Wednesday, January 12, 2011

Casio Trisports - analog-digital yang yang sudah tiada....

Casio yang dipaparkan ini mempunyai kod TRI-10W yang mana ia kini sudah tiada lagi di pasaran. Model ini kalau tak salah aku dikeluarkan pada tahun 1995. Suatu ketika dulu ia pernah menjadi idaman aku, yang pada ketika itu di tangan aku tersemat Casio Databank 50. Berdasarkan namanya TRISPORTS, aku andaikan bahawa jam ini dibuat untuk sukan Ironman... sukan 3 dalam satu yang mana menggabungkan berenang, berbasikal & berlari. 


Tiada maklumat lanjut aku perolehi mengenai jam ini di internet. Apa yang cuma diceritakan adalah dari pendapat & penilaian aku terhadap jam ini. Aku memperolehinya dari seorang seller dari US. Jam ini adalah NOS. Tiada bateri mahupun tali dibekalkan & aku mengambil risiko kerana seller sendiri tidak pasti ianya masih berfungsi atau tidak. Gambaran yang aku peroleh suatu ketika dulu masih melekat dalam ingatan & telah menjadi igauan untuk suatu jangkamasa... yang seterusnya menyebabkan aku memburunya..... syukur pemburuan aku telah memberikan hasil & impian aku terlaksana juga walau terpaksa tunggu 15 tahun lamanya... namun risiko perlu aku ambil....


Setelah sampai di tangan aku, bateri & tali baru di pasang & aku bersyukur jam berfungsi dengan baik. Keadaan jam adalah seperti yang dinyatakan memandangkan ianya NOS. Tiada calar ataupun apa-apa kecacatan padanya. Ia mempunyai 3 push button & satu crown.. di mana 2 button berwarna kuning. Adalah suatu kebiasaan bagi Casio lama mempunyai button fungsi utama yang berwarna begini. Perbezaan ini sengaja dibuat untuk memudahkan penggunaannya. 


Apa yang menarik perhatian adalah bentuk & designnya yang pelik. 4 'bonjolan' yang timbul itu dibuat seolah-olah jam ini mempunyai bezel pada bahagian atasnya. Ia hanyalah sebagai dekorasi & memberikan alasan begitu. 


Jarang sekali untuk kita jumpa model analog-digital yang diasingkan begini. Kebanyakannya dibuat bahagian digital berada sekali bersama-sama bahagian analog samada di bahagian bawah dial ataupun sebagai latar belakang. Perbezaan ini menampakkannya tersendiri.


 Dialnya kemas & ringkas. Jarum keemasan & besaiz besar & nampak sporty. Ia mampunyai luminous berwarna putih.


Inilah rupanya di dalam gelap. Ia tidaklah terang & jauh berbeza jika dibandingkan dengan lumibrite Seiko. Ia juga tidak bertahan lama.


Paparan LCD digital dengan latar belakang berwarna coklat serasi dengan warna dial. Walaupun saiznya kecil, namun ianya jelas. Dalam mode TIME, paparan LCDnya boleh ditukar sebagai penunjuk hari & tarikh sepertimana gambar kecil di bawah itu.


Ia mempunyai 4 fungsi iaitu, STOPWATCH, TRISPORTS (swim, bike & run), ALARM & TIMER. 
Tiada buku manual dibekalkan semasa pembelian ini.


Seperti biasa, caseback Casio akan menampilkan info kebiasaan pada kebiasaan modelnya. Ianya masih MADE IN JAPAN.


Pemakaiannya tampak sporty & menarik. Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memang sangat sesuai untuk aktiviti sukan. Bukan saja ianya memang ringan, malah fungsinya itu berguna untuk aktiviti sukan yang berkaitan.

Model Trisports ini tidak lagi aku jumpai di mana-mana kedai. Mungkin anda pernah terserempak atau pernah mempunyainya. Sekali sekala memakai jam Casio yang agak 'berumur' ini boleh mengembalikan memori pada saat-saat zaman kehadirannya.... MANIS!

12 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

ish!! Banyak betul jam digital casio ko. Yang ni memang unik. Aku tak penah lagi tgk jam casio ana digi yang berasingan tempatnya mcm ni.. Ana digi yang dalam satu dial tu banyak gak tgk kawan2 pakai..
Simpan utk anak nanti bro.. haha!!

duniajam said...

Haha... insyaallah bro... niat di hati tu mmg camtu lah... haha

amer|zhafran said...

wow...jual2..hahaha

MOHD FAIZAL said...

bro.saya pun ade sebijik casio tri-10w nih casing warna hijau .saya dapat NOS kt kedai jam lama.model nih memang dah lama dan bole kita tgk kt www.raredigitalwatch.com
so mari la kita sama2 simpan sbb satu2 casio sport yg combine analog dan digital serta made in japan.syabas bro.

duniajam said...

Tq bro. Tahniah! Tak pernah tgk casing hijau. Seingat dulu dok jumpa yg hitam ja. Haha...

Web tu byk jam2 digital pelik2 kita boleh tgk. Best gak

heartbug said...

I find this watches very sporty design good for sports minded people and plus i like the luminous effect at night, a very useful watch may it be night or day.
perfectwatches.net review

Leo said...

Hello!
Aku ingin tahu apakah anda miliki panduan Arahan dari menonton ini dan jika anda boleh menghantar saya sebuah salinan. Aku mencari manual online tetapi tidak dapat mencari. Terima kasih banyak!

guadalupe@toma3.com

duniajam said...

Leo, mohon maaf. Pasal aku pun tak mempunyai manualnya. Cari tak jumpa walaupun dalam bentuk PDF. huhu

aharis said...

Saya dok pakai Casio TRI-20W mmg syiok. Masih dok guna masa racing..

duniajam said...

aharis

Tahniah! Masih ada jam tu. Bukan senang nak cari dah skrg ni.

@-man said...

berapa harga dapat tu tn

duniajam said...

@-man

Sy tak ingat herga yang tepat. Sebab dah lama dah beli. Beli kat eBay.

Terima kasih