Showing posts with label Rado Diastar. Show all posts
Showing posts with label Rado Diastar. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Rado Diastar

Rado merupakan salah satu watchmaker Swiss yang otai. Mereka sangat dikenali sebagai jam kalis calar. Ditubuhkan pada tahun 1917, namun model pertama kalis calar dikeluarkan pada tahun 1960'an dengan nama Rado Diastar. Pada tahun 1983, Rado telah bergabung dengan SMH group, yang mana sekarang dikenali sebagai Swatch Group. Swatch Group merupakan syarikat konglomerat terbesar dunia.

Rado menggunakan kombinasi bahan logam yang keras, ceramik berteknologi tinggi (high-tech) & cermin sapphire dalam pembuatan jam mereka & ini menjadikan mereka unik, lain dari yang lain.


Rado Diastar



Ini adalah jam salah sorang staff aku. Aku perasan beberapa orang staff lagi menggunakan jam yang sama. Kagum aku dengan mereka ni. Nak minta tengok rasa segan pula. Selama ni, aku hanya tengok orang pakai saja. Dari zaman 'muda' dulu sampai sekarang, kalau jumpa orang pakai Rado... inilah modelnya. Kawan aku pun pakai jam ni. Susah nak jumpa orang muda pakai jam ni. Aku nak belek jam dia, tapi dia dah pindah la pulak. Ada sorang datang pakcik pakai jam ni datang berurusan dengan aku. Dengan muka tak malu aku terus tanya pasal jam dia... sudah lebih 10 tahun dia pakai jam tu. Sebenarnya aku pelik kenapa ramai sangat orang minat sangat jam ni. Itu yang buatkan aku teringin sangat nak belek jam ni. Teringin nak tengok dekat & pegang, akhirnya dapat juga.

Dengan bentuknya yang klasik ini, banyak lagi jenama yang meniru jam ini baik dari segi bentuk mahupun movement-nya. Namun ada juga jam yang menirunya menggunakan movement quartz. Untuk mereka yang meminati jam ni tapi tak minat dengan 'harganya', ada la alternatif lain nak dapatkan jam yang bentuknya serupa.

Kedaan dail cukup cantik & nampak macam baru. Keseluruhan dail dipenuhi dengan batu 'berlian'. Lambang Rado pada pukul 12 tu boleh bergerak seperti gerakan rotor. Mempunyai penunjuk hari & tarikh pada pukul 6.



Bahagian atas casing jam ni diperbuat dari tungsten carbide & cermin adalah sapphire. Model terbaru Rado sekarang menggunakan ceramik pada casing. Tidak seperti kebanyakan jam yang cerminnya rata, cermin jam ni mempunyai bentuk. Aku nak samakan bentuknya dengan apa pun tak pasti pula. Hehehe... Casing & cermin jam ni langsung tiada calar walaupun segaris. Gempak!




Lambang Rado tertera pada crown.


Terdapat ukiran "RADO" pada bahagian tepi casing. Bracelet macam ni sukar nak jumpa pada jam sekarang.


Case-back jenis snap-on. Menggunakan movement automatik ETA dengan 25 jewels.




Perhatikan bentuk cerminnya.


Jam masih cantik dari pelbagai penjuru.


Clasp jenis klip dengan lambang Rado tertera padanya.


Kesan luntur pada bracelet menunjukkan jam sudah lama digunakan. Menurut tuannya yang juga seorang vateren, beliau sudah beberapa kali kemalangan jalan raya bersama-sama jam ni. Hanya bracelet yang menunjukan kesan, namun casing langsung tak ada apa-apa kesan. Kagum aku masa mula-mula tengok jam ni. Menurutnya, jam ni juga pernah kena pijak atas jalan... pun takda apa-apa kesan pada casingnya.

Yang paling aku kagum & terkejut, usia jam ni rupanya sudah lebih 30 tahun. Hampir-hampir 40 tahun katanya. Fuh! Tengok keadaan casing langsung tak boleh agak usianya yang sudah tua tu. Warna emas casing langsung takda kesan luntur/'turun'. Selama beliau pakai, jam ni langsung tak pernah bagi masalah padanya. Cukup-cukup tak sangka & memang aku cukup kagum. Agaknya inilah sebabnya ramai orang menggilai model ni.

Hingga kini, model Diastar masih dikeluarkan Rado dengan pelbagai warna dail, casing serta fungsi. Harga pasaran jam ni diantara RM2000-4000++.

Leia Mais…