan pancaindera anda kerana risiko penunggang motor 17 kali ganda lebih berbanding berkereta.... Aku doakan kalian semua selamat pulang ke kampung halaman... 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... 
MAAF ZAHIR & BATIN....

Leia Mais…

Wednesday, August 15, 2012

Horology For Unity 2012 - Sejarah tercipta...

Setelah sekian lama, baru aku berpeluang untuk update blog. Terima kasih atas kesabaran anda menunggu update terbaru dari Dunia Jam...

@)------------------------------------


Awal pagi aku & Nazri TIME AS IT IS bertolak dari rumah. Cadang nak sarapan pagi di kedai makan bersebelahan dengan tempat acara diadakan.... dalam tengah menikmati makanan, kami nampak sudah ramai peserta sampai. Kelam kabut kami makan sebab tak sangka ramai yang datang awal dari waktu acara bermula....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
.... peserta yang paling awal adalah saudara Ram CLASSIC MALAYA, Ustaz Dzulkarnain & saudara Azri (salah sorang penganjur). Kami sangat terharu dengan saudara Azri yang sangat bersemangat datang dari Kelantan pada hari ini kerana beliau baru saja melangsungkan majlis perkahwinannya semalam. Tahniah! Selamat pengantin baru!... dan terima kasih banyak-banyak!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Para peserta yang hadir datang dengan penuh semangat. Mr Eric Anderson bersama isteri dari Halda Watch dari Sweden juga sudah sampai bersama-sama para peserta. 


Aku & Nazri agak kalut pagi tu kerana tak menyangka sudah ramai peserta hadir sebelum masanya.... yakni sebelum waktu pendaftaran dibuka lagi. Kelam kabut juga nak sediakan tempat pendaftaran. Para sponsor korporat juga hadir pada masa yang sama & masing-masing sedang menyiapkan booth masing-masing. 

Para peserta diminta untuk menunggu sebentar di luar & semua perlu mendaftar dahulu sebelum masuk ke dalam dewan. Setiap peserta perlu menulis nama pada pada pita pelekat & menampal nama pada baju untuk mudah dikenali... maklumlah sebahagian besar peserta hanya kenal di alam maya & tidak pernah bersua muka.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Kelihatan saudara Zainudin dari Pulau Pinang (baju hitam/putih), Cikgu Zulkanain 24JAM (baju hitam) dari Sabah & Mr Tan (kameja biru) dari Pulau Pinang. Aku sangat terharu dengan kehadiran rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengadiri acara ini. Ada di antara peserta yang sanggup menolak tawaran kerja, menunda kerja, bekerja lebih masa... semata-mata nak menghadiri majlis ini... Terima kasih semua! 


Para peserta sedang berbaris untuk mendaftar....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Kelihatan saudara Azri sedang memungut derma sebagai tanda sokongan & terima kasih para peserta kepada penganjur majlis.


Mr Simon (baju hitam), salah sorang orang kuat yang sangat menyokong H4U selama ini. Beliau merupakan penyumbang terbesar kewangan dalam majlis H4U kali ini. Terima kasih banyak! Para urusetia yang sangat dedikasi membantu melancarkan majlis ini merupakan isteri kepada saudara Nazri & juga aku. Terima kasih kepada mereka. Untuk pengetahuan semua, mereka berdua sedang mengandung lebih kurang 6 bulan semasa majlis ini berlangsung. 


Banner yang cukup besar ini sumbangan Ustaz Wafee VINTAGE WATCH sangat sesuai dijadikan latar belakang di dalam dewan. Ada 2 lagi banner digantungkan di perkarangan tempat ini & di laluan masuk. Ianya sumbangan dari saudara Mahfuz. Terima kasih bro!


Barisan hadiah untuk cabutan bertuah. Cukup banyak sehinggakan separuh dari peserta akan dapat.. semuanya sumbangan para peserta & para penyokong.... termasuklah dari sponsor korporat....


Ini adalah sebahagian hadiah-hadiahnya....


Ini pula merupakan hadiah utama dalam majlis ini. Terdiri daripada H3 Tactical Watch, Haemmer, CCCP Russian diver & juga Junkers Ballhaus. Harga setiap satunya melebihi RM1000 & ada yang melebihi RM2000. Terima kasih kepada sponsor korporat yang menghadiahkannya.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Para peserta sudah memasuki dewan.... kelihatan saudara Pencinta Masa DEMI MASA masuk bagaikan Yang Berhormat.... hehe..... Beliau berbesar hati untuk menjadi pengacara majlis. Terima kasih banyak!


Dari dewan yang kosong, perlahan-lahan menjadi penuh...


Sebelum acara bermula dengan rasminya para peserta dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebanyak 40 roti John special turut di sponsor oleh salah sorang peserta iaitu Prof Madya Dr Abd Hamid dari Perlis. Terima kasih banyak Prof!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Saudara Jolee Yeow WRIST SOLUTION merupakan salah sorang sponsor turut membuka booth.


Beliau menjual pelbagai jenis tali yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Cara penyediaan & paparan tali-tali tersebut sangat menarik & profesional.


Majlis dimulakan pada waktu yang ditetapkan. Saudara Pencinta Masa memulakan majlis dengan konsep santai namun profesional.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Sebelum apa-apa acara dimulakan, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wafee VINTAGE WATCH.


Saudara Nazri  TIME AS IT IS , selaku ketua penganjur memberikan kata-kata aluan & merasmikan majlis.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Majlis yang diharapkan, diusahakan & dirancang berbulan-bulan lamanya telah berlangsung juga hari ini ... Hakikatnya aku & beliau agak berdebar-debar akan kelancaran majlis hari ni sebenarnya...


Beliau diberi penghormatan oleh pihak Red Army Watches untuk memakai model terbaru Aviator Limited Edition yang berharga lebih RM3000 sepanjang majlis tersebut.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Mr Zentrix merupakan CEO World Of Watches II (WWII)diberi slot untuk memberi ucapan mengenai WWII & jam-jam di bawa masuk beliau.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Para peserta khusyuk mendengar ucapan dari Mr Zentrix.... kelihatan juga geng Men In Black berkaca mata hitam berada di satu kelompok... hehe...



Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Baju H4U terbaru ciptaan saudara Hassan DETIK DUA BELAS yang dipakai oleh saudara Simon. Beliau sangat sukakan jam-jam yang bersaiz besar.


Ramai wartawan dari pelbagai media turut hadir membuat liputan.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Ramai peserta yang hadir terdiri dari rakan-rakan di alam maya... inilah masanya kita bersua muka....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Semasa Mr Zentrix membuat ucapan... aku tak pasti samada ramai perasan atau tidak jam yang dipakai beliau. Ia merupakan jam berjenama Junghans yang belum memasuki pasaran. Masih di peringkat prototaip.


Para peserta yang khusyuk mendengar ucapan yang diberikan....

Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Ada lebih kurang lima media datang pada hari itu yang terdiri dari The Star, Bernama, Berita Harian, RTM, Utusan Malaysia.Gambar kanan menunjuk satu-satunya peserta wanita yang hadir iaitu Puan Noraini, yang juga dikenali sebagai Malim Putih di alam maya...


Mr Eric Anderson dari Halda Watch sedang memberikan ucapan mengenai jam yang dibawanya.


Selepas ucapan terakhir berakhir... maka bermulalah acara yang dinantikan... Semua peserta bebas melihat koleksi rakan-rakan yang ada. Ini merupakan antara jam yang dipamerkan oleh WWII.


Banyak koleksi hebat yang dibawa mereka.... salah satu selebriti dalam majlis ini ialah Junghans Maxbill.


Jam-jam yang dibawa mereka boleh kita pegang & belek. Kalau berkenan, boleh terus beli. Mereka sangat peramah & sangat sporting & tanyalah apa saja, akan dijawab mereka dengan penuh ilmiah.


Azimuth SP-1 Mechanique atau dikenali sebagai 'Spaceship' yang sangat istimewa & unik. Ia dibuat seolah-olah kapal angkasa berada di angkasa lepas & kita sedang melihat bumi dari angkasa lepas. Menarik betul! Pelbagai jenama yang dimiliki mereka sampai kelabu mata aku tengok....


Ini merupakan jam istimewa Halda yang didatangkan dari Sweden. Ia dibuat khas untuk kegunaan di angkasa lepas. Jantungnya boleh ditukar samada menggunakan analog automatik ataupun digital. Ia merupakan satu-satunya jam Halda di Malaysia & berharga lebih RM40000.

 Bacaan lanjut mengenai jam ni pada link di bawah:


Ini merupakan barisan jam yang dibawa oleh Watch Craft.


Ini merupakan booth Red Army Watches. CEO mereka Mr Soemantri Kusumadi & Miss Julianna Chai turut hadir memeriahkan majlis. 


Ini merupakan Junkers Ballhaus yang merupakan model terbaru Junkers. Design retro classic ini sangat mengujakan aku ditambahkan lagi oleh adanya power reserve. Ia didatangkan dengan 2 versi dial yakni, krim ini & hitam. Versi berdial hitam merupakan salah satu hadiah utama cabutan bertuah. 


Ini pula merupakan Zappelin yang turut menggunakan movement yang sama seperti Junkers. Ia dijana oleh movement Miyota yang berkualiti tinggi. Menurut saudara Pencinta Masa, untuk model Junkers Ballhaus, mereka juga turut mempunyai model yang menggunakan ETA & harganya juga lebih mahal dari model yang menggunakan Miyota.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Semasa majlis berlangsung, beberapa peserta ditemuramah wartawan. Individu utama yang ditemuramah sekarang ialah saudara Nazri sendiri selaku ketua penganjur. Beliau sedang ditemuramah oleh wartawan Bernama.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Saudara Pencinta Masa juga turut ditemuramah oleh wartawan The Star. Respek aku dengan wartawan ni, beliaulah wartawan & beliau jugalah cameraman... 


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Puan Noraini sedang ditemuramah oleh wartawan Berita Harian.... Model terbaik dalam majlis H4U ini ialah Ustaz Dzulkarnain. Dengan jam penuh ditangan dengan penggayaan bersama cermin mata Ray-Ban, tidak syak lagi beliau adalah peserta paling bergaya dalam H4U 2012. Kalau ada pertandingan sudah tentu Ustaz Dzul pemenangnya.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Pak Saud juga merupakan salah sorang yang ditemuramah. Gambar besar dibawah itu merupakan gambar dari iBerita Harian yang boleh di muat turun ke dalam device Android.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Salah satu gambar kontroversi di FB Dunia Jam ketika aku ditemuramah oleh adik manis dari Utusan Malaysia... kuikuikui....


Semua orang sedang rancak melihat koleksi rakan-rakan.. Ramai rakan-rakan yang aku tak pernah jumpa & hanya kenal di alam maya. Aku & penganjur lain agak sibuk mengendalikan majlis, dengan temuramah oleh wartawan sehinggakan kami tidak sempat berbual dengan para peserta & melihat koleksi rakan-rakan dengan puas... semuanya hanya sekali imbas & sekadar bertegur sapa saja.. mohon maaf ye kawan-kawan.... 


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Bahagian tengah meja yang penuh dengan koleksi jam yang mencecah ratusan ribu ringgit....


Aktiviti berjual beli turut berlaku di kalangan peserta. 


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Ini merupakan koleksi jam yang aku bawa. Setiap jam aku letak tag sebagai pengenalan jam & sedikit info serta nostalgia mengenainya.


Bukan saja para peserta yang sangat teruja dengan majlis ini, malah para wartawan sendiri turut teruja.


Cikgu Zulkanain 24JAM sanggup datang dari Sabah semata-mata  untuk menghadiri ini buat pertama kalinya. 


Koleksi yang sangat banyak & berharga dari Tuan Syed Mohri IRHOMDEYS VINTAGE WATCH COLLECTION. Apa yang dibawanya ini hanyalah 1/20 saja kot. Banyak koleksi beliau ini sangat rare &  boleh menyentap jiwa yang melihatnya... Hebat!


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Rambang mataku...


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Omega Dynamic chronograph ini didatangkan bersama kotak originalnya yang unik.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Ini merupakan antara koleksi terbaik Tuan Syed Mohri.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Antara koleksi rare yang turut dibawa... Wittnauer Sector Futurama 1000 Double Retrograde.


Ventura Sparc PX WII.... salah satu koleksi Tuan Syed yang sangat istimewa. Mengapa? Kerana ia merupakan jam digital automatik pertama di dunia yang mula diperkenalkan pada tahun 2000. 

Kalau lihat pada casebacknya.. boleh nampak rotor sepertimana jam automatik. Di dalam movementnya terdapat generator kecil yang menghasilkan tenaga kepada jam apabila ianya dipakai. Jika jam tida dipakai, movement akan berhenti bergerak sepertimana jam automatik. Menarik betul! Konsep jam ini lebih kurang sistem Seiko Kinetic. 


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Ouf.... ada 2 Seiko Tuna di situ... 


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Rambang mata tengok koleksi begini...


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Antara koleksi terbaik dipaparkan di H4U.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Ramai diantara peserta hadir membawa koleksi istimewa mereka... Terima kasih kepada semua kerana berkongsi.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Perkataan pendek & banyak digunakan serta sangat memeriahkan majlis pada hari itu ialah OUF!


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Koleksi salah sorang sifu aku....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Pelbagai telatah dapat dilihat... semua peserta cukup mesra seperti dah lama kenal walau baru pertama kali jumpa.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Nama yang ditampal pada baju memudahkan pengenalan sesama peserta.


Banyak betul koleksi yang dibawa peserta pada majlis tu... Aku hanya sempat melihat sekali imbas saja sebab perlu ke sana ke mari memenuhi kehendak ramai pihak....


Banyak model-model vintage yang sukar didapati & belum pernah dilihat dipertontonkan pada hari itu.


Koleksi salah sorang sahabat lama aku....



Pelbagai cara jam dipertontonkan....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
.... walau tanpa kotak jam, koleksi kawan kita ini tak kurang menariknya.



Grand Seiko di situ nampaknya.... Orang yang tidak tahu akan jam ini mungkin akan merasakan ianya hanyalah jam biasa & mungkin tak percaya, jika diberitahu harga seutas jam Grand Seiko vintage boleh mencecah RM5000-6000.


Antara koleksi mantap dipersembahkan....


Ini merupakan koleksi Puan Noraini... tidakku sangka beliau salah sorang pembaca blog aku & merupakan sorang collector wanita yang cukup dedikasi. Beliau juga merupakan salah sorang penyumbang dalam majlis H4U ini.


Aku berasa agak sedih kerana tidak dapat membelek koleksi rakan-rakan... Memang H4U kali ini untuk rakan-rakan... kami pihak penganjur tiada peluang melihat koleksi rakan-rakan dengan dekat kerana terlalu sibuk hari tu....


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Candid!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Jika sebelum ini abang Azhari JAM KAMPUNG dok meng'candid' orang, kali ni giliran abang Azhari di'cancid'kan pula.. hehehe....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Hero Malaya H4U...


Acara seterusnya adalah acara cabutan bertuah yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah selepas acara persembahan koleksi peserta berlangsung... Aku rasa seperti setengah jam saja.. rasa sekejap betul.. tak puas... 

Untuk peringkat pertama, acara cabutan sumbangan para peserta & penyokong H4U dijalankan. Pihak penganjur bersepakat untuk memberi penghormatan kepada para peserta yang telah menyumbang hadiah tersebut menyampaikan sendiri hadiah tersebut kepada pemenang. 


Pelbagai aksi & telatah para pemenang dapat dilihat....


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Aku tak sangka sebenarnya... aku & isteri juga turut memenangi hadiah.... kebetulan pada tarikh yang sama ini berlangsunglah majlis perkahwinan aku... seolah-olah apa yang kami menang ini merupakan hadiah anniversary... Alhamdulillah... kami honeymoon di H4U... Haha.. 


Ketua penganjur... saudara Nazri juga turut memenangi hadiah... Tahniah bro!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Acara cabutan bertuah ini memakan masa yang agak lama kerana bilangan hadiah terlalu banyak... Belum pernah aku masuk dalam majlis yang punyai hadiah banyak begini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbangkan hadiah...


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Semakin lama, hadiah sponsor individu semakin susut & habis semuanya....


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
... kali ini acara cabutan bertuah kedua pula.. yakni hadiah dari sponsor korporat....


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Pihak Red Army Watches penyumbang hadiah terbesar di samping 2 utas jam tangan yang berharga lebih RM2000 setiap satunya.


Pemegang hadiah dari Watch Craft yang berupa seutas jam tangan H3 Tactical Watch yang dimenangi Tahniah Miss Alice.


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Pemenang hadiah dari World Of Watches II.... yang berupa seutas jam tangan Haemmer... Tahniah Cikgu Rosdi dari Pahang.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Pemenang hadiah dari Red Army Watches.... yang berupa jam tangan CCCP Russian diver. Tahniah bro!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Pemenang hadiah utama & merupakan hadiah terakhir... seperti sesuai je... kena je dengan majlis & keadaan... tak sangka MC sendiri yang dapat.... saudara Pencinta Masa... Haha... Tahniah!


Pada waktu tu, aku berada sebelah beliau.... Nombor dalam kotak dah tak banyak. Nombor MC masih belum di panggil lagi... Tak sangka pula Mr Soemantri Kusumadi mencabut nombor saudara Pencinta Masa... masa saudara Pencinta Masa nak umumkan nombor tu... aku lihat wajah beliau dah berubah & tergamam... aku agak dah mesti nombor beliau... disebabkan tak tahan... aku gelak dulu, kuat pulak... pasal tak sangka beliau yang dapat... hahaha.... Berbaloi jugalah beliau yang dapat setelah berpenat mengacara majlis sampai nak habis suara... dapat pula hadiah utama terkahir pula... aku rasa ini pengakhiran majlis yang terbaik!.. kuikuikui....


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Slot terakhir merupakan slot khas untuk peserta memberikan ucapan kepada penganjur... Tuan Syed   IRHOMDEYS VINTAGE WATCH COLLECTION diberi penghormatan untuk memberikan ucapan tersebut.. Terima kasih tuan!


Kemeriahan H4U sangat dirasai & semakin kuat apabila hampir ke penghujungnya... Wartawan-wartawan yang membuat liputan ingin membuat sesi fotogragfi para peserta beramai-ramai.


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Sesi pengambaran....


Gambar ehsan dari CLASSIC MALAYA.
Peserta H4U yang paling bergaya... Ustaz Dzulkarnain dari Sabah. Ouf menangis!


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Sesi pengambaran dengan koleksi masing-masing...


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Walau dirasakan sekejap, kepuasan tergambar dari riak para peserta yang hadir.... Terima kasih kepada para peserta yang hadir serta rakan-rakan di luar sana yang sentiasa menyokong kami. 


Gambar ehsan dari JAM KAMPUNG.
Barisan para penganjur & urusetia yang menjayakan H4U tahun ini..... Terima kasih kalian semua di atas sokongan, bantuan, idea, keringat, wang ringgit & tak jemu-jemu berusaha untuk menjayakan majlis yang gilang gemilang ini... TERIMA KASIH BANYAK! Semoga kalian semua dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.... 


Ruang yang tadinya penuh... kini sunyi sepi.... terasa kosong diriku ini... Banner besar yang tergantung di hadapan kini sudah tiada.... semua peserta sudah lama bersurai... yang tinggal hanyalah penganjur & urusetia... kami semua bersurai lebih kurang pukul 3.30 petang.


Aku teruskan perjalanan pulang ke utara... kenderaan cukup banyak terutamanya menghala ke selatan. Dengar ceritanya berita H4U akan keluar di RTM 1 pada malam itu.... aku berhenti di kawasan rehat untuk melihatnya... Walau TV kereta tak jelas... aku sabarkan diri menanti... namun kecewa... tiada berita yang ditunggu-tunggu itu... perjalanan diteruskan kembali hingga sampai ke rumah....



Alhamdulillah.... inilah hadiah cabutan bertuah yang aku & isteri dapat. Aku dapat Orient & isteri dapat Zodiac... bagaikan sudah tertulis begini.... Aku minat betul Zodiac tu lepas tengok semalam di rumah Nazri & Orient tu pula memang isteri aku berkenan... tak sangka kami masing-masing dapat jam tu... Rezeki Allah bagi.... 

Seperti hadiah anniversary, aku hadiahkan isteri aku Orient tu & Zodiac isteri aku hadiahkan pula kepada aku. Orient tersebut merupakan hadiah sumbangan saudara Ram CLASSIC MALAYA, manakala Zodiac tersebut merupakan sumbangan dari Tuan Syed IRHOMDEYS VINTAGE WATCH COLLECTION. Terima kasih kalian!... alhamdulillah...

Boleh dirumuskan di sini, HOROLOGY FOR UNITY 2012 sangat berjaya & mencipta sejarah tersendiri. Tidak aku sangka, H4U kali ini mendapat liputan meluas media samada di televisyen, internet mahupun surat khabar. Pelbagai suka duka pihak penganjur tempuhi selama persediaan majlis ini, suka duka kami berkongsi bersama & cabaran yang ada ditempuhi bersama..... Kredit terbesar harus diberikan kepada saudara Nazri  TIME AS IT IS  kerana kesungguhan beliau untuk merealisasikan majlis ini tercapai jua & berakhir dengan gilang gemilang... 

Adakah HOROLOGY FOR UNITY akan muncul lagi di tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan....

Leia Mais…