Monday, October 25, 2010

Citizen Eco-Drive Chronograph.... untuk yang tersayang....

BEYOND PRECISION merupakan slogan Citizen yang bukan saja ringkas, malah memberi impak yang cukup besar terhadap syarikat itu sendiri. Ia telah menjadi identiti Citizen sendiri di mata dunia dalam penghasilan jam yang bermutu tinggi serta menepati waktu.


Jika sebelum ini banyak jam-jam lelaki yang aku ketengahkan, kali ini aku menampilkan pula jam untuk perempuan. Jam yang anggun, cantik & sangat bergaya untuk insan yang tersayang.



Casing jam yang silatuti emas ini tambah enak dipandang mata dengan dial diberikan sentuhan warna putih. Gabungan yang cukup serasi ini ditambahkan lagi dengan tali kulit berwarna putih juga. Hasilnya... suatu jam yang cukup anggun untuk kaum hawa.



Segala yang diciptakan untuk model ini sangat baik. Segalanya cukup kena & sesuai dgn design & kombinasi warnanya. Terdapat beberapa versi warna untuk jam ini & dirasakan kombinasi ini yang paling cantik. Sistem janaan kuasa Eco-Drive tak perlu diterangkan lagi, terbukti tahan, tepat & mempunyai power reserve yang mengagumkan. Setakat ini, tiada masalah diberikan oleh jam ini sepanjang 2 tahun menggunakannya.



Tidak seperti Seiko, Citizen masih mengekalkan pembuatan jam tangan mereka di Jepun. Masih jelas MADE IN JAPAN terpampang pada dial di sekitar pukul 6. Jam dengan 3 register ini mempunyai sub second pada pukul 6, counter masa chrono 60 minit pada pukul 10 & masa 24 jam pada pukul 2. Sedikit sentuhan warna merah memberi kontra yang jelas pada dial putih bersih itu dengan menonjolkan bahagian penting pada jam.


Cermin cembung ini adalah jenis sapphire & ianya agak tebal. Beberapa staff aku bertanyakan perihal jam ini semasa photoshooting ini dijalankan & yang pastinya staff perempuan yang paling teruja untuk mendekatinya & ada yang ingin memilikinya kerana menyangka aku ingin menjual jam ini. 



Crown tak bertanda mempunyai lekuk di bahagian tengah & keseluruhannya licin & tidak bergerigi. Nampak cantik & serasi dengan design casing.... namun itu hanya untuk kecantikan semata-mata. Agak sukar untuk adjust masa & tarikh kerana kesukaran untuk memutar crown akibat licin. Mujur juga jantungnya janaan Eco-Drive. Tak la selalu nak putar crownnya.



Seperti yang pernah dipaparkan & diceritakan sebelum ini, engraving pada caseback tidak begitu dalam & perlu dilihat di beberapa sudut saja untuk melihatnya dengan jelas. Logo 'bumi' itu menandakan identiti Eco-Drive Citizen. Keluaran jam ini adalah pada tahun 2008 bulan September. Bacaan tarikh keluaran adalah seperti Seiko.



Jam ini sebenarnya merupakan hadiah untuk isteri yang tercinta. Asyik cerita jam lelaki ja, sekali sekala seronok juga tengok jam pasangan pula....



Gandingan pasangan yang romantis.... dua jiwa satu hati. Moga berkekalan hendaknya....

10 KOMEN ANDA:

dabu said...

amboi...lawa btoi,bagai pinang dbelah dua...lusa ulangtahun dabu & dabi..nk cari jugak la..hehehe

duniajam said...

Selamat ulangtahun bro.... Moga berkekalan sampai akhir hayat. Aku beli jam ni 'sepasang'... alang2 beli kat aku, beli kat bini sekali. Hehe... Sayang, model jam aku takda untuk pompuan.

TIMUR said...

lawa jam ni, tapi yang mana satu ko punya mar? yg putih tu ya?

duniajam said...

Ish, jgn la ckp camtu... malu aku.... hahaha...

amer|zhafran said...

elok la utk bini~sejuk ati skit si bini nnt..dah lama memendam rasa nk marah kt bro tuh..hahaha..dpt jam ni mmg sesuai laa..warna pun feminin..cun!!

duniajam said...

Haha... Dia pun mmg jaga elok jam2 dia. Rasa cam baru beli ja jam ni. Haha

Suka Jam said...

Ok tak chrono dia? Tak sangkut2 mcm jam chrono quartz yg lain? Sebab penah jumpa jam casio edifice jarum chrono dia kdg2 tak reset betul2. Hasil ilmu yg ko dah bagi kat posting yg lepas2 dapat jugak la aku betul2kan jarum chrono diorang.

Ingat nak cari seketul chrono eco-drive ni. Tak penin kepala nak cari spare part dia.. wakaka!!

duniajam said...

Haha... Chrono dia ok. Setakat skrg mmg jam ni takda masalah. Puas hati gak. Hehe..

Aku dok berkenan Eco-drive Nighthawk. Smart tul

anisyazila said...

cantik wehh..terkenan aku..huhuh

duniajam said...

Jojoe, jam ni mmg cantik. Antara yg cantik yg aku tgk untuk pompuan pakai. Hehe