Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan & pembaca blog berketurunan Cina. Moga hari raya kali ini memberikan suatu pengertian yang bermakna buat kalian serta dimurahkan rezeki hendaknya. Terima kasih atas sokongan & kesudian anda melawat blog ini.
Leia Mais…
Saturday, February 13, 2010
Friday, February 12, 2010
Samurai sempena hari Jumaat
Berpegang janji dengan bro Timur Detikduabelas.... Aku & Narong memakai Samurai sempena hari Jumaat yang mulia (12/02/2010)....

Model Samurai titanum bro Hassan. Payah nak jumpa model ni. Bro Hassan ada 3 Samurai. Patutlah kat kedai dah takda... Macam tak kena ja tarikh tu bro...Sorang lagi sahabat jam yang baru saja mendapat jam idaman... bro Nazeri. Tahniah bro... Bau kedai lagi Samurai tu.
Kawan-kawan lain yang ada Samurai, bolehlah berkongsi cerita...
Leia Mais…
Labels:
**Coretan
Monday, February 8, 2010
Hampir 20 tahun koma..... kini kembali bernyawa...
Hari ni aku cuti. Tiba-tiba pula terasa nak buat sesuatu. Suatu benda yang dah lama aku rancang nak buat. Apa yang aku buat ni hanyalah suatu percubaan. Jam Boy London hampir 20 tahun tersimpan dalam koleksi.... jam yang telah lama tidak digunakan ini, aku cuba untuk memberi nafas baru kepadanya.... Masa aku mula buat blog, jam ini adalah jam pertama aku belajar buat review. Boleh baca lanjut di sini.
Keadaan jam masih memuaskan walaupun casing jam ini bukanlah diperbuat dari stainless steel. Aku masih tak sangka yang aku masih menyimpannya dengan elok. Casing tiada calar, hanya mengalami pengoksiadaan yang sedikit. Namun hanya cermin saja yang mempunyai calar, itu pun hanya segaris.
Keseluruhan jam masih keadaan asal tanpa apa-apa perubahan dibuat kepadanya. Jam ini bukanlah model originalnya. Ini adalah jam yang dibeli di pasar malam kampung aku suatu ketika dahulu. Waktu tu, nak beli jam original bukanlah suatu yang mudah & pada ketika tu, aku tak tahu pun sebenarnya jenama Boy London ini adalah suatu lebel dalam dunia fesyen & memang ada model jam ni yang original.
Caseback masih elok walaupun casing belakangnya telah mengalami pengoksidaan. Namun, keadaannya tidaklah teruk sangat.
Keluar tengahhari tadi, pergi pos jam untuk bro Pang di Labuan. Lepas beli makanan aku ke kedai beli bateri baru untuk jam nostalgia aku ini...
Tak sangka percubaan aku ni mengejutkan aku... Jam Boy London yang telah lama tersimpan, kini kembali bernyawa. Hahaha... Video ini mencatatkan segalanya....
Selama ini pun aku hanya mengagak jam ni tidak rosak, tapi hanya kehabisan bateri. Dari kecil lagi aku dah mula menyayangi sesuatu yang pada aku berharga pada waktu tu. Mungkin sebab tu sampai sekarang masih elok.
Bila tenung, baru perasan.... enjin buatan Thailand ini menggunakan komponen dari Swiss. Boleh tengok pada tandanya itu. Tak pastilah betul ke tak tu... Kalau betul pun apa salahnya, jam ni pun dah kembali bergerak.Jam = RM?????
Bateri = RM6
Minyak motor = 2 kupang kot....
Kos keseluruhan= PRICELESS!!!
Aku dah lupa sebenarnya bila aku beli jam ni. Mungkin masa aku 13 tahun atau sebelum tu lagi. Banyak kenangan bersamanya & memakainya kembali dapat mengimbau sejarah bersamanya & fonomena lebel Boy London ketika itu... Wujudnya jam ini ditangan membuatkan hati ini diselubungi perasaan ceria. Dengan umur aku & design jam ni... rasanya sudah tidak sesuai untuk aku memakainya lagi. Mahu pengsan staff aku nanti. Muahahahaha.... Rasanya namanya itu kena tukar menjadi Men London...
Labels:
**Designer,
**Nostalgia,
Boy London
Saturday, February 6, 2010
Mitos mengenai jam automatik
Arakian tersebutlah kisah di zaman dahulu kala, perihal jam automatik menjadi sebutan hangat rakan sedarjah. Munurut seorang ahlinya, jam automatik bergerak dengan denyutan nadi..... ahli-ahli lain agak takjub kerana tidak menyangka wujudnya jam seumpama itu... termasuklah diriku ini.
Jam automatik bergerak mengikut denyutan nadi
Bila pakai jarum akan bergerak, jika tidak jam akan mati. Terfikir juga apakah mekanisme yang boleh menyebabkan pergerakannya. Fahaman ini aku bawa sampailah aku berjumpa dengan otai jam & beli jam automatik aku yang pertama. Minat aku memang dah lama, tapi proses pembelajaran mengenai jam hanya bermula dalam setahun dua ini saja. Banyak perkara masih aku kurang & masih belajar.
Realiti....
Setakat ini, tiada jam yang dicipta untuk menerima denyutan nadi sebagai sumber kuasanya. Jam automatik hanya menerima kuasa dari pergerakan rotor yang berpusing, yakni ia juga bergantung kepada pergerakan tangan. Namun Seiko pernah keluarkan satu jam yang sungguh hebat, dimana jam tersebut mendapat kuasa dari suhu badan manusia....
...Seiko Thermic.... jam yang mendapat bekalan tenaga dari suhu badan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Casebacknya mempunyai sensor yang mengesan suhu badan di pergelangan tangan. Ianya juga adalah unit terhad di mana kesemuanya sudah habis dijual. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai jam terulung ini.Kesimpulanya, jam automatik bukanlah bergerak mengikut denyutan nadi
----------
Jam kinetik adalah automatik
Satu lagi fahaman yang salah.... ramai yang menyangkakan jam kinetik adalah automatik. Bila sebut jam automatik, dia akan sebut kinetik. Bila tolong betulkan sebutan... sampai kesudah dia sebut kinetik juga. Bilamana dirungkaikan ciri-ciri jam 'kinetinya', sah jam tu sebenarnya jam automatik. Ini yang berlaku berdasarkan pengalaman sendiri & kawan.
Realiti...
Jam kinetik adalah jam yang amat berlainan dari automatik. Mungkin disebabkan rupa enjinnya yang hampir sama pada rotornya menyebabkan ramai yang menerima pakai kinetik adalah jam yang sama dengan automatik. Movement kinetik adalah satu-satunya seumpamanya di dunia. Hanya dihasilkan Seiko, movement ini adalah yang terunik di dunia.
Persamaan hanya terdapat pada rotornya saja. Secara ringkas, enjin kinetik (sebelah kiri) mempunyai generator kecil pada enjinnya. Pergerakan rotor akan menghasilkan pergerakan generator ini lalu mengkasilkan kuasa elektrik yang akan disimpan dalam kapasitor ataupun bateri (rechargeable). Dari segi power reserve, ia mampu bertahan lebih lama berbanding jam automatik, lebih kurang seminggu atau lebih. Dari segi pergerakan jarum saat, pergerakannya seperti jam quartz. Tunggu artikel seterusnya mengenai jam kinetik.Kesimpulannya, jam kinetik bukanlah automatik.
----------
Letak jam automatik atas peti ais atau kipas angin jika tak pakai

Sebenarnya ini adalah tips yang aku dapat dari seorang seller. Masa tu aku masih jahil pasal jam auto & baru nak belajar pakai.... jadi aku percaya cakap dia. Menurutnya, untuk supaya jam auto sentiasa bergerak... jika tak pakai letaklah atas dua benda tu. Teori dia.... kipas angin sentiasa bergegar, jadi gegaran tu akan menyebabkan pergerakan rotornya.
Jadi, aku buat..... tapi jam mati juga.... Hmmm... Konsep ni dia cakap sama dengan peti ais. Setiap beberapa minit, peti ais akan bergegar disebabkan compressor yang berfungsi. Tapi aku tak pernah buat dengan peti ais sebab masa tu dah tau konsep sebenar jam auto.... Tipah tertipu.... Alangkah jahilnya aku bila kenangkan balik... Tapi bagus juga sebab ia merupakan kenangan & proses pembelajaran aku.
Jadi, aku buat..... tapi jam mati juga.... Hmmm... Konsep ni dia cakap sama dengan peti ais. Setiap beberapa minit, peti ais akan bergegar disebabkan compressor yang berfungsi. Tapi aku tak pernah buat dengan peti ais sebab masa tu dah tau konsep sebenar jam auto.... Tipah tertipu.... Alangkah jahilnya aku bila kenangkan balik... Tapi bagus juga sebab ia merupakan kenangan & proses pembelajaran aku.
Realiti...
Gegaran yang terhasil dari kipas angin atau peti ais sebenarnya tidak mampu untuk menggerakkan rotor pun. Rotor hanya akan bergerak & berpusing hanya dengan gerakan yang besar. Setakat gegaran "trrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............." takkan mampu menggerakkannya pun.
Kesimpulannya, jika jam tak dipakai, sekali sekala goncanglah jam anda itu & jika ia mempunyai fungsi wind, wind jam anda agar ia sentiasa bergerak. Seperti yang aku cakap dulu, jam mekanikal akan lebih capat rosak jika tidak dipakai langsung berbanding jam yang dipakai.
----------
Ini adalah antara 'mitos' yang aku dapat mengenai jam. Mungkin anda punya cerita sendiri yang lebih menarik....
Leia Mais…
Labels:
**Coretan
Wednesday, February 3, 2010
CABANE de ZUCCA Dashboard
CABANE de ZUCCA adalah suatu lebel design di Jepun dalam lebel kumpulan Issey Miyake. Okira Onozuka merupakan pengasas untuk nama ini & merupakan seorang designer terkenal di sana. Mereka menawarkan beberapa jam tangan fesyen yang menarik termasuklah Eye Patch.
ps: review ringkas sempena hari demamku...
Labels:
**Designer,
Cabane de Zucca
Subscribe to:
Posts (Atom)



