Tuesday, April 19, 2011

Hamilton military - US military issue watch

A true military watch! Sudah tentu! Kerana jam ini merupakan jam yang dikeluarkan khas untuk kegunaan para tentera US!

Hamilton merupakan syarikat jam dari Amerika yang mula memperkenalkan jam pertama mereka di pasaran sejak tahun 1893. Pengeluarannya yang suatu ketika dulu berpusat di Amerika telah berpindah ke Switzerland pada tahun 1966. Suatu yang membanggakan syarikat mereka masih utuh sehingga kini & masih mengeluarkan model-model yang mengancam jiwa. Mereka berada di bawah naungan Swatch Group & mendapat subsidi movement dari ETA. 



Perang Dunia Kedua telah menyaksikan perubahan drastik terhadap dunia horologi pada waktu itu. Hamilton menghentikan pengeluaran jam dalam pasaran biasa & menumpukan hasil kerja mereka kepada jam-jam untuk kegunaan tentera. Kiranya jam-jam military yang kita ada sekarang pernah berperanglah! 

Jam bersiaz medium ini pernah berada dalam koleksi aku tidak beberapa  lama dulu. Casing yang digunakan padanya adalah dari stainless steel dengan sentuhan blasted finishing padanya. Jam military tidak perlu 'bling-bling' kerana mudah menjadi sasaran musuh. Cermin telah ditukar baru memberikan rupa yang lebih bermaya.


Crown agak besar untuk jam bersaiz ini. Namun pada aku ianya sangat praktikal memandangkan jam ini merupakan jam untuk kegunaan tentera. Crown yang besar itu akan memudahkan penggunaan & setting masa untuk misi tentera. Jam juga ringan & tidak begitu tebal yang bukan sahaja selesa di pergelangan tangan malah ia juga tidak mengganggu dalam misi yang sedang dijalankan.


Tiada nama dicatatkan pada dial. Hanya mempunyai logo 'reaktif' & H3 pada dial. Orang yang tak tahu pasal jam ni pasti tidak akan tahu jenama jam ini. Jarum jam ini aku yakin bukanlah yang asli kerana sangat berbeza dengan banyak model Hamilton military yang aku tengok di internet. Jarum saatnya pula diletakkan bahan luminous. Namun lume pada jam ini sudah tidak bermaya lagi.

Lume jam vintage military suatu ketika dulu menggunakan bahan luminous radium yang merupakan bahan radioaktif. Lume radioaktif ini mampu bercahaya secara sendiri tanpa memerlukan sumber cahaya tambahan sebagai pengecas. Itu jam tahun 1920an la... Pada waktu itu bahaya bahan radioaktif bukanlah suatu yang diambil kisah.... mungkin kesedaran terhadap bahayanya kurang di kalangan mereka di zaman itu. Asalkan jam bercahaya terang dalam gelap & nampak cantik... sudah boleh manjadi pelaris yang baik. 

Bahan radioaktif yang diprinted pada dial seperti jam vintage tidak lagi digunakan kini. Namun penggunaan bahan radioaktif tritium (ber-radiasi rendah) digunakan untuk jam moden kini dengan kaedah yang paling selamat. Teknologi lume ini telah dipatenkan & dibangunkan oleh mb-microtec dengan teknologi trigalight.... atau selalu orang dok panggil gas tube, tube gas, fluorecent gas dan sebagainya. 


Ini merupakan luminous jam Jeep chronograph yang menggunakan teknologi trigalight dari mb-microtec H3
Layari laman mereka untuk maklumat lebih lanjut:


Namun aku yakin apa yang ada pada Hamilton ini bukanlah bahan radioaktif seperti jam vintage military dahulu kala kerana hour marker tidak mempunyai bahan luminous sebab langsung tak bercahaya, malah jarum pula dari jam lain. Sah selamat! 


Gambar dari  networkedblogs

Sekiranya anda mempunyai jam military yang menggunakan bahan luminous radiumTOLONGLAH BERHATI-HATI kerana ianya bahaya kepada kesihatan anda. Bahan radioaktif sangatlah bahaya kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan penyakit merbahaya malah boleh mengakibatkan kanser dalam jangkamasa panjang & seterusnya jika lebih teruk bolah mengakibatkan kematian! Sebab tu orang dok kalut dengan trajedi letupan loji nuklear kat Jepun tu.. satu dunia boleh terjejas dengannya. Tapi orang kebanyakan ambil mudah sebab benda tak nampak & belum rasa kesannya. Kita sama-sama berdoa akan keselematan kita semua & dihindarkan dari bahaya tersebut.

Otai-otai jam yang pernah mengendalikan jam vintage yang menggunakan radium ini pernah merasai bahaya bahan tersebut. Ada yang pernah mengalami sakit kulit, malah ada yang telah buta sebelah mata! Jangan main-main! Namun jika diambil langkah berjaga-jaga, tidak perlu khuartir....

Sejarah bahaya kesan bahan radium jam boleh didapati pada link di bawah ini:

A Dazzle in the Bones


--------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah tips yang aku dapati yang merupakan kaedah asas pengandalian jam yang menggunakan bahan ini:
  • Jangan buka cermin jam jika tak perlu... Manalah tau saja-saja nak buka tengok & mendedahkan pula bahan lume pada persekitaran dalam jangka masa yang panjang... 
  • Sekiranya cermin jam pecah, gantikan cermin yang baru dengan segera. ASAP
  • Sekiranya anda rasa perlu menyentuh lume.. mungkin nak relume... 
    • Pastikan pakai sarung tangan. 
    • Buat kerja di tempat tak berangin.
    • Jangan buang habuk lume di merata-rata tempat. Letakkan di suatu tempat yang mudah untuk dikutip.
    • Pastikan habuk lume itu dibuang dalam bekas yang tertutup & tak terdededah... 
    • Senang cerita... kalau tak berani buat & ragu-ragu... JANGAN BUAT!!!!
  • Pakai cermin mata sebagai perlindungan.
  • Tolong jauhkan bahan makanan ketika mengendalikannya... manalah tau anda jenis suka buat kerja dengan ada kopi ais tarik kurang masin depan mata. Nanti habuk penambah perisa akan masuk dalam kopi tu & menambahkan kesedapan.... 
  • Bahaya bahan radium jam ini adalah disebabkan ianya terdedah kepada persekitaran. Ianya sangat bahaya jika terhidu & habuknya pula terkena badan. 
  • Pastikan habuk tidak terkena kulit anda, tidak terpercik masuk mata anda... apatah lagi kalau anda menelannya.
  • Ianya akan selamat sekiranya jam itu mempunyai cermin yang masih baik sebab tiada pengewapan berlaku. 
  • Ada lagi ni.... otai jam boleh tambah nanti....

-------------------------------------------------------------------------



Caseback jenis skru memamparkan info yang lengkap mengenai jam ini. Belum pernah aku tengok jam lain dengan paparan seperti Hamilton military.


Ia dikeluarkan pada tahun 1988.... bermakna sudah 23 tahun umurnya. Namun masih kelihatan hensem. Perenggan terakhir itu agak menakutkan aku sebenarnya.. DISPOSE RAD WASTE! Menurut sorang rakan, sekiranya jam ini hendak dibuang, ia perlu dibuang & dikendalikan seperti bahan sisa radiasi! Wah!


Movement kunci yang digunakannya bersih & berfungsi dengan baik. Ia juga telah dihantar servis & tuning


Walaupun jam ini merupakan jam vintage military, ia merupakan jam vintage military moden dengan keluaran tahun 1988. Dari data yang aku dapat, ia merupakan keluaran terakhir untuk kegunaan askar Amerika. Movement yang digunakan ialah ETA 2801-2.


Pemakaiannnya selesa & sesuai dengan saiz tangan aku. Nampak mantap & penggunaan tali military memberikan impak yang lebih berkesan berbanding tali asal yang aku dapat masa mula-mula beli jam ni yang menggunakan tali kulit. 

Hamilton masih mengeluarkan jam-jam military hingga kini. Model military masih menjadi salah satu keluaran utama mereka & ciri-ciri 'Hamilton' sangat utuh pada setiap modelnya. Kalau tengok jam mereka tanpa nama pun kita sudah boleh agak itu adalah jam Hamilton. 

Layari laman utama mereka untuk melihat koleksi terbaru mereka:

10 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

lawa jam ni...bajet je x menyebelahi aku aritu...

duniajam said...

Huhu.... takpa.... rezeki ko dpt yg lebih baik. Hehe

Suka Jam said...

Lawa jam ni.. memang mcm askar betul..

duniajam said...

Tetiba ja aku terasa cam ex-army. Haha

Pencinta Masa said...

Aku ingat hang tetiba ja rasa macam ex-Gomen servant!

Hah, bila Bulan nak jatuh ke riba?

24 JAM said...

aku suka tali military tu berbanding nato yg buckle bulat tu, susa mau tukar2 dgn tali lain huhu...

duniajam said...

Pencinta Masa,

Bulan tak jatuh2 lg bro... Camno nih? Haha

duniajam said...

24 JAM,

Tali ni aku pun suka. Betul2 cam tali biasa cumanya ia nilon. Hehe

Pencinta Masa said...

Takpa, sat lagi ja tu ...

Deras sikit, aku tak sabaq ni!

duniajam said...

Amin.... inyaallah... pasni boleh join kelab bro. Kelab bulan jatuh ke riba... haha