Sunday, July 3, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam semasa perjumpaan HOROLOGY FOR UNITY -----> Masihkah kau ingat?

Gambar pinjam dari www.shahkasahias.com

Hari yang dinantikan berkunjung tiba... aku semakin berdebar-debar menyaksikan sorang demi sorang peserta hadir... Restoran D Dusun Pinggiran Putra, Putrajaya merupakan lokasi pilihan H4U pertama ini. Tempat perjumpaan tidak di war-warkan secara terbuka dalam blog untuk keselamatan. Hanya mereka yang berdaftar sahaja akan diberikan alamat perjumpaan. Restoran yang beroperasi pada waktu malam ini merupakan pilihan terbaik walaupun ramai juga yang sesat jalan. 


Sorang demi sorang peserta hadir dengan semangat H4U. Semuanya datang dengan semangat yang berkobar-kobar bersama t-shirt H4U yang dibuat khas itu. Kemesraan yang wujud sebelum ini hanya di alam maya, kini dieratkan lagi dalam perjumpaan ini.


Pelbagai jam dipersembahkan dalam upacara yang julung kalinya diadakan ini...


 Berpinau mata menyaksikan keindahan setiap utas jam tangan yang dibawa peserta...


Informasi bertukar, idea dilontarkan & pendapat serta jual beli juga berlaku...


 Pelbagai jam Swiss pelbagai jenama & harga disaksikan peserta...


 Model-model rare Seiko turut ditayangkan....


 Banyak model-model rare yang belum pernah disaksikan ditonjolkan pada hari itu...


 Pelbagai gelagat & teletah rakan-rakan dapat dilihat...


 Upacara kemuncak merupakan cabutan bertuah yang hadiahnya disponsor oleh pihak penganjur sendiri. Mungkin jika H4U akan datang, ada pihak & badan-badan besar dapat menjadi sponsor & hadiah mungkin lebih lumayan... insyaallah...


Kenangan abadi..... HOROLOGY FOR UNITY pertama..... Masihkah kau ingat?

Masih adakah harapan untuk H4U kedua diwujudkan?


Kisah panjang lebar boleh dibaca pada LINK INI.


.... episod seterusnya selepas ini....

5 KOMEN ANDA:

TIMUR said...

Kalau ada rezki kita buat lagi, tapi kesan pasaran lembab jam2 lama diharap tak menjejaskan semangat. Yg penting kita berdemontrasi utk berkongsi. hehe...

sah_kul said...

memang terbaikkkk la a bro...

duniajam said...

Insyaallah ada rezeki & peluang kita buat lagi... hehe... memang kenanganlah waktu tu... hehe

walikard said...

InsyaALLAH, kalau buat lagi, tentu ramai lagi muka-muka bau nak join termasuk saya :)

duniajam said...

Kalau ada lg.... mudah2an ramai yg akan join...