Friday, November 18, 2011

Santai bersama saudara Nazri Time As It Is


Pada hari selasa lepas (15 Nov 2011), aku telah mendapat panggilan telefon dari sorang sahabat yang juga seorang blogger. Saudara Nazri datang ke Penang dari KL atas urusan kerja. Aku telah maklum dengan kedatangan beliau ke Penang, namun disebabkan aku berada di hujung semananjung, perjalanan untuk berjumpa beliau agak jauh. 

Namun pada pukul 10.30 pagi itu, panggilan beliau untuk berjumpa dengan aku suatu yang tidak diduga. Beliau ingin berjumpa aku di Alor Setar. Ia suatu peluang & kesempatan yang terbaik untuk berjumpa beliau & beliau sanggup turun dari Penang semata-mata untuk berjumpa aku. Aku perlu sahut jemputan beliau ini....

Kepada yang belum pernah melayari blog beliau, Boleh layari:
Tempat perjumpaan telah di atur di Alor Setar Mall yang mudah untuk di cari & dikunjungi. Cadang nak jumpa tengah hari itu juga... aku perlu cepat bersiap.... Beliau terlebih dahulu sampai dari aku & kami bercadang untuk berjumpa di KFC


Hah! Tu dia... sempat shopping lagi tu.. hehe.. Ada satu kedai jam di belakang beliau & merupakan satu-satunya yang ada di sini.


Dah datang dari jauh, tetamu pula belanja makan.. terima kasih bro..  


Aku hanya bawa 4 ketul jam saja... Kotak tersebut aku beli dari beliau. Boleh tempah dari beliau jika berminat.


Aku sukakan kotak ni... Senang dibawa berjalan & kemas buatannya.


Jam-jam yang dibawa hanyalah jam yang biasa kawan-kawan melihatnya... Koleksi aku semakin kurang sekarang. Banyak yang telah dijual. Mungkin akan berkurang lagi selepas ini.


2 jam yang belum pernah saudara Nazri pegang ialah Invicta ini (hadiah dari Dato' Syed Mohri Irhomdeys) & Omega Speedmaster tu. Invicta telah aku review suatu ketika dulu. Namun Omega belum lagi aku review... belum sampai gilirannya lagi.. hehe.... 

Banyak perkara yang kami sembangkan & skandal terbaru mengenai Panerai limited edtion turut kami bincangkan yang sekarang ini hebat diperkatakan di banyak forum dunia &  group Facebook Dunia Jam. Aku sengaja selang seli artikel ini dengan artikel pengembaraan aku yang sering menghadapi masalah nak update.... 

Kisah perjumpaan ini juga turut diceritakan di blog saudara Nazri... 
Layari:

2 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

Best tul dapat jumpa geng blog mcm ni.. biar jauh pun bagi sempat gak bertemu..

duniajam said...

ada peluang nanti, kita jumpa pula. hehe