Sunday, November 27, 2011

Long Way Down Semenanjung - Kuala Gandah menggamit

EPISOD 6


 Setelah sekian lama artikel ini mengalami masalah & terbengkalai.. akhirnya siap juga.... Pagi tu semangat berkobar-kobar untuk meneruskan perjalanan. Keadaan di sini agak lengang memandangkan hari ni bukanlah hujung minggu.


Cuaca pagi tu agak mendung. Hmmm... Nak hujan agaknya satgi ni.. Perut lapaq... Jom pi makan dulu.


Dewan makan berada di salah satu 'gerai' di situ. Orang agak ramai di dalamnya yang datang berkursus. Pelbagai makanan disajikan... Pulun makan sampai kenyang.


Evo park di bawah hotel. Park mana-mana pun takpa memandangkan ruang yang luas di bawahnya. Enjin pun dah panas.. Jom ride!!!


Eh... Jom posing dulu.. Rugi kalau tak abadikan kenangan bersama Evo di sini.


Nun jauh di sana ada 'istana'... Istana itu merupakan hotel yang sedang dalam pembinaan. Selepas ini, ada 2 hotel boleh dipilih.


Kami tidak terus turun dari Bukit Tinggi. Kami bersiar-siar dulu di kawasan yang belum kami lalui. Kami ingin melihat rumah-rumah yang kami nampak dari jauh yang di bina di cerun bukit. Ingatkan rumah orang, rupanya hak milik Berjaya juga. Mungkin kita boleh sewa rumah-rumah ini.


Ada padang golf di sini. Menarik betul main golf atas bukit. Terdapat papan tanda di setiap persimpangan. 


Ada banyak laluan yang boleh kita lalui di mana terdapat banyak binaan & rumah sewa lain. Kami bertemu dengan rumah kuda. Nak berhenti tapi banyak pula anjing kat depan tu... Ada juga masjid yang baru siap di bina.... nampak baru lagi.


Kami ikut papan tanda untuk turun dari Bukit Tinggi menemukan kami dengan laluan yang satu lagi.... Laluan ini nampak lebih cantik jalannya & nampak lebih selamat sebab nampak banyak selekoh dari jauh. Mungkin inilah laluan superbikers dok layan koner. Memang cantik pemandangan di sini... Selekohnya tidaklah menakutkan sepertimana laluan aku naik semalam.


Ada bangunan kerajaan yang nampak moden di sini. Ada padang yang luas milik mereka.


Aku tak lepaskan peluang untuk 'layan' koner.... Muahaha... 


Aku koner ikut dan aku ja. Tak racing langsung...... mentang-mentang takda kereta... Hahaha... Feel layan koner dengan skuter sudah pastinya tak sama dengan superbike. Setiap koner 'diratah' dengan hepi & tak menakutkan..... sebab slow kot.. Memang berbeza perasaannya kalau di bandingkan dengan superbike. Muahaha..... Tapi seronok juga... Hehe... Aku kena tukar tayar & suspension yang lebih baik untuk merasai keseronokan itu....


Cantik betul koner tu... dari jauh pun nampak. Pada suatu sudut, kita boleh nampak selekoh-selokoh yang menanti kita di bawah. Kalau ada kenderaan yang datang pun kita boleh nampak.


Pegang kuat-kuat sayang!.. Abang nak koner nih!... Belum habis aku 'turun'.... koner dah habis... Hahaha... Hah! Tu dia highway Karak! Laluannya penuh berliku. Namun masih kena beringat kalau ikut laluan ni kerana untuk yang kali pertama macam aku, kita tak tahu apa yang menanti kita di depan walau betapa cantik jalannya. Aku bawa slow je di sini. Lebih baik menikmati pemandangan & ride itu dari mengejar nafsu melayan selekoh yang merbahaya.


Kami teruskan perjalanan ke Kuala Gandah. Keluar tol saja sudah nampak papantanda ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang tak begitu jauh dari situ. Kenderaan juga kurang. Aku berharap dapatlah naik gajah hari ni. Takdak oghang kot.....


Semakin jauh  menyusuri jalan itu, semakin kecil & terpencil pula jalannya. 


Dari jalan besar, kita akan bertemu dengan jalan kampung ini... Banyak pula 'bom' atas jalan.... jenuh mengelak taik lembu yang banyak atas jalan. Ada 2 kenderaan yang aku rasa nak ke tempat gajah tu.


Untuk kaki pancing, ada juga tempat memancing di sediakan di sini.


Ada 2 tempat menarik di sini. Boleh tengok gajah & boleh tengok rusa. Kami nak pi panjat gajah dulu. Balik nanti baru nak hai rusa... Sat ja kot dengan gajah tu.. orang tak ramai kot?


Makin kecik pula jalan... Hmmm... Bas tadi pi tempat rusa.. Peluang baik untuk aku kot dapat naik gajah awai... Haha...


Sampai dah pun....


Berdekatan dengan foyer terdapat papan jadual aktiviti yang disediakan di sini.
Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN). Ia merupakan ibu pejabat Unit Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974, dimana merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia. 

Objektif utama penubuhannya ialah sebagai pusat konservasi gajah & habitatnya melalui pengurusan mapan., sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia.

Ia mempunyai beberapa matlamat iaitu:
  1. Memastikan perlindungan & pengurusan gajah & habitatnya.
  2. Menambahkan pengetahuan, kesedaran & sokongan umum mengenai kepentingan konservasi gajah.
  3. Mengurus pusat ini sebagai sebuah pusat kajian, pendidikan serta sebagai pusat aktiviti eko-pelancongan.


Kita diperlukan untuk mendaftar terlebih dahulu apabila sampai di sini. Setelah daftar, kita akan diberi stiker kuning seperti gambar ada. Stiker ini perlu ditampal pada baju yang melayakkan kita sah untuk membuat segala aktiviti di sini.

Ada satu lagi warna merah di mana kita hanya dibolehkan melihat & memberi makan gajah. Tidak dibenarkan menunggang & mandi bersama gajah. Agaknya kalau ramai sangat orang, akan ada mereka yang akan dapat stiker merah ini. Jika cuti umum & kita ingin membuat semua aktiviti di sini, kita perlu menempah lebih awal dengan menghubungi mereka. 

Pihak mereka juga menerima sumbangan & derma dari pengunjung yang ingin menderma. Aku rasa kagum dengan pelancong luar yang hadir kerana bersungguh-sungguh ingin menderma....


Di bangunan ini terdapat dewan untuk tayangan video & kawasan yang menempatkan pelbagai informasi tentang gajah.


Ini agak menarik... Soalan disediakan di bahagian atas. Jika kita tak dapat jawab, jawapan disediakan di bawahnya. Perlu gunakan kanta pembesar untuk membaca jawapannya. Menarik!


Informasi yang disediakan juga ada yang interaktif. Menarik!


Seperti matlamat penubuhan pusat ini, informasi yang disediakan di sini cukup banyak & berfaedah kepada pengunjung. Terdapat 2 kulit tiruan yang menyerupai kulit gajah untuk pengunjung menyentuhnya.


Di tengah-tengahnya terdapat tengkorak gajah.... besar sungguh....


Terdapat juga ukiran-ukiran gajah kayu hanyut yang cukup cantik.


Di tempat ini juga terdapat kawasan permainan disediakan untuk kanak-kanak.


Ia juga mempunyai ruang letak kereta yang cukup luas. Pengunjung tak begitu ramai pada waktu ni... Jom kita pi masuk dalam tu plak...


Evo dibungkus baik... Aku pun tak bimbang. Kalau ada orang nak curi pun akan rasa psiko skit nak kena buka cover tu dulu. 


Gambar 1: Ada satu bangunan kat dalam tu... aku tak masuk pula. Tak pasti ada apa kat dalam. Berdekatan dengan pintu masuknya, terdapat satu gerai makan. Aku rasa lapar sikit... tapi rasa rugi pula kalau tak masuk tengok gajah dulu.
Gambar 2: Itu pula pintu masuk ke tempat gajah tu...
Gambar 3: Laluan masuknya seperti taman & cantik. Terdapat tandas di sediakan di sebelah kanan... boleh mandi di sini.
Gambar 4: Terdapat papan tanda perkara-perkara yang boleh di lakukan & yang di tegah. Ada larangan memakai bikini di sini. Agaknya mat saleh selamba pakai bikini kot mandi dengan gajah.... takda rezeki aku... muahahaha....


Tanda berbentuk simbol namun mudah difahami. Jelas & terang.


Tak nampak orang pun... kalau ikut jadual, takda apa-apa aktiviti lagi sekarang. Aktiviti bermula pukul 2 petang. Ada lagi 2 jam... Tak palah... jom la riki dulu...


Kawasannya dijaga rapi & bersih.


Terdapat banyak pondok-pondok. Mungkin pondok tinggi tu tempat untuk naik gajah nanti. Ada juga pentas di sini.


Yang pasti itu tempat mandi gajah....


Betui la tu... boleh la aku buat somasop kat sini terjun atas gajah... ekekeke...


Di sebelah hujung kawasan ni, ada pula satu pagar lagi... kami masuk tengok & mendapai ada banyak makhluk yang nak sangat tengok tu....


Ada beberapa ekor anak gajah di sini. Walau ditambat pada pokok, aku tetap risau... manalah tau depa nak mai 'bermanja' dengan aku... 


Ada beberapa orang pengunjung di sini. Tapi depa lepak kat pondok saja. Kami yang dok berjalan kat laluan tu. Nak pegang gajah tu, tak berani.. tengok je la...



Macam manari ja dia... memang sifat gajah begini kot pasal semua gajah buat benda yang sama...


Segarnya!


Dari jauh ada 3 orang pelancong bersama sorang pegawai dekat dengan gajah.... Nampak depa bergambar dengan gajah, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar juga.


Saat-saat sebelum belalai gajah hinggap di badan... dia minta makanan diberikan kat dia.. Alamak. Aku rasa bersalah pula. Dia minta kacang pegawai tu cakap. Lepas tak dapat dari aku, dia dok bermanja dengan isteri aku pula... Haha... Kami cepat-cepat bergambar. Takut juga kalau dia naik minyak....


Pegawai itu yang dikenali sebagai Pak Ngah mengajak kami untuk jungle tracking di hutan yang berada di sebelahnya. Lebih kurang 1km jarak perjalanannya... Kami & 3 orang pelancong itu bersetuju untuk mengikut beliau. 


Sepanjang perjalanan Pak Ngah menceritakan satu persatu mengenai hutan ini. Beliau cukup berpengalaman & mengenali hutan ini dengan baik. Kata beliau, kalau jumpa beruang jangan panik sebab beliau ada... Alamak... ada beruang la pulak.... 

Pokok ini mempunyai kesan lekuk yang cukup banyak & tinggi pula. Menurut beliau, pokok ini di takik oleh orang asli di sini untuk menggunakan bahan dari pokok itu sebagai racun sumpit. Apabila pokok ini semakin besar & tinggi, maka lekukkan itu juga turut meninggi...


Denai gajah? Mungkin dulu, inilah laluan untuk orang ramai naik gajah yang kini telah berubah di hadapan tempat mandi gajah itu. Mungkin laluan ini terlalu jauh & orang pula ramai. Makan masa yang cukup lama pula untuk semua orang naik....


Pak Ngah menunjukkan kami pokok rotan. Pertama kali aku melihatnya.... pokok ni berduri rupanya. Ada bahagian yang sengaja dibuang durinya bagi melihatkan bahagian dalamnya yang licin. Suatu ketika dulu, produk dari rotan sangat popular.


Terdapat kulat beracun betul-betul di tengah denai ini...


Ini pula laluan kecil yang digunakan orang asli di sini.


Aik! Pokok kelapa sawit pun ada? Ya... Menurut Pak Ngah, buah kelapa sawit ini telah dibawa oleh monyet suatu ketika dulu. Ladang sawit yang paling dekat dari sini pun terletak dalam 30km.... Jauh betul monyet tu berjalan...


Pokok-pokok yang terpilih mempunyai nombor seperti itu & nombornya berturutan. Mungkin untuk mengelakkan orang dari sesat. Terdapat beberapa pondok naik gajah di sini.... mungkin benar sangkaan aku. Aku lupa pula nak tanya Pak Ngah pasal benda tu....


Pokok-pokok ini sengaja ditumbangkan oleh orang asli di sini sebagai jambatan untuk mereka menyeberangi sungai.


Casio menemani aku...... 


Besar betul semut ni....


Pokok-pokok yang mempunyai khasiat & menarik pasti akan diceritakan Pak Ngah. Salah satunya ialah pokok sekentut ini.. Nak je aku translatekan untuk mat saleh tu maksud kentut... Haha.... Menurut Pak Ngah, gajah yang melalui denai ini pasti akan memetik pokok ini untuk dimakan mereka kerana khasiat pokok ini.


Kesan kulit pokok terkopek itu adalah dari geseran badan gakah padanya.


Setiap gajah mempunyai nama... Yang ini namanya Senom. Mudah dikenali kerana tiada ekor. Ekornya telah dibaham harimau sebelum pihak PERHILITAN menyelamatkannya...


Masa dah lebih pukul 1. Pak Ngah mempelawa kami untuk pergi melihat video yang akan ditayangkan pada pukul 1.30 tengah hari. Pukul 2 nanti barulah aktiviti bersama gajah akan bermula... Terima kasih banyak Pak Ngah atas layanan mesra kepada kami semua.


Parking yang disediakan cukup luas. Nampak banyak kenderaan baru sampai & beberapa bas... Ramai juga pelancong rupanya walau bukan musim cuti.. Kalau cuti sekolah apatah lagi kan... Tayangan video ini bercorak dokumentari mengenai usaha mereka selama ini. Video yang ditayangkan tidak sampai 30 minit. Macam panggung wayang.. penuh dengan pelancong luar di dalamnya... 


Lepas saja selesai tayangan video, laju ja kami ke tempat ini semula. Kononya nak dapat awal naik gajah... Muahaha... Aku rasa beruntung kerana dapat masuk ke kawasan anak gajah & jungle tracking tadi sebab lepas kami keluar, pagarnya ditutup & pengunjung tidak dibenarkan lagi memasuki kawasan ini. Dari jauh, boleh nampak beberapa anak gajah ditunggang penjaganya... mungkin nak mandikan dulu kot...

Setiap gajah mempunyai sorang penjaga... Gajah-gajah ini akan dijaga dengan baik oleh penjaganya. Nampak kemesraan wujud di antara gajah dengan penjaganya. Setiap gajah mempunyai trick tersendiri yang diajar oleh penjaganya.


Pelancong mula mambanjiri kawasan ini. Aku masih terfikir samada nak mandi ke tak dengan gajah tu. Aktiviti ini akan dibatalkan sekiranya paras air tinggi & membahayakan pengunjung. Nampaknya kami bertuah hari ni... rasa  rugi pula kalau aku tak mandi. Dah sampai pun.... badan pun busuk. Alang-alang busuk, biar busuk terus.. kuikuikui....


Nampak mesra penjaga dengan gajah mereka. Usik-mengusik juga wujud. Tersengih ja aku tengok depa ni...


Arahan oleh penjaga akan diikut oleh gajah... Pegawai bertopi itu yang paling happening.. Kelakar orangnya.. Siap suruh gajahnya cium dia lagi... haha...


Ingatkan dah habis.. rupanya ada lagi gajah yang dibawa.... Macam-macam saiz. Menurut Pak Ngah hanya dengan anak gajah saja pengunjung dibenarkan mandi bersama. 


Cute betul yang sekor tu... Gajah-gajah ini dibawa untuk aktiviti memberi makan. Lepas mandi kena bagi upah pula & upah itu juga adalah habuan gajah untuk mandi bersama pengunjung kelak...


Aku kesian tengok Senom.. Sampai berlutut nak ambil 'makanan'.. Sopan sungguh. Pandai penjaganya ajar.. Namun 'makanan' yang disua oleh pakcik tu hanyalah helah... tipu.. takda makanan pun. Aku rasa geram juga. Kesian gajah tu tertipu... Mujur dia tak naik minyak...


Senom meninggalkan kami dengan kecewa......


Masih ada beberapa ekor yang belum siap mandi. Pada waktu ini, pengunjung tidak dibenarkan lagi mandi bersama gajah. Lepas gajah ini dapat upah sekejap lagi barulah boleh mandi bersama...


Ada sekor gajah yang kudung kakinya... aku tak pasti mengapa & terlupa lagi nak tanya Pak Ngah... 


Gajah brader bertopi adalah yang terakhir... beliau menyuruh gajahnya memberi tanda hormat selamat datang.... Semua pengunjung kagum dengan gajah ini...


Dapat juga aku usap gajah ni... kembang hidungku... muahahaha...


Aktiviti memberi makan bermula.. Makanan yang diberi ialah kacang. Kacang itu pula perlu kita beli. Agak mahal kerana sepaket RM3. Tapi tak apalah.... niat derma saja. Yang penting pengalaman bersama gajah begini tidak akan diterima di tempat lain.


Isteri aku memberi makan salah sekor galah... Kalau anda pergi, letak 1 atau 2 kacang atas tapak tangan. Kerana kalau letak segenggam... segenggam kacang itu jugalah akan dikaut gajah.... Cepat la habis kacang tu nanti.. Haha... Aktiviti ini sungguh menghiburkan....


Berikut adalah video pendek aktiviti ini...


Ramai pelancong luar... Ada di antara pelancong ini telah beberapa kali datang ke sini.


Aktiviti memberi makan belum habis... namun the big boys telah keluar... Memang besar betul gajah dewasa ini. Gajah-gajah ini akan dimandikan terlebih dahulu...


Aku ingatkan depa nak dibawa untuk aktiviti menunggang gajah. Ada beberapa pelancong telah pun pergi naik pondok & menunggu di situ. Tak sabar tunggang gajah.. termasuklah aku selepas tu.. haha...


Gajah yang paling tua berumur 75 tahun. Aku tak ingat pula namanya...


Saiz mereka yang besar ini membuatkan aktiviti pengunjung mandi bersama mereka tidak sesuai.. Takut ada yang kena tindih pula.


The Big Boys...


Dah mandi, berbaris... seekor demi sekor keluar dari sungai & menuju ke pentas...


Semua gajah termasuklah yang kecil memperkenalkan diri dengan trademark masing-masing. Setiap dari mereka menunjukkan aksi yang berbeza... Aku tak malas nak pergi dekat. Lepak kat pondok & perhati dari jauh. Panas beb!


Selepas itu, aktiviti memberi makan the bis boys bermula. Kali ni, makanan disediakan oleh pihak mereka. Makanan berupa buah tembikai & pisang disediakan. Sempat juga aku bagi pisang... cuma tak sampat nak ambil gambar..


Lepas tu, aktiviti menunggang gajah bermula... Pelancong yang dah siap sedia menunggu di atas pondok agak bengang apabila disuruh turun & beratur... & aku agak bengang dengan beberapa pemandu pelancong ini yang menyuruh pelancong yang mereka bawa potong barisan... Hampir saja aku sound kawan tu... mujur juga pelancong tersebut ada perasaan untuk tidak memotong barisan yang telah lama beratur... 


Tak sabar pula aku nak merasai pengalaman menunggang gajah. Bukan senang nak datang. Seharian aku kat sini... 


Syok juga. Mujur ada pegawai yang bertugas nak tolong ambil gambar kami...

Trek tak luas... setiap pengunjung hanya dibenarkan naik sekali saja. Itu pun satu lap & terus masuk pit semua.... kekekeke... Takpalah, pengalaman itu lebih penting. Kalau naik lama-lama pun sakit punggung kerana duduk betul-betul atas tulang belakang gajah. Terasa betul gerakan tulang temulang dia.... Stiker akan dikoyak separuh menandakan aktiviti itu kita dah lakukan.


Di hujung sana tu pula gajah yang bersaiz kecil. Hanya dibenarkan naik berdua termasuklah penjaganya. Yang dewasa dibenarkan 3-4 orang sekali termasuklah penjaganya.


Inilah pelancong paling bertuah pada hari itu kerana merupakan orang paling akhir tunggang gajah tu. Mereka dibawa terus ke sungai untuk mandi bersama gajah. Seronok pula aku tengok... terus bersemangat aku nak mandi bila tengok depa ni... Haha...


Sapa nak mandi, dipersilakan turun. Bila lagi kalau bukan sekarang..  Pengunjung disuruh naik di belakang gajah & kemudian akan dibasahkan oleh orang sekeliling.. Aku pun turut serta mambasahkan orang.. Tak kira sapa yang naik, pasti kena dibasahkan..... hehe...


Giliran aku pula... seronok beb! Hahaha.... Ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan... Aku rasa tak rugi pasang niat nak datang sini sejak dari Perlis lagi. Aku sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang ke Pahang agar berkunjung ke sini. Berbaloi betul!

Untuk yang ingin menyertai aktiviti mandi bersama gajah ini dinasihatkan datang membawa baju salinan & tuala... Aku sebenarnya tak berhajat nak mandi pun pada mulanya sebab naik moto & rasa leceh pula nak salin baju.... Tapi kemeriahan & keseronokan aktiviti ini tak dapat aku bendung untuk turut serta juga.. Haha.. Akan rasa rugi pula kalau tak buat....

Baju salinan & tuala bawalah sekali ke tempat tersebut. Ada tandas & shower di sediakan di pintu masuk. Disebabkan beg pakaian aku di moto, terpaksalah berjalan ke moto & mujur juga ada tandas di foyer tu.


Aku rasa puas & berbaloi mai sini... Aku sangat mengesyorkan untuk kalian datang juga. Lama betul aku ada di sini...


Disebabkan masa masih ada, kami singgah pula ke Deerfarm yang tak jauh dari tempat gajah tu... Takda pengunjung lain melainkan kami. Nasib baik buka lagi. Bayaran tiket RM6 seorang... Namun aku cukup kecewa kerana beruang popular di sini yang bernama Muda telah diserahkan kepada pihak berkuasa.... hmmm... Beruang tu punyalah jinak & kita boleh pegang... Kalau kat zoo minta maaflah nak buat sedemikian... Info mengenai beruang tersebut didapati oleh mereka yang pernah ke sini....


Kedatangan kami lewat petang itu telah disapa mesra oleh seorang pekerja di situ, En.Nizam yang sangat teruja dengan kedatangan kami dengan moto. Rupa-rupanya beliau juga adalah seorang penunggang SYM. Beliau telah beberapa tahun menggunakan jentera VTS200. Bertambah mesra kami dibuatnya... 

Tempat ini bukanlah semata-mata ladang rusa. Apa yang dibuat di dalamnya bagaikan mini zoo. Menarik! Banyak binatang yang dilindungi ada di sini. Menurut En.Nizam, tempat ini merupakan milik persendirian iaitu En. Abdullah yang berusaha membangunkan tempat ini menggunakan modalnya sendiri tanpa apa-apa bantuan kerajaan... Tiada bantuan kerajaan diberikan kepada mereka. Setiap ekor binatang yang dilindungi ini perlu mereka bayar RM100k seekor untuk mendapat kebenaran & lesen. Errr... banyak pula binatang yang ada....

Pelbagai cerita keluar menunjukkan mereka tidak dibantu langsung malah diganggu oleh pihak berkuasa sehinggakan terpaksa mereka serahkan Muda yang telah mereka bela selama 15 tahun itu! Beruang itu tidak pernah langsung cederakan pengunjung mahupun gigit... malah manja pula. Namun birokrasi kerajaan memaksa mereka serahkan Muda. Sedih betul aku dengar cerita Muda... Nampak kesedihan terpancar dari raut wajah beliau....

Sepanjang pembukaan pusat ini, mereka tiada rekod buruk langsung & mereka amat menjaga reputasi itu sehingga kini. Tiada juga rekod binatang peliharaan mereka yang mencederakan pengunjung. Tidak seperti tempat yang satu lagi yang pernah pelancong patah kaki, tangan & tersiat tangan semasa memberi makan gajah... Biasalah birokrasi.... Selepas bertahun-tahun berusaha, mereka baru saja mendapat usahasama dengan Kementerian Pelancongan untuk memetakan tempat mereka sebagai salah satu destinasi pelancongan... Aku rasa pihak yang berkenaan sepatutnya membantu mereka atas usaha murni ini.... Aku rasa tak patut untuk pihak yang berkenaan meminta Muda atau tindakan merampas akan dikenakan kepada mereka... Hmmmm..... 


Setiap binatang yang ada di sini akan diceritakan En. Nizam mengenainya. Dari nama saintifik, makanan, jenis & sifat binatang tersebut diceritakan. Pelbagai informasi mengenai binatang yang kami belum pernah lihat kami perolehi. En. Nizam seorang yang berpengetahuan tentang apa yang dilakukannya. Beliau bagaikan pemandu pelancong di sini.. aku rasa cukup terharu dengan layanan sebegini.. Aku rasa RM6 terlalu rendah untuk layanan sebegini... 

Kami dibawa ke kandang rusa... Rusa ini merupakan baka Indonesia. Saiznya tak begitu besar. Hanya ada beberapa ekor saja yang kelihatan ketika ini. 


En. Nizam membawa kami masuk ke dalam kandang rusa. Ingatkan tengok dari luar saja.. Aku terkejut juga.. Biar betul? Kalau di zoo kita cuma tengok dari jauh saja.. Inilah satu kelebihan tempat ini.... Aku rasa kalau tiket RM20 pun aku sanggup bayar.

Kami diberi semangkuk ubi keledek untuk diberikan kepada rusa. Pada mulanya hanya beberapa ekor datang... Tak lama lepas tu kami diserbu... Sampai cuak aku dibuatnya... Hahaha.. Rusa-rusa ini jinak sebenarnya. Kena angkat mangkuk di atas kepala... kalau tidak, akan ada rusa yang berdiri nak ambil ubi tu.. Haha... Seronok betul! Bertambah seronok kerana kami pengunjung terakhir, takda orang lain. Tak sangka juga kerana walau kami yang terakhir kami diberi layanan istimewa begini.


Sapa tak gosok gigi lagi angkat tangan!

Ubi semua dah habis... tinggal aku ja yang masih ada... Semua dok kerumun aku plak. Cuak beb! Bimbang ada yang nak bermesra peluk aku ja... Haha...

Habih dah! Lawak tul aku rasa masa ni, semua rusa tu tengok je bekas tu kosong. Itu tanda makanan dah habis... Bila tengok dah kosong, semua jadi baik ja... 


Boy... itulah nama rusa jantan bertanduk itu. Boy lah yang paling manja yang boleh kita usap-usap. Kalau perasan tanduknya tak tajam seperti rusa dewasa. Menurut En.Nizam, tanduk rusa yang baru tumbuh memang tumpul begitu. Ia menjadi tajam apabila rusa itu sendiri yang mengasahnya pada pokok. Lama kelamaan, tanduk tersebut akan menjadi tajam. Selama ni aku ingatkan tanduk rusa tumbuh terus tajam.. Haha... Bagus juga aku mai sini, banyak info & pengalaman aku dapat. 


Kawasan ladang ini luas... aku dah lupa berapa ekar. Memang luas... & kawasan laluan akan diperluaskan lagi di masa akan datang. Semuanya atas perbelanjaan sendiri. En. Nizam menceritakan kesusahan yang mereka alami selama menguruskan ladang ini. Simpati aku dengan mereka ini.... tiada sapa yang membela... Kisah mereka pernah masuk surat khabar suatu ketika dahulu....


Kawad cam dilakukan semasa kami mula nak keluar dari kandang ini.... cute pula aku tengok depa ni...


Sebelum meninggalkan mereka, sempat juga kami membelai Boy.... 


Dahulunya burung unta ini ada 6 ekor... sekarang hanya tinggal seekor...


Kami di bawa berjalan melihat binatang lain yang ada... Burung merak yang paling cantik adalah jantan. Iguana pun ada di beberapa kandang..... 


Kucing Bengal tak ada... hantar pi periksa kat doktor sebab mengalami jangkitan virus. Takda rezeki aku. Katanya saiznya besar & panjang... Yang ada cumalah 3 ekor kucing belaan yang menjadi pasangan kucing Bengal itu. Mereka cuma untuk mengacukkan kucing tersebut. Kalaulah kucing tu ada, kemungkinan dapat juga aku membelainya.... 


Beberapa haiwan eksotik turut kelihatan. Kuang emas (gambar bawah kanan) cukup cantik warnanya. Sesuai dengan nama yang diberikan padanya.


Aku rasa syok betul kena patuk dengan burung puyuh ni... Makanan kita boleh ambil di tempat yang disediakan & kita boleh memberi makan burung ini secara terus begini. Haha.... Hanya sua dari luar kerana pagarnya rendah saja.


Ini pula adalah rusa baka Malaysia. Saiznya 2 kali ganda dari rusa baka Indonesia. Besar betul!


Kami sempat juga memberi makan & membelai rusa ini. Ia adalah rusa betina & sedang bunting. 


Dari jauh aku nampak ular ini... huhu... aku geli sebenarnya... Apatah lagi nak pegang. Tapi beranikan diri untuk menyentuhnya... Bila sentuh ja, terus hilang perasaan takut tu. Perasaan seronok pula muncul. Dok usap sana usap sini. Sejuk ja badannya.... 

Cumanya kini sudah tak dibenarnya untuk meletakkan ular ini pada bahu... Menurut mereka, pihak berkuasa melarang keras perbuatan itu kini & akan mengambil tindakan keras sekiranya perbuatan itu diketahui mereka. Aku tak pasti samada ia turut dilarang di zoo lain... atau hanya birokrasi kepada mereka saja... Alasannya takut ular tersebut mencederakan pengunjung... Walau selama ini tiada langsung kes tersebut dari pihak mereka... hmmm...


Aku suka betul tengok burung-burung tu. Yang berwarna hijau ni kalau duduk di kawasan lalang, susah nak perasan... dia punya 'remoih' lebih kurang sama da....


Ferret yang cute ini juga ada... Saiz macam kucing, cuma badannya lebih panjang. Baunya masam pula... Rasa seronok pula dapat pegang binatang yang berada dalam kandang... Kalau kat zoo, bole tengok je la...


Inilah kandang Muda.... sekarang dia sudah tiada. Hanya kenangan yang boleh dilihat. Kini kandangnya menjadi kandang arnab..... Sedihnya aku...


Hedgehog! Pertama kami aku pegang. Cute betul. Dok diam je. Dia dok di bawah kayu. Suka tempat gelap. Keras betul 'bulu' dia... cuma pendek dari landak & banyak pula... Takda pengalaman aku makan daging landak.. ada yang kata sedap... Kalau landak rupa camni, aku tak sanggup la nak makan.. cute sangat... haha....


Kita juga boleh memberi makan arnab... Nak bagi makan boleh, cuma takleh nak sentuh. Berkali-kali aku cuba nak sentuh, tak dapat langsung walau dibuat serang hendap... Sensitif sungguh....


Kami sudah sampai di pengakhiran perjalanan kami. Terima kasih kepada En. Nizam & rakan-rakan yang melayan kami cukup baik. Aku rasa cukup terharu dengan layanan yang diberikan kepada kami walau kami pengunjung yang terkahir. Mereka tak jemu melayan kami. Mungkin ada rakan-rakan SYM Owner Group yang mengenali beliau....


Sementara aku bersiap nak bertolak, aku nampak En. Abdullah (pemilik tempat ini) sedang berada di dalam kenderaannya... Aku pergi menyapa beliau sebab aku rasa aku patut berjumpa dengannya. Aku tak mampu untuk berikan apa-apa bantuan kepadanya melainkan kata-kata semangat kepada beliau untuk meneruskan kerja beliau ini. Suatu ketika dulu, beliau hampir putus asa. Lama juga kami bersembang... Aku rasa cukup terharu dengan usaha & niat beliau ini... Aku doakan beliau dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur supaya tempat ini terus maju & berkembang.... Syukur juga beliau dikurniakan anak buah yang cukup rajin & berdedikasi....

Sebelum aku mengundur diri, aku dikejutkan oleh En. Abdullah dengan suatu hadiah yang sangat istimewa.... Aku cukup terkejut dengan pemberian beliau itu & tak sangka pula akan mendapatnya. Aku tak mampu untuk tunjukkan apakah hadiah tersebut...akan aku simpan ia dengan baik & kenangan hingga akhir hayat aku...


Muda sudah tiada.... hanya kenangan bersamanya sahaja yang terdampar di dinding bangunan.... 

Kami meninggalkan tempat ini dengan seribu kenangan.... suatu kenangan yang indah.... InsyaAllah jika berkesempatan kami akan mai lagi... Kepada pembaca, kunjungilah tempat ini jika anda ke Kuala Gandah... Pasti ia suatu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan & berbaloi. Datanglah & bantulah mereka....


Lepas solat jamak, kami teruskan perjalanan kami yang masih jauh ke Temerloh. Perut lapar gila pasal tak makan tengah hari tadi... Teringat Temerloh terkenal dengan ikan patin. Berhenti tanya orang kat mana kedai yang sedap... Orang Temerloh sendiri pun ada yang tak tau... naik penin aku... Ada yang kata kedai tepi sungai....

Cari punya cari kedai di tepi sungai 'tak jumpa' walau kami dah lalu situ... Penat sangat sampai tak perasan. Kebetulan ada pula pasar malam kat jalan tu, memang aku tak perasan langsung. Lagi pun menurut sorang taukeh, kedai makan dah tutup pukul 6 petang. Kami sampai pun dah agak lewat...

Rata ceruk kami jalan cari kedai makan... akhirnya jumpa juga lepas berkali-kali pusing sana sini. Tipsnya kedai di tepi sungai... kedai tu tepi sungai juga... Hantam sajalah.... Secara tiba-tiba aku dapat SMS dari Cikgu Zuhaimie Jam Abah yang mengagak aku sekarang berada di Temerloh. Terkejut beruk aku camna dia boleh tau.... Yang cuma tau bro Pencinta Masa saja... Uih! Agakkan beliau tepat! Takut juga kot-kot ada spy dari jauh... hehe.... Dok berbalas SMS kami lepas tu...

Kami makan tengah hari merangkap makan malam.. Ikan patin sweet sour, telur dadar, sayur kailan ikan masin, nasi 3 pinggan & 2 air... Murah bangat! RM30+ saja.. Sedap pulak tu! Aku memang rekemen kedai ni... 

Malam semakin menjelma.. sampailah masa untuk cari hotel. Kami cari Hotel Seri Malaysia, ternampak rumah tumpangan di sebelah Hotel Seri Malaysia... Kami singgah situ dulu, kalau selesa kami sewa saja. Murah sikit. Pi ke kaunter, jumpa sorang 'budak'... aku rasa pekerja situ. Dia dah nampak aku, buat tak tau ja. Dia ambil kunci kat kaunter & terus blah. Hampeh sungguh! Dah la takda orang kat kaunter... tengok keadaan tempat tu agak scary la. Bangunan pun nampak usang.... Aku blah & terus ke Hotel Seri Malaysia... Malangnya bilik penuh sebab ada kursus... Hmmm.....

Buka GPS cari hotel yang berdekatan... jumpa banyak hotel tepi jalan. Tapi parking moto takda & tak meyakinkan pula keselamatan moto... Akhirnya.....


.... kami sampai di hotel ni... Hotel Green Park. Nampak macam mewah. Hentam sajalah.. aku dah tak larat nak cari hotel lain dah. Hotel ni nampak lebih baik dari Hotel Seri Malaysia & lebih besar. Ingatkan mahal... rupanya cuma RM88 untuk bilik standart queen bed. Wah! Recommended!


Biliknya besar. Ada balkoni pula... Almari besar & kabinet tv & make-up... Namun siaran TV mengecewakan.. tak clear langsung! Mujur ada internet wireless... dapat la online juga malam tu. Perbahasan SMS dengan Cikgu Zuhaimie berlaruan sehingga larut malam. Pelbagai tips mengenai kedai jam yang ada di Temerloh & tempat-tempat menarik di kongsi... 

Cadangnya nak ke Taman Negara esok, tapi menurut beliau jalannya tak elok, belum berturap & agak jauh serta perlu naik bot pula...Hah sudah!..... Tengok peta ada Tasik Bera dalam 60km dari situ... Menurut Cikgu Zuhaimie tempatnya takda apa sangat.... namun baik untuk kaki pancing & kita bole sewa bot untuk bersiar sekitar tasik katanya... Nampaknya situlah destinasi terbaik esok & nak berjumpa beliau sama esok.... Cikgu Zuhaimie, esok kita jumpa ya?......


....ikuti episod seterusnya.....

Leia Mais…