Monday, August 1, 2011

Seiko SKX007 - model evergreen yang banyak imitasi....

 Dah lama sebenarnya aku ingin buat pendedahan ini... Mungkin ada di antara rakan-rakan yang terbeli jam replika ini. Ramai antara peminat jam tidak sedar bahawa ada penjual yang cuma inginkan keuntungan tanpa memikirkan baik buruk hasil jualanya itu kerana jam ini terut terselit jual bersama-sama jam original. Penjual ini mengambil kesempatan di atas kelalaian pembeli yang tidak berhati-hati kerana terlalu mempercayai penjual & mungkin terlalu ghairah untuk mendapatkan sesuatu jam itu. Bukan saja mereka yang tidak meminati jam atau kenal jam telah terkena tipu, malah peminat & pengumpul jam sendiri.

Jam di atas merupakan model imitasi/replika/tiruan model terkenal & evergreen iaitu Seiko SKX007 (aka Bond) 7S26-0020. Siapa sangka bahawa model ini juga mempunyai replika, dengan kepercayaan bahawa hanya jam Swiss sahaja yang mempunyai replika.... Ternyata kepercayaan itu silap sama sekali. Bukan saja jam baru, malah jam vintage juga ada replika.

Nampaknya diatas kepercayaan itu jugalah, kita diambil kesempatan, dikaburi mata kita akan 'keaslian' jam ini serta harga yang ditawarkan juga berkali-kali ganda jauh lebih murah dari harga asli yang lebih RM1k. Harus diingatkan bahawa, tidak ada jam baru original Bond ini dijual bawah RM500! Jika dilabel sebagai NOS, NEW & dijual pada harga bawah RM500 haruslah berhati-hati kerana pasti ada suatu yang tidak kena pada jam itu. Tak kenal maka tak cinta!


 Dengan tawaran harga yang menakjubkan..... replika lah ye.... sudah pasti ramai yang tertambat hati untuk memiliki... Ye la kan, jam RM1k+ jual bawah RM500. Wow!!! Disertakan dengan tag & tali getah seperti original, siapa sangka ia adalah jam replika... Kotak takda bang... Jam saja ye... Namun ada juga penjual eBay menyertakan sekali kotak Seiko. Hati-hati kawan-kawan sekalian!

Jam ini boleh didapati dengan senang di Mudah.my, lelong.com.my, eBay.com & blog jualan jam. Kebiasaannya penjual tidak akan menyakan ianya replika, malah ada yang claim pula sebagai NOS, original & MADE IN JAPAN. Samada penjual itu tahu atau tidak tahu atau sengaja buat tak tahu sebab nak untung. 

Jika mereka tidak tahu, salah pembelilah kerana tidak selidik betul-betul. Aku tidak salahkan penjual 100% kerana penjual jam bukanlah semua pandai & arif pasal jam. Jam ada berjuta-juta... masakan boleh tahu ke semuanya sekali. Ada di antara mereka juga dapat jam dari orang yang diyakini (supplier), mendapat permintaan untuk mencari jam itu atau mereka cuma menjual jam semata-mata & tak minat jam pun... sekadar cari duit sampingan. Ada berbagai kategori penjual jam juga.... termasuklah mereka yang ingin mengambil kesempatan. 



 Mau pulak digandingkan begini, memang ramai yang yakin ianya adalah original. Gandingan otai 6105 dengan model evergreen itu suatu kombinasi yang sangat mantap... namun potong stim bila tau yang lagi satu tu replika....


 Sebenarnya ini merupakan salah satu daripada beberapa siri keluaran replika SKX007. Ada beberapa model replika Bond ini yang aku jumpa yang mempunyai kelainan pada beberapa bahagian. Lama juga aku selidik untuk mendapat kepastian. Seperti yang dikatakan tadi, tak kenal maka tak cinta.... kita terlebih dahulu perlu mengetahui ciri-ciri originalnya sebelum dapat mengenalpasti ketulenannya.. Namun ia dikaburi pula dengan harga jualan yang cukup murah. Berbaloi beb! Aduyai!


 Aku bukanlah pandai & professional dalam mengenal semua jenis jam. Setiap model perlu diselidiki untuk mendapat kepastian. Sekarang ini bukan sahaja Seiko, malah jenama Jepun lain seperti Citizen (vintage, sports & Eco-Drive), Orient juga banyak yang replika... Cantik di mata, tapi hatinya palsu sekali... 


 Dial hitam tidak begitu licin. Indicator day/date tiada bevel. Tulisan DIVER'S 200m yang agak pudar & tiada tulisan 21 jewels.... bukanlah dial asli SKX007 Japan. Lihat pula tulisan hari Arabic itu juga tidak kemas... Ini bukanlah kualiti jam Seiko!


 Luminous juga menghampakan... Hour marker jauh lebih terang dari jarum & tahap keterangannya tidak bertahan lama. Bukanlah seperti Lumibrite Seiko yang terang & bertahan lama pula.... Ini juga suatu ciri pengenalpastian.


 Cermin mineral yang tebal suatu yang bagus untuk jam diver. Tapi ia bukanlah ciri-ciri asli kerana ia timbul melebihi bezel. Gigi bezel juga kelihatan sangat berlainan.


 Seiko 5 pada cermin! Bak kata sahabat Hassan DetikDuaBelas... Ini lebih ori dari yang ori.. Haha... Hebat juga mereka yang buat jam ni, watchmaker Seiko pun tak terfikir nak buat begitu. Mentang-mentanglah terer cetak logo Rolex, sampai Seiko pun buat juga. Punyalah nak tunjuk betapa aslinya jam ni. Mereka bersungguh-sungguh ingin menyatakan ianya adalah original & 'kebaikan' ini digunapakai oleh penjual untuk menipu & kenakan pembeli. Samada penjual tahu ianya replika atau tidak tahu. Jika anda tahu replika, tolonglah nyatakan replika... kalau tak pasti, tolonglah tanya mereka yang pandai... kalau tak tau juga JANGAN JUAL!!!! Haram makan duit dengan menipu orang. Janganlah terlalu ghairah mengumpul harta dunia sampai tak fikirkan sosal hukum hakam. Dah masuk bulan puasa ni... insafkanlah diri....


 Finishing nampak macam kemas, namun tidak sebenarnya... terdapat jaluran brushed finishing yang terkeluar dari jajaran.... Sekali pandang nampak cantik, tapi kalau dibelek betul-betul akan nampak kecacatannya. Aku juga merasakan casing jam ini bukanlah stainless steel tapi adalah base metal yang dikromkan. Aku rasa la sebab casing tidak berapa solid & ada bahagian yang nampak seperti dikrom.


 Crown dibuat screw-down seperti original. Namun trip tidak begitu baik buatannya & nak skru pun susah juga.


 Jika yang asli menggunakan fat spring bar, jam ini menggunakan slim spring bar... Spring bar biasa... lihat saja lubang lug itu. Bucu lug tu agak tajam. Rasanya boleh dibuat pemotong kulit buah....


 Tali getah nampak seperti yang asli. Tebal, keras & hampir menyamai ciri-ciri yang asli.


 Pemakaian pada tangan dirasakan selesa. Nampak 'asli' dengan sekali pandang. Insert bezel bergaris-garis, tidak seperti original yang licin.


 Potongan casing agak berbeza & yang paling kantoi adalah cat biru yang menggantikan stiker original Seiko. Mungkin budget kena potong kot... tu yang depa guna cat. Jenuh juga aku tenyeh nak buang cat tu. Haru sungguh...


 Cetakan pada caseback boleh mengelirukan orang kerana nampak original. Jika digandingkan dengan yang original barulah nampak beza. Tapi dengan cat biru yang kantoi ni mesti semua dapat tahu ada sesuatu yang tak kena pada jam ini. Itulah pentingnya untuk kita tahu & kenal ciri-ciri Seiko. Bagi peminat Seiko, sudah pasti dapat mengenalpasti bahawa ini bukanlah Seiko yang asli..... tunggu artikel seterusnya....


 Penutup caseback nipis & o-ring juga putus. Jika pakai selam, masuk airlah jawabnya....


 Suatu yang mengujakan & mengejutkan aku.... ia menggunakan movement asli Jepun. Ia menggunakan movement Citizen/Miyota 8200. Best juga kerana jarang sekali jupa 'SEIKO' aka FEIKO (dikalangan peminat jam antarabangsa) yang boleh winding. Buka tengok movement memang kantoi 100% la. Untuk jam ini memang kantoi sangatlah.. 


 Perbincangan aku dengan saudara Hassan DetikDuaBelas tempoh hari.... beliau merasakan movement Miyota digunakan kerana ia adalah reliable, murah & tiada aduan dari pembeli.. Mungkin pendekatan baru mereka gunakan ialah menggunakan movement Miyota menggantikan movement China yang boleh memberi masalah & susah mendapat alat ganti jika rosak. Itu merupakan maklum balas dari penjual jam replika sendiri. 

Jam replika ini menggunakan movement Miyota/Citizen. Ada pula keluaran lain replika jam ini yang penjual claim menggunakan movement asli MADE IN JAPAN 7S26. Mari sama-sama kita lihat pula penggunaan movement di dalam jam replika Seiko.


MOVEMENT

Gambar pinjam
 Ini merupakan movement 7S26A original. Lihat saja kualiti finishing yang kemas & cantik.


Gambar pinjam
 Ini pula movement yang digunakan pada jam Seiko 5. Finishing di bawah lampu flash menampakkan dengan jelas sekali ketidakkemasannya.


Gambar pinjam
 Ini pula merukan movement 7S26 keluaran China yang unfinished.... plain saja. Gambar movement kecil di tengah itu pula digunakan pada 'Seiko Monster'.



MOVEMENT KONTROVERSI

Gambar pinjam... kompilasi dari jam replika & original yang berlainan.
 Gandingan movement 7S26 Japan original dengan replika. Nampak sama betul. Mungkin juga ianya asli kerana movement 7S26 sangat banyak digunakan pada banyak jam Seiko & mudah didapati. Aku tak pasti sejauh mana kebenaran penggunaan movement asli 7S26 pada jam tersebut.... kerana China juga telah pandai meniru movement tersebut. 

Namun jika diperhatikan tahap finishing movement, ternyata yang replika tidak kemas & keseluruhan bridge adalah licin & tidak seperti original. Namun ada juga movement original yang bridgenya smooth juga.. Mungkin itu keluaran lama 7S26. Mungkin kawan-kawan yang lebih arif boleh tolong pastikan.


Gambar pinjam
 Terdapat sedikit perbezaan pada font rotor. Sebagai maklumat tambahan, ada juga movement yang dinyatakan sebagai 7526 untuk mengaburi pembeli dengan 7S26. Sekali tengok... ori tu beb! Tipah tertipu jua....


Gambar pinjam
 Wheel replika yang kasar & tidak licin (bulatan kuning). Gambar hijau menunjukkan Magic Lever Seiko yang turut dipunyai movement replika.


Gambar pinjam
 Bride cock berbentuk 'C' itu ternyata sungguh berbeza.


Gambar pinjam dari Ranfft

Sebelum fikiran mula bercelaru, bandingkan kedua-dua gambar tersebut.  Jangan kata tiada movement replika 7S26 mirip yang asli kerana ianya wujud sebenarnya. Web Ranfft telah menyenaraikan banyak jenis movement & memastikan bahawa memang wujud movement China CHI 7S26.... maka tidak hairanlah penjual claim ianya adalah 7S26 yang asli.... 


Sebelum anda memberikan duit hasil titik peluh anda kepada penjual jam, selidiklah betul-betul & pastikan ia betul-betul original walaupun diberitahu ianya original kerana tidak semua penjual itu telus dalam jualan & ada yang ingin mengambil kesempatan. Mungkin ada di antara rakan-rakan kita yang terbeli jam Seiko replika ini..... 

Artikel seterusnya akan aku bandingkan jam replika ini dengan yang asli. Di harap anda sabar menanti episod yang seterusnya. 

--------------------------------------------------------------------------
Bacaan mengenai suatu model hangat replika Swiss iaitu Omega Seamaster boleh layari pada LINK INI....

9 KOMEN ANDA:

sah_kul said...

Artikal yg bagus dan berguna. Saya selalu beli jam terpakai dan tak berapa arif ttg jam. Kalau jam yang saya muatkan dalam blog mencurigakan, harap Dj maklumkan. T kasih

duniajam said...

Insyaallah bro... yg tak syoknya jam ni penjual claim original atau diceritakan supaya org menganggapnya ori... Penjual yg tahu pun jual gak tp tak sebut replika...tu yg sedih tu..

Suka Jam said...

Tu la, aku cepat perasan jam ni replika tengok kat dial tulis made in japan tapi tak tulis 21 jewels. Tapi bila bukak enjin barulah terbongkar rahsia besar jam ni replika (boleh kata rojak gak kot, jam tanda Seiko, tapi movement citizen).
Ada tak kawan2 nak letgo Oris terpakai murah2? Yang movement Red Rotor (Swiss made Oris High Mech) je la.. haha!!

duniajam said...

Jam ni casing dia sendiri pun dah lain. Depa punya buatan fail skit la. Jauh beza dr yg ori. Ada 1 lg buatan casing hampir sama dgn ori, tu pun ada gak beza kalau tgk betul2. Hehe...

Oris yg ko nak tu insyaAllah akan dpt nnt. Hehe...

zul said...

Risiko beli jam online memang tinggi.Harap-harap tak terbeli macam ni....jam seiko skx007 ni banyak jual kat ebay, di pos dari Singapura. Harga jika nasib baik memang lebih murah daripada beli kat kedai.

duniajam said...

Kena hati2 & jgn terburu2. Siasat betul2. Seller yg kita sangka ok pun jual replika tanpa ramai yg sedar... Seller kena jujur. Tu yg kita nak

Pencinta Masa said...

Dekat pasar malam rumah aku pun ada jual Bond replika ni. Rega dia tampal RM300+.

SJ, Oris rotor merah macam ni ke?

http://pencintamasa.blogspot.com/2011/05/oris-tt1-divers-date-jam-mekanikal.html

Suka Jam said...

Adeh!! Racun betul!!

duniajam said...

Buat penjual dan pembeli dalam talian
JUAL SALAM

Definasi
Menurut istilah hukum syarak, jual salam ialah menjual sesuatu benda yang belum ada di hadapan mata, tetapi ditentukan sifat-sifat dan kadarnya.

Syarat-syarat Barang Yang Dijual Salam
Sesuatu barang atau benda hendak dijual secara salam itu disyaratkan :

1. Boleh dianggarkan sifatnya, ertnya ada sifat-sifat yang boleh dibuat anggaran dan perbezaan dengannya.

2. Tidak bercampur dengan benda-benda lain yang menyebabkan sukar hendak membuat anggarannya.

3. Barang itu hendaklah tidak tertentu. Tidak boleh seperti kata penjual : “Saya jual salam kain ini kepada saudara.”

4. Barang itu tidak berhad pada satu tempat saja.

5. Barang itu hendaklah sesuatuyang sah dijualbeli.

6.2 Syarat-syarat Sah Akad Jual Salam

Syarat-syarat sah akad jualbeli salam ialah :
1. Hendaklah dijelaskan jenis dan sifat-sifat penting bagi barang yang hendak dijual itu.

2. Hendaklah dijelaskan juga kadarnya.

3. Hendaklah ditetapkan masa tempoh untuk mendapatkannya.

4. Hendaklah barang itu boleh didapati bila sampai tempoh yang ditetapkan.

5. Hendaklah barang itu biasa didapati, bukan jarang-jarang didapati.

6. Hendaklah ditetapkan tempat menerimanya.

7. Hendaklah dibayar tunai harganya.

8. Akad jualbeli ini terus berjalan kuatkuasanya, ertinya tidak sah jika disyaratkan khiar.

6.3 Peringatan
1. Bila diserah barang itu sebagaimana yang disifatkan di dalam akadnya atau lebih baik lagi, wajiblah menerimanya.

2. Kalau barang itu terkurang dari apa yang telah disifatkan, harus menerimanya, tetapi tidak wajib.

6.4 Hikmah Jual Salam

Di antara hikmat-hikmat diharuskan jualbeli secara salam ialah :

1. Untuk memberi kemudahan kepada anggota masyarakat menjalankan urusan perniagaan.

2. Untuk menanamkan perasaan tolong menolong di antara satu sama lain.

6.5 Budipekerti Dalam Jual Salam

Di antara budipekerti dalam jual salam, ialah :

1. Masing-masing hendaklah bersikap jujur dan tulus ikhlas serta hendaklah amanah dalam perjanjian-perjanjian yang telah dibuat.

2. Penjual hendaklah berusaha memenuhkan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu.

3. Pembeli janganlah cuba menolak barang-barang yang telah dijanjikan itu dengan membuat berbagai-bagai alasan palsu.

4. Sekiranya barang yang dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat-syarat yang telah dibuat, masing-masing hendaklah bertolak ansur dan mencari keputusan yang sebaik-baiknya.

diambil dari http://hikmatun.wordpress.com/​2007/07/17/khiar-riba-jual-sal​am-gadaian-syarikat-sewa-dan-c​agaran/