Tuesday, May 17, 2011

Jam 'berkabus' ada wap air.... camno nak buat?

Tak beberapa lama dahulu aku pernah review (klik untuk review terdahulu) jam ni. Kali ni aku nak ceritakan kisah yang telah berlaku padanya pula. Sahabat aku datang ke rumah aku kali ini menyaksikan sesuatu telah berlaku pada jamnya. Belum pernah ia terjadi begini katanya & tak pernah la selam dalam air.... takat kena air skit-skit tu biasalah...


Wap air terbentuk di bawah cermin jam ini. Ini biasa berlaku kepada mana-mana jam termasuklah jam Swiss ribuan ringgit itu pun. Jika wap air tidak membertuk titisan yang jelas begini, tapi cermin jam anda menjadi kelabu berbanding sebelum ini... kemungkinan ia juga disebabkan wap air terbentuk seperti yang pernah berlaku kepada jam aku sebelum ini.

Wap air boleh masuk dari beberapa bahagian jam yang mempunyai ruang, bahagian yang tak rapat, bahagian yang lekang, seal yang sudah rosak atau tidak kedap & lain-lain lagi. 

Logiknya air boleh masuk dari:
  • Crown
  • Cermin
  • Caseback


Apakah kesan dalam jangka masa panjang kalau wap air tidak buang? Ikut pendapat aku...
  • Dial akan cepat kotor & mungkin akan ada kesan karat kerana ada dial diperbuat dari besi 
  • Komponen jam akan berkarat.... jarum, komponen movement & sebagainya
  • Jika jam itu adalah quartz, dikhuatiri akan merosakkan litar movement dia.


Sekarang anda sudah panik..... mungkin la... & tak tahu apa nak buat? Apa yang perlu anda buat ialah bawa.... bawa bertenang..... Tindakan seterusnya ada 2 pilihan...
  1. Hantar jam anda ke kedai jam untuk dicuci, atau...
  2. Anda buat sendiri...


Dalam kes ini aku buat sendiri & aku yakin aku boleh buat... Kena yakin dengan apa yang anda buat insyaallah akan ada penyelesaiannya.... Tapi kalau tak berani, jangan buat & lebih elok kiranya hantar ke kedai. Jika anda inginkan pengalaman & merasai thrill membaiki jam sendiri eloklah buat sendiri kerana ia tidaklah susah mana pun.


Seperti yang pernah dilihat sebelum ini, caseback jam ini dilekatkan dengan 4 skru disetiap hujungnya. Ke empat-empat skru ditanggalkan terlebih dahulu. Penutup caseback yang berlainan memerlukan kaedah yang berlainan.


Crown yang ditanggalkan menunjukkan kesan yang aku agaklah punca dari mana masalah wap air itu berlaku. Bahagian trip stem mengalami karat yang amat ketara & agak tebal. Rasanya memang dari sini air susup masuk sikit-skit.


Dial bersama movement ditanggalkan dari casing & dial haruslah dipegang di bahagian tepi begini. JANGAN PEGANG DIAL PADA PERMUKAANNYA..... kerana dikhuatiri akan memberikan kesan cap jari anda yang mudah dikesan pihak CSI... adoi... Takut juga kalau-kalau marker, lume dia tercabut, tertanggal akibat sentuhan jari anda itu. Salah satu cara nak tau kekemasan kerja tukang jam anda ialah pada dialnya....  kalau ada jap jari dia... kerjanya tak kemas & tak teliti... dia kurang ambil berat akan benda-benda yang tak sepatutnya dia buat. Ini sekadar pendapat aku saja la....


Walaupun jam ini merupakan jam butik, buatannya baik & kemas. Dial mempunyai dekorasi & bersih tanpa sebarang habuk & mujur wap air belum lagi memberikan apa-apa kesan padanya. Sekiranya dial basah, lapkan atau keringkan dengan tisu atau kain dengan berhati-hari & cuba untuk tidak meyentuh jarum dengan kuat.


Sekiranya anda dapati terdapat habuk, debu pada dial... JANGAN TIUP DENGAN MULUT ANDA... Gunalah dust blower seperti di atas atau seumpamanya untuk menghilangkan habuk tersebut. 


Hour marker dibuat timbul & sangat kemas buatannya. Logo AD dipetakan dengan baik pada dial.


Bahagian dalam casing dibersihkan. terutama pada cerminnya yang dipenuhi wap air. Lap sampai kering. Air boleh juga masik melalui celahan cermin yang tidak mempunyai seal yang baik. Untuk jam-jam lama yang menggunakan akrilik, biasanya cermin itu tidak mempunyai seal/gam/simen. Ia hanya dipasang muat-muat saja pada bingkai casing. Jadi itu sebab mengapa jam vintage tidak kalis air.

Untuk jam yang menggunakan cermin mineral, gam/simen diletakkan di sekeliling cermin bagi menghasilkan seal yang baik diantara cermin itu & bingkai casing. Namun jika seal tidak baik, air boleh menyusup masuk melalui celahannya itu. Selain itu, cermin yang retak juga boleh menyebabkan air menyusup masuk.


Movement dipegang oleh spacer yang diperbuat dari plastik. Tiada kesan wap air atau habuk kelihatan pada movement. Namun begitu, gunalah juga dust blower untuk memastikan ianya betul-betul bebas habuk. Dah alang-alang buka jam, buat je la kan....


Seperti yang dinyatakan pada review lepas, jam ini menggunakan movement dari Orient. Ini adalah buktinya. Tertera tulisan ORIENT di bawah balance wheel dengan jelas.


Movement Orient & Miyota (tidak termasuk yang terkini) tidak menggunakan ball bearing untuk gerakan rotor tapi menggunakan aksel (axle)... yang mana ia dikenalpasti dengan skru seperti ini atau seumpamanya di tengah rotorRolex turut menggunakan sistem ini dalam movement mereka. 


Ini adalah movement Seiko 7002. Ia menggunakan ball bearing untuk gerakan rotor. Boleh bezakan dengan gambar atas... 


Crown stem dibersihkan. Untuk membuang karat..... disebabkan aku tiada alat atau bahan yang boleh digunakan melainkan kertas pasir... itulah yang aku gunakan. Perlahan-lahan karat itu dikikis sedikit demi sedikit sehingga ianya hilang. Nampak alur/trip stem agak haus disebabkan aktiviti itu.. namun tidak memudaratkannya sebab jika tidak dibuang karat itu, dikhuatiri karat itu akan menjadi lebih besar/gemuk & merebak pula... takut-takut juga stem terus 'jem'. 

Lihat saja keadaan crown & cuba anda bayangkan tahap keyakinan kalis air crown begini dalam keadaan ia pada jam. Masakan anda berani membawanya berenang? Ada juga crown yang disertakan o-ring untuk mendapatkan seal yang lebih baik. Sebab itu, crown jam diver dibuat boleh skru & sesetengahnya ada o-ring.


Salah satu sebab lagi, kemungkinan o-ring caseback sudah reput & tidak dapat seal dengan baik. Ia ditukar baru & diletakkan silikon grease. Namun jika anda tiada silikon greaseVaseline boleh digunakan. Boleh beli di mana-mana farmasi.... Guardian, Watson....


Selepas segala proses selesai & berpuas hati. Pasang semua bahagian semula seperti sediakala... Hasilnya memuaskan hati & aku rasa seronok dapat mengembalikan wajah asal & mengelakkan ia dari mengalami kerosakan dalam jangka masa panjang. Jam ini sangat istimewa kepada sahabat aku memandangkan ia adalah hantaran perkahwinannya....


Gambar sebelum & selepas..... 

... selamat mencuba......

25 KOMEN ANDA:

zalizalu said...

oo0o... camtu...
aku ad satu jam tu... dia memang kompem masuk air.... jam lama orient... pakai g genting pon berkabus terus... sedih jugak aku... memang dah tukar sume dah gasket ke apa tp tak jadi jugak.... last2 tokey tu cakap, tak yah laa pakai jam ni.. simpan dalam cermin kaca ja T_T

duniajam said...

Haha... tokey tu mls buat la tu... ekekeke....

Pencinta Masa said...

DJ, baguih ni. Selain dari bukak klinik gigi, hang dah bulih bukak klinik jam jugak ... ha ha!

duniajam said...

Kena buka booth jam dlm klinik dah rasanya. Haha...

24 JAM said...

bagus info ni. tp setkt ni aku lum prnh repair sndri jam. skali tu je lah, buka jam... dr. cermin dia kahkahkah.last2 hntr kedai,toke otai pun geleng kapla. malu tp malu wei nak crita...ghee

duniajam said...

Tak pa bro. Itu pengalaman berharga. Pengalaman tu yg bg pengajaran kat kita. Hehe

thetick-thetick said...

asmar & sidang komentar... kena ingat. kat mana kita bukak-pasang jam tuh penting! kalau suhu bilik lembab dan panas... ko bukak, keringkan cermin, pasang balik... tak guarantee wap takkan ada balik. pasal apa? pasal kerja-kerja jam ni kena buat kat bilik yang kering & suhu moderate 26 sampai 28 celcious. kalu panas dan humid/lembab... dia akan mempengaruhi suhu dalam case jam... Petua, nak selamat...kasi "fan" kan case jam tu dulu (pakai kipas)... lepas tu baru pasang balik... so bawah crystal tu betul2 kering, kalu setakat lap ajeh... tak jamin. tak percaya? nak test...hang pakai jam tu, tala depan aircond vent dalam kerata masa aircond kereta tengah on...tengok... kalu takdak wap okey , kalu ada...pikiaq sendiri...

duniajam said...

Terima kasih bang... suatu tips tambahan yg sangat berguna. Mungkin jam2 Swiss yg beriban tu ada yg berwap camni dipasang dalam bilik aircond? Entah la... Ni cuma komplain yg dok dpt ja. Hehe..

Ahmad Ijat said...

Tq bro, memang bagus la tips ko nih.

Tp aku tak mampu nak buat la. Alat pun takde. Hehe.

duniajam said...

Takpa bro, ada peluang boleh buat nnt. Kalau org lain nak buat, boleh bg tunjuk ajar. Hehe...

nur.sa said...

tengah mencari pasal cermin jam, terlompat ke belog sini. kalau jenis berani, saya boleh jugak nak cuci jam sendiri. tapi ni kes lain pagi tadi, cermin jam saya tiba-tiba dah ada seketul atas meja tercabut daripada jam. camna nak letakkan balik cermin tu macam asal atas jam? ada gam khusus untuk tu ke? huhu. harap dunia jam boleh membantu. sayang oh, jam ni okay lagi.

duniajam said...

nur.sa

Kalau cermin kaca, perlu letak gam khas untuknya. Sy cadangkan bawa jam tu ke mana2 kedai jam untuk pasangkan balik cermin tu.

Unknown said...

salam..tumpang tanya ckit yer sifu, mgu lpas saya pegi scuba..sjer mngatal nk pakai jam seiko diver,konon nk test power..tgok2 jam masok air, adehhhh..kre bleh d selamatkn lg x jam saya nie??

duniajam said...

salam bro.....

Boleh... elok cepat hantar kedai. Takot lama2 air laut tu akan merosakkan komponen dlm jam tu. Model apa yg masuk air tu?

Unknown said...

Tuan sy mengalami masalah sama,jam tangan jenama rama swiss watch org hadiah dari mekah.sy pun xpnh dgr brand tu.nak jd citer termasuk dlm mesin basuh.maka terjadila wap di dlmnya tp jam masih hidup dan tepat.pegi byk kedai semua xnk buat sebab xtahu kilang brand tu.aduhai tuan boleh tlg x suggest kedai jam atau apa2 yg patut..tq

duniajam said...

Muhammad Fairuz

Sy tak pasti nak suggest kedai mana yg boleh buat. Brand tu pun sy tak pernah dgr tapi basic jam sama je. Nak buka & cuci buang wap tu apa2 jam pun sbnrnya sama je cara dia. Try pi Amcorp Mall cari Mr Andy. Dia kat ground floor blkg eskalator. Dia ada setiap ahad kat situ

Unknown said...

ok tuan terima kasih byk,sy akan pi nanti..

Unknown said...

Salam en.duniajam..saya ingin bertanya, adakah normal jam bole masuk air? Saya ada bli jam polo club of berkshire. Harga bli almost rm400.. recently jam tu masuk air n dh berkabus kt dlmnya.. then my hubby ckp jam tu bkn jam ori..betul ke? So saya kene cari kdai jam tu semula utk clean semula jam tu..

Unknown said...

Maag bertanya. Jam sy nmpk berkabus pada cermin.. Bila guna lighter pbskn cermin. Wap trsebut hilg. Namun kabus trsebut akn mncul semuka dam masa, 2mnt.. Hal ini berlarutan hmpir sthun lbih.. Apa masaalahnya, da, mana, dtgnya kbus trsebut.. Sy jarang guna jam ini

duniajam said...

1. Salam en.duniajam..saya ingin bertanya, adakah normal jam bole masuk air? Saya ada bli jam polo club of berkshire. Harga bli almost rm400.. recently jam tu masuk air n dh berkabus kt dlmnya.. then my hubby ckp jam tu bkn jam ori..betul ke? So saya kene cari kdai jam tu semula utk clean semula jam tu..

Jawapan: Salam. Mohon maaf sebab saya terlalu lama tak peduli blog ni. Komen puan pun dah 2 tahun lalu. Wap air masuk adalah suatu perkara yg biasa berlaku termasuk pada jam berjenama atau original. Sebab cara masuk air tu sepertimama yg saya terangkan itu.


2. Maag bertanya. Jam sy nmpk berkabus pada cermin.. Bila guna lighter pbskn cermin. Wap trsebut hilg. Namun kabus trsebut akn mncul semuka dam masa, 2mnt.. Hal ini berlarutan hmpir sthun lbih.. Apa masaalahnya, da, mana, dtgnya kbus trsebut.. Sy jarang guna jam ini

Jawapan: Jam tersebut perlu dibuka sepertimana yg saya buat itu. Cara tuan buat itu hanya berkesan sekejap saja sebab air sudah ada di dalamnya. Air tersebut perlu dikeringkan terlebih dahulu & perlu tukar apa2 o-ring yang sudah reput.

Terima kasih

Mira said...

Assalamualaikum tuan
Nk btanya sikit. Ada pluang tak utk repair jam yg dah 3 thn terendam dlm ai jam baby G. Tq.

fadhil said...

salam tuan....ada cara yg khusus ke nak cabut n pasang crown?

Unknown said...

Salam tuan. Jam sy swatch dan guess dan lain2 swiss made slalu jadi mati dgn sendiri. Pstu hidup balik.pstu mati balik.tiap kali jadi.mesti ada wap air. Knapa ya jadi mati pastu hidup?

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
duniajam said...

Assalamualaikum tuan
Nk btanya sikit. Ada pluang tak utk repair jam yg dah 3 thn terendam dlm ai jam baby G. Tq.

Jawapan:
Wa'alaikumussalam. Saya tak pasti. Tapi saya rasa agak susah untuk repair jam digital jika model tu dah terlalu lama telah dikeluarkan sebab dikhuatiri spare part jam tersebut sudah tidak dikeluarkan lagi oleh kilang.


------------------------------------------------------------------------------

salam tuan....ada cara yg khusus ke nak cabut n pasang crown?

Jawapan:
Salam tuan, secara asasnya sama. Namun ada jam yang berlainan sedikit cara nak pasang crown tu.

------------------------------------------------------------------------------

Salam tuan. Jam sy swatch dan guess dan lain2 swiss made slalu jadi mati dgn sendiri. Pstu hidup balik.pstu mati balik.tiap kali jadi.mesti ada wap air. Knapa ya jadi mati pastu hidup?


Jawapan:
Salam tuan. Saya rasa elok tuan bawa jam tu ke kedai jam untuk check kenapa. Kalau jam automatik, mungkin dah sampai masa untuk kena servis. Kalau jam quart, takut ada masalah pada litar elektroniknya, atau masalah dengan bateri. Wallahu'alam