Saturday, October 8, 2011

Long Way Down Semenanjung - Perjalananku bermula...

EPISOD 2

Penantian suatu seksaan... aku terpaksa bersetuju dengan kenyataan tu kerana terasa terseksa walau menunggu hanya 1 hari lagi... Alhamdulillah umurku masih panjang, hari yang dinantikan pun tiba. Selama sebulan persiapan dilakukan & selama itu juga aku cuba raih sebanyak mungkin info mengenai moto ini memandangkan aku masih baru menggunakannya. Persediaan bukan hanya melibatkan moto, perbelanjaan, tempat perseinggahan, malah fizikal & mental juga perlu bersedia, memandangkan ini kali pertama aku & isteri menaiki moto untuk perjalanan jauh. Pengalaman aku bermotosikal sebelum ini sedikit sebanyak membantu & aku tak begitu risau tantang moto & perjalanan kelak, cumanya sedikit bimbang dengan isteri yang pertama kali naik moto untuk perjalanan begini.

Seperti pengembaraan dengan Beetle dulu, kami juga menyediakan wang anggaran untuk perjalanan ini. Hanya sebanyak RM1500 disediakan untuk perjalanan ini. Kalau tak cukup nanti tambah kemudian. Apa saja perbelanjaan hanya akan menggunakan duit tabungan ini & bukannya duit poket. Sebenarnya perjalanan ini merupakan perancangan yang diubah dari cadangan pertama untuk balik kampung di Johor. Memandangkan aku akan menghadiri satu simposium di Ayer Keroh, Melaka, aku ingin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung selepas itu. Atas beberapa sebab ianya diubah menjadi pengembaraan ini...

Kami berhajat untuk pergi ke tempat-tempat yang belum kami pergi dengan Beetle dahulu. Nampaknya Pahang merupakan negeri yang belum kami jelajah berbanding negeri lain. Beberapa tempat persinggahan menarik telah isteriku cari & kami berhajat untuk ke tempat itu seperti Pusat Pemiliharaan Gajah & Deerland Park di Kuala Gandah. Aku juga sangat-sangat berkeinginan untuk merasai keenakkan ikan patin di Temerloh kerana masakan di tempat lain tak sedap pun... Jadi molek sangatlah kalau peluang untuk ke Pahang tidak aku siakan untuk merasainya.... 


Setelah barang-barang selamat disumbat masuk dalam moto... Doa dipanjatkan kepadaNYA agar merestui & memberkati perjalanan kami kelak... tambahan pula tengah musim hujan waktu tu. Aku mengharap agar cuaca baik sepanjang perjalanan. Setelah posing sakan sampai terangkat tayar depan moto, kami pun bertolak pada pukul 9.27 pagi.... 2 minit lepas amik gambar kot.... Nak simpan kamera lagi... Haha...


Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar tanpa sebarang masalah. Evo aku bertugas cukup cemerlang. Walau tiada lagu keudara seperti Honda Goldwing, cukuplah sekadar nyanyian di hati.... Kami sampai gi R&R Sungai Perak lebih kurang pukul 1 tengah hari. Kalau nak ikutkan nak ikut jalan lama & bukannya highway seperti yang dilakukan dengan Beetle.. tapi aku kesuntukan masa & perlu berada di Melaka sebelum malam memandangkan hotel belum booking lagi & tak bimbang sangat cari jalan sebab masih cerah.

Sampai di R&R dengan perut yang lapar, nampak gerai jual kari tempoyak... patin kot. Hentam sajalah.... Tak sedap & kari pun sejuk.... Takpalah, rezeki gak tu... Tibai saja.... Lepas solat jamak, nak teruskan perjalanan kembali...


Jam yang menamani aku ialah Casio ini... Dibeli khas untuk aku naik moto. Sayang nak pakai jam lain. Beli yang murah, kalau rosak takpa, boleh hentam cukup-cukup.... Kononnyalah.... Keadaan jam ni pun macam baru walau dah berbulan-bulan aku gunakan... payahlah aku nak jadikan apa-apa jam pun sebagai beater kalau jam tercalar sikit pun hatiku turut tercalar.... aduyai....


Sebagai langkah berjaga-jaga, aku akan mengisi petrol bila mana indicator menunjukkan bacaan 2 bar seperti ini. Jimat beb moto ni.... Masih berbaki 2 bar walau perjalanan sudah 271.2km.... Perjalanan bermula dengan isian penuh (12 liter) dari Perlis. Sebelum lampu amaran petrol bernyala, jarak perjalanan boleh sampai 320km (tested) dengan halaju sekata tak begitu laju dalam keadaan standart. Menurut rakan-rakan yang telah modified moto ni, jarak perjalanan boleh capai sehingga 380km... malah ada yang claim bahawa pernah sampai 400km+.... Fuh!


Bukti yang Evo pernah menggolekkan tayarnya di Sungai Perak....


Perjalanan sangat lancar & kenderaan pun tak begitu banyak. Orang tengah kerja waktu ni... Kelajuan aku limitkan setakat 120kmj saja... Kononlah juga... kadang-kadang terbabas juga sampai 130kmj masa nak potong kenderaan... aku maafkan...


Isteri tercinta mengambil gambar sepanjang perjalanan... & aku suka shot ni... Terasa aku masih sedang menunggang moto tu bila melihatnya...


Laluan yang menarik perhatianku sepanjang perjalanan bila sampai di kawasan terowong & Jelapang menghala ke Ipoh. Pemandangannya sangat cantik & angin pun sempoi bahasa.... 204km je lagi ke Kuala Lumpur... dekat je tu yang.....


Kami sampai di Restoran Jejantas Sg Buloh lebih kurang 4.40 petang. Kenderaan agak banyak mungkin orang dah mula keluar dari tempat kerja untuk balik rumah... Kami tak singgah & isyarat dari isteri untuk teruskan perjalanan lagi.... cayalah cintaku!


Berbelas tahun lalu semasa aku masih mahasiswa.... boleh nampak KLCC kalau tak salah aku dari pandangan ini... Bangunan ada beberapa saja... Sekarang ini, pakat-pakat race buat bangunan menutup alam! Penuh!


Hah! Kepeningan bermula sebaik saja memasuki Kerinchi Link... Adoi! Sudah lama aku tak berdepan situasi begini. Tapi tak pernah la aku berdepan kesesakkan begini di Kerinchi Link sepanjang aku balik Johor dengan kereta sebelum ni. Mujur Evo yang aku bawa kali ni, walaupun gemok bak siput gondang, boleh juga mencelah. Ibu jari kiri dekat dengan hon... akan digunakan kot-kot aku nak marah orang....

Masuk ke Federal Highway, suatu pemandangan yang biasa aku jumpa selama 8 tahun aku di KL. Mid Valley pun sampai rasa sebahagian dari UM dengan nama jolokkan Fakulti Mid Valley... Nak bagitau punyalah dekat.... Haha...

Lepas masuk PLUS balik, trafik masih sibuk di waktu puncak orang balik kerja. Sampai ke Seremban sibuknya... Dok main jalan kecemasan saja potong kenderaan kadang kalanya... Aku yang kononnya nak jadi rider baik sudah meningkatkan limit kelajuan ke 130kmj... lepas tu naik ke 140kmj... ok la tu... Hatdoi! Tak boleh jadi.... hantam sajalah!!!! Aku dah terlalu boring atas highway... Aku hentam laju cukup-cukup... Ada plak budak LC sorang ni yang tadinya slow, tiba-tiba pulas minyak sesungguh-sungguhnya tak bagi aku potong... Dengan keboringan aku ni, layan je la... Terpotong sayur juga dia dibuatnya aku..... Minta maaf dik oi.. Abang dah boring... Jom main aci ligan?

Mainan yang tak aci la... Marah kot budak ni... Dah berkilo meter aku tinggalkan dia, aku slow balik. Dari kesamaran dek mataku yang ayu ini, aku nampak cahaya lampu amarahnya mengejar aku... high beam beb! Sampailah dia potong aku. Terlaju la plak aku.... follow & bagi sayur lagi... Lepas tu aku slowlah bila mana hatiku pun sudah gumbira & tak boring lagi... Dia potong aku & kali ini tiada lagi aksi memberangsangkan & tujahan melampau darinya macam tadi... Dia ingat SYM 200cc kot yg dia dok main selalu kat jalan tu... Haha...


Dengan kegembiraan hatiku, kami sampai di susur keluar Ayer Keroh pada lebih kurang pukul 6.30 petang.. Sepanjang perjalanan tak lenguh pinggang pun. Yang lenguh hanyalah punggung.. Sampai aku rasa nak berdiri atas moto pasal terlalu lenguh. Lepas ni aku takmau dah naik highway kalau nak mengembara camni.. Boring ya amat & lenguh pungkoq tak tau nak habaq! Nanti aku nak pusing lagi tapi ikut jalan lama macam Beetle dulu. Lebih enjoy!


Aku & isteri macam tak percaya kami dah sampai Melaka! Naik moto plak! Skuter lagi! Patutlah ramai orang konvoi sana sini beribu-ribu kilometer dengan moto ni. Memang selesa & jimat minyak. Memang boleh jadikan tourer. Lenguh punggung tu takleh buat apa la. Naik kereta pun aku lenguh punggung juga... Hehe...

Kami berhenti sekejap tengok peta & GPS. Aku lupa plak hotel mana yang nak buat simposium tu. Isteri aku check kat internet ada hotel berdekatan dengan hotel tu ada hotel yang agak murah. Ok la.. Nak tidur 2 malam kat hotel yang banyak bintang tu nanti habis la duit tabung... Ekeke....


Alhamdulillah sampai juga kami di hotel tu... Hotel Tropical Ville. Dari bilik hotel sudah nampak hotel yang nak buat simposium tu esok.... Hotel Holyday Inn. Esok aku jalan kaki je la.. Mutu aku nampak segak juga dari sini... Nanti nak tidur, aku nak bungkus dia...

Hotel Tropical Ville
Standart room (queen bed)
Hari biasa: RM108 (promosi RM88) 
Hujung minggu: RM128 (promosi RM108).... tanpa sarapan untuk harga promosi ini.

Aku budget nak hotel lagi murah. Jumpa bawah RM100 tapi tempatnya memerlukan aku naik moto untuk ke simposium... Jadi ambil keputusan duduk sajalah hotel tu. Aku pun senang. Tapi yang sakit hatinya... aku tak perasan ada satu motel sebelah hotel aku dok tu.. Tak sampai RM100 pun! Sebab bangunan hotel ni besar, dari jauh aku nampak hotel ni dulu. Tak perasan langsung ada motel kecik sebelah dia. Lepas dah bayar deposit baru perasan. Cis! Takpalah aku dah penat gila ni....

Aku terlupa nak ambil gambar bilik. Bilik dia kecik saja. Buka pintu ada la 3 kaki jaraknya untuk sentuh katil. Sempit. Tapi bersih & cantik. Bilik air dia bersih, agak luas, susunan jubin yang cantik & keseluruhan bilik ini kemas. Ada tingkap kecil plak untuk aku  tengok Evoku di bawah....


Senja mula berlabuh... suasana yang hening & cantik. Warna-warni alam & langit ciptaan Yang Maha Esa sangat mengasyikkan untuk ditonton.. Jangan lupa solat maghrib pulak!


Memandangkan ini malam pertama kami..... errr.... buat pertama kalinya sampai di Bandar Hilir, selok belok jalan aku tak ketahuan.... Keluarlah kami dengan perut kebuluran dengan moto nak pi makan McD yang nampak di Dataran Pahlawan semasa nak cari hotel tu. Tak sampai 1 minit pun, dah sampai! Cis! Sebelah je rupanya. Aku jalan kaki pun takpa..... Kalaulah takda bangunan dalam gambar tu, aku dah nampak Dataran Pahlawan yang cuma dalam 300 meter ja dari hotel. Haha... Tipah tertipu!

Perut pun dah kenyang, jiwa pun tenteram... aku teringin nak naik beca. Tak cukup syarat kalau tak merasai beca Melaka. Sorang brader yang sedang mengayuh beca yang sungguh memukau jiwa melihatnya menyapa kami. Seperti ada tarikan, teringin benar aku nak naik. Upah cuma RM20 mengelilingi 'Bandar Hilir'... Aku ingat dia kata pusing tu nak pusing Bandar Hilir.... RM20 murah bangat! Aku pun setuju! 


Seperti pemandu pelancong beliau menceritakan mengenai perkara-perkara menarik yang ada di situ & sejarah Melaka. Hebat dia ni! Bagus betul. Keadaan beca di Melaka jauh benar bezanya dengan beca di Penang. Di Melaka, mereka mampunyai persatuan yang menjaga kebajikan pengayuh beca & kebanyakan yang aku jumpa muda-muda belaka. Melihat keadaan ini, aku rasa simpati dengan mereka di Penang. Sungguh jauh bezanya....

  • Gambar 1: Kawasan lawatan pertama. Dibawanya kami berjalan kaki melihat kawasan ini dengan lebih dekat. Satu persatu diceritakannya. Ada beberapa kanvas yang direntang bak pagar di beberapa kawasan seperti anak panah merah.
  • Gambar 2: Soalan pertama beliau kepada aku... "Abang pernah tengok pokok Melaka?".... tak besa dik oi... "Inilah rupa pokok Melaka".... Aku pun... OOooooooo.....
  • Gambar 3: Buahnya kecil umpama buah pokok ceremai... aku tak tau istilah lain untuk digunapakai... 
  • Gambar 4: Mati-matian aku ingatkan kanvas bak pagar tu nak menutupi kawasan dalam pembinaan, buat jalan, paip pecah atau sebagainya... rupa-rupanya pihak yang berkenaan baru menjumpai suatu binaan lama di bawah kawasan itu... Katanya lagi, binaan ini sangat luas & kalau dikorek, sampai di bawah bangunan-bangunan muzium sampailah ke rumah merah... Wow!


Ini merupakan kapal terbang Malaya pertama...


Lepas tu kami dibawa ke A Famosa... A Famosa cuma bersebelahan dengan Dataran Pahlawan. Masa aku datang ke sini aku masih sekolah rendah. Rombongan sekolah Cik Kiah darjah 6. Dataran Pahlawan pada waktu itu hanyalah padang besar yang di atasnya pernah aku memahat larian aku ke sana sini dengan gembiranya... Ada replika kereta lembu kat situ. Sekarang dah jadi bangunan perniagaan. 


Kami dibawa pula ke kawasan rumah merah. 
  • Gambar 1: Ada banyak beca meriah, berwarna warni serta berlagu seperti itu. Menurut brader tu, beca boleh terbahagi kepada dua... iaitu milik persendirian ataupun sewa. Untuk kes beliau, beliau menyewa beca tu.
  • Gambar 2: Inilah rumah merah. Kalau siang memang nampak warnanya merah... sebab itu orang panggil merah.
  • Gambar 3: Suasana malam di bandar ini sangat cantik.
  • Gambar 4: Malam ni, malam sabtu, pengunjung kurang sikit. Malam esok hujung minggu. Memang meriah lagi la...


Di kawasan rumah merah itu, ada satu peringatan iaitu air pancut. Pihak British meninggalkannya sebagai peringatan mereka & ada ukiran Ratu Elizabeth padanya... Di waktu siang, kawasan ini sangat ramai dengan pelancong.


Besebelahan dengan gereja merah itu, terletak pula satu penjara zaman dulu. Sekarang sudah tiada & digantikan dengan bangunan apa pun aku tak ingat la pulak... Di bawahnya terdapat satu plate yang mempunyai nama-nama pegawai yang pernah berkhidmat di situ pada zaman itu. Terdapat beberapa pegawai Melayu yang pernah berkhidmat. Dahulunya plate ini adalah tembaga, dek kerana selalu hilang kena curi, pihak kerajaan Melaka telah menukarkannya dengan batu marmar.


Daku ingatkan beca nak pusing satu Bandar Hilir... pasal dalam hati aku berniat nak bagi dia RM30. Haha... Dari rumah merah dibawa ke tempat river cruise & kemudian ke Dataran Pahlawan balik.. Rupa-rupanya pusing Dataran Pahlawan je.. Haha.. Tipah tertipu lagi!

Teringin nak naik river cruise.. orang pun tak ramai. Tapi terasa penat sangat & hari dah makin lewat. Teringin juga nak naik menara Taming Sari yang bergerak pusing dari bawah sampai atas. Tanya harga tiket RM15 untuk lebih kurang 7 minit di udara.. Rasa mahal pula.. Tak jadi. Esok la pikiaq lain nak buat apa..... Terus naik Evo & balik hotel & Zzzz..... 


akan bersambung...

4 KOMEN ANDA:

sah_kul said...

...cantiknya gambar bulan madu...:)

zuhaimie said...

hebatlah doc...x der pun berenti tido skjap....mmg hebat...

duniajam said...

sah_kul... bulan madu kali ke brp pun tak pasti la.. tp bulan madu la.. Haha

duniajam said...

jumie,

Alhamdulillah, badan bole tahan lg.. Rasa masih muda... haha