Monday, March 7, 2011

Darch.... Homage Seiko?

 Pernah dengar nama Darch? Aku pun tak pernah dengar sebenarnya.... Aku mengenali nama ini semasa sedang mencari spare part jam military di eBay. Harganya cukuplah murah & bentuknya yang agak menarik ini serta berniat untuk menjadikannya spare part membuatkan aku membelinya...


 Bila jam sampai di tangan... lain pula ceritanya...Terasa sayang pula nak 'menghancurkannya'... Jam nampak cantik & ringkas.. Rupa militarynya itu sepadan dengan designnya... Bila aku tengok jam ni, aku teringatkan Seiko military yang aku telah review dahulu...


 Jam ni sebenarnya dibeli hanya kerana jarumnya saja... Buatan jarumnya cantik & nampak kemas. Tujuan aku ingin mengambil jarumnya adalah untuk dipasang pada Hamilton military yang telah pun aku jual. Nasibnya seperti beberapa jam yang aku berniat untuk membuat sesuatu (refurbish, custom), namun tidak kesampaian tujuannya kerana aku telah menjualnya. Simpan sajalah....


 Ia menggunakan movement Jepun... Ya ka? Bukan movement China? Cetakan nombor & tulisan pada dial kemas serta lume juga dibuat kemas pada dial serta jarumnya. Aku tak pasti dari mana jam ini dihasilkan. Tapi aku merasakan ianya dibuat di China. Namun aku kagum dengan buatannya yang cukup kemas. Seperti tak sepadan dengan harganya yang murah itu. Mungkin jika jam ini dijual di sini, rasanya tidak akan dapat harga sepertimana yang dijual di eBay.


 Casingnya diberikan sentuhan blasted finishing. Ianya bukanlah stainless steel namun hanyalah base metal. Disebabkan penggunaan bahan itu, ianya ringan. Crownnya agak kecil & sukar untuk digunakan. Mujur juga movementnya quartz... tak perlulah kerap memutarkannya.


Caseback jenis skru diperbuat daripada stainless steel. Engravingnya dibuat cukup baik, malah lebih baik dari beberapa jam replika yang pernah aku tengok. 


Yang mengejutkan aku ialah..... ia menggunakan movement Miyota! Memang betul la movement Jepun.... 


Rupanya itu mengingatkan aku dengan Seiko military ini. Ia mempunyai persamaan dalam banyak segi? Adakah Darch homage kepada Seiko? Sama-sama kita saksikan...


Sekali tengok memang ada persamaan. Bukan saja designnya boleh dikatakan sama, malah layout dial juga sama... 


100% sama? Tidaklah sampai begitu... Ada la perbezaan sikit, namun secara keseluruhan dimensinya adalah sama.


Ketebalannya adalah lebih kurang saja. 


Dalam banyak segi, banyak persamaan antara kedua-duanya...


Tali nilon Darch boleh dikatakan agak baik juga buatannya. Ianya agak tebal & keras sedikit berbanding tali Seiko.


Ujian lume dilakukan terhadap kedua-duanya dengan mendedahkannya kepada cahaya UV dengan jeda masa yang sama.


Darch tidaklah seterang Seiko, namun tetap bercahaya. Lebih baik dari lume jam Orient.


Pemakaiannya selesa & rupa military itu sangat kuat padanya. Rupanya yang segak ini telah melembutkan hati aku untuk tidak meleraikannya.... 

Seperti mana Seiko, jam ini juga didatangkan dengan beberapa versi warna seperti hijau, biru, hitam, putih, khaki camouflage. Kepada yang berminat, anda boleh mencarinya di eBay dengan harga yang cukup murah. Mungkin jika jam ini dijual di sini, rasanya tidak akan dapat harga sepertimana yang dijual di eBay

Adakah Darch homege kepada Seiko? 
Kalau tanya aku.... memang ya!


15 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

jual2..hehehe..kalu abg asmar nk jual ckp kt sy tau..hehe

duniajam said...

Haha.... insyaallah...

Suka Jam said...

Heheh!! Bukan jam ni pun nak bagi kat anak yg bakal lahir tu ke? Aku simpan Timex 8 laps utk anak aku pakai ke sekolah nanti. Harap hidup lagi la jam tu 6-7 thn lagi. Aku jarang pakai. Simpan je dlm kotak.

duniajam said...

Jam ni yg tersayang aku pakai.. dia minat.. Hehe.. Esok2 ni untuk anak gak la. Hehe... Jam untuk anak aku letak dlm kotak khas... Byk tul jam dia. Haha

Suka Jam said...

Haha!! Err.. Grail watch ko bila nak review pulak.. err.. macam dah lama sangat dah tunggu ni.. wakaka!!

duniajam said...

Ingatkan dah lupa... Ingat rupanya... Haha.. Nak kena tunjuk ke? Segan la aku.. Muahaha...

Suka Jam said...

Uih.. kena review bro.. hari tu dah janji akan dibongkar tidak lama lagi.. haha!!

duniajam said...

Haha... nnt aku tunjuk yg mana patut dulu. Wakakaka...

Pencinta Masa said...

Bro DJ, bukan ka jam anak hang pi sekolah nanti Moonwatch?

duniajam said...

Hadoi!!! Haha....

Notty Notes 012-2410228 said...

wah semua sudah planning anak future jam...
DJ tekan lah sebiji seiko/casio ... heheheh

duniajam said...

adrlee

Jam anak aku sudah ada byk skrg. Nnt aku tak pyh beli. Jam untuk setiap peringkat umur sudah ada. Muahaha... Byk Casio dia ada nnt. Hehe

Notty Notes 012-2410228 said...

if gua tak tunjuk dia semua, nti dia fever susah...hehehe bro your db baru post hari ini. : )

duniajam said...

Haha.. kalau tunjuk semua.. nnt dia nak semua.. Kena tunjuk sikit2. Haha...

Tq so much bro!

Notty Notes 012-2410228 said...

welcome bro... my koleksi also kena hidden, pakai jam commersial seiko/casio.hehehehe