Monday, May 28, 2012

H4U - Debaran makin terasa

 Sehari demi sehari ianya semakin dekat. Debaran makin terasa. Auranya telah dirasai oleh semua peserta yang bakal hadir kelak... Ramai yang tak sabar untuk menunggu hari tersebut. Debaran & gemuruh lebih dirasai oleh para penganjur yang terdiri dari 6 orang iaitu saudara Nazri TIME AS IT IS (Ketua Penganjur),  aku sendiri, Hassan DETIK DUA BELAS, Sarip Mahsyur, Ahmad Azri & Pencinta Masa DEMI MASA.


Asal penganjuran pertama diadakan adalah untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan jam di seluruh Malaysia yang selama ini hanya kenal secara online selain melihat koleksi rakan-rakan yang ada. Pada hari tersebut, semua orang dikumpulkan di satu tempat dengan tujuan yang sama..... 


Jika selama ini hanya kenal secara maya, inilah hari untuk jumpa secara berdepan mata. Walau pertama kali berjumpa, namun kemesraan yang terpancar di wajah peserta seperti jalinan persahabatan itu telah lama wujud.... Inilah masanya untuk kita berjumpa dengan mereka yang boleh dianggap otai & sifu dalam dunia jam...



Perkongsian minat & ilmu dengan rakan-rakan yang ramai menjamin suatu impak yang hebat kepada semua peserta... Dengan pemakaian tshirt H4U oleh semua peserta pada hari itu, mewujudkan satu ikatan & ukhwah yang lebih erat... menunjukkan juga kesatuan antara semua peserta...


Pelbagai koleksi jam rakan-rakan dipertontonkan pada hari tersebut.... 


Tidak kira apa saja jenama, jenis, muda, tua, rare, harga murah atau mahal, dipertontonkan untuk tatapan rakan-rakan yang tidak pernah melihatnya sebelum ini... 


Inilah masanya juga untuk kita melihat jam-jam yang tidak pernah kita lihat... 


Pelbagai cara & kaedah dipertontonkan pada hari tersebut... yang pastinya H4U kali ini berkali ganda jauh lebih banyak....


Satu suasana yang harmoni disaksikan... tidak kira tua atau muda... semua orang bersatu hati...


Paling dinantikan & bertambah meriah dengan adanya cabutan bertuah. Penganjuran kali ini jauh lebih besar dari yang lepas menyaksikan perserta berdaftar 3 kali ganda lebih ramai dari yang lepas. Malah pihak penaja individu yang terdiri dari para peserta sendiri malah dari yang tidak dapat hadir juga banyak pihak... & juga  tajaan dari beberapa kedai jam. Dengan bilangan hadiah setakat yang ada ini... separuh daripada perserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah! Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang!


Walau perjumpaan ini tidak dianjurkan oleh badan-badan besar... ia dilakukan secara sukarela oleh penganjur sendiri. Ianya bukanlah penganjuran ala kadar kerana ianya melibatkan penganjuran berskala besar yang mengumpulkan peminat jam dari seluruh Malaysia... Boleh dikatakan bahawa ianya merupakan majlis peringkat kebangsaan!

Saat gemilang H4U 2010 telah melakar sejarah tersendiri..... nampaknya pada 2012 ianya kembali menyinari dunia kita... 

Nantikan kehadirannya tidak lama lagi......

0 KOMEN ANDA: