Tuesday, October 11, 2011

Long Way Down Semenanjung - Hari menapak

EPISOD 3

Keesokkan harinya... Aku bangun dengan semangat nak ke simposium... sebenarnya pinjam semangat naik moto je.... Kalau ikutkan malas nak pi simposium ni. Ikut jadual program bermula sejak pagi tadi, tapi memandangkan program tu aku tak terlibat, boleh la mengelat sikit dalam bilik.. Hehe...

Tengah hari tu, aku & isteri bersiap-siap nak cari makan tengah hari.... Evo dikejutkan untuk membawa kami cari makan. Niat di hati, asal jumpa kedai ja... itulah yang akan disinggah... Baru ja nak keluar ke jalan besar, terus nampak kedai makan... Cuma ada di belakang hotel saja.. Cis! Jalan kaki pun takpa.. Tipah tertipu untuk kali yang ke3... Kuikuikui...


Dari hotel aku sewa tu, boleh nampak dataran lapang di antara hotel tu dengan Hotel Holiday Inn. Aku ternampak satu kumpulan kereta Nissan Latio sedang mengadakan pengambaran dari kelab My Latio Club... Ingin saja aku perkenalkan diri memandangkan aku juga ahli kelab mereka..... Tapi mengingatkan keahlian aku sudah tak aktif sekian lama dalam forum & tak pernah langsung ikut aktiviti mereka... maka tak jadilah. Takda sapa yang kenal aku nanti. Kekeke...


Itulah hotel yang aku sewa tu.... Hotel Tropicaville. Anak panah merah tu menunjukkan motel yang aku cakap tu... Sebelahnya saja.. Adoi la.... RM68 ja satu malam... Hmmm....


Tu la Motel tu... di sebalik Motel tu plak, terletaknya kedai makan tu... 


Keluar bergambar sekejap kat ruang legar dewan. Ada lagi lecture sekarang ni... aku dah malas nak dengar dah pasal ceramah semua extend bermula dari pukul 2 tadi... Pukul berapa nak habis nanti.. Aku nak pi berjalan lagi ni... Haha... Banyak juga ilmu & produk terbaru yang aku dapat lihat sempena simposium ini. Bagus juga aku datang walau jauh & malas......

Beberapa orang kawan & junior yang aku jumpa di sini. Terkejut depa bila tau aku mai dari Perlis dengan skuter. Depa ingat kami naik superbike... Hehe... Biasalah rider tegar SYM.... hehe...


Inilah hotel yang diadakan simposium tu. Pada mulanya memang terasa nak sewa terus ja hotel ni. Tapi lepas tahu rate yang agak tinggi & kami pula bukan nak berjalan dalam hotel ni... Sewa hotel murah dah la.. Perjalanan masih jauh & lebih menarik selepas ini.


Depan hotel tu ada deretan bangunan merentasi laut... mungkin jeti.... Entah la labu.. Aku pun tak tau...


Kebetulan jumpa kawan lama, beliau ajak kami makan... McD lagi.. Tapi beliau nak belanja.. Aku ON saja.. Haha.. Lama juga kami sembang sampai senja.. Beliau mengundur diri awal & agak mengejutkan apabila beliau menyuruh kami naik Menara Timing Sari & bagi duit pula... Katanya bila lagi nak rasa naik kalau bukan sekarang. Bukan senang nak datang... Terima kasih banyak Dr Aini! Nantu kami mai lagi no....

Sejak dari Perlis kami bercadang nak naik Eye On Malaysia.. Apakan daya nasibku.. takda rezeki nak merasainya kerana ianya telah tutup. Dengar kata, mereka telah langgar perjanjian & dipaksa tutup. Maka plan diubah untuk hanya berjalan di sekitar Bandar Hilir. 

Sejak semalam lepas naik beca, berhajat untuk ke semua muzium yang berada berdekatan situ. Mamandangkan sudah malam, muzium sudah tutup. Takpa, jalinan silaturrahim lebih penting berbanding muzium tu. Ada beberapa tempat yang kami belum rasainya seperti River CruiseMenara Taming SariMuzium Samudera... Semuanya hanya berada bersebelahan saja.. Best betul dok sini. 


Pelancong dari luar juga ramai. Bas dari Perlis pun ada juga. Line clear! Kapal tu berada di tepi jalan, ingatkan sekadar hiasan. Rupanya boleh naik atas tu... Satgi la kot.. Jom kita pi try River Cruise dulu, satgi ramai orang... Semalam memang tak ramai terasa rugi pula tak naik semalam. Kalau tak, mungkin kami boleh berguling-guling sambil nyanyi lagu Hindustan atas bot tu. Muahaha.... Punyalah nak bagi tau betapa takda orangnya semalam tu.... 


Pemandangan di sungai Melaka begitu cantik sekali. Bangunan dihiasi dengan lampu pelbagai warna. Kerajaan Melaka sangat mementingkan bidang pelancongan ini dengan manjaga & membaik pulih infrastuktur malah rumah penduduk yang terlibat dalam projek ini. Bangunan & rumah penduduk di sepanjang sungai ini telah dinaik taraf dengan bantuan yang diberikan... Nampaknya pelaburan mereka itu sangat berbaloi.


Rasa macam di iCITY pulak....


Abang beca menunggu penumpang dengan penuh sabar. Boleh nampak Muzium Samudera yang berbentuk kapal itu. Lepas naik River Cruise baru aku nak pi. Aku nak bermadu kasih dengan isteri dulu atas bot.... 


Orang agak ramai masa aku sampai nak beli tiket. Di jeti, ramai sangat orang menunggu. Aku bercadang nak naik bot selepas itu. Nampaknya niat aku membuahkan hasil, orang tidak begitu ramai....

River Cruise
Tiket: RM10 sorang... (kanak-kanak kalau tak silap RM8 kot)
Masa perjalanan menyusuri sungai: 45minit


Permulaan perjalanan dengan bot sangat mengujakan. Bot tidak begitu penuh seperti bot pertama. Masih ada kerusi kosong. Angin sepoi-sepoi bahasa menyejukkan badan yang berpeluh..


Permulaan perjalanan diam saja. Tidak ada suara latar sepanjang perjalanan. Sepanjang sungai dihiasi & dipelihara dengan baik. Hasilnya pemandangan yang cantik dengan lampu-lampu berwarna warni. Kedai-kedai sepanjang sungai ini dibaik pulih & dijadikan kedai-kedai makan & kopitiam. Menarik sungguh. Ramai pelancong asing sukakan keadaan ini.


Setiap tempat yang di susuri akan terjumpa dengan banyak pemandangan menarik. Ini salah satu daripada bangunan yang menarik perhatian. Dindingnya dicat & dilukis dengan suasana & keadaan Melaka suatu ketika dulu. Sangat menarik perhatian....


Eye On Malaysia!!! Bukan... ini ferris wheel di taman tema di sebelah sungai tu. Tak dapat naik Eye On Malaysia, naik adik dia pun ok kot?


Perjalanan bertambah menarik apabila sampai di Kampung Morten... Serius! Cantik sungguh rumah-rumah kat sini. Rumah-rumah di pinggir sungai dihiasi dengan lampu-lampu. Hasilnya aku rasa macam sedang menyaksikan rumah-rumah model atau muzium & bukannya rumah penduduk. Ada sebuah rumah yang di atapnya ada bendera Malaysia & ada pula lampu LED membentuk perkataan Merdeka.. Mati-mati aku ingatkan muzium... Rajin betul tuan rumah hiasi rumahnya begitu. Ada juga guess house yang boleh kita sewa... Aku akan ke situ suatu hari nanti!

Selepas habis Kampung Morten, bot akan berpusing balik ke jeti tadi & kali ini audio dengan suara latar menceritakan perkara-perkara di sepanjang sungai. Banyak informasi yang aku dapat dari penerangan itu, Namun aku lebih suka dengar penerangan live... maka aku pergi bersembang sambil mengambil gambar dengan pemandu bot... Seronok juga bersembang dengan beliau.. Sempat juga aku ambil nombor telefon guess house di Kampung Morten.. Hehe..

Video pendek suasana di Kampung Morten.


Jambatan & bangunan-bangunan dihiasai dengan corak lampu yang berbeza. Jadi kita akan rasa sangat tertarik untuk melihat benda baru.


Beberapa bangunan sejarah masih wujud di tepi sungai. Penceritaan dari suara latar bersambung & tepat pada tempat & penceritaannya.


Replika kincir air ini dibina sepertimana zaman panjajahan dulu... sebagai simbol penaklukan mereka suatu ketika dulu. Aku tak kira pula masa lama mana menyusuri sungai. Menurut mereka 45minit... Berdasarkan masa pada gambar kamera.. lebih kurang 40 minit. Ok sangatlah... Aku sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang ke Melaka untuk merasai keseronokkan naik bot ini. Sangat berbaloi untuk bayaran hanya RM10... Satu malam berapa ribu ye kerajaan Melaka jana dari aktiviti ini.. hehe...


Tempat seterusnya... Muzium Samudera.. Namun takda rezeki kami kerana ia telah tutup. Hujung minggu ia ditutup pada pukul 8.30 malam. Manakala pada hari biasa setakat pukul 6 petang saja. 

Kapal ini berbentuk kapal Portugis semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hebat ciptaan orang zaman dulu. Seninya sangat tinggi. Terasa rugi aku tak dapat masuk.... Kena datang lagi di episod yang akan datang la nampaknya.. huhu.... Nampaknya Kampung Morten destinasi tempat tidur yang menarik selepas ini... kuikuikui....


Seterusnya kami ke Menara Taiming Sari.. Naik jugalah memandangkan kawan telah bagi duit. Amanahnya kena ditunaikan juga.

Tiket: RM15 untuk orang Malaysia. 
Mohon maaf kadar bayaran untuk kanak-kanak aku lupa pula...

Ramai juga orang nak naik. Beratur panjang juga. Semalam masa kami sampai, hanya beberapa orang saja yang naik. Boleh main kejar-kejar keliling menara tu. Malam ni ramai. Pandai sungguh depa ni... Lepas bayar tiket, ada pekerja yang pujuk supaya posing pada gambar pemandangan besar yang sedia ada di pintu masuk. Lepas amik gambar, beraturlah. Nanti lepas kita turun balik, gambar-gambar orang yang naik tadi dah siap dicuci & dijual pula RM25-30. Kalau nak, kita boleh beli, kalau tak beli pun takpa.. Pandai depa pancing... Hehe... Kita juga boleh sewa teropong.... 


Perlahan-lahan menara tu naik. Ia bergerak dalam pusingan sambil mendaki ke atas.. Kita dapat melihat pemandangan 360 darjah. Orang gayat akan hadapi masalah kalau tengok ke bawah. Boleh nampak keseluruhan bandar Hilir & juga hotel yang aku sewa tu. Tak sewa teropong, kalau tak mungkin boleh nampak Evoku sedang beradu....


Memang dekat sungguh hotel kami sewa tu dengan Dataran Pahlawan ni. Hanya selang 4 blok bangunan saja. 

Video pendek pemandangan dari atas menara...


Selepas turun dari menara, kami dipancing untuk membeli gambar yang depa ambil tadi.. Tapi aku tak beli la pasal agak mahal. RM25 untuk sekeping gambar besar lupa plak saiz apa... 5R kot.... Kami teruskan berjalan sekali lagi sekitar Dataran Pahlawan. Bersiar-siar di kawasan yang dah pergi dengan beca semalam. Kempunan juga tak dapat masuk muzium yang ada di sekitar kawasan tu.


Seperti mana kawasan kanvas yang ditutup di kawasan kapal terbang, kawasan ini telah dijumpai terlebih dahulu. Mereka menjumpai kubu ini pada tahun 2002 semasa pembinaan di Dataran Pahlawan

Mereka telah mengorek hingga menjumpai binaan kubu di bawah tanah & sengaja dibuka & dibuat begini untuk tatapan pengunjung sebagai bukti bahawa empayar Portugis di Melaka benar wujud...

Ada laluan pejalan kaki di atasnya untuk melihat kubu ini dengan lebih dekat. Jika diperhatikan kubu itu, terdapat laluan pejalan kaki di dalamnya & agak tinggi juga. Dikatakan bahawa kubu ini cukup besar merentasi bawah muzium-muzium tersebut hingga ke rumah merah. Hebat juga teknologi buatan zaman dulu tanpa jentera berteknologi tinggi seperti sekarang. Batuan binaannya besar & potongan setiapnya tepat. Aku cukup kagum dengan binaan ini.


Di sebelahnya terdapat plate penerengan mengenai penemuan itu. Namun aku sedih dengan kejadian vandalism oleh mereka yang tak cukup akal. Buat malu saja kalau pelancong luar tengok.. 

Selepas puas berada di sini... kami mengundur diri & mula berjalan balik ke hotel. Kaki pun naik lenguh. Kami berjalan melalui pasar malam yang masih ada pada malam ini. Tak pasti samada hanya ada di hujung minggu atau setiap malam. Pelbagai barangan & makanan yang dijual sepertimana pasar malam lain. Tak mampu nak menyinggah dah..... dah terlalu letih. Nak balik bilik & mandi... badan rasa sangan melekit berjalan sungguh-sungguh hari ni....

Esok hari terakhir aku di Melaka... Aku bercadang nak balik KL awal sikit. Tour akan bermula dari KL secara rasminya setelah perkara utama (simposium) selesai..... Otak masih di simposium tapi hati aku meronta-ronda nak mengembara dah... Kalau ikutkan petang baru selesai simposium tu. Atas sebab yang agak penting, aku cadang nak balik tengah hari tu. Temujanji telah aku buat dengan sorang sahabat di KL.. Aku kena balik tengah hari juga, kalau tidak plan lingkup...

Nantikan kisahnya....

10 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

hehe...best lepak melaka

sah_kul said...

Selalu juga jalan Melaka tapi x dpt nk tawaf habis. Paling tinggi pun 2 tempat (dataran pahlawan dan mahkota parade/sebab tmpt pakrking kete) mmg tak larat pinggang boleh patah dukung anak...Tapi Melaka mmg tmpt pilihan aku...best

Suka Jam said...

Wah!! Best tul dapat pusing2 melaka. Melaka aku lum gi lagi.. adoi!!

Our Places said...

owh melakaa...negeri aku..

Our Places said...

owh Melaka..negeri aku..

Pencinta Masa said...

Menarik bro, macam artikel dalam majalah pelancongan! Aku ingat Ali Rustam kena bayaq upah sikit, sebab hang promote Melaka baaaaik punya ... ha ha ha!

Anyway, sapa sahabat yang hang buat temujanji tu? Awek kot!

duniajam said...

Mmg best la jalan2 sini.. byk pengalaman dpt. Dulu mai dgn bini naik keta.. jalan2 Ayer Keroh. Kali ni dgn moto pusing Bandar Hilir plak..... Hehe...

Sepatutnya kena minta komisyen baru betui no? Bole aku beli jam... Haha

Pencinta Masa said...

Mana Episod 4 ni masih tak kunjung tiba walaupun puas aku menunggu? Panjang sangat kot karangan tu!

duniajam said...

Haha.. karangan panjang bang... masa plak tak berapa nak sempat nak buat.. huhu.. ni tgh mengarang ni.. ekekeke

duniajam said...

Haha.. karangan panjang bang... masa plak tak berapa nak sempat nak buat.. huhu.. ni tgh mengarang ni.. ekekeke