Tuesday, July 19, 2011

Yang indah hanya sementara.....

 Perjalanan masa begitu mengasyikkan... kadang-kala membuatkan kita alpa & lalai dari tanggungjawab kita... Melihat gerakan jarum saat mengatur langkah detik demi detik suatu yang menghiburkan jiwa mereka yang memahaminya....seolah-olah ia merencanakan sesuatu....


 Seiko diver SKX007 yang sangat popular ini merupakan jam pilihan ramai & merupakan salah satu model & mungkin satu-satunya model Seiko yang sangat evergreen.... Pengeluarannya bermula sejak tahun 1996 ini tidak langsung dihentikan sehingga kini mungkin disebabkan ia masih mendapat permintaan & masih mendapat tempat di hati peminatnya. 


 Designnya ringkas, nampak padat & tidak semak mungkin menjadikan ia tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas. Design begini akan bertahan lama berbanding jam-jam yang berbentuk ranggi. Lihat saja Rolex Submariner..... Evergreen.....


 Dengan sifatnya sebagai penyelam di lautan, agak menepati pengambaran ini dilakukan di tepi muara....


 Cantik dipandang walau apa jua pandangan... ia akan tetap setia memberikan bacaan waktu kepada si pemakai.... 


Seperti tajuknya... YANG INDAH HANYA SEMENTARA.... ya memang benar... Walau betapa cantiknya jam ini, ia sebenarnya adalah REPLIKA & PSEUDO!!!!!

Nantikan review selanjutnya....

9 KOMEN ANDA:

walikard said...

:p Sebijik daaa...tang tulisan kat dial kantoi skit..hehe

duniajam said...

ya.... org yg tahu akan kenal jam ni replika... Tp tu la.. jam ni di jual di internet berleluasa...

Ada plak seller tak bgtau jam tu replika... Hmmm.... Samada dia tau jam tu replika tp taknak bgtau, atau mmg dia taktau jam tu replika...

sah_kul said...

Pasal korang bedua la aku bli jam ni...mmg brbaloi... Terima kasih kerana meracun... hehe

Suka Jam said...

Alamak, nape takde bilangan jewels dia kat dial? Adoi!!

Pencinta Masa said...

Tanda paling jelas - gigi bezel. Memang amat berbeza dari yg original. Tapi Made in Japan yang tak tahan tu ...

duniajam said...

Haha... dari segi luaran kita dah boleh nampak beza dah. Sbb tu bila kita nak beli jam mmg sangat penting untuk tahu ciri2 original.... Bila kita tgk je, dah boleh tahu, jam tu replika.. ekekeke

thetick-thetick said...

tipah tertipu bang!

Suka Jam said...

Nanti senaraikan pulak ciri-ciri James Bond J yg original.

duniajam said...

Insyaallah.. lepas ni akan dirungkaikan.. hehe