Tuesday, September 20, 2011

Istimewa hari raya....

Walau sudah beberapa minggu berlalu, sambutan Syawal masih diadakan di mana-mana sahaja hingga kini. Raya yang lepas merupakan waktu yang agak suram bagi keluarga aku... Tiada persediaan untuk diri sendiri mahupun rumah untuk sambutan raya... Walau apa pun yang telah berlaku, hidup perlu diteruskan & redha dengan ketentuanNYA.

Berbalik dengan dunia jam, ramai rakan-rakan telah mempunyai jam raya. Banyak juga dipertontonkan dalam Facebook group Dunia Jam. Macam-macam penggayaan yang mengancam jiwa. Ramai juga telah teracun termasuklah aku. Namun aku tidaklah membeli jam khas untuk sambutan raya, tapi jam pilihan raya aku merupakan suatu hadiah teristimewa buat aku dari seorang sahabat jam yang berpuluh tahun berpengalaman dalam dunia jam, sangat dihormati & boleh dianggap otai... beliau adalah Dato' Syed Mohri Al-Idrus yang juga seorang blogger jam dengan blog yang dikunjungi oleh mereka dari seluruh dunia...




Hadiah yang aku terima dari beliau merupakan suatu kejutan kerana tidak menyangka akan mendapat hadiah secara tiba-tiba. Semoga beliau dimurahkan rezeki yang melimpah ruah & diberkatiNYA. Aku tak dapat agak apakah isi dalam kotak mangkuk tu semasa ditayangkan di Facebook sebelum di pos... Bila sudah sampai di tangan alangkah terkejutnya aku!


Aku dihadiahkan seutas jam tangan Invicta Professional. Ia didatangkan bersama kotak original & juga kad warranty. Aku berasa cukup terharu dengan hadiah ini kerana tanpa sebab aku mendapat rezeki jam ini... betapa tingginya nilai persahabatan Dato' Syed pada aku.. terima kasih sekali lagi. Benar apa yang Islam ajarkan, untuk sentiasa bersedekah & ini mungkin salah satu pulangannya yang datang tanpa disangka-sangka...


Mak....... Invicta dah sampai rumah mak!.... 

Jam sporty dengan kekemasan keemasan pada bezel, crown & juga bracelet. Kombinasi yang cukup kena pada hari raya lepas....


Bak kata pepatah.. tak kenal maka tak cinta.... Itulah yang berlaku pada aku. Sebelum ini aku beranggapan jam Invicta cumalah jam biasa, kurang berkualiti & dijual agak mahal. Anggapan itu hanyalah cetusan minda aku yang belum pernah lihat apatah lagi memilikinya.. Setelah melihat beberapa jam Invicta milik sahabat & pemilikan aku ini, barulah aku sedar apa yang aku anggap itu tidak benar sama sekali....


Dengan jamuan kueh raya yang tersedia di atas meja & ditambah pula dengan susunan bunga berwarna cream ini menjadikan jam ini cukup serasi dengan suasana sedemikian.. boleh juga dijadikan santapan mata di atas meja..... mungkin itu situasi yang boleh berlaku jika tetamu itu juga peminat jam. Tidak mungkin berlaku kepada tetamu lain yang barangkali menganggap jam ini sebagai sedekah juga... hehe...


Invicta mempunyai rangkaian model yang cukup banyak. Namanya sudah lama dikenali di negara luar, namun tidak di negara kita memandangkan ia baru sahaja memasuki pasaran kita. Sebagai jenama baru di negara ini, masih ramai yang tidak begitu mengenali jenama ini memandangkan bukan semua kedai menjualnya.. Ianya boleh didapati di kedai-kedai jam sekitar Kuala Lumpur. Mereka juga mempunyai banyak model yang boleh dikatakan homage.

Jam yang dipaparkan ini bolehlah dikatakan gabungan sports & dress. Boleh dikenakan pada banyak situasi. Sesuai untuk mereka yang sukakan penampilan casual tanpa membelakangkan rupa yang sporty.


Jam berdiameter 43mm ini  bukanlah penyelam sejati walaupun rating kalis air 200m. Perlu diingat bahawa bukan semua jam dengan rating 200m adalah jam diver. Banyak kriteria perlu dipenuhi bagi melayakkan sesuatu jam itu sebagai diver. Termasuklah penyelam manusia pun... perlu mengikuti kursus seterusnya memiliki lesen bagi melayakkannya memerima gelaran penyelam/diver....


Solid! Memang solid betul & berat. Buatannya cukup utuh & berkualiti. Beberapa bahagian boleh kita lihat & gunakan sebagai kayu pengukur tahap kualiti buatannya. Salah satunya ialah tahap polishing. Tahap polishing dibuat begitu baik pada casing stainless steelnya & kemas tanpa bahagian yang tersasar, terlebih ataupun terkurang.


Crown bertanda logo Invicta kemas dengan sentuhan keemasan. Namun saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan casingnya. Memandangkan saiznya yang agak kecil & ditambah pula dengan saiz crown guard yang agak besar, agak sukar untuk memutarkan crown. Namun ia bukanlah suatu masalah besar.


Bezel uni-directional (bergerak sehala) dengan putaran 60 klik. Insert bezel berwarna keemasan dibuat matte finished menjadikan jam tidak begitu bling bling.. Cara buatan lume index juga cukup baik.... bak mutiara yang timbul di permukaan.


Jarum lagenda Mercedes dipilih sebagai jarum utama. Jarum saat berwarna merah sangat kontra, menjadikannya sangat jelas kelihatan & menjadikannya suatu titik fokus yang menarik. Bahagian cermin pada tarikh mempunyai cyclop/kanta pembesar yang aku rasa mempu memberikan kebesaran sekali ganda pada nombor tarikhnya.


Nama serta logo Invicta dibuat timbul dengan saduran keemasan juga. Logo Invicta bersayap itu mengingatkan aku kepada logo Breitling. Macam dunia kereta juga, ada influence dari mana-mana syarikat antara satu sama lain....


Dalam gelap, nyalaan luminous hanya boleh dilihat pada jarum & indeks bezel saja. Namun ketahanannya tidak lama.


Clasp kemas dengan stamped nama & logo Invicta. Mempunyai double locking. 


Seperti yang dikatakan sebelum ini, ia bukanlah jam penyelam sejati..... braceletnya tidak mempunyai extension clasp seperti yang sepatutnya ada pada jam selam. Jika dibandingkan dengan jam Jepun, ianya adalah lebih tebal & solid berbanding Seiko yang setarafnya.



Bracelet solid dengan design yang cukup sesuai dengan rupanya. Buatannya nampak lebih baik dari bracelet Seiko yang sekelas harganya.


Keadaan bracelet masih baik tanpa sebarang kecacatan & ia terdiri dari 3 bahagian untuk satu link. Saduran keemasan pada 2 bahagian itu menampakkan seolah-oleh ianya terdiri dari 5 bahagian. Keadaan itu boleh dilihat pada bracelet Omega. Untuk bracelet Invicta ini, hanya bahagian keemasan itu & tepi sahaja polished finishing. Manakala bahagian lain adalah brushed/satin finished. Ia memberikan tona yang berbeza seterusnya menaikkan rupanya..... cantik....


Bahagian tepi bracelet adalah polihed finishing... nampaknya Invicta bukanlah pembuat jam sambil lewa. Mereka turut menerapkan kualiti pada braceletnya juga. Ianya solid secara keseluruhan termasuklah end-linknya juga. 

Jika diperhatikan bukan semua link mempunyai lubang untuk membuka pin. Hanya beberapa link sahaja yang mempunyai lubang untuk kita buka pin atau dalam istilah pasar 'potong tali'. Bracelet mempunyai 'free play' yang agak banyak untuk memberikan keselesaaan ketika memakainya.


Untuk memberikan rupa yang lebih sporty & lasak, gandingan bersama tali kulit brown menyerlahkan lagi rupanya itu.. sekurang-kurangnya pada mata aku. Sekali sekala berubah angin dapat memberikan nafas baru & rupa yang lain pada jam kita dengan bertukar-tukar tali.


Caseback see-thro menampakkan jantung yang memacunya. Ia ditala dengan movement Miyota yang sudah terbukti kehandalannya. Ia banyak digunakan oleh pelbagai jenama lain. Selain MiyotaInvicta turut menggunakan beberapa movement lain umpamanya dari ETA & juga Seiko. 


Baju Melayu cream ini merupakan hadiah dari adindaku yang tercinta.. terima kasih dik... + jam tangan juga merupakan suatu hadiah memberikan suatu perasaan yang berbunga-bunga di pagi raya itu & merupakan suatu yang teristimewa di hari raya ini...


Walau di mana berada samada dengan bracelet mahupun tali kulit, Invicta ini tetap menyerlahkan rupanya yang segak. Terima kasih tak terhingga kerana hadiah ini! Ianya suatu yang cukup bermakna kepadaku....

Secara keseluruhan, boleh aku katakan kualiti buatan Invicta adalah seperti jam-jam Jepun yang sekelasnya. Suatu yang berani aku katakan bahawa ia lebih baik dari Titus terkini (bukan vintage ye). Jadi tidak hairanlah mengapa beberapa orang sahabat jam memang sangat sukakan Invicta. Tak kenal maka tak cinta.... 

Leia Mais…