Tuesday, September 14, 2010

Kepelbagaian luminous

Ujian suka-suka ini telah dilakukan tidak beberapa lama dulu. Sebanyak 19 jam terpilih untuk ujian ini. Lepas ujian dibuat, baru tersedar yang Seiko 6105 tiada..... terlupa pula aku nak uji sekali.

Jam-jam yang dibuat ujikaji adalah seperti berikut:
  1. Casio Trisport
  2. Bruno Banani
  3. Citizen Eco-drive Perpetual Calendar
  4. Citizen Eco-Drive chronograph
  5. Citizen Oxy
  6. Epos Sportive 3396
  7. Jeep chronograph
  8. Junkers 'Hooters'
  9. Levi's Cooper
  10. Orkina
  11. Orient open heart
  12. Orient calendar
  13. Seiko 5 ladies
  14. Seiko 5 Sport
  15. Seiko 'Dilot'
  16. Seiko Orange Monster
  17. Seiko Military
  18. Seiko Samurai
  19. Seiko Sumo

Jenama yang berlainan menampilkan penggunaan luminous paint yang berlainan juga.... kecuali Jeep yang menggunakan teknologi yang jauh berlainan dari ke semuanya. Ujian dilakukan sepertimana saudara SukaJam buat beberapa ketika dulu.



3 jenama dalam deretan ini ialah Epos, Seiko & Junkers.
Dari kiri Seiko Dilot, Epos, Seiko Sumo, Samurai, Orange Monster & Junkers

Boleh dilihat, Seiko lebih terang cahaya lumenya berbanding jenama lain selepas ke semuanya didedahkan kepada cahaya secara serentak untuk suatu jangkamasa. Seiko telah membangunkan teknologi pencahayaan LumiBrite yang lebih terang, lebih tahan lama & selamat kepada pengguna mahupun kepada alam sekitar. Luminous jenama lain tidak dapat dipastikan jenis apa. Namun, memang terbukti Seiko mendahului yang lain. Dalam semua Seiko, Sumo yang paling terang.

Bacaan lanjut tentang LumiBrite DI SINI.



Jeep chronograph

Jeep menggunakan teknologi pencahayan dari mb-microtec iaitu trigalight. Ia manggunakan gas tritium yang dimasukkan ke dalam tiub kecil. Pencahayaannya sekata, terang & bercahaya tanpa memerlukan ia didedahkan kepada cahaya seperti luminous biasa. Ia sentiasa bercahaya & mempunyai half life selama 20 tahun. Teknologi ini turut digunapakai oleh beberapa lagi jenama terkenal seperti Traser, Luminox, Marathon, Ball, Doxa dan beberapa jenama lagi.

Bacaan & penerangan lebih lanjut mengenai teknologi ini, boleh dilayari di mb-microtec



Cahaya luminous Citizen berbeza warnanya berbanding Seiko. Warnanya kebiruan berbanding Seiko yang berwarna hijau. Sebenarnya banyak jam di sini lagi. Tetapi yang bercahaya hanyalah Seiko & Citizen. Yang lain-lainnya sudah malap, terpadam (bercahaya sekejap) & ada yang malu-malu nak bernyala...



Di tengah itu ialah Jeep dengan trigalight. Tat kala cahaya yang lain kian pudar.... trigalight sentiasa bercahaya tanpa sedikit pun pudar.... mungkin selepas 20 tahun cahayanya akan sedikit pudah disebabkan half life tritium selama 20 tahun. Itulah kelebihan trigalight.



Seiko Dilot & Epos Sportive



Seiko Sumo & Seiko Samurai



Seiko Orange Monster & Junkers Hooters



Keadaannya dengan Jeep di bawahnya....



Cantik betul keadaan ke semua jam yang bercahaya tu. Rasa macam lampu 'lip-lap' saja. Boleh lihat bagaimana pencahayaan trigalight berbanding LumiBrite. Dari segi luminous paint, LumiBrite adalah yang terbaik, malah diakui antara yang terbaik di dunia. Teknologi trigalight yang dibangunkan oleh mb-microtec telah memberi satu lagi pilihan kepada pembeli merasai teknologi yang digunapakai oleh para tentera. Bagi yang sukakan jam yang bercahaya sekata tanpa malap & tanpa memerlukan stimulasi pencahayaan luaran.... trigalight adalah jawapannya.

Leia Mais…

Sunday, September 12, 2010

Suatu hari di hari raya.....

Permulaan selepas raya ni diserikan dengan preview 2 jam yang selama ni ku nantikan. Tidakku sangka kesabaranku untuk mencari jam raya membuahkan hasil yang cukup lumayan dengan kehadiran 2 model yang cukup anggun & collectible. Pertemuan dengan jodoh ini di Muar di 2 Syawal membuatkan hati tak keruan untuk memilih salah satu...... tak dapat memikirkan yang mana satu..... membuatkan aku memilih untuk memiliki kedua-duanya sekali..... terimalah....



Seiko 6138-0011 aka UFO



Seiko 6138-8020 aka Panda


Hari raya kali ini diserikan dengan 2 ahli keluarga terbaru. Nantikan ceritanya di episod akan datang....

Leia Mais…

Tuesday, September 7, 2010

Sempena menyambut lebaran mendatang

Sempena sambutan hari raya puasa yang bakal menjelma 2 hari lagi.. DJ sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger, rakan-rakan jam di mana saja berada, kepada pengunjung blog DJ yang sentiasa menyokong usaha DJ selama ini. Salah silap tutur kata DJ samada di blog mahupun di FB, DJ ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan. Moga raya kali ini memberi makna yang tersendiri kepada kalian semua. Terima kasih sekali lagi kerana meyokong DJ selama ini. Insyaallah usaha ini akan diteruskan selagi mampu.....

ps: penat wo dok buat tulisan pakai bunga api tu.... terima kasih kepada isteri tercinta kerana banyak membantu merialisasikan segala tulisan-tulisan tu..... Hehe..

Leia Mais…

Saturday, September 4, 2010

Casio ALT-6200 Twin Sensor Alti-Thermo - Model Protrek terawal?



Sekali tengok, model Casio ini tidaklah berada dalam kategori 'handsome'. Design yang ditampilkannya seperti suatu alat hardware berbanding jam tangan. Namun bentuk yang pelik ini telah menarik perhatian aku untuk melihatnya dengan lebih dekat.



Bezel jam diikat dengan 4 skru pada casing. Kualiti buatan & finishing Casio memang bagus sejak dari dulu lagi. Teknologi Twin Sensor mula dikeluarkan Casio di awal tahun 1990an. Model terkini Casio kini menampilkan teknologi Triple Sensor dengan model Protrek. Entah apa nama jam ni pula aku pun tak tau. Yang pastinya dalam siri model Twin Sensor. Mungkin model ini adalah permulaan idea penciptaan model Protrek.

Apakah yang dimaksudkan dengan Twin Sensor? Maksudnya jam ini mempunyai 2 sensor..... yang setiap model keluaran Casio adalah berlainan keupayaan & jenis sensor yang ditampilkan. Setiap jenis sensor itu dibuat berdasarkan fungsi kegunaan jam tersebut. Kini jenis-jenis sensoritu di sekalikan dengan satu jam saja. Maka Casio Protrek merupakan model yang berteknologi tinggi juga dengan gabungan 3 jenis sensor. Tak perlu lagi beli 2, 3 jam yang berlainan untuk mendapatkan ke semua sensor itu.

Permulaan teknologi memang begitulah. Bermula sebagai jam dengan fungsi biasa, diperkembangkan dengan penampilan satu sensor. Kemudian 2 sensor. Nampaknya tidak mencukupi dengan memaksa pengguna membeli beberapa jam dengan sensor yang berlainan. Model terkini tampil dengan 3 sensor. Tak mustahil akan ada 4 sensor pula selepas ini. Bagus juga permulaan begitu kerana kita dapat melihat perkembangan teknologi. Jika anda mempunyai model terawal sensor, mungkin boleh disusun jam-jam tersebut mengikut tahun & perkembangan teknologinya. Sudah tentu boleh nampak trend peningkatan samada dari segi teknologi mahupun design.



Jam ini sebenarnya mempunyai 2 tona warna. Keadaan casing sangat memuaskan & didatangkan dengan tali original. Susah betul nak jumpa jam Casio lama masih bertali original.



Jam dengan sensor begini sangat mengujakan bukan saja kerana jam sudah tidak dikeluarkan lagi, tapi kerana sudah jarang ada lagi keluaran jam dengan sensor begini sekarang. Terasa istimewanya di situ. Ada lagi ke jam baru yang ada sensor begini?



Usah khuartir kerana Casio masih mengeluarkan model dengan sensor di bahagian tepi begini.Casio Marine Gear menampilkan design seperti abang-abangnya yang terdahulu. Terdapat juga model Forester dengan design yang serupa. Aku tak pasti perbezaan antara keduanya. Tapi namanya itu sendiri sudah beri kita idea perbezaan fungsi & kegunaannya.



Penampilan 2 LCD dengan 2 tona warna ini sudah menunjukkan ia dibuat untuk tujuan tertentu. Bahagian LCD atas lebih besar & mempunyai garisan graf. Sudah tentu model ini bukanlah suka-suka dibuat begitu. Serius benar nampaknya...



Jam ini mempunyai sensor termometer & altimeter. Altimeter adalah sensor yang boleh mengira ketinggian dari paras laut. Mode automatik ataupun manual boleh dipilih untuk mendapat bacaan altimeter. Boleh nampak kenaikan bar yang menunjukkan ia sedang mengesan ketinggian dari aras laut.



Jam boleh merekodkan data sebanyak 50 memori. Altitud minimun & maksimum akan direkodkannya. Ia juga mempunyai mode ALARM & STOPWATCH.



Sukar nak cari model Casio dengan tercatatnya JAPAN di caseback kini....



Kini mode ALTIMETER sedang digunakan.... jam sedang mengesan bacaan altitud di kedudukan aku sekarang. Bacaan jam dengan sensor begini mengambil sedikit masa untuk memberi bacaan yang sekata. Dari bacaan manual, jam dengan sensor begini tidak sesuai untuk digunakan dalam keadaan gerakan yang laju kerana akan dipengaruhi pula oleh tekanan angin. Setakat berjalan boleh la lagi. Langsung tak sesuai ketika berbasikal, bermotor & sebagainya.



Bar akan semakin banyak dipaparkan... memberikan maksud bacaan masih diteruskan. Bacaan maksimum & minimum dapat kita tengok semula. Ketinggian aku sekarang 60 meter dari aras laut.



Pemakaiannya di tangan memberi perasaan berbeza. Kalau sebelum ni jam yang pada mata aku'handsome'... tapi yang ni lain macam sikit..... Pelik juga aku tengok pasal tak rasa macam pakai jam. Tak apalah.... asalkan ia CASIO.


Leia Mais…

Wednesday, September 1, 2010

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Walaupun aku bukan penyelam.... memadailah kalau jam ni yang penyelam.... Walaupun aku 'gayat' dengan air lebih 2 meter, jam aku tak 'gayat' sampai 200 meter... terharunya....

Leia Mais…