Showing posts with label Cabane de Zucca. Show all posts
Showing posts with label Cabane de Zucca. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

CABANE de ZUCCA Dashboard

CABANE de ZUCCA adalah suatu lebel design di Jepun dalam lebel kumpulan Issey Miyake. Okira Onozuka merupakan pengasas untuk nama ini & merupakan seorang designer terkenal di sana. Mereka menawarkan beberapa jam tangan fesyen yang menarik termasuklah Eye Patch.


Design kotak yang sangat ringkas. Sekali tengok tak terasa macam kotak jam.


Buku panduan untuk jam ini. Tertera jenis enjin yang memacunya.


Tertera juga nombor enjin pada talinya. Aku takda maklumat spec jam ni. Kita tengok gambar sajalah.


Jam ini dihasilkan oleh Seiko untuk Cabane de Zucca..... suatu design yang pelik & tak pernah dibuat mereka.


Crown tersimpan di dalam casing. Tak pasti samada casingnya itu stainless steel atau plastik ataupun gabungan kedua-duanya. Aku rasa gabungan kedua-duanya.... boleh nampak sedikit tulisan pada caseback di gambar bawah.


Seperti model Seiko 5, caseback mempunyai exibition glass yang menampakkan enjin. Boleh nampak sedikit engraving stainless steel/plastik. Dashboard... mungkin itu nama untuk model ini.


Dail warna kelabu gelap dengan nombor yang embosed memberikan suatu ciri yang unik padanya.


Pelik & unik... suatu gabungan yang jarang berlaku untuk jam bernama Seiko. Janganlah tak boleh tidur malam kerana jam ini tidak akan didapati dalam pasaran kita.
(Terima kasih kepada bro Ahmad Norman)


ps: review ringkas sempena hari demamku...


Leia Mais…