Kalau longgok macam ni, susah juga nak kenal yang mana satu original. Nampak serupa ja... Tapi nak kenal tak susah sebenarnya. Manalah tahu jika ada seller tak jujur bagi tau tali tu original padahal aftermarket... sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat kenal ciri-ciri tali original supaya tak tertipu.
Gandingan begini barulah nampak... tapi yang mana satu original?
Nak kenal tak susah. Kalau gandingkan macam ni tak susahlah. Tapi kalau satu-satu susah juga kalau tak tahu ciri-ciri original. Dengan perbandingan begini kita susah mampu untuk membezakan kedua-duanya & memilih pemenangnya. Dalam kes ini, tali di atas adalah yang original.
Tali original adalah pendek sedikit berbanding aftermarket (bawah). Dengan warna serta rupanya yang nampak lebih berkualiti, kita sudah tahu jawapannya.
Buatan tali original lebih baik kualitinya & finishingnya juga lebih bagus. Lihat saja 'badan' talinya itu serta tiada lebihan-lebihan terlebih dari tali itu berjuntai berbanding aftermarket (kanan).
Ketebalan keduanya hampir serupa namun lihat bentuk 'wave' itu. Tali original mampunyai wave yang lebih halus & dalam serta lebih cantik berbanding aftermarket (atas). Bahagian bawah tali original juga dibuat lebih cantik.
Lubang untuk buckle original dibuat kemas dengan lubang yang menirus ke dalam. Bukan itu saja, tali original adalah lebih keras & liat berbanding aftermarket yang lebih lembut & mudah lentur.
Bahagian hujung tali original lebih membulat berbanding aftermarket yang lebih boxy. Logo tsunami mempunyai bulatan yang lebih kecil serta ukiran tsunami yang cantik serta kemas. Selain itu, background original logo itu juga adalah berkilat, manakala aftermarket tidak berkilat. Begitu juga di bahagian belakang tali. Font tulisan SEIKOaftermarket tidak kemas & berlainan dari font original. Selain itu 'texture' adalah lebih kemas buatannya.
Seperti gambar atas, tali original adalah lebih pendek berbanding aftermarket.
Buckle original nampak lebih berkualiti (kiri) berbanding sebelahnya. Bahagian belakang menunjukkan perbezaan yang ketara dengan tali aftermarket.... yang kosong tanpa tulisan seperti original (kanan).
Ciri-ciri yang ada pada original sangat berlainan dari aftermarket yang cuba meniru original. Ciri-ciri pada tali original mudah dikenalpasti & diharap rakan-rakan takkan tertipu atau tersilap dengan tali aftermarket. Ada rakan-rakan blogger menjualnya & jangan bimbang... semuanya original.
Tali kulit ada pelbagai jenis. Dari kulit halal, tak halal sampailah kulit hidupan-hidupan eksotik digunakan untuk dijadikan tali jam. Kualiti juga pelbagai. Dari serendah RM10 sampailah ribu pun ada dijual. Bila harga tali pun mahal, rasa sayang juga kalau tali tu cepat rosak. Kalau dah rosak, nak beli tali sama mestilah satu masalah jika kosnya mahal. Terpaksalah cari alternatif lain dengan tukar kepada tali yang murah. Jadi apa yang perlu dibuat? Usah gusar, penyelesaiannya mudah saja.... deployant buckle.
Ini adalah contoh deployant buckle yang aku gunakan pada Junkers aku. Nak beli tali original jam ni bukannya murah pula.
Deployant buckle adalah jawapan kepada masalah ini. Dengan buckle biasa, tali jam akan cepat putus di bahagian sambungan buckle. Buka, pasang tali ini akan membuatkan tali tersebut 'berbekas' & merosakkan bahagian itu akibat ia terlipat semasa kita nak membukanya dari buckle.
Ini adalah contoh deployant buckle yang ada pada jam-jam aku. Tali jam yang aku rasa mahal & sayang, aku pasang buckle jenis ini. Tali pun tak cepat rosak.
3 jenis deployant buckle dipaparkan dalam gambar 1. Gambar 2 adalah deployant buckle jenis butterfly. Mungkin push button padanya itu memberi namanya. Gambar 3 adalah jenis klip dengan 2 klip padanya. Gambar 4 pula adalah jenis single klip... jam ni siap didatangkan dengan buckle begini. Best!
Ini gambaran untuk menunjukkan mengapa buckle jenis ini dapat memanjangkan hayat tali jam. Tali jam tidak akan terlipat seperti penggunaan buckle biasa & ia dapat mengunci dengan kemas di tangan. Nak pakai pun senang & rasa unik. Rasa macam pakai jam dengan bracelet pula. Jam pun tak akan terjatuh... andai kata terlepas dari tangan semasa pakai/buka jam.
Butterfly buckle ini adalah dari Orient. Manalah aku nak cari tali ni kalau dah rosak... macam karbon buatan dia.
Deployant buckle ini dijual lebih kurang RM60 hingga RM100+. Apa salahnya beli satu & pasang pada tali jam kesayangan anda. Taklah asyik beli tali baru akibat putus/rosak. Kena rajin skit cari sebab tak banyak kedai jual. Selamat mencari....
Buka gerobok.... jumpa jam lusuh. Mungkin dah berabuk... punyalah lama simpan. Bila tiup, berterbangan semua debu.... Kalau itu yang berlaku, jam mungkin terlalu banyak. Punyalah banyak sampai tak sampat nak peduli pun. Kalau koleksi yang tak seberapa banyak macam aku ni mungkin takkan jadi camtu kot... Kalau tak pakai, mungkin dah boring dengan rupa yang sedia ada... rupa yang kurang bermaya perlu dikembalikan ceria padanya. Macam kita yang suka ber'make-up', cuci itu ini untuk 'menaikkan' wajah.... agar berseri sentiasa... sejuk je orang pandang...
Pernah tak terfikir, dengan sedikit pengubahsuaian pada jam yang kita ada boleh mengubah nasibnya? Sekali tengok sama tapi tak serupa. Kos pula tak mahal tapi mampu nak mengubah wajahnya yang sudah lama itu kepada rupa yang baru. Perasaan pula macam mula-mula dapat jam tu. Punyalah seronok masa mula dapat.... itulah yang berlaku...
Macamnana tu? Senang ja.... dengan modal cuma RM20-30 sudah boleh buat.... hanya dengan tukar tali baru pada jam anda.... Senangkan? Kalau jam bertali kulit hitam, apa kata tukar ke coklat. Main-main warna. Kalau yang pakai bracelet, tukarlah kepada tali kulit. Nescaya anda sudah berikan nyawa baru padanya. Terutamanya jam-jam lama. Design bracelet yang klasik ni, sudah agak ketinggalan & mungkin ada yang sudah lusuh. Kalau dibandingkan dengan jam sekarang, jam lama agak 'tertunduk'.... tapi jangan hampa kerana 'seluar' barunya sudah boleh smack down mereka yang terkini.
Seiko Actus
Bracelet original padanya menampakkan jam ni memang sudah cukup lama & tua. Lebih tua berbanding aku yang tak berapa tua ni....
Akibat tak mau nampak tua, tukar tali kulit... Bling!Terus nampak eksklusif & muda pulak tu...
Seiko Hijau
Bracelet masih cantik & berkilauan. Tapi aku kurang minat dengan rupanyanya yang lama...
Tali kulit coklat ni bukan saja sangat sesuai, tapi sudah menyebabkan fenomena 'wow' padanya...
Sama, tapi tak serupa.... Dah tua, tapi nampak muda...
Seiko Orange Monster Kalau kebiasaan jam diver bertali getah. Aku sengaja tukar ke tali kulit sport. Tali pinjam dari Titan Fastrack. Saja tukar sebagai ujikaji...
Jam bukanlah tua, tapi terus tukar status kepada jam sukan pula. Nampak sporty jadinya...
Titoni Airmaster Jam ni aku beli new old stock. Akibat rupanya yang begitu bling, bling & kawan aku kata menampakkan aku macam gangster & ah long.... menyebabkan aku jarang sangat pakai jam ni. Ditambah dengan rupa aku yang agak 'ganaz' (kot la...), jam ni boleh buat orang ramai bertempiaran lari.... Mungkin betul gak pendapat mengatakan jam yang kita pakai menunjukkan sifat tuannya... Ada kebenarannya juga... tapi dalam kes ni tak lah, pasal confirm aku bukan ah long... Muahahaha....
Rupanya yang 'bling' tu, dilembutkan skit setelah aku tukar kepada tali kulit camni. Jadi 'slow tone' &merendah diri...
Dengan rupa baru ni, jam nampak sesuai dengan jiwa aku & tak begitu garang...Tapi bagus juga nampak garang, baru depa tau... Hehehe...
Mungkin sedikit pengubahsuaian camni, boleh mengubah persepsi & pandangan kita pada jam yang sudah kita tak 'sayang' & rasa nak jual tu. Modal yang sedikit ini mungkin juga boleh menyelamatkan poket kita dari terus bocor beratus, beribu RM beli jam baru. Sekurang-kurangnya dapat bertahan sebulan dua la kotuntuk mereka yang mempunyai tuntutan beli jam setiap bulan...
Jam yang sudah tak bermaya, perlu diberi nafas baru... sekurang-kurangnya jam tu kita pakai juga sekali sekala sebab kalau tak pakai langsung untuk jangka masa yang terlalu lama, kemungkinan boleh merosakkan komponennya. Macam kereta juga.... tak pakai bertahun, nak jalan semua pun susah. Kenalah hantar servis... Aplikasi sama untuk jam, lebih baik jam diservis akibat selalu pakai dari diservis akibat langsung tak pakai...
Banyak benda aku suka buat sendiri kalau aku yakin aku boleh buat. Ada juga benda yang aku tak yakin pun, main hentam je. Kalau jadi seronoklah, kalau tak jadi.... alahai.... Dari kecik, memang inilah tabiat aku. Selagi aku rasa boleh buat, aku akan buat & kalau tak mampu baru aku minta tolong. Bukanlah pandai sangat pun, main ikut teori, logik, bacaan, jeling orang buat.... lepas tu baru cuba buat praktikal.
Watchmaker mana ntah ni.... Nanti keluarlah jenama D.J.automatic power reserve, chronograph, day, date, moonphase, chronometer... Mesti mahai gila...
Dulu... bukan dululah, sekarang pun aku rasa kalau boleh aku nak repair jam sendiri & sampai berangan nak jadi watchmaker. Ehehehe... Tapi jam ni rumit skit & aku tak berapa berani nak buat sangat sebab komponen kecik sebesar kuman (tak cam enjin kereta & moto...ekekeke...) & ilmu pun ciput sangat. Takat buka caseback tengok enjin tu memang terer sangatlah. Wakaka... Tapi nak cabut crown, suatu perkara yang aku rasa susah pada mulanya pasal tak tahu nak mula kat mana. Aku cuma tengok kat youtube pada mulanya. Tak ingat pula dia guna jam apa. Yang aku perasan, dia buka satu skru dekat dengan crown. Itulah petua aku. Eksperimen pertama bermula...
Aku ada 3 set screwdriver biasa untuk buka jam. Ada yang beli kat kedai RM2 je & ada gak yang beli dari kedai hardware. Disebabkan saiz mata screwdriver tu besar & tak muat skru jam yang sehalus sutera tu, aku asah screwdriver ni dengan batu asah pisau sampai tajam. Sebelah kanan keadaan asal, kiri keadaan selepas diasah.
Walaupun alat tak berapa cukup, aku buat juga sebab nak betulkan jarum jam Seiko Bellmatic aku yang tak berapa tepat jarumnya. Disebabkan aku dapat conjuctivitis setiap kali tengok jam ni, aku cuba jadi doktor rawat jam yang tak sakit ni.
Seiko Bellmatic ni jam pertama aku mula buat. Senang bagi setengah orang, tapi susah bagi orang lain. Aku main yakin je buat sebab pernah tangok video klip tu. Cuma guna petua, skru berdekatan dengan stem crown... pencarian bermula untuk cari crown yang dekat... ternyata takda skru yang dok dekat pun dengan crown... dok sebatu ja semua. Cuma ada suatu punat kat situ. Aku pun tekan & cuba tarik crown perlahan-lahan... Toing... boleh cabut. Wah! Seronok betul. Bulatan merah menunjukkan tempat untuk menekannya. Tekan (jengan lepas) & tarik perlahan-lahan.
Disebabkan Bellmatic ada 1 lagi crown, aku main agak je 'menatang' yang dalam bulatan merah tu boleh tekan. Aku pun tekan guna screwdriver yang tajam... ternyata boleh cabut. Eksperimen berjaya. Prognosis? Very good. Ini baru permulaannya saja... & confidence level aku semakin meningkat.
Semua bahagian dah dikeluarkan. Bolehlah aku cuci semua bahagiannya. Lepas keluarkan, barulah aku tahu sebenarnya senang saja nak keluarkan benda ni. Dok tengok saudara Jamlama buka jam dia buat aku termenung sejenak... camnolah nak cabut menatang tu... Kawan aku tengok pun tabik dia. Kena buat... baru tau... Lepas buka, barulah nampak banyak bahagian dah longgar. Biasalah, cam manusia juga, semakin meningkat umur, semakin banyaklah parts yang longgar sana sini... err... untuk jam ni lah. Sebab tu jam automatik kena hantar servis setiap 5 tahun. Tapi jam ni, rasanya tuan asal guna untuk gerak dia bangun pagi kot. Bila jam bunyi, mungkin dia baling, hentak-hentak kot nak kasi senyap sampai tertanggal apa yang ada.
Diagnosis: Mata juling Finding: Bukan saja matanya juling, ada beberapa parts dalaman, skru dah longgar. Treatment: Titisan air mata berlinangan + joy & happiness + mata (jarum) dibetulkan + ketatkan apa yang patut. Outcome: Very good Result: Confidence level upgraded + puas hati pengarang jantung.
Lepas eksperimen tu berjaya, aku cuba buat benda yang sama untuk jam-jam lain. Mungkin boleh dijadikan pedoman kepada yang lain sebab lain jam, lain skit. Mungkin kepelbagaian jam yang ditunjukkan ni, sedikit sebanyak boleh membantu.
Helbros
Petua pertama, cari skru yang paling dekat dengan stem crown. Helbros ni senang & jelas.
Guna screwdriver yang dah asah tu, longgarkan crown (pusing ikut arah lawan pusingan jam). Tak perlu pusing sampai skru tertanggal. Memadai hanya longgarkannya.
Ha! Dah boleh cabut pun. Bila nak pasang balik, masukkan stem crown tu sampai rapat & barulah ketatkan semula skru tadi (ikut arah pusingan jam).
Tissot Seastar
Bulatan merah menunjukkan tempat dimana screwdriver perlu ditekan. Tidak seperti Helbros yang guna skru, Tissot ni cuma perlu tekan seperti Seiko Bellmatic tu. Tekan di bulatan merah tu.
Satu masalah dah timbul, punat tu takmau timbul pula lepas tekan. Tenggelam kelemasan. Terpaksa aku hantar pi hospital buat MRI. Leceh betul. Benda tak sakit, jadi sakit pula. Apa boleh buat, asam garam rumahtangga jam.
Oris
Sama seperti Tissot, Oris ni juga hanya tekan di bulatan merah tu saja.
Jangan! Jangan tak tekan....
Q&Q Leaf-Fit
MovementMiyota ni unik skit. Kalau yang lain punatnya malu-malu, Miyota memang tak malu, siap macam suruh.... "tekan la.. tekanlah aku..."
Dah dia suruh, aku pun tekan lah...
Cuma untuk movement quartz aku belum berjaya lagi. Cari skru tang mana pun tak jumpa. Mungkin dia tersangat malu sampai batang hidung pun tak nampak. Takpalah, biaq pi kat dia.
Untuk aktiviti ni, aku cuma guna beberapa alat:
Caseback opener
Watch stand/holder
Screwdriver tajam & flat (RM2 je... nak asah pun tak sayang sangat)
Untuk sesiapa yang belum tahu caranya, ketahuilah ianya senang saja & jangan takut nak buat... Sangatlah boleh untuk mereka yang suka buka baju jam & cuci jam. Aku nak cuba tanggalkan semua komponen jam pula lepas ni. Nak belajar repair pula. Tapi alat tak cukup sempurna & takda mangsa yang rela hati untuk aku buat. Dok nampak jam replika je sekarang.... Hmm...
Seperti yang diterangkan pada artikel lepas, terdapat dua jenis jam mekanikal iaitu automatik(self-winding) & kunci(manual winding). Untuk jam automatik, untuk menggerakkannya jam perlu digoncangkan sedikit sahaja. Janganlah pula goncang jam macam gempa bumi. Rosak jam tu nanti. Goncang sehingga rotor-nya berpusing sudah memadai. Ada juga jam automatik yang boleh dikunci. Untuk jam ini, berapa kali putar pun tak apa.
Ini adalah jam manual winding Lutolf Philip. Rupa komponen movement-nya seperti komponen enjin kereta.
Movement jam kunci Audemars Piguet.
Untuk jam kunci, kena berhati-hati sedikit. Disebabkan pergerakan jam hanya bergantung kepada putaran crown, crown hanya diputar tidak lebih dari 10 kali. Ini maklumat dari otai jam. Kalau jam kunci tu ada indicator power reserve adalah lebih baik kerana sudah pasti crown tidak akan terputar lebih dari yang sepatutnya. Disebabkan aku terlebih rajin putar, aku telah berjaya menamatkan riwayat jam kunci aku. Adoi! Main spring di dalamnya sudah patah. Hmmm.. Aku dah hantar repair. Lupa pula nak pi tanya kedai dah siap ke belum.
PAUL PICOT Atelier Squelette. Jam ni ada indicator power reserve.
Jam automatik & kunci mempunyai power reserve tertentu. Kebanyakannya di antara 24-40 jam bergantung kepada spec jam tu. Ada juga yang boleh sampai sehingga 8 hari contohnya model Panerai di bawah ni. Sekiranya jam tidak dipakai dalam waktu yang lama @ sudah habis power reserve-nya, jarum jam tidak akan bergerak. Kena kunci @ goncangkan sedikit jam untuk menggerakkan komponennya semula. Kalau anda tidak suka keadaan ni, jam mekanikal bukanlah untuk anda. Anda lebih sesuai dengan jam quartz.
Officine Panerai ferrari GMT 8days SE
Tidak seperti jam quartz, jam mekanikal memerlukan penjagaan & perlu di hantar servis. Pihak pengeluar jam mencadangkan jam mekanikal di hantar servis setiap 3-5 tahun. Apa yang dibuat kebiasaannya semasa servis ialah menukar minyak pada komponen yang bergerak @ jewels. Sekiranya jam yang anda pakai itu menunjukkan masa yang tidak tepat, contohnya terlebih laju @ lambat dari waktu yang sepatutnya, ianya perlu dihantar untuk kalibrasi semula. Jam yang sentiasa terkena air @ selalu guna untuk aktiviti air, ianya perlu juga dihantar untuk diperiksa seal & gasket padanya untuk memastikan ianya masih kalis air.
Video menunjukkan bagaimana jewel diminyakkan.
Walau jenis apa jam yang anda guna sekali pun, ianya bergantung kepada bagaimana cara anda menggunakannya & menjaganya. Ketahanan & riwayatnya bergantung kepada anda sendiri.
Jam quartz merupakan jam yang menggunakan bateri. Movement quartz bagus kerana ianya ringkas, masa yang tepat, murah & senang jaga. Sejarah ringkas quartz ada diceritakan pada artikel lepas.
Gambar atas menunjukkan movementquartz.Movement lebih ringkas berbanding mekanikal... bermaksud di sini mudah & murah untuk dijaga berbanding mekanikal. Ini kerana kurangnya komponen/gear movement. Cuma ada gear untuk gerakan jarum saja. Untuk digital pula langsung tidak ada komponen/gear yang bergerak langsung.
Disebabkan komponen/gear movement quartz yang sedikit ini, risiko untuk rosak juga kurang. Jadi penggunaannya ketika bersukan tidak menjadi masalah & kurang risiko untuk rosak. Jam mekanikal walaupun adalah anti-shock, perlu juga berhati-hati kerana hentakan yang kuat semasa bersukan dapat merosakkan komponen/gear yang bergerak itu, umpamanya tercabut skru, balencer ataupun rotor-nya. Walaupun jam quartz tidak begitu mempunyai masalah pada movement seperti mekanikal, namun bahagian lain pada jam boleh mengalami kerosakan seperti casing, tali/bracelet ataupun cermin. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti lasak seperti itu. Segala risiko anda perlu tanggung sendiri.
Jangka hayat bateri sesuatu jam pula bergantung pada jenis bateri yang digunakan & cara penggunaan jam. Ada jenama claim yang bateri jam meraka boleh tahan sehingga 10 tahun, tapi jika jam itu mempunyai complication yang lebih & anda pula selalu menggunakan fungsi tersebut, jangka hayat bateri mungkin tidak akan sampai seperti yang dikatakan itu. Jangan tertipu dengan dakyah seperti 'water resistant' jam. Bateri pun serupa juga konsepnya. Bateri Silver Oxide boleh bertahan di antara 2-3 tahun, manakala bateri Lithium boleh bertahan sehingga 10 tahun & harganya juga mahal.
Sekiranya bateri jam sudah habis/mati & anda pula sudah tidak mahu pakai jam tu lagi, dinasihatkan untuk ditanggalkan bateri dari jam tu. Kerana bateri yang tidak ditanggalkan dari jam akan merosakkan komponen movement jam itu. Bateri yang sudah kehabisan kuasa boleh mengeluarkan cecair & cecair ini boleh merosakkan komponen-komponen di dalam suati litar/movement itu. Ini perlu dipraktikkan bukan hanya pada jam, tetapi pada apa saja alat yang menggunakan bateri.
... episod terakhir bakal menyusul tidak lama lagi... Leia Mais…
6. Cermin jam mempunyai pelbagai jenis. Contohnya plexiglass, mineral glass & sapphire. Jenis cermin yang ada pada sesuatu jam tu selalunya akan tercatat samada pada spec jam tu di dalam manual @ pada jam itu sendiri (untuk cermin sapphire).
Plexiglass adalah cermin yang diperbuat dari plastik (gambar atas). Kebanyakan jam lama (vintage) menggunakan cermin jenis ini. Untuk jam lama, cermin ini adalah melengkung seperti gambar di atas. Cermin jenis ini mempunyai pelbagai bentuk & mengikut bentuk jam itu sendiri. Selain itu, jam-jam moden seperti Casio juga masih menggunakan plexiglass pada jam mereka. Cermin jenis ini adalah ringan, murah & sukar pecah. Tapi ianya mudah bercalar pula. Untuk hilangkan calar pada cermin jenis ini juga tidak susah.
Ada 2 tips untuk menghilangkan calaran padanya:
Autosol - bahan ni digunakan untuk menggosok & mengilatkan bahan logam. Jika besi berkarat pun boleh dihilangkan karatnya. Walaupun ianya digunakan untuk bahan logam, disebabkan agen abrasifnya yang halus itu, ianya juga boleh digunakan untuk mengilatkan plastik serta menghilangkan calarannya. Plastik yang bertukar warna kekuningan pun boleh jadi jernih seperti asal semula.
Ubat gigi - ia juga mempunyai agen abrasif. Perlu ada sedikit bahan ni di dalam ubat gigi supaya gigi mudah dibersihkan & senang untuk menanggalkan plak & stain pada gigi. Agen abrasif di dalamnya juga amat halus & bersesuaian juga untuk digunakan pada plexiglass. Gunalah bahan-bahan ini seperti nak mengilatkan kereta.
Mineral glass boleh dijumpai pada hampir semua jam. Ia cukup popular kerana harga yang berpatutan, keras & mempunyai ketahanan yang mencukupi. Selain itu, ia boleh dibuat dengan pelbagai bentuk & ketebalan. Tetapi ia mempunyai kelemahan di mana ia boleh pecah & tercalar.... & calaran ini tidak boleh dihilangkan pula, contohnya seperti Seiko 5 di atas (bulatan merah). Namun begitu, ia tidaklah mudah bercalar seperti plexiglass. Kena betul-betul kuat geseran tersebut untuk mencalarkannya. Ianya amat sesuai sekali digunakan untuk jam diver kerana boleh dibuat dengan bentuk dome & tebal untuk menahan tekanan yang tinggi semasa menyelam.
Antara bentuk cermin mineral.
Terdapat juga mineral glass yang kalis calar, dimana ia disaluti dengan hard coating padanya untuk memberikan sifat tahan calar itu. Casio menggunakan cermin ini pada kebanyakan model Edifice mereka.
Cermin sapphire pula merupakan cermin yang kalis calar. Untuk mengetahuinya, terdapat perkataan sapphire samada pada manual/spec jam tu, di case-back ataupun pada dail jam tu sendiri (seperti gambar atas). Cermin ini pula lebih mahal dari plexiglass mahupun mineral glass. Ia mempunyai tahap kekerasan sehingga 10 (paling tinggi). Semakin tinggi nilai ini, semakin keras cermin tu. Namun begitu, seperti cermin lain yang mempunyai kelemahan, cermin sapphire ini adalah lebih rapuh & mudah pecah berbanding cermin lain. Jadi, ia sangatlah tidak sesuai digunakan untuk jam diving.
Plexiglass - murah, ringan & sukar pecah.... TAPI sangat mudah tercalar
Mineral glass - keras, tahan, tebal.... TAPI mudah pecah & tercalar
Sapphire - kalis calar.... TAPI sangat mudah pecah & rapuh
Setiap cermin mempunyai kelemahan & kelebihan. Namun, walau apa pun jenis cermin pada jam anda... jangka hayatnya bergantung pada bagaimana anda memakai & menjaganya.
.... episod seterusnya akan diterangkan mengenai jam quartz...Leia Mais…
Untuk yang sedang mencari-cari jam @ barangan jam, bolehlah kunjungi blog di bawah ini. Mungkin ada koleksi yang dipaparkan menarik minat anda. Silalah layari...