Tuesday, March 4, 2014

Pitstop Riderz Old Boys - Wild Hogs... pengakhiran sebuah pertemuan

MASA YANG CEPAT BERLALU
12 Januari 2014



Gambar dari abg Norick
Keesokkan paginya kami bersarapan di kedai yang sama kami makan malam semalam. Orang tak ramai pagi tu. Pilihan makanan pun hanyalah nasi lemak. Roti canai disediakan lewat sedikit. Iqram & Adam awal pagi dah turun ke laut bermandi manda. Aku masih fobia nak mandi laut sejak terkena obor-obor dulu.... hanya tengok laut dari kejauhan..... Cepatnya masa berlalu.... hari ni kami semua akan berpisah.....



Kemudahan di pantai PD agak lengkap. Tandas yang besar disediakan untuk kemudahan pengunjung mendapatkan air tawar. Pantainya luas & bersih. Aku pernah terkena sengatan obor-obor pada tahun 2005. Cerita mengenainya perah aku siarkan suatu masa dulu.... DISINI. Beberapa minggu sebelum Wild Hogs ni, dua orang anak sedara aku terkena sengatan obor-obor ketika kami berkelah di Johor... bertambah fobialah aku.... huhuhu....


PD dah berubah sejak kali terakhir aku ke sini. Semakin sibuk & semakin banyak kedai-kedai dibina di sekitar kawasan ini. Kemudahan tempat tinggal juga banyak pilihan. Tempatnya juga cantik & sesuai untuk bercuti bersama keluarga.


Anak jati PD... Zairry... Beliau yang menguruskan tempat tinggal kami. Kali terakhir berjumpanya ketika motoGP 2004 dulu.... lamanya.... ikutkan tarikh perjumpaan PSR adakan di PD dulu... dah masuk 13 tahun lamanya...


Dah tengah hari.... dah sampai masanya untuk check out & meninggalkan tempat ini. Kami bercadang untuk makan tengah hari di Lukut.


Gambar dari abg Norick
Dah nak balik dah... isk isk.... Kami akan berpisah ikut haluan masing-masing apabila sampai di Sepang kelak. Iqram akan meneruskan perjalanan ke KL atas urusan rasmi.... Terima kasih bro... Wild Hogs akan datang jangan tak bawa Aprilia RS250 tu... hehe....


Gambar dari abg Norick
Perasaan aku bercampur baur... seronok sebab tak sabar nak jumpa anak sedara aku yang baru lahir beberapa hari & sedih sebab tak tau lagi bila dapat berjumpa lagi begini dengan kawan-kawan semua...


Gambar dari abg Norick
Kawasan sekitar pekan PD menyajikan pemandangan yang cantik & jalan yang elok...


Gambar dari abg Norick
Perjalanan kami santai saja... kali ni nak ikut highway pula...


Gambar dari abg Norick
Jalan raya agak sibuk... perjalanan agak perlahan...


Gambar dari abg Norick
Kami masuk highway PD-Seremban & akan keluar ke Lukut. Tiba-tiba dapat isyarat dari abg Norick untuk buat barisan.... sesi bergambar....


Gambar dari abg Norick
... inilah gambar yang paling aku suka... gambar epik group kami... kebetulan takda kenderaan ketika tu... boleh la buat begini...


Gambar dari abg Norick
Dah sampai lukut.....


Gambar dari abg Norick
....tengok kawan-kawan layan... layan pi lah no... kikiki.... 


Gambar dari abg Norick
Aku tak pasti kat mana Zairry nak bawa kami makan... ikut saja... jauh lagi kot....


Gambar dari abg Norick
... rupa-rupanya cuma beberapa ratus meter saja dari tol....kuikuikui... Langit nampak mendung hari tu. Mugkin akan hujan petang nanti. Aku akan singgah di rumah ibu mertua adik aku di Desa Pinggiran Putra di mana adik aku berpantang di sana.


Gambar dari abg Norick
Terima kasih Zairry... belanja kami makan. Dah kenyang... teruskan ride...


Gambar dari abg Norick
Zairry ikut konvoi agak jauh & kemudian beliau berpisah dengan kami di suatu simpang. Terima kasihlah hantar kami hingga ke sini... Panjang umur kita jumpa lagi.. insyaAllah... Beliau akan berkonvoi ke Langkawi pula beberapa hari lagi....


Gambar dari abg Norick
Tinggal lah kami berempat kembali.... ikut jalan semalam. Ada kawasan yang hujan telah turun. Tayar yang baru aku pasang ni sangat meyakinkan ketika basah....


Gambar dari abg Norick
Tak jauh dari situ, hujan tak turun di kawasan ni... berpanas semula aku... Halim denga Naza sehati sejiwa di jalan ini... 


Gambar dari abg Norick
Sejak dari kedai makan tadi, aku masih struggle untuk membaca GPS... tak nampak jelas LCDnya. Macam-macam cara aku cuba tapi tak berjaya. Bekas letak GPS yang aku beli kononnya waterproof langsung tak berkesan. Air dapat masuk dengan senang lenang ke dalamnya. Aku balut GPS tu dengan plastik balut makanan. Jauh lebih yakin untuk air tidak masuk. Namun plastik yang membungkusnya itu menyukarkan bacaan. Terlalu banyak biasan. Aku tak tahu jalan untuk ke rumah ibu mertua adik, hanya mengharapkan GPS tu saja... takpalah... harap-harap tak hujan nanti. Aku nak buka plastik balut GPS tu nanti supaya LCD lebih jelas...



Gambar dari abg Norick
Kami menyusuri di hadapan litar Sepang. Hmmmm.... teringat track day bersama kawan-kawan PSR lebih 10 tahun yang lalu.... 


Gambar dari abg Norick
Konvoi bersama kawan-kawa begini dah lama aku impikan. Namun kami akan berpecah tak lama lagi mengikut haluan masing-masing.....


Gambar dari abg Norick
Sebaik sampai di bulatan, kami berpecah kepada dua kumpulan. Narong & abg Norick akan menghala ke Nilai. Aku, Halim & Naza akan menghala ke Putrajaya. Memandangkan aku tak dapat baca GPS dengan jelas, aku akan ikut Halim & Naza. Aku cuba ikut depa sebaiknya, Halim agak laju. Aku ikut dari belakang. Mujur Naza ada di belakang aku. Kalau terlepas pandang Halim, Naza boleh tolong tunjuk jalan...


Gambar dari abg Norick
Narong.... masa mula kenal dulu naik RXZ. RXZ lagenda tu masih beliau simpan kataya.... terbaik! Beliau & Zairry adalah ahli Dunia Jam. Tak sangka aku depa dua minat jam juga. Hahaha... Cayalah!


Gambar dari abg Norick
Abg Norick & Adam teruskan perjalanan mereka. Kepada Adam, terima kasih atas usaha mengambil gambar 'uncle-uncle' ni.... tak lama lagi akan jadi pro cam ayah nanti ni... hehehe...



Dalam dok cuba nak follow Halim yang jauh di depan, aku terpandang GPS yang menunjukkan simpang keluar untuk ke Desa Pinggiran Putra hanya beberapa ratus meter saja lagi. Beberapa kali aku pandang kerana kurang jelas untuk kepastian. Rupanya betul.... Nampak je simpang tu aku bagi isyarat kat Naza untuk masuk... maka terpisahlah aku dengan depa dua.... 

Alhamdulillah aku berjaya sampai di rumah ibu mertua adik aku. Rezeki aku dapat tengok anak sedara lelaki pertama beberapa hari selepas bersalin.... Stiker kelab berjaya ditampal pada helmet. Rasa tak cukup plak stiker ni... nak minta tolong Naza order lagi pasni... banyak tempat lagi nak tampal... Hahaha....

Mak & abah aku sampai di rumah ibu mertua lewat petang itu... itu lah juga pertama kali mereka berdua melihat cucuanda lelaki mereka.... 




MASA UNTUK PULANG
13 Januari 2014


 Tengah hari keesokkannya aku teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah aku. Suasana di Putrajaya sungguh mendamaikan. Bandarnya tersusun, cantik & suasananya memikat hati. Aku singgah sebentar di tasik Putrajaya.


Alhamdulillah FZ1 tak pernah bagi masalah kat aku. Ia berkhidmat dengan cukup cemerlang selama hampir 3 tahun menggunakannya.... alamak... roadtax dah nak mati la....


 Dah takda sapa ambik gambar aku.... selfie le.... kikiki.... 
Perjalanan di highway menuju ke utara lancar walau ada Nissan GTR R35 yang cuba ajak 'lawan' dengannya... aku maintain antara 170-180kmj saja... Aku potong dia masa dia tengah bawa slow... tak lama lepas tu aku nampak dari jauh dia kejar...  Aku masuk ke lane kiri nak bagi laluan kat dia, tapi dia tak potong aku pun... dia follow saja (dia di lane kanan)... agak lama juga dia tak potong aku.... aku buat dek je kat dia.. aku mantain takat tu ja tanpa beri apa-apa tindakbalas padanya.... malas nak layan driver camni. Buang masa aku & berisiko pada aku sendiri. Tak berbaloi menggadai nyawa sendiri & orang lain... nikmati perjalanan lebih baik....




Alhamdulillah, aku sampai di rumah lebih kurang pukul 6.12 petang. Jarak keseluruhan 1232.1km. Inilah pengembaraan solo aku yang paling jauh pernah aku lakukan bersama FZ1. Seronok juga sekali sekala jalan jauh begini. 



Dalam dua minggu selepas Wild Hogs, cerita mengenai perjumpaan kami itu telah disiarkan dalam Cycle World. Terima kasih abg Norick atas artikel yang terbaik itu! 

Terima kasih kepada kawan-kawan semua kerana merialisasikan perjumpaan kita ni. Kepada kawan-kawan lain yang tak dapat datang, terima kasih kerana sokongan yang telah diberikan. InsyaAllah jika panjang umur, kita akan jumpa lagi....



Sekian...



-----------------------------------------------------------------------------------

PS: Group kami dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan abg Norick di Pahang semasa beliau sedang menguji jentera terbaru beberapa hari lepas..... Walaupun masih dalam rawatan, beliau mampu memberikan senyuman & melayan rakan-rakan yang melawat beliau di hospital..... Alhamdulillah..... semoga Allah memberikan kesembuhan segera kepada beliau... semoga keluarganya bersabar dengan ujian ini & semoga Allah merahmati mereke sekeluarga... amin...

Leia Mais…