Tuesday, October 20, 2009

Kuala Muda selepas 4 tahun...

Sabtu lepas (17.10.2009), aku & isteri pergi repair aircond Beetle. Awal pagi dah keluar dari rumah ke kedai aircond di Sungai Petani (SP). Risau juga sebab takut kedai tutup sempena Depavali. Lega, sebab kedai buka & aku pelanggan pertama pula. Dah lama berpanas dalam kereta tu, nak jalan-jalan ada aircond rasa seronok skit. Tapi kalau naik Beetle, buka tingkap lebih seronok sebenarnya & thrill serta lebih nikmat... lebih 'feel'. Akan rasa lebih dekat dengan environment & feel lebih best dapat hirup udara sesuatu kawasan yang dilalui. Susahnya nak cerita....

Lepas settle bab aircond, kami tak tau nak ke mana. 'Pekena' nasik dulu di Restoran Ikan Bawal (destinasi pilihan utama untuk makan tengah hari kalau ke SP), atas dari kawasan Bakar Arang menghala ke Butterworth & tak jauh dari simpang ke Tikam Batu. Aku sangat syorkan kepada kawan-kawan yang berkesempatan ke SP untuk menikmati kelazatan nasik di restoran ni. Restoran ini menyajikan pelbagai makanan & kalau ke situ, orderlah set nasik ikan bawal. Sedap beb! Diorang jual set ikan bawal (nasi putih, ikan bawal goreng, kari kosong + ulam) mengikut bilangan tukang makannya. Harga berpatutan. Kalau dah order, jangan lupa order sekali kari ayam kampung. Pergh! Walla....!!!

Tanya isteri nak ke mana lepas tu, dia tak tau... aku pun tak tau. Nak pusing SP, dah macam kampung sendiri. Kami ke Megamall Penang. Selam sambil minum air sebenarnya.... nak ushar jam sekali. Kompleks besar & agak memeningkan kepala cara susun atur kedai-kedai dalamnya. Tak tau nak ke mana dulu sebab banyak lorong. Cari kedai jam tak jumpa yang best. Telefon kawan tanya kat mana, dia bagi guide.... jumpa juga akhirnya. Jumpa 4 kedai saja. 1 kedai jual jam yang agak berjenama. Tapi boleh nampak macam-mana sales kedai-kedai jam kat situ bila masuk & tengok jenama yang ada, susun atur jam & kabinet serta layanan. Nampak seperti sales di kedai mereka tak begitu memberangsangkan. Ada kabinet Oris, tapi di gantikan dengan jenama lain. Ada juga kedai yang jual macam-macam model sampai penuh display. Tapi harga mahal dari kebiasaan. Layanan?... aku tak terima langsung di semua kedai aku pi. Failed!

Kesimpulannya.... mungkin depa dah banyak duit & tak mau duit aku kot... mungkin depa menilai orang dari segi material (mungkin pakaian aku macam orang miskin kot. Aku tengok bila orang yang berpakaian 'cantik' skit masuk, punyalah layan. Orang tu tak beli pun. Akibat merajuk, aku tak pi dah kedai sombong camtu. Umph!)... mungkin juga sales depa sangatlah bagus sampai mencukupi untuk hari tu & mungkin juga depa hanya layan orang yang memang betul-betul nak beli jam & soal itu ini kat depa. Kedai camni, aku hanya pi sekali saja. Ada kedai yang aku pi jual jenama biasa-biasa ja & model yang ada pun sikit ja, tapi layanan... Best! Kedai camni, walau aku pi banyak kali & tak beli, depa tak jemu layan aku. Orang camni, best buat kawan. Aiseh, tersasar jauh dari cerita yang sepatutnya pulak. Bukan apa, saja nak bangkitkan kejadian yang mungkin menimpa kawan-kawan lain juga.

Lepas takda arah tujuan, kami keluar dari kompleks tu & mencari arah baru. Nak test aircond sama. Masa pun dah pukul 5, kami memacu roda Beetle ke Pantai Merdeka pula. Tapi ubah plan bila teringat aku pernah ke Kg Kuala Muda suatu ketika dulu.

Disember 2005 menyaksikan suatu peristiwa yang sangat mengejutkan dunia apabila tsunami melanda Asia Tenggara. Takziah aku ucapkan kepada semua mangsa yang terlibat termasuklah ahli keluarga aku di Acheh. Al-Fatihah untuk mereka....

Walaupun tempias ke Malaysia tak begitu teruk, namun cukup memeritkan kepada mereka yang terlibat. Salah satu tempat yang terjejas teruk ialah di Kuala Muda. Kuala Muda terletak berdekatan dengan laut. Ya la, dah nama pun kuala.... tapi tak semua tempat yang bernama kuala tu 'kuala'.... Kg Sungai Muda & Kg Tepi Sungai merupakan penempatan yang betul-betul berada di sekitar laut lepas di kawasan tu. Kedua-dua kampung ini terjejas teruk apabila tsunami melanda di mana rumah-rumah penduduk hanya berada dalam 100-200m dari laut. Banyak rumah rosak teruk & kenderaan hanyut. Aku pernah ke sana dengan keluarga untuk melihat dengan lebih dekat. Ramai rakyat Malaysia yang bersimpati datang menziarahi mangsa. Bantuan kerajaan dari segala segi termasuklah rumah, datang tanpa putus-putus. Terima kasih semua....

Tak beberapa lama lepas aku melawat ke kampung tu..... semasa aku & kawan serumah Cikgu Rodi berkonvoi motosikal untuk ke kampung dari KL, kami bertembung dengan sekumpulan konvoi motosikal besar dari Singapura di R&R Tapah. Kami bertolak dalam pukul 5 pagi & sampai R&R dalam pukul 6. Aku tak pasti pukul berapa depa bertolak dari S'pore sebab dalam 10 minit lepas kami sampai, depa pun sampai. Tak pelik, sebab ada seketul moto, Suzuki Hayabusa depa boleh cecah 320kmj. Perkenalan yang singkat telah membawa kemesraan walaupun pertama kali berjumpa. Ini adalah perkara biasa untuk mereka yang pakai moto besar. Yang ada tu, akan faham maksud aku ni. Dulu aku minat gila dengan moto besar & pakai gak lah beberapa ketul dulu. Tapi semuanya 400cc saja. Takda rezeki untuk melonjak yang lebih besar.... sekarang, tiupan angin dah beralih arah kepada jam (minat aku yang paling lama) setelah kecewa dengan moto....

Geng S'pore ajak kami untuk ke Kuala Muda. Depa nak tengok keadaan selepas tsunami di sana. Kawan aku (Cikgu Rodi), bersetuju untuk jadi tour guide depa. Aku tak ikut pasal ada sebab musabab yang tak dapat elak. Depa jalan dulu sebab nak ke Perak & akan telefon Cikgu Rodi bila sampai di SP. Tengah hari tu, Cikgu Rodi call, minta tolong aku cari spark plug untuk moto member S'pore yang bermasalah. Susah juga sebab hari jumaat kedai di Kedah tutup. Cari punya cari, akhirnya jumpa, Lepas bagi plug, aku pun ikutlah sekali konvoi depa ke Kuala Muda.


Parking pertama apabila sampai di sini.


Kami parking moto di sebelah rumah yang rosak ni. Keadaan tak begitu berubah sejak aku datang dulu.


Member S'pore yang sangat peramah & suka berseloroh. Happy ja memanjang depa ni. Tu tengah bertanya khabar dengan pakcik yang rumahnya hancur terus. Sekarang ni di kedai makannya. Rumahnya di sebelah kedai ni. Nampak macam sedang dalam pembinaan. Bata-bata macam baru lagi.


Inilah keadaan rumah pakcik tu. Hancur terus!


Gambar kenangan bersama mamber S'pore. Cuba teka yang mana aku? Ekekeke...


Pokok-pokok nipah di belakang rumahnya pun tumbang....


Abang Jo dok beseloroh.... tengok punya tengok, rupanya jamban....


Luas mata memandang. Pulau hujung tu ialah Penang.


Kawasan sekitar ni takda pokok bakau, memang tsunami direct kena kawasan ni. Pokok yang nampak di sana tu ialah pokok bakau. Kawasan tu.... selamat. Betul!


Ubah moto letak kat sini lak. Nanti tengok perbezaannya di tempat yang sama ni.


Gambar kenangan bersama member S'pore yang sempoi. Kenangan yang tak dapat aku lupa dengan depa ni....



4 tahun selepas itu....

Aku terlupa nak bawa kamera digital, jadi hentam dengan kamera henfon ja... Gambar ni di persimpangan pekan Kuala Muda. Pekan nelayan yang kecil tapi sibuk.


Kampung Sungai Muda kena masuk dalam skit. Jika dahulunya akan berjumpa dengan rumah transit, sekarang akan jumpa taman perumahan yang cantik. Mungkin ia pusat penempatan semula mangsa tsunami.


Arca perahu bertindan-tindan ini akan menyambut kita apabila sampai di Kampung Sungai Muda. Sangat simbolik dengan kejadian yang berlaku di sini..... sudah memberi maksud keperitan, kepayahan mangsa-mangsa tsunami di sini.


Kawasan tempat letak kereta ni adalah tempat aku bersama member S'pore parking moto dulu.


Pada mulanya aku pelik melihat tembok pagar memanjang di sepanjang jalan kampung. Bila nampak beberapa rumah rosak di sebalik pagar tu, barulah aku faham yang ia sudah dijadikan tempat peringatan.... Perasankan rumah tu? Itulah rumah yang masih berdiri masa aku & member S'pore parking moto buat pertama kali. Rumah tu masih dikekalkan.


Nampak tak kedai makan tu? Itulah kedai pakcik tu. Sekarang masih ada & tak berubah. Nak ambil gambar dekat-dekat, segan pula pasal ramai pelanggan. Semua orang tengok masa kami sampai. Pelik kot, tiba-tiba Beetle orang luar datang lewat petang.


Tampat yang sama tapi dah berubah. Kawasan parking disediakan & ada bangunan kedai kalau tak salah. Tapi tak buka pun. Tak pasti beroperasi ke tak sebenarnya...


Batu-batuan besar disusun di sepanjang kawasan yang terbentang luas ni.


Angin sempoi-sempoi bahasa dirasakan...


Batu-batu ni di susun atas pantai. Lagi pun laut di sini tidak sesuai untuk bermandi-manda pun.


Pernah menerima kunjungan ribuan orang, kini sepi....


Kena hati-hati langkah batu-batu ni, kalau terjatuh... nanti jam yang rosak...


Panjang juga tembok ni, membuatkan aku nak tengok dengan lebih jauh.


Salah satu rumah peninggalan yang berada di belakang tembok. Banyak sejarah yang rumah ni tinggalkan...


Vroooom..... Beetle berbunyi merentasi masa...


Rumah kayu ni masih berdiri teguh tanpa sebarang perubahan sejak 4 tahun yang lalu....


Aku tak pasti rumah yang cantik tu apa. Mungkin juga pejabat untuk kawasan peringatan ni. Memandangkan dah lewat petang, dah takda siapa untukku bertanya....


Beginilah keadaan di sebalik tembok. Dibuat laluan pejalan kaki menyusuri kawasan ni. Beberapa buah rumah berada dalam kawasan ni. Tak berpeluang masuk, tengok dari luar pun jadilah.


Beetle kesayanganku... Peace!


Perjalanan menyusuri jalan kampung ni akan bertembung rumah ni. Sebenarnya ada beberapa rumah lagi yang berada betul-betul dekat dengan pantai. Rumah di kawasan peringatan tu di seberang jalan ni. Beberapa rumah rosak teruk & ada yang masih dikekalkan begini & ada juga yang sudah tiada...


Rumah usang di kawasan dalam pagar. Tak terjaga kawasan sekitarnya. Tak pasti samada ia sengaja dibiarkan begitu atau sebagai tempat peringatan. Kawasan pagar ni buat aku confius status tanah ni. Mungkin mangsa yang terlibat saja yang dipindahkan. Penduduk lain masih tinggal di sini.


Kg Sungai Muda dengan Kg Tepi Sungai hanya bersebelahan. Aku tak masuk ke Kg Tepi Sungai memandangkan jalan yang sempit di kampung tu. Patah balik & menghala ke Pulau Sayak. Jalan ke Pulau Sayak akan membawa kita ke persimpangan Pantai Merdeka.


Laluan kampung ke Pulau Sayak yang agak lengang. Slow & steady Beetle bawa kami. Boleh tengok bagaimana kehidupan penduduk di sini. Serba serbi slow & steady juga.


Boleh tengok penduduk-penduduk meneruskan aktiviti harian mereka seperti dahulu. Kalau nak tahu, mulai dari persimpangan masuk ke Kg Sungai Muda (yang ada arca perahu tu), dalam 50m dari simpang tu, ada pokok-pokok bakau. Atas pada kawasan ni, penuh dengan pokok bakau di sepanjang pantainya. Kawasan ni terselamat dari badai tsunami. Allah SWT telah mencipta benteng semulajadi untuk makhluknya yang lemah. Sebab tu, sekarang kerajaan kita buat penanaman semula bakau. Salah satu sebab Acheh kena teruk adalah disebabkan kawasan bakau semulajadinya dimusnahkan untuk pembangunan. Tiada benteng pertahanan pertama untuk mengatasi tsumami yang menggila tu... Tapi apa yang berlaku adalah suratan takdir. Sudah tertulis itu yang ia akan berlaku & beri peringatan kepada kita yang masih bernafas ini...


Perjalanan ke Pulau Sayak akan melalui beberapa kampung. Jauh juga, tapi tak berapa jauh. Camna tu? Moderate la kot.... Kehidupan di kawasan ni agak berbeza dengan kampung sebelumnya. Mungkin juga disebabkan sudah jauh dari laut, penduduk di sini mengusahakan sawah padi.


Sampailah kami di persimpangan dilema.... kiri ke Pantai Merdeka, kanan ke SP. Kanan di pilih & destinasi akhir kami..... balik rumah....


Perjalanan & perziarahan yang singkat ini telah membawa aku berjumpa pelbagai kisah suka duka penduduk di sepanjang laluannya. Corak kehidupan juga berbeza. Boleh nampak perbezaannya apabila menyusuri jalan ni. Pelbagai onak & duri serta linangan air mata mereka yang terlibat dengan tsunami telah pun dirasai.... kehidupan perlu diteruskan juga.... Moga kalian semua dimurahkan rezeki & dirahmati-NYA. Moga kita semua boleh mengambil iktibar & melihat hikmah di sebalik yang berlaku...

Leia Mais…

Monday, October 19, 2009

Junkers JU52 6612-4


Volkswagen.... sebuah pengeluar kereta keluaran Jerman. Junkers juga sama dilahirkan di sana. Yang tak sama, satu kena pakai di tangan & satu lagi kena paut stering.

Junkers... satu nama yang jarang kita dengar. Namanya tak sama dengan sebutannya. Sebutan yang betul ialah "yoon-kers". Namanya sangat sinonim dengan pengeluar kapal terbang Jerman iaitu Junkers & Co. Namun, bukanlah syarikat ini yang mengeluarkan jam. Syarikat lain yang diberi lesen untuk mengeluarkan serta meneruskan sejarah hebat penerbangan Junkers dalam dunia horologi pula.



Setiap model jam keluaran Junkers mempunyai kaitan dengan dengan kapal terbang ciptaan Hugo Junkers terutamanya pada meter kokpit kapal terbangnya. Dengan harga yang berpatutan, dengan kualiti yang setanding jenama lain serta rugged... tidak hairanlah mereka menjadi pilihan mereka yang sukakan kelainan. Dengan perkembangan teknologi dunia horologi, penciptaan jam mereka juga sangat reliable & jarang sekali untuk jam Junkers mengalami masalah. Setiap pengumpul jam patut mempunyai sekurang-kurangnya satu jam Jerman atau Rusia ni.

Movement yang mereka gunakan pula adalah samada mekanikal (automatik & kunci) ataupun quartz yang buatannya dari Rusia, Swiss & beberapa movement Asia. Untuk pengumpul jam macam aku, aku suka jika enjin yang digunakan adalah buatan mereka sendiri. Kurang minat kalau enjinnya dari Swiss ataupun Asia. Pada aku, dengan enjin mereka sendiri, aku akan rasa keunikan, stand-out, lain dari yang lain & aku akan rasa ke-Jerman-an atau ke-Rusia-an jam tu.


Semasa buat pertama kali aku masuk ke butik Red Army Watches di Tropicana City Mall, dalam banyak-banyak model yang aku tengok, mataku tertumpu pada jam ni. Dengan perasaan yang amat teruja ("wahhh".... tak tipu, itu yang keluar dari mulut secara spontan) melihatkan bentuk, design dail yang mengancam dari kebiasaan aku tengok, aku mohon Mr Danny untuk keluarkannya. Hanya terdapat 2 varian iaitu marker biru & oren, model ini adalah koleksi terbaru yang di bawa masuk mereka & hanya ada 2 jam ini saja. Model chronograph ni, adalah jenis kunci. Ya, memang aku cari sangat jam camni. Banyak ciri-ciri jam idaman aku ada padanya. Enjin pula buatan Poljot, Rusia.... menambahkan markah padanya. Beberapa model selain ini menjadi perbandingan pada masa tu, namun juara tetap juara...


Aku sukakan design Pilot camni. Nampak begitu cantik, sporty tanpa hilang ciri-ciri aviation padanya. Simple tanpa dekorasi atau info yang semak pada dail. Model chronograph ni memunyai 2 sub-dail. Sub-second pada pukul 9 & subdail masa 30 minit pada pukul 3. Tarikh tertera pada pukul 6 di bawah lambang segitiga bersejarah Junkers. Jam ni juga adalah water resistant sehingga 50 meter. Tak perlu gusar kalau terkena air.


Jam yang sangat berbeza dari design Swiss atau Jepun. Memang menampakkan ke-Jerman-an pada jam ni. Lihat saja bagaimana susun atur dail, design jarum serta markernya. Diperbuat secara keseluruhan dari stainless steel. Lihat bagaimana brush finishing jam ini. Sangat halus & cantik, tidak seperti brush finishing pada jam Jepun & Swiss yang nampak lebih kasar dengan alur yang jelas kelihatan (bukanlah tak cantik, cuma nak tunjukkan perbezaannya saja). Cantik. Mereka agak teliti buat jam ni & nampak kehalusannya juga.


Dari banyak pandangan, jam ni memang berlainan. Casing yang besar barsaiz 41mm (tidak termasuk crown) ini stand-out & memberi tarikan tersendiri. Reaksi yang aku dapat juga sangat berbeza. Kawan-kawan yang melihat seperti tak puas melihatnya & ada juga seller yang jeling-jeling pandang tapi tak berani tanya. Mungkin takut kantoi kot...


Dua bangsa yang berlainan. Tampat lahir juga berlainan, tapi dah jadi warganegara Malaysia. Konsep & design juga berlainan. Satu penyelam, satu juruterbang. Saja aku bandingkan dengan Epos untuk menunjukkan saiznya yang hampir sama dengan Epos.


Crown unsign yang agak besar ini memudahkan penentuan waktu serta menguncinya. Aku macam semakin suka dengan jam kunci. Syok pula kunci jam ni. 'Feeling' yang dapat masa mengunci jam ni yang aku suka. Sukar untuk aku gambarkan kat sini. Salah satu sebab lain aku minat jam kunci ialah aku boleh kunci sampai ke tahap maksimum. Jadi aku boleh tahu berapa lama ia akan bertahan memandangkan power reserve jam ni ialah 42 jam. Bila dah sampai maksimum, aku dah tak risau akan 'kematiannya'. Kalau tengok jam-jam luxury bukan mampu milik pun kebanyakannya ialah kunci.

Crown
diapit oleh 2 button chronograph, setiap jam mekanikal chronograph hendaklah digunakan dengan betul. Jangan sesekali menekan button reset semasa jarum saat bergerak (dalam mode chronograph). Hendaklah stop dahulu jarum saatnya & barulah reset. Sila patuhi jika tidak mahu jam mekanikal anda mengalami sakit sendi yang mungkin akan menyebabkannya masuk hospital.


Ramai orang memujinya & aku pula tuannya. Memang satu kepuasan kalau jam yang kita miliki menjadi pujaan orang juga. Orang yang tengok pula keracunan walau tak berkata-kata.


Pandangan yang telah memukau aku. Satu keadaan yang jarang sekali berlaku kat aku bila tengok jam walau berpuluh ribu ringgit. Kalau perasaan camni timbul, itulah jam yang perlu aku miliki. Kalau bukan waktu tu juga, angau akan menimpa.... bila dah angau, susah pula nak buat kerja... untuk tidak membiarkan aku bertambah parah (macam Epos... seminggu teringat... tapi takpa la dekat Penang saja....), terpaksalah hadiahkan diri sendiri sempena hari jadi aku beberapa bulan lagi. Hadiahkan siap-siap.... Bagusnya alasan....


Salah satu sebab terbesar aku beli jam ni, adalah ni...... Markah terbanyak disumbangkan oleh movementnya yang dibuat sebegini rupa. Dengan caseback cermin yang menampakkan enjinnya yang cantik & complicated ini, ditambah pula dengan warna keemasan enjinnya serta skru yang berwarna biru gelap... telah membuatkan aku tergamam sekejap melihatnya. Aku memang sukakan enjin sebegini yang membolehkan aku nampak komponen kerjanya. Sangat sesuai untuk mereka yang suka perhatikan & appreciate jam dengan lebih mendalam. Setiap pergerakan dapat dilihat dengan jelas. Apabila fungsi chronograph digunakan, boleh nampak bagaimana ia memulakan tugas mencatat waktu. Best? Memanglah!

Ia menggunakan movement buatan Poljot 3133 dengan 23 jewelsMovement ini banyak digunakan dalam koleksi jam chronograph mereka samada jenama Jerman ataupun Rusia. Hanya design casing & dail saja yang berbeza. Namun, model 6612-4 ini menjadi pilihan hatiku. Pergerakan movement sangat lancar & fungsi chronograph juga lancar. Segala-galanya akan kembali normal apabila button reset ditekan. Tiada yang terlebih atau terkurang. Yang dapat hanyalah ketepatan saja. Caseback jenis skru & tertulis (print) maklumatnya di sekeliling caseback tu. Risau juga lama kelamaan tulisan tu akan semakin kabur...



Menurut Mr Danny, movementnya mempunyai persamaan dengan Brietling. Gambar di atas merupakan perbandingan dengan movement yang digunakan pada Tissot. Lihat saja susun atur komponennya. Persamaan itu ada, namun harganya jauh berbeza. Jika di sebelah kanan, memerlukan perbelanjaan besar (lebih RM10k ja... ekeke....)..... movement yang sebegitu rupa boleh diperolehi kurang RM3k pada jam Jerman & Rusia. Kualiti & reliability usah diragui lagi kerana, Poljot memang menghasilkan enjin yang sangat reliable sejak berpuluh tahun yang lalu.

Movement Poljot 3133 ini merupakan jelmaan semula Valjoux 7734. Betul ke ni? Ya. Tahun 1970an syarikat Valjoux telah menjual mesin yang membina movement 7743 ini kepada syarikat Poljot. Beberapa pembaharuan dibuat sedikit pada movement lama tersebut seperti peningkatan jewels pada movementnya yang boleh dilihat pada gear-gear chronograph, yang meningkatkan bilangan dari 17 jewels kepada 23 jewels. Peningkatan jewels & penggunaannya pada gear chronograph sekaligus dapat meningkatkan reliabilitynya. Selain itu saiz balance wheel Poljot 3133 juga adalah kecil sedikit diameternya, yang mana ini menyebabkannya bergerak lebih pantas dengan kelajuan 21600bph.... kelajuan standart kebanyakan jam kini.



Ciri standart jam chronograph, didatangkan dengan bezel dalaman tachymeter. Memudahkan bacaan waktu & pengiraan dilakukan dengan lebih mudah. Tertera 'Made In Germany' dengan jelas pada pukul 6. Jarang sekali jumpa jam baru camni.


Perhatikan corak yang terdapat pada subdail. Halus & cantik. Bila terkena cahaya, reflektif yang dihasilkan sangat indah dipandang mata. Emblem lambang Junkers diletakkan pada posisi yang sangat sesuai. Lambang yang penuh maksud ini menyimpan sejarah yang sangat besar dalam dunia penerbangan. Jika dulunya lambang ini dipakai diatas kapal terbang, kini ia dipakai di pergelangan tangan.


"Yoon-kers".... Marker biru sedikit timbul & sebenarnya ia adalah luminous marker. Ya...


Marker biru memberikan warna biru. Jika oren, warnanya juga oren. Tapi biru ni, penyejuk mataku, cantik juga.... + markah lagi..... Setelah lume di charged dengan cukup, beginilah rupanya. Tidak seterang Superluminova Monster, tapi cukup membuatkan hati tertawan. Epos kalah dalam permainan ni. Lume bertahan agak lama. Sampai pukul 8 pagi (dari masa ambil gambar ni) ianya masih boleh kelihatan terutama jarumya. + markah lagi....


Cantik dipandang apatah lagi memakainya. Cermin sapphire kristal ini tidak disaluti bahan anti-reflektif. Boleh nampak jurukamera amatur mengambil gambar.


Rekaan lug bersaiz 22mm yang condong ke bawah seperti memaut lengan menambahkan keselesaan jam yang sedia cantik ni.


Besar & tebal, menaikkan rupanya dengan lebih jelas. Brush finishing yang hampir licin ini, mencantikkan rupanya lagi dengan biasan cahaya matahari.


Tali kulit yang tebal & berkualiti tinggi ini sangat selesa dipakai. Ciri-ciri Pilot sangat terserlah pada talinya & menaikkan rupanya sebagai juruterbang Jerman. Tidak seperti kebanyakan jam, namanya tertera pada tali & bukannya buckle.


Di bawah terik mentari, keberaniannya lebih terserlah. Jam ni dah memebuhi permintaan hati dengan ciri-ciri idaman yang memang aku mahukan. Selama ini hanya nampak ciri-ciri idaman ni pada jam Swiss, tak sangka pula aku menjumpainya pada jam Jerman ini yang harganya jauh lebih murah. Tersangatlah aku berpuas hati....

Tidak seperti jam Rusia, Jerman klasik sebelumnya, jam buatan mereka kini jauh lebih baik & setanding jam hebat masa kini. Jika dahulunya jam mereka comel-comel belaka, kini mereka berbangga dengan penciptaan horologi mereka yang cukup berkualiti. Dengan saiz yang besar, design yang sangat mengancam serta harga yang sangat berpatutan, ia kini menjadi sebuah watchmaker yang semakin disegani di saantero dunia.... Cubalah, mungkin ada di antara koleksi mereka yang menjadi pujaan anda pula...



Leia Mais…