Sunday, July 10, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam bersama rakan-rakan.... bahagian terakhir...

Rupa baru dengan semangat baru.. ekekeke...
Selepas perjumpaan H4U, aku berpeluang berjumpa beberapa rakan-rakan beberapa bulan selepas itu. Kebetulan aku ada kursus di KL, dapatlah aku berjumpa dengan beberapa orang rakan yang menanti kedatangan aku ke sana. Terima kasih kepada saudara Nazri & isteri kerana sanggup meluangkan masa & belanja aku & isteri makan malam tu... Dapat juga aku hilangkan kerinduan aku kat Danny.. Haha...


Sehari selepas berjumpa Nazri, saudara Pecinta Masa baru tahu kedatangan aku di KL menerusi update blog aku. Terus saja beliau hubungi aku untuk berjumpa di hotel yang susah nak cari sampai sesat jadinya..... Haha...

Beliau datang dengan koleksi yang sangatlah aku kagumi.. Ini hanya sebahagian saja. Ada beberapa lagi jam yang dibawanya. Koleksi Omeganya membuatkan aku telan air liur.... Jam idaman aku turut dibawanya.. Racun berbisa.... Huhu....


Aku akui jam-jam Omega sangat berbaloi untuk dimiliki.. Bertuahlah mereka yang berpeluang memilikinya!


Hari terakhir aku di KL, aku berpeluang untuk berjumpa lagi dengan saudara Nazri & She-D. Terima kasih She-D kerana sanggup datang jemput aku di KLCC dengan moto. Sempoilah bro!

Kami jumpa di Pelita Nasi Kandar berdekatan dengan KLCC. Sembang panjang kami pagi tu sambil pekena roti canai... Gambar kenangan turut diabadikan....



Insyaallah akan ada lagi pertemuan seumpama itu lagi... Segala kenangan manis tidak dapat dilupakan. 

Adakah H4U ke-2 akan diadakan lagi?


9 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

lama betul episod ni, mcm drama venezuela pulak.. wakaka!! Best bro, harap H4U ke 3 nanti akan muncul dgn koleksi yg lebih banyak & baru..

Pencinta Masa said...

Wow, banyaknya jam Ohmegah! Bukan replika ke ... ha ha!!

Kepada yang nak baca kisah pertemuan sulit tu, boleh baca di sini:

http://pencintamasa.blogspot.com/2011/01/bicara-bersama-duniajam.html

TIMEasitis said...

dan sampai sekarang misai Pencinta masa pun aku tak pernah jumpa lagi....apatah lagi koleksi omega yang boleh meruntuhkan jiwa aku......hmmmmm

Pencinta Masa said...

Nazri, Pencinta Masa ada janggut aje, misai takde.

We're gonna meet, soon.

duniajam said...

Suka Jam,

Kalau ada peluang nnt boleh join. Sure lg syok.. tak pernah jumpa langsung lg ni. Hehe

duniajam said...

Pencinta Masa,

masa tu best betui! Rambang mataku... Huhu

duniajam said...

mnazri.tan

Jumpa wei! Jgn tak jumpa.. Haha

Suka Jam said...

Lama dah aku berpuasa beli jam. Nanti ada brg baik nak lepas habaq2 mai, mana tau berkenan. Aku pun tak tau nak beli jam apa.

duniajam said...

Oris! Oris! Oris! Ekekeke...