Showing posts with label ***Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label ***Pengumuman. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat pengunjung blog ini. Di kala kita sedang bergembira meraikan kejayaan menunaikan ibadat puasa, janganlah kita lupa kepada saudara seagama kita yang sedang ditindas di negara mereka sendiri.... kepada mereka yang telah menemui Ilahi, moga-moga mereka mendapat syahid & beroleh Syurga yang hakiki.... moga keselamatan diberikan kepada mereka & diberikan kekuatan kepada tentera Islam.....

Marilah juga sama-sama kita doakan saudara kita yang telah pergi dahulu dari kita dalam tragedi MH17 & moga Allah berikan penyelesaian terhadap misteri MH370..... moga Allah memberikan rahmat kepada kita semua..... amin....

Leia Mais…

Monday, August 5, 2013


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan-rakan & pembaca sekalian. Ampun & maaf dipinta sekiranya terdapat kesilapan dariku terhadap kalian. Semoga kebahagiaan & rahmat dari Allah kalian kecapi.

Mohon maaf juga kerana sudah lama tak update blog ini.... insyaAllah jika ada kesempatan, aku akan update blog.... terima kasih atas sokongan semua...


Leia Mais…

Tuesday, May 14, 2013

FACEBOOK - Dunia Jualan Jam

Group Facebook DUNIA JAM juga telah menjadi medium berinteraksi sesama rakan-rakan peminat/penternak jam dari seluruh Malaysia malah ada juga rakan-rakan dari Indonesia. Maklum balas yang lebih pantas dengan Facebook mungkin telah menjadi pilihan ramai berbanding blog telah menyebabkan dunia blog agak perlahan perjalanannya.... namun blog masih menjadi perhatian untuk maklumat, rekod & arked bacaan & informasi..... 

Medium  Facebook kini lebih banyak digunakan oleh blogger & rakan-rakan pengumpul jam untuk menjual jam yang mana blog telah menjadi saluran kedua untuk jualan dilakukan.

Mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan group Facebook DUNIA JUALAN JAM yang sebenarnya telah lama diwujudkan khas untuk jualan & pembelian jam, aksesori jam atau lain-lain yang berkaitan. 





Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook,  kunjungilah & sertai group kami bagi memeriahkan lagi DUNIA JUALAN JAM. Mungkin dalam ratusan jam yang diiklankan itu terselit jam yang anda tercari-cari selama ini.....

Kunjungi kami di DUNIA JUALAN JAM



Leia Mais…

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha kepada semua muslimin & muslimat


Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua sahabat & saudara seagamaku.... 

Leia Mais…

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Sedar tak sedar... Ramadan telah sampai ke penghujungnya.... terasa sekejap betul Ramadan berlalu.. Di kesempatan ini, DUNIA JAM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudaraku. Terima kasih kerana sentiasa sabar & menyokong DJ selama ini walaupun kini DJ kurang update seperti sebelum ini. 

Mohon maaf sekiranya ada penulisan aku selama ini ada menyinggung perasaan sesiapa tanpa aku sedari.... Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa memandu & kepada yang menunggang motor perlu lebihkan tumpuan pancaindera anda kerana risiko penunggang motor 17 kali ganda lebih berbanding berkereta.... Aku doakan kalian semua selamat pulang ke kampung halaman... 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... 
MAAF ZAHIR & BATIN....

Leia Mais…

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Al-Mubarak kembali lagi!


Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua saudara muslim & muslimahku.... Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. Semoga Allah memberkati kita semua...

Leia Mais…

Friday, May 11, 2012

PENDAFTARAN H4U AKAN DITUTUP TAK LAMA LAGI


Diumumkan bahawa pendaftaran untuk HOROLOGY FOR UNITY akan ditutup pada 19 Mei ini. Kepada mereka yang ingin menyertainya sila daftar dengan segera.

Kepada yang membawa pasangan/rakan/ahli keluarga, sila daftarkan mereka juga untuk memudahkan pihak pengurusan. Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih....

Leia Mais…

Friday, October 28, 2011

Nasihat kepada kawan-kawan blogger

Ramai yang telah mengetahui wujudnya ramai individu penipu yang mengambil kesempatan mencuri gambar & info jam dalam blog & dijual pula samada dalam Mudah.my, eBay ataupun blog sendiri....

Hal ini telah lama dihebahkan di dalam Facebook & beberapa penjual ini telah dijumpai mencuri gambar berserta info dari blog-blog tertentu & membuatkannya seolah-olah jam itu miliknya. Mereka menjual secara berleluasa di alam maya. 

Jika anda telah mengenalpasti & yakin gambar anda telah dieksploitasi mereka untuk menipu orang, sila buat laporan kepada admin web tersebut, polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengekang perkara ini.

Ambillah langkah sewajarnya agar ramai yang tidak tertipu dengan mereka... Nasihat aku supaya semua blogger buatlah WATERMARK pada setiap gambar jam yang anda upload dalam blog anda bagi mengelakkan kecurian.

HARAP MAKLUM....


Leia Mais…

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri....



Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan & peminat jam yang sentiasa melayari blog DJ. Mohon maaf dipinta jika ada salah & silap... Terasa cepat betul masa berlalu... rasa macam baru saja bulan Ramadan  bermula... Semoga anda semua dimurahkan rezeki & mendapat rahmat dari yang Esa. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang dikasihiNYA & dilindunginya dunia & akhirat...

Kepada rakan-rakan yang akan pulang beraya kelak.... hati-hatilah memandu. Jangan terlalu ghairah melihat jam raya di tangan sampai terlupa nak tengok jalan pula.... Kepada yang bermotosikal, sila lebih berhati-hati kerana anda 17 kali ganda lebih berisiko berbanding yang berkereta... Kepada semua.. ingatlah orang yang tersayang... 

Ride safe.... 

Leia Mais…

Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!!!

Ramadan menjelma lagi. Bersyukur kita kerana dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Dunia Jam ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pembaca blog, rakan-rakan blogger & rakan semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kalian semua diberikan RahmatNYA.....

Leia Mais…

Saturday, January 15, 2011

PENGUMUMAN!!!

Kepada semua rakan2.... artikel perjumpaan H4U akan keluar buat kali-2 dalam paper THE STAR dalam sisipan mStar pada hari esok (Ahad) 16 Januari 2011.... Pastikan anda dapatkan naskah anda nanti...

Harap maklum...

Leia Mais…

Friday, December 31, 2010

Demi Masa.... Selamat Tahun Baru 2011

Dunia Jam ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua blogger, rakan-rakan & pengunjung blog DJ selama ni. Semoga keceriaan, semangat & azam baru sentiasa mengiringi anda sekalian.


Dunia Jam juga ingin memperkenalkan satu lagi blog terbaru hasil nukilan seorang pecinta jam. Semoga dunia horologi Malaysia sentiasa berkembang & maju pada 2011 ini. Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut, layari blog miliknya DEMI MASA.

Leia Mais…

Sunday, December 12, 2010

Berita HOROLOGY FOR UNITY sudah keluar!!!!!


Kepada kawan-kawan yang berada di Lembah Klang, boleh dapatkan berita The Star hari ni. Pihak kami dimaklumkan ia akan diterbitkan 19 Disember... tak sangka pulak keluar hari ni.

Di dalamnya diselitkan ruangan mStar yang memaparkan perjumpaan kita dahulu. Malangnya, mStar HANYA dipasarkan di Lembah Klang saja..... kawan-kawan yang berada di luar kawasan tidak akan dapat selitan itu.

Namun jangan bimbang, kerana saudara Hassan DetikDuaBelas bolah dapatkan soft copy dalam bentuk PDF untuk mereka yang berminat memilikinya. Kepada yang berminat, sila hubungi saudara Hassan.

Sekian. Harap maklum.

Leia Mais…

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan seperjuangan, penyokong, pembaca setia & kepada semua muslimin & muslimat yang sentiasa berada dibelakang Dunia Jam selama ini. Moga pengorbanan yang pernah dilakukan & ibadah kita yang dilakukan selama ini diterima & diredhaiNYA...

Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!

Leia Mais…

Tuesday, September 21, 2010

MALWARE ATTACK : ARAHAN KEPADA BLOGGER

Aku copy & paste saja dari email hasil nukilan saudara M.Nazri.Tan mengenai masalah yang sedang dihadapi sekarang. Terima kasih banyak bro. Buat sementara ni, aku buang dulu ruangan chat & satu blog yang aku berjaya kenalpasti punca masalah ni. Di harap informasi ini berguna kepada semua.


-------------------------------------------------------------------------------------------

SILA BUANG IKLAN MANGGAONLINE
SILA BUANG IKLAN YANG MEREPEK
SILA TUKAR TEMPLATE. AMBIK BLOGGER PUNYA

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.


Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!
--
Mohd Nazri Md Akim

Time as it is...
Taste as it is...

Leia Mais…

Tuesday, September 7, 2010

Sempena menyambut lebaran mendatang

Sempena sambutan hari raya puasa yang bakal menjelma 2 hari lagi.. DJ sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger, rakan-rakan jam di mana saja berada, kepada pengunjung blog DJ yang sentiasa menyokong usaha DJ selama ini. Salah silap tutur kata DJ samada di blog mahupun di FB, DJ ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan. Moga raya kali ini memberi makna yang tersendiri kepada kalian semua. Terima kasih sekali lagi kerana meyokong DJ selama ini. Insyaallah usaha ini akan diteruskan selagi mampu.....

ps: penat wo dok buat tulisan pakai bunga api tu.... terima kasih kepada isteri tercinta kerana banyak membantu merialisasikan segala tulisan-tulisan tu..... Hehe..

Leia Mais…

Thursday, June 24, 2010

Malaysia Watch Forum


Mungkin ramai yang tiak sedar & tidak tahu akan kewujudan satu forum jam di Malaysia. Di side bar Dunia Jam ada dibuat link ke forum-forum jam terkenal di dunia & salah satunya adalah dari Malaysia.

Malaysia Watch Forum merupakan satu forum jam dari Malaysia yang aktif & berinteraktif. Mempunyai ahli forum yang ramai & sangat mesra. Apa saja maklumat, pengalaman, pertanyaan atau apa saja boleh dikongsi & pasti ada maklum balas dari mana-mana ahli forum. Kepada yang berminat, bolehlah mendaftarkan diri dalam satu-satunya forum jam di Malaysia. Bukan saja akan mendapat kawan baru, boleh juga belajar dari pengalaman kawan-kawan lain & membuat pertanyaan kemushkilan yang ada serta boleh juga melihat koleksi jam ahli forum yang hebat serta yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.


Leia Mais…

Thursday, June 3, 2010

Hati-hati kawan-kawan sekalian...

... terutama kepada yang menjual jam. Tak kiralah samada di blog, mudah.my, lelong.my, eBay atau lain-lain yang melibatkan internet. Kalau eBay & lelong rasanya selamat sikit sebab keduanya ada sistem keselamatan dalam hal bayaran ni.

Hati-hati jika anda menerima email yang berminat dengan jam anda, jangan percaya bulat-bulat. Email ini selalunya akan datang dari mereka dari luar negara.

Ayat mereka lebih kurang sama saja. Ini ciri-ciri yang pernah aku dapat & kawan-kawan lain. Anda boleh berkongsi cerita sekiranya dapat email yang sama.

  1. Dia akan mengatakan dia berminat nak beli..... tapi bukan untuknya.... kononnya sebagai hadiah untuk anak dia, anak tiri dia, kawan dialah atau sesiapa saja. Kononnya dia terlalu sibuk dengan urusan dunia dia atau dia berada di luar negara.
  2. Harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi dari dari harga yang kita letak. Aku pernah jual jam dengan harga RM360.... tapi harga yang ditawarkan dia RM460. Ada juga yang jauh lebih tinggi & siap nak bagi duit pos tambahan lagi. Selalunya dia akan offer harga jauh lebih tinggi supaya kita akan terasa teruja & akan jual kat dia sebab lebih untung dari jual kepada orang sini. Ini hanya taktik psikologi. Disebabkan terlalu seronok dengan harga tinggi tu, kita lupa nak tengok hal lain.
  3. Alamat untuk penghantaran pula, adalah di luar negara juga. Aku tak dapat sebut negara apa. Tak mahu ada unsur sensitif di sini.
  4. Cara penghantaran dia sendiri yang tetapkan & semestinya bukan Pos Laju yang selalu kita guna. Dia akan cadangkan perkhidmatan lain seperti DHL dan lain-lain.
  5. Dia akan minta nombor akaun, bank & butir-butir kita. Ini salah satu cara dia nak curi data-data kita.
  6. Jika kita bersetuju, dia akan hantar email, kononnya dari bank luar negara yang mengatakan duit dah transfer masuk ke akaun kita. Alamat email pun lain, seolah-olah betul dari bank tu. Siap dia bagi link hukuman kepada penjual yang menipu si pembeli.
  7. Bila check duit di akaun kita.... DUIT TAK MASUK PUN. Andai kata barang kita dah pos.... maksudnya bagi free ja kat dia...

Ini adalah taktik cilik si penipu. Mereka boleh buat seolah-olah semua prosedur tu betul. Alhamdulillah, aku terselamat dari penipu yang aku hampir-hampir nak hantar jam tu. Nasib baik bro Ijan tolong. Email yang sama dengan ayat yang sama juga bro Ijan Jamlama pun dapat. Kalau tidak, aku pun terkena. Tq bro...

Apa yang disampaikan ini hanya sebagai peringatan supaya kawan-kawan hati-hati dengan urusan jual beli. Biar beringat sebelum terkena.

Leia Mais…

Thursday, April 15, 2010

Dunia Jam berwajah baru

Dah sekian lama dengan rupa yang lama, aku nak buat sedikit perubahan dengan rupanya yang dulu. Harap anda boleh terima akan rupanya kini. Jika tak ok, aku akan ubah lain & cari yang lebih bersesuaian. Dunia Jam Pilihan juga turut diberi wajah baru.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Leia Mais…

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan & pembaca blog berketurunan Cina. Moga hari raya kali ini memberikan suatu pengertian yang bermakna buat kalian serta dimurahkan rezeki hendaknya. Terima kasih atas sokongan & kesudian anda melawat blog ini.

Leia Mais…